Saturday, April 25, 2009

Mukhayam Tarbawi 09

Salam...


Jejaka2 Macho Yg Terlibat

Em..tiba2 teringin lak nk update pasal Mukhayam yg diadakan bru2 ni..:D.. Ini adalah kali ke-4 aku join mukhayam...bermula dr jadi peserta tuk mukhayam 05, kemudian director(atas kertas jeee, tp jd org dapur n security) mukhayam 06, ahli dapur sepenuh masa mukhayam 08 dan kali ni aku berada dlm biro xtvt dan dilantik pula menjadi kem komandan tuk mukhayam 09...hukhuk..nampak nya aku dah mencuba 4 situasi yang berbeza tp berada dlm satu program yang sama. Dlm keempat2x mukhayam, inilah mukhayam yg paling mencabar tuk aku..hahaha..sbb apa...sbb aku jd kem kom..ada ke patut..waaa..aku lebih rela berada didapur atau menjadi nelayan sepenuh masa taauu...hikik..Tp nk wat cm ner kan..depa semua dah pilih sehinggakan x mampu aku nk bersuara(smmgnya aku terpaksa redha dgn apa yg terjadi kerna dibuli oleh mereka2 itu..hukhuk)..Jadi klu dah lantik aku tuu..siap sedia la yee..abis arrr..mmg aku tetap aku laaa..hikhik.. ikutlah la dgn cara aku nanti..wahahah..Tp di atas aku yg berkuasa ni masih ada 2 org lgik berkuasa..yeaahh..bukan tuan director aka tuan amir yee..hikhik..tetapi bos kecik n penolongnya yg mana sememang nya selalu membuli aku.waaaa..:P..tp x pa, kerja nya pasal aku rela dibuli..ngee~


Watak2 Penting

Tempat tuk mukhayam kali ni mempunyai pemandangan yg amatlah cantik ketika waktu pagi...hehe...Dipuncak bukit Sungai Lui..Marilah kita ramai2 menuju puncak.... lihat sahaja beberapa gambar2 di bawah ini:-










Antara xtvt yg dijalankan:-

1. Protect n Strategy


Aksi2 Pertarungan Sengit



video




video

2. Public Speaking



3. Tanzim Bayangan



video

4. Treasure Hunt



5. Karok 1 jam rm28..hikhik..



video

Kuliah n Pengisian:-


Ostad Khair Putih




Amirul Mukminin





Kak Wani dari UIA




Ustaz Rodhi




Tuan Topek



Em..tuk kali ni ada satu xtvt yg amatlah aku gemari iaitu menyauk ikan keli.hikhik..dah lama aku x menyauk2 ikan ni. lebih kurang 40 ekor yg berjaya ditangkap.:D...tp sepanjang aku menceburi bidang nelayan, ni la 1st time aku tgk org nk kasi ikan keli tu mati dgn pukul ikan tu smpai hancur kepalaanyaa dgn menggunakan batu yg tajam....waaaa...kejamnya duniaa...hikhik..:P..dah tu ada lak skill yg x bole blah gak laa..dgn sebelah kaki memijak ikan smbil tgn mengetuk2 kepala ikan tersebut smpai mati ..uuiihh...ada ke patut ...tp x pa, nampak comel..hahahah..:))..hikhik..ada lgik satu kes ni lak, nk kasi ikan tu mati dgn memukul misai ikan tersebut dgn cara paling comel(hikhik..org tu pun comel..whahah..)..wahahah..mmg smpai mlm pun x mati lg la jawabnya.:D..



Kemudian melihat kaum muslimat mengerjakan ikan2 tersebut smbil tuan amir pun menunjukkan skillnya yg paling hebat dlm bidang menyiang ikan keli.:D..lgik satu masalah yg timbul adalah satu pertanyaan dr Puan Amirah iaitu "Adakah ikan puyu itu adalah ikan sepat?"heeh..satu persoalan yg bgtu pelik didengar tp hakikat sbnar persoalan tersebut adalah "Adakah ikan puyu itu ikan betok?".persoalan tersebut telah menyebabkan tuan amir gelak terbahak2x..sehinggakan aku terpaksa berhumpas pulas tuk menyelesaikan masalah ini..namun yg menjadi misteri adalah persoalan ini telah menjadi isu hangat hinggakan terbawak2 ke status ym..hikhik:D..apakah sbnarnya yg berlaku???heeheh..ehem2x...

Em.ngeh2x...itulah serba sedikit yang bole diceritakan xtvt2 dan perkara2 yg penting berlaku...ikutkan byk lgik ni..tp x pa la..sikit2 sudah la..kang termuntah2 hijau sapa2 yg baca entri kli ni..hikhik... Ok..bye2x...

p/s-sapa2 yg nk video dr kamera sy bole la buzz ym sy yee..:D..

Wednesday, April 22, 2009

Insya-Allah

Insya-Allah

Dalam kehidupan kita seharian, sebagai seorang muslim memang tidak terlepas dari mulut kita untuk melafazkan beberapa kalimah..Antaranya Assalamualaikum dimana ianya digunakan tuk melafazkan salam, bismillah yg digunakan untuk sebelum memulakan sesuatu,alhamdulillah pula diucapkan tanda kesyukuran atas kurniaan dr-Nya @pun selepas selesai melakukan sesuatu, insyaAllah pula diucapkan pada ketika seseorg itu ingin melakukan sesuatu @ berjanji dan beberapa lagi kalimah spt subhanallah, astaghfirullah dan lain2 lagik.

Namun sedarkah kita adakah kalimah2 tersebut digunakan pada waktu @ ketika @ ditempat yang betul. Terutama sekali insyaAllah yang mana ianya paling popular dilafazkan selepas assalamualaikum.

InsyaAllah dari segi bahasa bermaksud "jika dikehendaki dan dengan izin Allah sesuatu akan berlaku".

InsyaAllah merupakan satu harapan dan doa sekaligus. Amat baik sebagai tanda pengharapan dan doa hamba yang lemah kepada Zat Allah swt. yang Maha Berkuasa. Secara kasar, ianya ibarat seperti sudah berjanji dengan janji yang sudah pasti ditepati mengikut logik akal manusia TETAPI harus diingat, ianya harus disertai dengan redha menyerahkan sepenuhnya kepada ketentuan Allah swt. dan menerima takdir Illahi tanpa perasaan keluh kesah serta pasrah terhadap kehendak Allah swt. bahawa hanya DIA yang mengatur segala urusan.

InsyaAllah diucapkan ketika kita berniat hendak melakukan sesuatu pekerjaan atau sesuatu perkara yang kita sendiri belum tentu akan masa keadaannya, baik sekarang mahupun yang akan datang. Pada kebiasaannya lafaz Insyaallah diucap apabila kita berbuat janji dengan orang lain ataupun di kala kita berjanji dengan diri kita sendiri.
Sebagai seorang Islam, kita amat digalakkan melafaz kalimah Insyaallah sebagai satu tanda dan peringatan bahawasanya segala urusan dan kuasa Allah swt. itu mengatasi segalanya kerana Allah swt. jualah yang Maha Mengetahui apa yang tidak kita ketahui.

Tidak seorang pun di antara kita yang mengetahui apa yang akan terjadi detik setelah ini. Oleh kerana itu, tidak akan pernah ada janji yang diikat 100% antara manusia, kecuali dengan menambahkan kalimah Insyaallah.

Berkenaan dengan lafaz Insyaallah, Allah swt. telah berfirman di dalam Surah Al-Kahfi ayat 23 dan 24

[23] Dan janganlah engkau berkata mengenai sesuatu (yang hendak dikerjakan): "Bahawa aku akan lakukan yang demikian itu, kemudian nanti"

[24] Melainkan (hendaklah disertakan dengan berkata): "Insya Allah". Dan ingatlah serta sebutlah akan Tuhanmu jika engkau lupa; dan katakanlah: "Mudah-mudahan Tuhanku memimpinku ke jalan petunjuk yang lebih dekat dan lebih terang dari ini"

Insyaallah bukanlah sebagai alasan untuk tidak menyempurnakan janji yang dibuat dengan berserah kepada kuasa Allah swt. semata-mata apabila kita berasa malas dan berputus asa dengan kegagalan menunaikan janji kita yang telah kita lafazkan tetapi BELUM diusahakan. Sebagai contoh:-

Razak :- "Zack, hg dah study ka?..mlm ni mdterm susah ni..".
zack :- "Emmm..blum lgik. X study apa2 pun lagik.Byk arr, susah lak tuh. Malaasss. Tawakal je la, insyaAllah bole kot".

Sebagai orang Islam, kita mestilah berusaha menyempurnakan tuntutan lafaz Insyaallah yang kita telah kita ucapkan. Kalau kita gagal sekali pun setelah berusaha sedaya upaya, ianya tidak jatuh sebagai dosa orang MUNAFIQ dan masih boleh dimaafkan kerana lafaz kalimah Insyaallah itu ibarat pendinding dan peringatan bahawa Kuasa Allah swt. Mengatasi Segalanya yang bererti juga segala urusan di muka bumi ditentukan oleh Allah swt.

Kemudiannya ada di antara kita mempergunakan kalimah ini secara keliru dan songsang sehingga anggapan telah dibuat bahawa kalimah Insyaallah ini diucapkan sebagai kelonggaran untuk TIDAK menepati janji dan TAKUT menerima amanah. Ideologi dan orientasi dangkal ini berkembang dan menjiwai sebahagian umat Islam sehingga adakalanya apabila kita sebut sahaja "INSYAALLAH" , orang yang mendengarnya terus sahaja memandang serong dan negatif kepada kita (antagonistic) . "Ini tak nak buat la ni", Pemalas la ni", "Woi, betul-betul la ni", ...., itulah antara respon n reaksi yang kita dengar sesudah kita melafaz InsyaAllah. Masyaallah!! Selain itu sebagai contoh:-

Situasi 1;

Dato K -"Ostad Putih, jemputlah datang ke rumah nanti pada **hb ***** 20**, ada kenduri kahwin. Dpt bini no-2.heheh.."
Ostad Putih - "Owh..yakah..syabas mare bete, insyaAllah ana pergi"(Menjawab smbil didlm hatinya mengatakan x nak pergi)

Situasi 2;
Kassim - "Abg Rasif, mlm sabtu ni jom g karok.."
Abg Rasif - "hahha...insyaAllah bole ja.."
Kassim - "issshhh..jgn insyaAllah2x..x nak pergi la tuh.."
Abg Rasif - "MasyaAllah...aku pergi laa"

Jadi sebagai hambaNYA, kita dipertanggungjawabk an untuk memperbetulkan apa yang silap. Jangan asyik mengikut telunjuk yang serong sahaja, khuatir nanti telunjuk menjolok mata! Mulai hari ini, perbetulkan maksud InsyaAllah. Jangan lagi dipergunakan kalimah tersebut dengan maksud dan niat yang tidak tepat.

Ingat! "INSYAALLAH" bukan bermaksud berniat untuk tidak menepati janji dan tidak menunaikan amanah tetapi lebih kepada satu bentuk MoU (Memorandum of Understanding) kita dengan sesama manusia secara langsung dan terhadap Allah swt. secara tidak langsung.

Sabda Rasullullah saw. sangat jelas, yang bermaksud:

"Tanda orang munafiq itu ada tiga walaupun ianya berpuasa dan solat serta mengaku dirinya Islam, iaitu jika berbicara dia berdusta, jika berjanji ia menyalahi dan jika diberi amanah (dipercayai) ia khianati"
[Hadis riwayat Imam Abul Husain Muslim bin al-Hajjaj bin Muslim bin Kausyaz al-Qusyairi an-Naisaburi atau lebih terkemuka dikenali sebagai Imam Muslim]

Jadinya marilah kita sama2 muhasabah diri dan membetulkan kembali pengunaan insyaAllah agar tidak lagi disalahguna dimasa akan2 datang agar tidak tergolong dalam orang2 yang munafiq.

Renung-renungkan dan selamat beramal.

Wallahu’alam…

p/s- nama2 di atas hanyalah rekaan semata2.tidak ada kaitan dengan manusia2 yg masih hidup dan yg telah meninggal dunia..hikhik...=P

Monday, April 20, 2009

Kisah Si Tompok Pulak....

Kisah Tompok



Budin seorang yang amat benci pada

kucing, entah apa silap yang telah
dibuat oleh kucing padanya tiada siapa
yang tahu.

Walaupun begitu, jodoh pertemuan
sememangnya ketentuan Ilahi, Budin
bertemu jodoh dengan Gayah yang
sememangnya amat suka dan cinta pada
kucing. Bukan itu sahaja, sebelum
berkahwin dengan Budin, Gayah sudah
sedia ada membela seekor kucing siam.

Maka dari hari ke hari, bertambah benci
dan meluatlah Budin pada kucing terutama
si Tompok, kucing siam peliharaan
isterinya. Apa tidaknya, Gayah lebih
memberi tumpuan kepada si Tompok dalam
kehidupan sehari-hariannya. Hal ini
membuatkan Budin beranggapan, Gayah
lebih sayang si Tompok berbanding dengan
dirinya.

Akibat tidak mahu terus tertekan dengan
keadaan ini, Budin membuat rancangan
untuk mengusir si Tompok dari hidupnya
dan hidup isterinya, Gayah. Maka,
bermulalah rancangan jahat Budin.

Pucuk dicita ulam mendatang, ketika
isterinya sedang asyik mandi, Budin
dengan tanpa segan silunya telah
menangkap si Tompok, disumbat dalam
karung beras Mahsuri. Tanpa berlengah
terus merempit motor kapcainya sehingga
jauh dari rumahnya, lebih kurang 10 km,
lalu dihumbanlah si Tompok tanpa belas
kasihan. Dengan hati gembira, baliklah
dia ke rumah dengan siulan mengikut
rentah lagu "Cindai" nyanyian Siti
Nurhaliza.

Tapi, kegembiraan hanyalah sementara
bila tiba di rumah si Tompok dengan
sombong bongkaknya melangok depan pintu
lagaknya menyambut kepulangan Budin.
Sakitnya hati Budin tak dapat digambarkan.

Besoknya, Budin meneruskan rancangan
jahatnya. Kali ini lebih jauh dibawa si
Tompok, 20 km dari rumahnya. Tetapi
seperti semalam Tompok berjaya
mendahuluinya pulang ke rumah. Budin
tidak putus asa begitu sahaja,
alang-alang peluk pekasam, biar habis
basah sekujur badan.

Maka nekadlah Budin, kali ini dia bukan
sahaja hendak buang Tompok lebih jauh
tapi dibawanya Tompok pusing-pusing
dahulu. Habis semua jalan ditempuh,
sekejap ke kiri, sekejap ke kanan, yang
lurus, yang bengkok, segala selekoh
habis dirempitnya dan akhirnya si Tompok
dibuang begitu sahaja.

Selang berapa minit kemudian, Budin
menelefon Gayah.

Budin: "Ayang, Tompok ada kat dalam
rumah tak?" tanya Budin dengan penuh
suspen lagi berdebar-debar...

Gayah: "Ada, ada dekat depan pintu tu
hah, Kenapa?" tanya Gayah keheranan.

Budin: "Panggil dia!" herdik Budin
dengan nada yang tinggi...

Gayah: "Kenapa?" tanya Gayah lagi.

Budin. "Aku nak tanya dia, macamana nak
balik ke rumah. Aku sesat ni...!!..


p/s:- hehe..sekadar cerita lawak..ahaks..

Monday, April 13, 2009

Cerita Lawak :Care Menjawab Tepon yg Betul...

Salam...

Sebenarnye cara menjawab tepon yang kite amalkan
adelah salah... dan kebanyakannye sama.. terpikir kah
anda untuk menjawab dengan jawapan yang betul. Jadi
disini kite akan cube untuk menukarkan jawapannye (tak
le korang boring sangat kalu jadi operator).

1. Soalan: haloo, may i speak to Razak please?
Jawapan: maap.. sini bukan balai polis.

2. Soalan: haloo, siapa disana?
Jawapan: ntah.. saya kat sini, mane le saya tau sape
kat sane..

3. Soalan: haloo, boleh saya bercakap ngan bapak awak?
Jawapan: nak cakap cakap je ler, buat ape tanye saya.

4. Soalan: haloo, boleh sambungkan ke nombor 323?
Jawapan: maap cik, nombor tak boleh disambung, hanye
boleh dicampur.

5. Soalan: haloo, mak ade rumah?
Jawapan: mak takde rumah, bapak ade pasal rumah ni
bapak yang beli.

6. Soalan: haloo Kassim, buat ape tu?
Jawapan: kan ke aku tengah bercakap ngan hang kat
tepon ni..

7. Soalan: boleh saya bercakap ngan Wahab?
Jawapan: maap, nombor yang anda dail tidak mahu
memberikan perkhidmatannye... time kacih.

8. Soalan: haloo, tolong panggilkan samad.. saya nak
bercakap dengannye.
Jawapan: sila panggil sendiri, saya sibuk.. maap

9. Soalan: halloo......
Jawapan: haloo.. pusat sakit mental disini, anda ingin
mendaftar?

10. Soalan: haloo, saya nak tumpang bertanya...
Jawapan: maap.. ini bukan kaunter pertanyaan.

11. Soalan: haloo, betul ke ini nombor 3234412?
Jawapan: sila dail sekali lagi.. kalau saya masih
menjawab betul le tu.

12. Soalan: assalammualaikum...
Jawapan: waalaikummussalam.. (tupp! terus letak
tepon.. salam kite wajib jawab)

Hehehhehe....(",)..


Sunday, April 12, 2009

Berita Yg Membuatkan Aku Terkejut Tp...

Salam..

em..aku bru ja smpai cyber dari kampung. Penatnya tp sekurang2nya aku blik dgn rasa gembira n x risau..Aku blik kmpung sbb abah aku masuk hospital..hukhuk..=(.. Kisahnya bermulaaa...

Pada hari jumaat, selepas solat maghrib seperti biasa aku akan g lepak2 di markas bersama2 dgn rasif, ustaz hanif, abg lan n abg azren..tgh rancak bersembang tiba2 hp ku bergetar menandakan ada seseorg menelefon. Rupa2nya mak aku call..

mak-"zakuan, hg ngah wat pa?"
aku-"x wat pa, ngah lepak2.hehe?"
mak-"ni nk habaq kat hg abah masuk hospital"
aku-"haaaaa, masuk hospital?..awat dgn abah?..bila dia masuk?hukhuk.."
mak-"kaki n kaki dia bengkak, skrg ni kat hospital apollo, taiping."
aku-"huh..yaka..awat bole jadi lagu tuh?.dah lama ka?. X pa, org blik mlm ni jugak."
mak-"em..x tau lagi punca dia,sbb doktor tgh dok cek.Kemungkinan ada saluran dlm badan yg tersumbat. Dah seminggu dah. x pa kot, hg x yah blik pun x pa. InsyaAllah x da apa2.nanti klu ada apa2 mak habaq kat hg blik."
aku-"owh..awat baru antar g hospital ari ni?.."
mak-"alaa.hg mcm x kenai ja abah hg. dia mana mau g hospital. dok g ngurut ja.pastu dah teruk cm ni bru nk g.tu pun jenuh nk ajak."
aku-"em..jap g lepas isyak org gerak blik."
mak-"eh..xpa kot. dah mlm ni. hg x da apa2 ka mggu ni?.."
aku-"aaa..ada.tp x pa. x penting sgt pun. alaa..ni bukan 1st time org dok blik mlm sorang2.."
mak-"em..klu cm tu, terpulang laa..sat ni bawak kete tu elok2x.."
aku-"ok. insyaAllah"

Lepas tu aku terus blik ke blik tuk kemas2 brg skit. Lebih kurang kul 9 aku gerak blik kampung.hukhuk..aku sbnarnya agak keletihan n ngantuk2 sikit(mgkin penangan cendol ptg td), tp aku gagahkan jua tuk drive. Sepanjang perjalanan hati aku gelisah n perasaan aku x tentu hala. Namun aku cuba jua menumpu pd pemanduanku smbil melayan lagu2 Rock kapak..hukhuk..lebih kurang kul 1 smpai la aku ke perkarangan umah n dismbut oleh mak yg sememangnya blum tido kerna menunggu ku smpai. Masuk ja umah aku terus masuk bilik n siap2 tuk tido, ingat nk tya lgik pasal abahku kat mak tp x jadi sbb dah lewat dah..esok ja la aku tya.

Esoknya mak aku bgtau g taiping tengah hari sbb nk tggu adik aku blik sek dulu. ari ni dia ada ganti hari sek. Mak aku bgtau yg punca bengkak itu adalah kerna abah aku ni selalu minum sejenis air mineral tuk kesihatan, air ni gak bole menghilangkan cepat penat..popular gak la jenama air ni. Disbabkan terlalu kerap minum hingga smpai satu tahap tahap badan x leh terima n ditambahkan ada saluran dlm badan yg tersumbat, jadinya air tersebut telah bergerak ke seluruh badan2 yg menyebabkan badannya menjadi besar terutama bahagian peha n kaki.hukhuk..

Lepas zohor, kami sekeluarga pun g la melawat abah aku..Em..smpai ja, abah aku dah tersengih2 sbb lapar.ahaks...dia nk makan makanan yg dimasak oleh mak.. Abah aku bgtau x da pa2 pun..cuma kena tunggu semua bengkak ni dah kecut blik nanti dah ok la.
Alhamdulillah..Doktor bgtau esok @ lusa dah bole kuar.

Ya Allah, Aku mohon kepada Mu semoga abahku kembali sihat seperti dulu.. Kau Peliharalah dan lindungilah dia dari segala penyakit yang nyata dan tidak nyata.amiinn..

Sekian terima kasih.

wassalam...

p/s- Terima kasih kepada sahabat2 yg sentiasa mengambil berat...:).

Friday, April 10, 2009

Kisah Dua Sahabat....



Dua sahabat A dan B berjalan di pantai. Si A ini agak nakal, asyik menganggu si B. Ada sahaja keletahnya yang kadang-kadang melampau. Puas disepak-sepaknya air, dibalingnya batu kepada si B.

Si B tidak membalasnya hanya menulis sesuatu di atas pasir pantai itu menggunakan ranting kayu. Si B menulis;” hari ini si A mengangguku.”

Si A tersinggung dengan perbuatan Si B tapi masih berjalan mengekorinya.

Mereka meneruskan perjalanan sehingga sampai di atas batu. Tiba-tiba si B terjatuh dan terkapai-kapai di dalam air. Si A tanpa membuang masa terus terjun ke dalam air dan menyelamatkan si B.

Setelah si B pulih dari kelemasan, dia mengambil sebiji batu kecil dan mengukir sesuatu di atas batu. Ukirannya;” hari ini si A telah menyelamatkan aku.”

Lantas si A bertanya mengapa si B menulis perilakunya (si A) di atas dua tempat berbeza.

Jawab si B; sewaktu kau mengangguku, aku rakamkan ingatan itu di atas pasir. Pasangnya air laut akan terhapuslah tulisan itu. Samalah kekesalan aku atas perbuatan kau akan hilang juga jua.

Tapi sewaktu kau menyelamatkan aku, aku rakamkan ingatan itu di atas batu. Pasangnya air hingga mungkin berpuluh atau beribu tahun akan masih kekal lagi tulisan itu. Samalah ingatan aku atas perbuatan kau akan kekal jua.

Friday, April 3, 2009

Sedarkah Kita....



Mengenali seseorang itu kadangkala membuat kita ketawa...


Mengenali seseorang itu kadangkala juga membuat kita mengalir airmata...



Sesungguhnya mengenali seseorang itu mampu memberi kita sejuta rasa.... marah, sedih, gembira, sayang dan rindu....


Tapi, sedarkah kita?

Mengenali seseorang itu sebenarnya adalah satu ANUGERAH... Biarpun hadirnya seketika dan sekadar TEMAN SEMENTARA... Bersyukurlah dengan kehadirannya kerana barangkali, melaluinya kita mengerti apa itu erti PERSAHABATAN. ..