Sunday, October 26, 2008

Trip memancing ke Pulau Talang...

Assalamualaikum....

Cuti sem kali ni, aku g memancing bersama rakan2 sekampung aku.. Xtvt ni sememangnya selalu dilakukan di cuti sem..ngee~..

Hari sebelumnya:- Aku bersama rakan2 seperjuangan Mat Sidek(Tekong), Pak Teh(Tekong Ke-2, dia ni bukan la org tua @ pak sedara aku, tp mmg panggilan dia dikampung cm tu), Uni(Tukang Angkat Sauh) dan Ijon(Org Mabuk laut) pun memulakan persiapan tuk xtvt kami ni..Bermula dgn membeli barang2 keperluan spt mata kail, kekili, batu ladung dan sebgainya..Lepas tu survey kedai udang hidup, tuk memastikan stok umpan ada dan memuaskan tuk diambil esok hari. Kami akan memancing menaiki sampan ayah mat plak utk kali ini..selalu nya kitaorg akan guna sampan abg kepada Pak Teh

Hari kejadian:- Bermula dgn berkumpul di rumah uni seawal 8.30pgi. Umah uni sememangnya menjadi markas perbincangan kami. Kemudian kami memeriksa brg2 dan g beli umpan udang hidup(peh..mmg best la klu memancing udang hidup). Lepas tu kitaorg pun bergerak ke pelantar sampan mat sidek. Setelah memanas kan enjin berkuasa kuda 30, kami pun memulakan perjalanan kami menyusuri muara sungai hingga keluar ke kuala sungai kul 9.30pgi..


videoSedikit sedutan video perjalanan kami menaiki sampan ke Pulau Talang...

Sampai kat sana..setelah meneliti tapak(lubuk) yg dicari..kami pun melepaskan sauh ke dlm laut..lepas tu apa lgik...Time tuk mencari mangsa...yeeaahh...semua member aku pakai koyan ja..aku ja yg pakai rod(bajet hebat)..hhahahaa...:))..Bermula dgn pak teh menaikan ketuka..
lepas tu aku lak, menaikkan Kerapu Bunga seberat lebih kurang 250gram..


Beberapa kali kami menukar tempat tuk mencari port yg ada ikan di sekeliling pulau...



Dlm trip kali ini aku dpt 3 ekor kerapu bunga, 2 kerapu tongkol dan sekor anak ikan yu yg x leh makan..hahah..


Inilah tangkapan terbesar, Kerapu Tongkol seberat sekilo lebih...ngeh2..tp sayang nya bukan aku yg dpt...Pak teh yg dpt.Bangga tul dia ari tu..ngee~

Dalam kul 3ptg cm tu, kami pun be rangkat pulang..abi sla hitam lgik muka aku tuk beberapa ari ni..hehe.:P... smpai di pelantar, mat ca dangkan kita jual ja beberapa ikan terutama kerapu tongkol sbb bole dpt modal blik..Kerapu tongkol semamang ketegori ikan gred A yg harganya mencecah RM25 sekilo. So kitaorg pun jual la semua kerapu tongkol kepada penjual ikan.ikan yg selebihnya dibahagikan tuk dibawa pulang...jumlah yg dpt melebih modal yg kami guna..Duit tu kami guna kan tuk g makan2 kat kedai.:D..

Sekian sahaja tuk cerita trip memancing wat kali ini....

Wednesday, October 8, 2008

Menyeberangi Alam Barzakh



"Saya pegang nisan dikubur arwah abang Hamid yang baru
saja kami kebumikan sebentar tadi. Fikiran saya berputar ligat. "Aii.. menung
nampak? Kenapa?" tanya Bakar, kawan baik saya yang turut sama menjadi penggali
kubur di Bakri, Muar, Johor.

"Tak ada apa-apa. Saja tengok kain ni, dah kotor sikit
kena tanah," saya berdalih, cuba menyembunyikan perkara yang
berasak-asak datang ke kepala.

Mari pergi kat pondok... mandur nak jumpa. Dia nak cakap
fasal kerja, gaji,overtime. Pak Dolah, kawan-kawan lain dah pergi dah," tambah
Bakar sambil memikul cangkul dan botol airnya.

"Pergilah dulu,
nanti aku datang," balas saya lantas duduk termenung.

Sepeninggalan Bakar,
saya duduk di pinggir kubur Abang Hamid. Saya termenung. Ada satu perkara yang
sedang menyucuk-nyucuk fikiran saya. Sebenarnya sudah lama ia bermain-main di
benak tapi sekarang ini makin mendesak.

Orang ramai sudah balik, Munkar dan Nakir sudah datangkah
menyoal Abang Hamid, hati saya bertanya. Kata orang, selepas tujuh langkah kita
tinggalkan pusara, maka akan datanglah dua malaikat itu untuk menyoal simati.
Kalau bagus amalannya semasa hidup, berbahagialah. Tapi kalau bergelumang dengan
kemungkaran, bersiap sedialah...

Saya teringat cerita kononnya ada orang yang menekap
telinga ke kubur dan dengar bunyi dentuman tapak kaki di dalam. Konon cerita,
lepas itu terdengar pula bunyi hentaman dan si mati menjerit-jerit.

Eee... seramnya.
Macam mana agak-nya rupa Munkar dan Nakir. Besarkah badannya, garangkah rupanya
atau berjubah dan maniskah wajahnya? Kalau dibelasahnya kita, tentu sakitnya tak
terperi. Kalau lipan, jengking datang habislah kita disepit. Nak lari tak boleh,
nak mengadu tak boleh, kita seoranglah menanggung sakit pedih. Astaghfirullahal
azim...

Saya masih
lagi duduk melangu di pinggir kubur Abang Hamid. Jiwa muda saya makin
menggaru-garu. Kian lama saya termenung kian ia mengganas dan mengacau fikiran.

Pergi... pergi
sekarang! Johar, masa inilah kalau nak cuba . Kawan- kawan dah tak ada,
cepat, ia berbisik di telinga saya.

Jari-jemari saya bergerak-gerak. Lutut dah mula
menggeletar manakala kepala rasa berpusing. Saya beristighfar beberapa kali
mententeramkan jiwa yang bergelora, namun bisikan itu makin kuat berkumandang di
telinga.

Cepat, cepat, cepat!
Inilah masanya. Johar, apa engkau tunggu lagi?' Kan engkau nak tau sangat,
jangan tercegat lagi. Kau takut? Allah, bukannya kena tangkap, bukannya boleh
mati...

Jadi bisu?
Sakit, lepas tu mereng sampai mati Jangan pedulilah, tu cerita orang saja. Entah
ya entah tidak. Engkau orang muda, kuat semangat, apa nak takut. Cepat Johar,
cepat, cepaaaaat!

Dimulai lafaz bismillah dan selawat kepada Nabi, saya
terus bangun dan terjun ke dalam kubur di sebelah pusara Abang Hamid. Ia baru
saja digali sebab di sini, kami biasanya sudah gali lebih kurang 10 kubur
sebagai persediaan. Maklumlah, Bakri ni kawasan besar, kalau ada banyak
kematian sekali gus,
taklah timbul masalah.

Di dalam lahad saya berbaring dan meratib,
lailahaillallah,
lailahaillallah, lailahaillallah. ..

Saya pejamkan mata,
menggigil tengok dinding lahad di depan mata. Bau tanah dan sempitnya ruang di
dalam lahad itu menyebabkan saya betul-betul gemuruh.

Munkar, Nakir, ular,
jengking, api tinggi menggulung, nanah, darah dan segala seksaan yang pcrnah
didengar daripada guru-guru agama terbayang di depan mata.

Saya juga teringat
pada alunan suara seorang wanita membaca al-Quran dari salah sebuah kubur di
sini yang saya dengar beberapa bulan lalu. Jeritan, tangisan dan raungan dari
kubur-kubur lain yang didengar pada malam-malam selepas itu juga pantas menyerbu
fikiran.

Suara-suara
aneh dari kubur itulah yang sebenarnya menggaru-garu jiwa saya untuk menyaksikan
sendiri keadaan di alam barzakh. Bunyinya memang gila, mana boleh manusia hidup
menycberangi ke alam barzakh, tapi
saya ingin juga merasainya.

Lailahaillallah

Lailahaillallah

Lailahaillallah

Saya terus meratib
dan meratib hinggalah tiba-tiba dunia menjadi kelam dan sedetik kemudian bergema
satu bunyi yang amat menakutkan.

GGRUUMMM... PPPRRAAAPPP! !

Tanah di kubur Abang
Hamid tiba-tiba bergerak. Setelah itu satu lagi sisi tanah kuburnya berganjak
diiringi bunyi yang amat menggerunkan.

"Ya Allaaaaahhh. .. apa yang berlaku ini?" saya
menggeletar kerana bunyi itu datang dari dua arah dan saling rapat merapati. Air
mata seperti hendak mengalir.

GGGRRRRUUUMMM. ..

Tanah di kubur Abang Hamid bergerak lagi saling himpit
menghimpit. Saya menggigil mendengar bunyi itu yang dentumannya lebih dahsyat
daripada tanah runtuh. Saya cuba menekup telinga kerana tidak tertahan dengan
bunyi yang bingit itu,
tapi tangan saya tiba-tiba kaku.

Ingin saja saya melompat dari kubur, pun demikian kaki
bagai dipaku ke tanah, tak dapat bergerak akibat terlalu terkejut.
ARGGHKKK... ERRRKKKKKKK

Terdengar pula suara
seorang lelaki mengerang. Suaranya laksana dia sedang menahan kesakitan yang
amat sangat tapi seperti tersekat di kerongkong. Nafas saya sudah tidak tentu
arah, takut yang amat sangat.

AARRKKK... UUURRRKKGGH! !!

Saya menggigil
apabila dia mengerang-ngerang lagi. Perasaan simpati tak dapat dibendung. Ingin
rasanya saya menarik lelaki itu keluar daripada terus dihimpit, tapi di sebelah
saya cuma lapisan tanah yang tidak mampu ditembusi.

Saya masih lagi
terbaring dengan nafas turun naik apabila tiba-tiba...
PPPR-RRAAPPPPP! !!...
bunyi papan patah berderai.

PRRAAKK... TTAAPP... PRRAAPP!

Kepingan demi
kepingan papan tersebut patah hingga hancur berkecai lalu disudahi dengan suara
lelaki tersebut mengeruh. Serentak itu, kedengaran pula tulang-temulang patah!

Air mata saya
meleleh. Di ketika ini hati saya berkata, mungkin inilah yang Nabi maksudkan
bahawa tanah dan dinding kubur akan menghimpit tubuh orang-orang yang mengkufuri
Allah hingga berselisih tulang selangkanya. Aduh, tidak terbayang peri sakitnya
lelaki yang sedang
mengerang itu. Jantung saya bagai hendak tercabut dan
darah terasa kering apabila mendengar dia mengerang-ngerang dan
tulang-temulangnya patah berderap-derap.

Di saat saya terbungkam dengan apa yang berlaku,
tiba-tiba satu deruan angin yang maha dahsyat datang menerpa. Desingannya
menyakitkan telinga.

Seiring dengan ribut taufan itu juga, hadir sesuatu
berwarna hitam seperti asap, makin lama makin membesar lalu membentuk lembaga
hitam yang teramat besar. Di tangannya tergenggam sebatang besi yang sedang
membara, merah menyala.

Tiba-tiba lembaga
itu menghayun besi tersebut. Pantas saya menepis, namun sebaik besi itu
menyentuh lengan, saya menjerit kesakitan. Aduh, panasnya menyebabkan kulit
tangan saya ini bagai tersiat dan dagingnya masak.

"ARGGGHHHH" Jangan
pukul aku lagiiiii!!!" saya meraung apabila lembaga itu memukul kaki saya.

Saya cuba mengelak,
tapi pukulan itu tetap singgah ke sasaran. Bagai hendak tercabut anak tekak saya
menjerit kerana kehangatan besi itu membakar daging paha saya.

"Arrgghhh... sakit,
sakiiittt!!" saya meraung-raung, tapi lembaga hitam besar hingga sayup mata
memandang itu terus menghayunkan besi panasnya ke kepala, kaki, tangan, badan
dan perut saya.

Dalam pada itu, tanah di kubur sebelah terus-terusan
bergerak himpit menghimpit. Bumi tempat saya berpijak bergegar hebat laksana
dilanda gempa.

Suara
lelaki mengerang dan tulang-temulangnya patah berderap bagai dahan sekah, tetap
kedengaran. Dalam hati saya meraung, matilah aku kejap lagi, patahlah tulang
aku, renyuklah badan aku dibelasah dengan besi panas.

Saya menjerit,
menepis, mengelak hinggalah tiba-tiba saya terasa sesuatu yang amat sejuk
menyimbah ke tubuh saya. Serentak itu lembaga hitam hilang entah ke mana dan
bunyi bumi bergegar serta lelaki mengerang lenyap serta-merta. Suasana terasa
hening.

"Johar...
Johar!!" sayup-sayup nama saya dipanggil.

Dengan susah payah, saya membuka mata. Tapi saya tidak
larat, badan terlalu letih. Wajah seseorang berbalam-balam di mata.

"Johar... bangun,
bangun!" nama saya dipanggil lagi, badan
digoncang-goncang.

Saya buka mata sedikit. Ooo... rupa-rupanya Bakar.
Bersama-sama Pak Dollah, mereka mengangkat saya keluar dari kubur.

Selepas diberi air,
badan dikipas, barulah saya segar semula. Bakar beritahu, selepas menunggu lama
di pondok, dia dan Pak Dollah serta mandur mencari saya untuk membayar wang
kerja lebih masa. Lama mencari, akhirnya dia jumpa saya di dalam kubur sedang
bersilat seorang diri.

"Engkau menepis sana , mengelak sini. Habis tanah kubur
tu engkau tumbuk. Aku ambil air. Aku simbahlah," kata Bakar sambil menunjukkan
baldi yang digunakannya lalu disambut gelak tawa kawan-kawan.

Saya hanya tersenyum
tawar. Tak terdaya saya hendak ceritakan apa yang telah berlaku sebentar tadi,
bimbang mereka tidak percaya.

Selepas kejadian itu saya terlantar selama beberapa bulan
akibat badan penuh dengan lebam-lebam. Mungkin lebam akibat menumbuk dan
menendang tanah, mungkin juga akibat pukulan besi panas itu. Saya juga dibawa
berjumpa bomoh untuk
memulihkan semangat.

Keluarga dan kawan-kawan menggeleng kepala dengar cerita
saya. Mereka berebut-rebut menyuruh saya menceritakan pengalaman menakutkan itu.
Ada yang insaf, ada juga yang mengatakan semua itu karut, mainan syaitan,
mimpi dan igauan
semata-mata.

Lantaklah apa kata mereka, tapi saya puas hati. Akhirnya
saya telah saksikan sendiri seksaan di dalam kubur. Sama ada apa yang dilihat
itu adalah keadaan yang sebenarnya berlaku di alam barzakh atau hanya mimpi
semata-mata akibat terlelap semasa meratib, itu saya tidak kisah.

Yang penting
keinginan untuk menjengah alam itu telah tertunai.

Peristiwa pada
pertengahan 1970-an itu telah memberi keinsafan yang benar-benar mendalam di
hati saya.
Sesungguhnya
janji ALLAH itu benar...MATI itu benar...SYURGA - NERAKA itu benar....dan. ..azab
kubur
...itu juga benarrrr.... . Semoga ALLAH terima segala amalan kita dan
mengampubi dosa-dosa kita.... AMIN YA RABBAL
A'LAMIN


p/s- Kisah ni aku dpt dr salah satu yahoogroup aku gak..so klu ada2 apa masalah dgn entri ni jgn tya aku yee.aku skdar nk berkongsi....ngee~