Friday, January 30, 2009

XPDC Kayak dr Tasik Bera Ke Tasik Chini.

Assalamualaikum....

huh..penat n abis sengal satu badan terutama di bahu kiri..itu yg mampu ku ungkapkan ketika sampai dibilik setelah 5 hari join XPDC Kayak Dari Tasik Bera ke Tasik Chini yg sejauh 120km..perhh.....


Pengembaraan bermula dr masej yg ku terima dr Nik yang menawarkan kan tempat utk mengantikan nya tuk xpdc ni..Pada permulaan mmg aku rasa berat hati tuk join, ye la kan..result x kuar lgik ni..risau x abis2 lgiikk.....so smpai la ari jumaat..tup2 result kuar..Alhamdulillah..Aku pass dua2 subjek yg aku amik sem lepas..terus aku msj Nik tya mengenai offer dia tu ada lgik ka tak..huh..kecewa kejap kerna dia ckp dah offer kat org lain..waa..sedihnya..bru nk lepas kan tekanan kejap..em..pastu Nik tlg tyakan kat director progam(Cik yanie) samaada masing ada kosong lgik ke tak..Nasib baik bole join lgiik...so..aku pun pulanglah ke cyber pd ari sabtu...Rupa2nya Karim n Hau pun join gak selain dr Raja Pojan..haa..best2 ada geng satu kepala.ngee~...


Ari ahad nya ada latihan kayak di tasik putrajaya tuk persediaan sebelum g sana...hahahah...aku partner ngan raja pojan, hau ngan karim..aku ngan raja pojan dah la x pandai pasal kayak ni...so latihan kayak diajar oleh Abg Mie..dia ni Pelatih tuk bdk2 Rowing bdk2 Watersport. hahah..mmg lawak..aku ngan raja pojan berkayak cm ular..kejap ke kiri, kejap ke kanan..lama gak la kitaorg nk belajar cara nk berkayak dgn betul..haha..tp still dok belakang. Tp karim ngan hau pun x kurang hebat juga sama cm kami.ahaks..



Hari isnin bermula perjalanan kami ke tasik bera dgn menaiki bas mmu. Perjalanan kali ini mengambil masa yg agak lama kerna bas selalu berhenti sbb nk tggu lori bawak kayak dan van. Dgrnya cap radiator lori terpelanting keluar..hukhuk..biar betul..tp itulah hakikat sbnar kejadian yg berlaku.. Smpai Tasik Bera kitaorg kemas2 brg dan pasang khemah. Pastu masak tuk makan malam..Perh...Ikan Patin Masak Tempoyak kott..Tukang masak diimport dr sana iaitu isteri Pak Din iaitu kitaorg nya guide.....mmg best arr..aku dah lama x makan tempoyak.hikhik..Tukang masak diimport khas dr sana. Pastu mlm tu ada sedikt briefing dan agihan tugas..tuk ari pertama kayak hanya org2 terpilih saja yg bole join sbb jln yg akan dilalui agak mencabar dan susah sejauh 40km. Aku n da geng lain(raja pojan, karim dan hau) sememangnya x terpilih sbb bru lgik dlm bidang ni..Kitaorg ditugas tuk memasak dan menyiap kelengkapan tuk org2 yg akan turun berkayak esoknya. Paru sbgai ketua telah memberi arahan tuk bersiap sedia dr mlm ni. Aku lak akan ditugaskan masak nasi goreng.harhar..mmg special arr..Mlm tu lepas siap2 brg2 tuk persediaan awal aku pun masuk khemah tuk tido.Aku satu khemah ngan raja pojan. Karim ngan hau.


Esoknya kul 5.30pgi aku dah bangun. Aku bangun pun sbb bunyi alarm dr khemah sebelah, tp diorg x bangun. So aku la yg terpaksa bangun dan gerak semua team memasak. Ngeh2..Nasi Goreng campur asam keping.hahaha..:))..Lebih kurang kul 8.30pg, team kayak pertama start turun ke dlm air tuk menghadapi cabaran pertama. Sementara kami yg team darat start tuk masak2 makanan tuk mkn tgh ari n kemas2 tuk berpindah tempat.Tp dlm msa yg sama sempat gak arr g mancing masa bdk2 lain dok rehat2+tido. Yg lawaknya aku n karim g memancing kat tempat org.haha..kira menceroboh kawasan org arr..aku mana la nk tau..tgk cm bole masuk jaa..tu yg aku masuk mancing tuuh. Nasib baik la tuan umpanya kawasan x marah, cuma bgtau elok2 ja..So terhenti la sekejap xtvt berfaedah aku tuu..x jadi memancing aku lepak2 ja kat bawah pokok smbil pekena kopi radix. Si hau lak, masak jemput2 tuk bdk2 kayak. Smbil masak smbil makan..hahah..Abis masak, kami kemas2 barang tuk berpindah ke campsite kedua.


Tebing Tinggi(nama tempat) adalah campsite kedua kami, agak x best kawasannya sbb kawasan nya x da tandas dan x da sumber tenaga electrik.. So nk apa2 pun terpaksa la g sungai.ngee~Nk wat apa2 pun nyorok2 la sikit yee..kang terkantoi lak..haaha..Kat sini aku sempat gak la memancing kejap dgn Naif n Shamin(anak abg mie n kak siti). Dpt la anak ikan sekor.haha..Mlm tu kitaorg wat campfire. Aku yg sememangnya menjadi tekong tuk main uno mula bukak tapak. ahaks..Main dlm 2-3 frame terpaksa berhenti sbb Yani nk kasi briefing tuk esok lak.lepastu yg bestnya lepak2 kat tepi unggun api smbil sembang2 dgn hau n karim..Si Raja Pojan dah masuk tido awal. Aku pun lepak2 ja la ngan bdk2 yg x tido lgik.ramai yg masuk tido awal terutama yg berkayak siang td. Tp mlm tu aku rasa agak panjang. Ntah kenapa aku ingatkn dah kul 11lebih.upanya baru 9.30mlm. Mgkin sbb suasana sekeliling kot. Aku masuk tido kul 10.30mlm cm tu lepas pekena kopi radix ngan bijirin radix..




Esok pginya kul 6 aku bangun n siap2 tuk menghadapi cabaran berkayak sejauh 60KM.Huh..sedangkan berbasikal pun aku x pernah sejauh ni. Ni plak berkayak..ahaks..Tuk ari ni setiap org yg kurang mahir dlm berkayak akan diberi partner yg mahir dlm berkayak..Aku dipartnerkan dgn Nad..Si raja pojan dgn cek yat. Bermula perjlanan berkayak kami pd jam 8.30pgi. Mula kayuh tu ok la gak kan..heh..semangat gila. Si Nad dok tegur aku jgn kayuh laju sgt, kang cepat penat n lenguh.hehe. Byk gak la bekalan makanan yg disediakan..ada roti, apple, cekedis n air mineral n 100plus. HUh..masa mula2 kat sungai bera ok lgik sbb sungai dia x besar tp sgt dalam, x da la psycho sgt, tp bila dah start masuk sungai paham..ya Allah, besarnya sungai.hukhuk.. Dah la kejap2 nk kena cross sungai tu sbb takut terlajak masuk simpang perpisahan sungai yg lain lak. Mmg tekanan fizikal n mental arr. Tp aku ada sedikit pemberi semangat iaitu perut aku sakit..waaaaaaa...:((.. Kit pruk la plak..mampus aku...hukhuk..Tu yg laju ja aku kayuh. haha..smpai bole kejar2 yg hebat kat depan. Sepanjang kayak tu aku dok berdoa cepat la smpai ke destinasi kami nih..aku dah x tahan niii..hahah..Masa dok kayak byk gak berselisih dgn org2 tempatan yg naik sampan tuk menangkap ikan n membasuh baju smbil mandi kat tebing sungai. Em..smbil2 lalu tu aku tya gak la org2 kat tebing, bapa jauh lgik tempat yg nk kami tuju ni(aku lupa plak apa nama tempat tuh.). Ada yg jawab"Dekat ja lgik, depan tu ja" "5 Batu ja lgik" "Belakang bukit depan tuh ja"..haha..mcm2 lgik la..tp yg pasti nya x smpai2 jugak. ngee~ tekanan mental aku mmg dah tahap kritikal dah ni, dgn sakit belakang lgik. Tp aku kena teruskan gak sbb sakit peerrruutt..waaaa.. Kayuh punya kayuh akhirnya smpai gak la ke destinasi kitaorg lebih kurang kul 6ptg...yeaahh..kitaorg no 3..cayalah..berjaya meninggalkan yg pro. Hikhik..(padahal diorg ada berhenti sbb nk tggu org belakang).hehe. Tp yg menarik perhatian aku adalah semasa berkayak tuh, aku ada terpandang kat depan 3 ekor burung berjalan2 atas air, kat bahagian tgh2 sungai lak tu.huh..terkejut aku, biar bonarr niii..Upanya kat tgh2 tu ada pasir iaitu kawasan cetek kat tgh2 sungai..haha..Dan lgik satu yg lawak adalah pertyaan org tempatan kat kami "Dari mana ni dik"..aku x tau nk jawab apa..samaada dr cyberjaya ka @ dr tebing tinggi. Kang klu jawab cyberjaya terkejut beruk diorg klu soalan diorg tu berkenaan dr mana kami start berkayak. So aku hanya menjawab dr tebing tinggi ja la..hikhikhik. Mmg perjalanan ari ni mcm satu pengalaman ngeri tuk aku..Berkayak sejauh 60km..wat da cat...mlm tuh aku sempat gak la memancing lgik.hehe..sempat lgik tuh, bdk2 lain semua dah masuk alam mimpi dah. Org lain semua sunburn, tp aku alhamdulillah x da la teruk sgt, mgkin sbb aku dah biasa dgn cuaca panas tepi pantai n tgh laut(lagi arr..), jdinya x da la teruk sgt terbakar. Bdk2 lain siap pakai sunblock lgik.hikhik. Lebih kurang 11.30mlm aku masuk tido..Lupa lak nk bgtau, kali ni kitaorg tido kat masjid..


Esoknya kul 6.00pgi aku bangun n solat subuh. Pastu lepak2 tepi sungai jap smbil dok pikir nk kayak ke x nk ari ni.hahaha..smlm nya kesan x hilang2 lgik ni.hikhik..tp setekah dibakar2 semangat dek bdk2 lain, aku pun amik keputusan tuk berkayak lgik..Lgpun kali ni dekat ja, 30KM. Cuma cabaran kali agak susah sbb ada nk kena lawan arus(huh..biar betul). Kali ni aku berpartner ngan Aiman lak, si Raja Pojan dgn Si Bazlie(hahaha..abis laa)..hahah.. bagus2 Aiman seorg yg begitu ceria. Jdinya aku pasti x bosan nanti.:D. Kitaorg start bergerak kul 9.00pg. Mula kayuh ok la, tp lebih kurang 10km, bahu aku dah start sakit sgt. smpai kejap2 terpaksa berhenti kayuh.Lebih kurang 20km gak la kami berkayak melalui sungai pahang sblum memasuki sungai chini. Dah start masuk sungai chini bermakna kami akan melawan arus sungai. Nasib baik arusnya x kuat sbb skrg ni musim panas, so air dr empangan x dilepaskan. Sungai chini lgik la kecik dr sungai bera. Jalannya byk selekoh, kitaorg siap terbalik lgik masa mula2 masuk sungai chini sbb kayuh dgn laju, pastu jumpa selekoh x sempat nk kawal tuk pusing ke kiri. Akhirnya buat pertama kali nya kayak aku terbalik.haha..Nasib baik ada abg mie n kak siti. Diorg la yg tlg kitaorg. Kali ni nya trip berkayak, aku dok kat belakang skli sbb kesakitan bahu aku makin teruk smpai kadang2 cramp x leh nk kayuh.So terpaksa kayak pelan2 dan kadang2 berhenti kejap. Kesian gak la ngan Si aiman sbb kadang dia kayuh sorang2..Kitaorg ditemani oleh abg mie n kak siti kat belakang sbb nk pastikan kitaorg x menghadapi apa2 masalah yg teruk. Akhirnya kitaorg smpai jua ke destinasi yg nk ditujui..Alhamdulillah smpai jua pd kul 3ptg. Masa aku menjejaki ke tebing tu terasa satu kepuasan dan hilang semua kesakitan dan tekanan yg dihadapi.hikhik.Akhirnya aku berjaya menghabiskan berkayak sejauh 90km.ni semua mental ja nii..hehe..Smpai ja aku rehat2 smpai ptg. Ptg tu lepas mandi, aku terus amik rod g mancing(asalkan ada peluang) ngan shamin.hhehhe.. Smbil dok memancing tu smbil dok bergurau2 dgn si raja," mlm ni jom kita siasat kebenaran lagenda tasik chini..hiki..jom cari naga".hahah..Raja hanya jawab" Gila ka" smbil gelak..haha. Lepas maghrib ada makan2 BBQ smbil postmotem..nyum2x...Abis ja, aku smbung memancing kejap. Smbil memancing tu aku, raja, karim, joy n shamin baring2 tuk menikmati keindahan mlm tu. Ya Allah, cantik nya bintang2 kat atas tu.. Dah lama aku x wat cm ni. Menikmati keindahan alam ciptaan Allah S.W.T.. Lebih kurang kul 11mlm aku masuk tido tanpa dpt sekor ikan pun.Erm..x da rezeki kot.Cuma si Shamin dapat anak ikan tapah.. aku, raja n karim tido kat surau join abg lan n abg zam.hehe..


Jumaat tu,kul 6.15pgi kitaorg bangun n solat berimamkan sorang brother org sini. Lepas semayang, kitaorg pun sembang2 ngan brother tu. Lama gak la sembang2 smpai terbantut la si raja pojan nk smbung tido.hahha..Karim awal2 dah belah dah sbb sakit perut. Kul 9pg kitaorg start kemas2 brg dan bergambar sblum berangkat pulang. Dlm bas semua tido jaa n smpai mmu lebih kurang kul 5ptg.hukhuk..MLm tu aku tido dgn seribu satu kenangan manis n pahit disertakan dgn sakit2 satu badan.ngee~


Itu sahaja la tuk cerita aku mengenai XPDC kali ni..Yg ni xpdc yg ke3 yg aku join ianya anjuran Watersport Club. Best2. Paling best adalah aku dapat menambah lgik kenalan2 baru(x semua baru, kadang2 tu selalu terserempak tp xkenal.ngee). ...ok..sekian terima kasih..bye..bye...

Friday, January 23, 2009

The Return Of Bekok

Salam....Kat sini aku nk ceritakan xpdc ke2 yg aku join dan X-Challeng siri ke-4.tp kli ni aku sbgai peserta jaa walaupun ada sedikit sbyk terlibat juga secara x langsung tuk xpdc kali ni..heee~..

Yeaahh..Bekok X-Challenge kembali lgik tp dgn nama The Return Of Bekok..hikhik..aku yg sememangnya mengidam nk g sana lgik..yeahh la kan..dulu aku n kak miza sbgai moderator progam, Padel sbgai director, Raja sbgai teknikal, Kamel sbgai Biro Publisiti, Anfal n Wan AIsyah sbgai S/U dan beberapa org lgi yg terlibat mcm blunkurt, Poxsu dan ramai lgik dikalangan barisan tanzim..hukhuk..sorry2 tersasul lak aku, aku bukan nk cita pasal Bekok X-Challenge tp The Return of Bekok.ngeee~
Tp kali ni sbgai peserta..


Tuk XPDC kali ni gabungan 1 nama club yg sama cuma berbeza campus. IU cyber n IU Melaka. Dgn directornya adalah Padel(BSR IU Melaka) dan Pjal(KKR IU cyber) sbgai AD. Mmg mantap. Hikhik..tp tuk membuat xpdc di Bekok ni bukanlah satu perkara yg mudah kerna dulu pun bermacam2 rintangan dan cabaran yg dihadapi. Tp aku rasa x yah la nk cita kat sini kan..hehe..Apa yg aku nk cita kali ni adalah yg menarik nya xpdc kali ni adalah gabungan yg sememangnya akan merapatkan ukhwah d antara ahli2 IU dr dua campus. Selain tu, ianya mcm reunion antara member2 yg pernah join Bekok X-Challenge dulu walaupun x semua yg join tp skrung-skurangnya ia dpt mengimbau kembali kenangan zaman muda2 dulu..haha.. Antara senior2 bekok adalah bekas ahli BSR, Komiti, Bekas peserta Bekok X-Challenge adalah Raja Pojan,Padel, Kamel yg Comel,Zulfazlizan, Anfal, Mong, Rahimi, Ekyn, Yana, Aini, Pak Lan dan zinnie. Mgkin ada gak nama2 yg aku x tulis sbb x perasan..hukhuk. Tp kali ni tempat ni dah mengalami pelbagai perubahan dan penambahan tuk memantapkan lgik tempat ni..wah2..bagus2..tp yg x bestnya air sungai nya dah berubah jd x dalam dan airnya agak senang keruh. Org kat situ bgtau dulu besa banjir besar. Itu yg jadi cm tu.hukhuk..dah x cantik. Tp yg aku geramnya tgk ikan kat situ yg sgt2 la jinak dan byk..geram tul..klu bole mancing @ jala abis semua dh jdi lauk.hhaha..Dgn Ikan sebarai sebesar peha aku dok bermain2 kat dasar sungai smbil menangkap anak2 ikan lgik la membakar aku..haha..Tp aku terpaksa menahannya kerna situ adalah kawasan dilarang memancing.klu nk mancing kat kawasan campsite ke bawah ja yg bole.



Xtvt tuk xpdc kali ni berbeza sedikit sbb ada bbrapa tambahan xtvt yg x kurang bestnya terutamanya memancing..haha..semamangnya aku suka dgn xtvt ni. Selain tu ikhtiar hidup pun best sbb byk benda yg baru yg dpt spti cm mana nk cari bahan2 yg sesuai tuk wat masakan, tuk membakar, pinggan dr daun, bekas memasak dr bahan2 dlm hutan,buat pondok dan pelbagai lgik laa.. Selain tu ada gak xtvt menombak ikan tp aku x g join sbb aku lebih berminat dgn memancing..ngeh2x..aku siap dah bawak rod lgik. Tp aku terlupa nk beli permit kebenaran memancing kat dlm hutan ni. Tp aku dpt tau bole ja mancing, tp kena diam2 la.haha..dah dpt kebenaran.ngee~ Selain tu,yg lain2 xtvt adalah sama spti dulu mcm tracking ke Takah Tinggi, tp kali ni muslimat g ke Takah Pandan ja yg lebih dekat.hikhik.Pastu night tracking ke campsite cm dulu gak. Yg kurang nya adalah x da water tubing yg sememangnya menjadi idaman semua peserta tuk bermainnya.hukhuk..atas bbrapa masalah, so water tubing x leh nk main. Tp xpa still ada xtvt2 yg lain yg x kurang bestnya kannn.. Lg satu yg aku rasa x bestnya tuk xpdc kali ni adalah kurangnya mandi sungai beramai2(maksud aku bukan la campur laki pompuan tp asing2 laa). X macam dulu, pagi2 kul 7lebih dah start terjun sungai dah.sejuk ka dah x kira dah..janji mandi sungai..hehe..tp x pa..skrg aku bukan organizer. Aku hanya mengikut arahan.hukhuk..





Masa postmotem ada beberapa isu yg dibangkitkan, tp aku rasa x perlu diceritakan dlm ni. Cuma aku nk cita pasal apa yg padel ckp mengenai tugas sbnar dia adalah sbgai moderetor. Tp directornya org lain dan kebnykkan kerja diselesaikan oleh padel.hukhuk... Smbil dok cita tu dia pandang2 aku..aku hanya mampu tersenyum. Aku paham dan tahu apa yg dirasa oleh padel. Ianya sprti keadaan aku dulu, dimana waktu aku juga sbgai moderetor tp seumpama director. Tp ada juga yg menganggap Raja sbgai director sbb dia byk bersama dan membantu aku. Tp bgku sekurang2 nya Padel dah byk pengalaman sbb dia dah jadi tanzim tuk 2taun dan dah pernah tgk dan menghendal program2 cm ni. MAsa aku dulu, aku seorg yg x tau apa2. Diambil sbgai tanzim dlm keadaan seorg yg baru dlm semua bidang terutama dlm menghendal program. Terus terang aku bgtau sblum menjadi tanzim, aku x pernah hendal apa2 program apatah lgik menjadi director program.Selalunya aku hanya menjadi peserta dan komiti2 tambahan,tu pun join saja2 ja. Tp setelah aku jd tanzim tuk IU Melaka 05/06, mmg aku seumpama kejutan budaya.hukhuk. Cuma beza nya waktu tu aku mendapat sokongan dan bantuan dr ramai senior2 dan rakan2 seperjuangan sprti Kak Miza yg sememangnya byk memberi sokongan dan membantu aku, Poxsu, Abg Daus,Blunkurt,Hamdan, Zulfazlizan, Zulhilmi, Kak Aina, bdk2 biro aku yg sememangnya setia bersama mcm Raja Pojan, Kamel,Nik Zarizi, Padel, Pjal, Nawwar Wafaa, selain tu ramai lgik la yg byk membantu aku. Terutamanya tuk Bekok X-Challenge..Mmg aku menghadapi masalah paling besar.Hukhuk..smpai malm sblum event aku wat meeting ngan beberapa komiti dan hicom IU waktu tuk membincangkan masalah yg dihadapi. Pd waktu tu aku mcm dah nk give up gak tuk wat xpdc ni. Namun atas sokongan dan galakan serta bantuan dr sahabat2 seperjuangan alhamdulillah semuanya dpt diselesaikan..Ehh..aku dah mcm termelalut lebih2 lak..hikhik..Em..tp apa yg aku nk smpaikan adalah Setiap perkara pasti ada cabaran dan rintangan nya samaada yg nyata dan tidak nyata. Cuma kita sbgai pemegang amanah kena la bersiap sedia tuk menghadapi sbrang kemungkinan dan kena kuatkan diri dlm menghadapinya. Klu niat kita nk wat program yg baik, insyaAllah akan ada jalan penyelesaian nya..


Em..aku rasa cukup la kot serba sedikit apa yg aku mengarut kat sini.. Apa2 pun tahniah kepada Padel dan pjal serta komiti The Return Of Bekok kerna berjaya membuat xpdc tuk kali ni. Klu ada yg nk dgr cerita aku lgik bole berbual terus ngan aku yee..hikhik..:D..
Sekian terima kasih.


Monday, January 19, 2009

Paku Didinding Hatimu..

Salam..Sedikit perkongsian cerita yg bole diambil ikhtibardlm kita bersahabat.. Bacalah dan fahamilah cerita ini.InsyaAllah moga kita lebih menghargai sahabat2 disekeliling kita...

Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja. Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku.

"Untuk apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda tersebut.

"Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita

ini, bagi melepaskan kemarahan mu" jawab ayahnya.

Pada hari yang Pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut. Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan.

Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari, dimana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun.

Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira.

Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan.

Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku

tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya.

Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata "Kau

telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang

di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi

seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika

marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini.

Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Tetapi ingatlah,

tak kesah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatam mu,

namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka

fizikal. Sahabat adalah permata yang sukar dicari.

Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakan mu

ke arah kejayaan.”

Sahabat juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka dan

sentiasa membuka hatinya kepada kita.



~Sahabatku...Jika hari ini aku terlalu gembira,Sedarkan aku dengan amaran Allah swt...
Jika Aku bersedih tanpa kata, Pujuklah aku dengan tarbiyah pencipta...
Jika aku lemah tak berdaya, Ingatkanlah aku dengan kehebatan Syurga...
Jika antara kita ada tembok pemisah,Ajaklah aku meleraikannya segera....
Dan... Jika pernah hatimu terluka disebabkan daku.....
Luahkanlah agar aku dapat mengubah diriku..
Ukhuwah kita untuk SELAMANYAA...~

Tuesday, January 6, 2009

Kenyataan Hidup Di Sebalik Permainan Ini.

KENYATAAN HIDUP DISEBALIK PERMAINAN INI Seorang guru wanita sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepadaanak muridnya. Ia duduk menghadap anak muridnya. Di tangan kirinya ada kapur, di tangan kanannya ada kayu pemadam.
Guru itu berkata, "Saya ada satu permainan... Caranya begini, ditangan kiri saya ada kapur, di tangankanan ada kayu pemadam. Jika saya angkat kapur ini, maka sebutlah "Kapur!", jika saya angkat kayu pemadam ini, maka katalah "Pemadam!"Anak muridnya faham dan seterusnya menyebut dengan betul. Guru bersilih-ganti mengangkat tangan kanan dan kirinya, semakin lama semakin cepat. Beberapa saat kemudian guru kembali berkata, "Baik sekarang perhatikan.Jika saya angkat kapur, maka sebutlah "Pemadam!", jika saya angkat kayu pemadam, maka katakanlah "Kapur!". Dan diulangkan seperti tadi, tentu saja murid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untukmengubahnya. Namun lambat laun, mereka kembali biasa dan tidak kekok lagi.Selang beberapa saat, permainan berhenti. Guru tersenyum kepada anak muridnya. "Murid-murid, begitulah kita umat Islam. Mulanya yang haq itu haq, yang bathil itu bathil. Kitabegitu jelas membezakannya. Namun kemudian, satelah musuh kita memaksakan kepada kita dengan perbagai cara untuk menukarkan sesuatu, perkara yang haq telah menjadi bathil, dan sebaliknya. Pada mulanya agak sukar bagikita menerima hal tersebut, tapi kerana terus disosialisasikan dengan pelbagai cara menarik oleh mereka, lambat laun kita akan terbiasadengan hal itu, seterusnya kita mulai dapat mengikutinya. Musuh-musuh kita tidak pernah berhenti membolak-balik dan menukar nilai murni akidah/hukum Islam dari masa ke semasa. "Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik, Zina tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang lumrah, tanpa rasa malu, sex sebelum nikah menjadi suatu kebiasaan dan trend, hiburan yang asyik dan panjang sehingga melupakan yang wajib adalah biasa,materialistik kini menjadi suatu gaya hidup dan lain lain." "Semuanya sudah terbalik. Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikit menerimanya tanpa rasa ia satu kesalahan dan kemaksiatan. Faham?" tanya Guru kepada anak muridnya.



"Baik untuk permainan kedua..." Gurunya meneruskannya. ....."Cikgu ada Qur'an,cikgu akan letakkannya di tengah karpet. Sekarang anda berdiri diluar karpet. Permainannya adalah , bagaimana caranya mengambil Qur'an yang ada ditengah tanpa memijak karpet?"Murid-muridnya berfikir . Ada yang mencuba dengan tongkat, danselainnya. Akhirnya Guru memberikan jalan keluar, digulungnya karpet, dan ia ambil Qur'an. Ia memenuhi syarat, tidak memijak karpet .."Murid-murid, begitulah ummat Islam dengan musuhnya. .. Musuh Islam tidak akan memijak-mijak anda dengan terang-terangan. ..Kerana tentu anda akan menolaknya dengan mentah. Orang biasapun tak akan rela kalau Islam dihina dihadapan mereka. Tapi mereka akan menolak kita secara ansur-ansur, sehingga kita tidak sedar."Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka dibina tapak yang kuat. Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah aqidah yang kuat.Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah, tentu susah kalau dimulai dgn tapaknya dulu, tentu saja dinding dan peralatan akan dikeluarkan dulu, kerusi dipindahkan dulu, Almari dibuang dulu satu persatu, baru rumah dihancurkan. ..." "Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Ia tidak akan menghentam terang-terangan, tapi ia akan perlahan-lahan merusakan kita. Mulai dari perangai kita, cara hidup, pakaian dan lain-lain, sehingga meskipun kita muslim, tapi kita telah meninggalkan ajaran Islam dan mengikuti cara mereka... Dan itulah yang mereka inginkan." "Ini semua adalah fenomena Ghazwul Fikri (Perang Pemikiran). Dan inilah yang dijalankan oleh musuh musuh kita... " "Kenapa mereka tidak berani terang-terang memijak-mijak kita, cikgu?" tanya murid- murid."Sesungguhnya dahulu mereka terang-terang menyerang Islam, misalnya Perang Salib, Perang Tartar, dan lain-lain. Tapi sekarang tidak lagi." "Begitulah Islam... Kalau diserang perlahan-lahan, mereka tidak akan sedar, akhirnya hancur. Tapi kalau diserang secara terang-terangan,kita akan bangkit serentak, baru mereka gerun". "Kalau begitu, kita selesaikan pelajaran kita kali ini, dan mari kita berdoa dahulu sebelum pulang..."


p/s- Sekadar berkongsi artikel yg sy perolehi dr satu yahoogroup.

Sunday, January 4, 2009

Kucing MMEEEOOOWW...

Assalamualaikum...



Tuk kali ni aku nk memperkenalkan kucing2 yg menghuni di rumah aku..ngee~




Ni nama dia putih.. Nama panggilan manja dia Teh. Aku lak kadang2 panggil dia lanun.hehe..sbb muka dia seblah kaler hitam. Bulu seluruh badan dia warna putih cuma di muka dan ekor dia yg pendek tu ja warna hitam.hehe..comel tullll. Dia ni merupakan otai di rumah aku. Selalu ja bergaduh dgn kucing jiran aku. Tp dia ni pemalas..Blik umah makan pastu tido. Dulu masa dia muda, dia ni jarang kuar umah tuk merayau2..skrg ni selalu tul dia merayau. Dulu dia ni kucing febret adik bongsu aku n mak aku. Selalu ja klu adik aku yg pegang @ wat apa2 pun, dia x kisah pun..dia just bunyi..mmeeooww(bunyi manja)..tp klu org lain pegang mcm aku @ adik beradik aku yg lain..dia pasti kuar bunyi GRRRRRRR..bunyi x puas hati..melampau tul..pilih kasih.heheeh..Tempat utama dia suka tido adalah kat atas katil bilik aku. Tp skrg ni adik aku dah kurang main ngan dia mgkin sbb dia dah tua. Dulu aku ingat lgiik, masa dia sebagai pengerak adik aku bangun tido waktu pagi tuk g sekolah sbb dia suka menyondol muka adik aku.hahah.. Dia ni bapak jumpa kat mana tah, pastu bawak balik. Masa tuh dia kecik lgiik..




Ni lak Meme.Aku pun x tau cm ner lah nama dia cm ni sbb mak aku yg start panggil.so kami sekeluarga pun panggil cm tu gak. Dia ni kawan bapak aku kasi tuk dibela. Best2..dah lama x bela kucing ekor bulu lebat.hehe.. Dia ni x nakal sgt la, tp selalu main dlm umah aku bersama2 seekor lgik kucing yg bakal di ceritakan nanti. Meme suka kacau org makan..selalu ja naik atas paha org2 yg sedang makan. Dia ni sgt disayangi oleh mak n adik pompuan aku. Dia ni agak mudah mendengar arahan. X degil sgt laaa..hehe..Tempat utama dia suka tido adalah atas mesin jahit mak aku.



Ni plak nama dia Belang. Nama manja dia Lang. Dia ni adalah kucing yg paling nakal skli dlm umah aku dan paling disayangi oleh adik bongsu aku. Warna nya hitam kebelang2an. Selalu menyemakkan umah aku. Hahahaha..Abis bunga mak aku dia rosakkan, surat khabar dia gigit, selalu menyelongkar barang2 n baju2 yg telah dilipat. Kejayaan dia ni selalu nya dibantu oleh Meme tp dia adalah raja segala2nya dlm bidang ni..hahah..selalu ja aku dgr mak aku menjerit "Belaaannngggg!!!! abis semua surat khabaq hg nk semakkan!!"..pastu aku akan nampak belang berlari ke arah dapur tuk menyorok seketika.hehe. Dia ni suka cukup suka naik atas meja makan dan kacau org lain makan. Pastu degil lak tu, klu org dah letak kat bawah, mesti dia nk naik blik. Smpai guna suara garang sikit bru la dia takut2 nk naik atas meja. Tp dia ni ada satu tabiat yg cukup aku x ska tul laa. Dia suka sondol2 muka org waktu org tgh tido. . X macam Teh yg cuma suka sondol muka adik aku ja. Dia ni x kira sapa yg dia tgk tido, dia mesti g sondol. Kacau tul, selalu ja dia kacau aku tgh tido. Naik tension aku..




Hehhehe..Kat umah aku selalunya x bela byk sgt kucing sbb takut x terjaga lak kan Paling byk yg pernah dibela 6 ekor klu x silap aku. Heehe..tp tu la sejak dari kecik smpai la besar, umah aku mesti ada kucing sekurang2nya sekor. Aku dah x ingat dah bapa ekor kucing yg aku pernah bela. Ada yg nama Tam Spider, Jambu, Keboy, Merah, Pok(singkatan tuk tompok), Bici, Comot dan ada yg aku x ingat dah nama dia. Aku ni masa kecik2 ada kenangan pahit yg berlaku oleh disbbkan kucing, smpai skrg kesannya masih ada, tp ianya kenangan manis tuk diingiti.ngee~ Kucing ni bgku adalah sahabat kedua jikalau manusia adalah sahabat pertamaku. Aku cukup suka tgk jika sesebuah umah tu ada kucing, bgku seronok jika ada kucing yg dibela. Mcm meriah..:D..Tp aku cukup x suka tgk klu org bela kucing tp kurung dlm sangkar.UHhuuhh..sedih dan geram ja aku tgk klu perkara2 cm ni berlaku. Lg satu klu tgk kucing mati kena langgar.Sedih tul..uhuhhu..Tp secara jujurnya aku pernah terlanggar kaki kucing aku. Tu pun secara x sengaja, sbb x sedar dia ada kat belakang aku masa aku dok undur motor..abis capek jap kucing aku tuh.ngee~..Bgku dgn membela kucing ni mengajar aku erti tuk menghargai sesuatu yg kita jaga dan sayang..

Inilah sedikit sebanyak tentang kucing2 aku. Klu ada cerita terbaru mengenai kucing. Aku akan ceritakan lgik dlm ni yee...ok..bye2..

Thursday, January 1, 2009

Senang Bukan Syarat Untuk Tenang

Assalammualaikum w.b.t.



Dalam abjad rumi, huruf S dan T berjiran. Tapi bila jadi perkataan senang dan tenang, bunyinya boleh membuat orang yang baru belajar Bahasa Melayu atau orang pekak "confuse". Sebenaranya pakar bahasa Melayu dan orang yang tak pekak pun selalu "confuse" tentang dua perkataan nie. Buktinya, ramai orang mencari senang untuk mendapat tenang tak kira tau cakap Melayu atau tak, tak kira telinga pekak atau peka, sedangkan senang bukan syarat tenang.....

Orang tinggal di banglo besar, kita kata dia orang senang- tapi tak semua orang di banglo besar hidupnya tenang. Sebab tu pasang alat penggera dan ada juga yang mengupah pak guard untuk mengawasi rumahnya. Bukan kerana senang tapi kerana tak tenang. Takut dan bimbang setiap masa kalau-kalau waktu kita masuk ikut pintu depan, pencuri dan penyamun masuk ikut pintu belakang.

Buat dosa juga senang, tapi side-effectnya membuat hati jadi tak tenang, resah gelisah. Kerja mengata orang misalnya, boleh dibuat dengan senang. Gerakkan lidah, betulkan makhraj dan keluarkan bunyi dari mulut. Tapi lepas tu.... hati dilanda serba salah dan serba tak tenang.

Yang payahnya, orang nak nampak tenang dengan senang. Tenang tu berharga.... perkara berharga tidak akan dapat dimiliki dengan bersenang-senang. Nak kunyah agar-agar pun berpuluh-puluh otot yang perlu bekerja!

Senang itu nampak di mata sedangkan tenang dirasai oleh hati. Banglo besar bolah dilihat dengan mata, kereta besar boleh dilihat dengan mata, wang banyak dan orang gaji yang ramai boleh dilihat dengan mata.... segala yang berbentuk lahir dapat dilihat dengan mata atau disentuh oleh pancaindera. Tapi tenang hanya dapat dirasai oleh hati.

Bila hati tenang, tempat yang sempit terasa lapang.... tapi bila hati resah, padang bola pun terasa menghimpit seperti lif yang penuh sesak.

Tenang hanya dapat dimiliki dengan zikrullah mengingati Allah. Bila sebut zikrullah, kita selalu bayangkan duduk ditikar sembahyang dan baca ayat zikir bejam-jam. Sebab itu kita merasa pelik kalau dikatakan zikrullah boleh buat hati tenang. Kerana ramai orang yang dah berzikir tapi tetap tak tenang. Di mana salah dan silapnya?

Tenang itu dirasa oleh hati, oleh itu kalau zikrullah hanya disebut
dimulut. hati tak akan terkesan. Zikrullah dengan hati, memahaminya dan menghayati.. .. mengingati Allah alam setiap detik perjalanan hidup-itulah hakikat zikrullah. Kalau sekadar membaca " Alhamdulillah " beribu kali tapi hati tak ingat Allah itu dikatakan berzikir, maka silap tekaan kita. Sekadar baca ayat zikir, rasanya burung kakak tua pun boleh buat kalau dilatih tiap-tiap hari.

Hanya hati yang bergantung sepenuhnya dengan Allah dapat merasa nikmat tenang. Bagaimana boleh tenang kalau lidah menyebut "Alhamdulillah " tapi hati berkata " Tak patut Allah tak makbulkan doa aku".

Bila ingat Allah ketika susah, Allah akan berikan ketenangan. Bila lupa Allah ketika senang, Allah cabut rasa tenang di hati. Bila ingat Allah diwaktu susah dan senang, hati tetap tenang.

Lebih baik dapat tenang daripada senang. Tapi kalau dapat dua-dua lagi OK!!!!

WALLAHU'ALAM. ...



Renung-renungkan dan selamat beramal..=P..