Monday, September 14, 2009

Subuh...


Salam...
erm..dah lama x update blog ni..agak bz la..besa la..skrg ni musim nk antar asgment...ditambah lgik dgn MiniP...hukhuk.Jd tuk mengupdate aku pun skdar nk berkongsi satu email yg aku dpt..agak menarik citanya..bagus tuk memberi semangat tuk 10mlm terakhir ni..hee~...:D..


Rintihan Subuh...

Pada pagi itu,seperti mana pagi2 yang lain,aku menyambut kedatangan seorang tetamu tetapku.
" Assalamualaikum" ,seru Subuh.
" Wa'alaikumsalam" ,sahutku.

Dan kami terus berpelukan,tanda rindu serta kasih sayang.Ku tanya khabar subuh,bagaimana keadaannya mengembara dari satu tempat ke satu tempat.

" Tadi...",kata Subuh dengan sayu,...aku baru saja melintasi satu tempat.Ku cari tempat persinggahan, ku ketuk rumah2 yang sunyi, tapi satu pun yang tiada mahu menerimaku sebagai tetamu."Dan airmata Subuh pun berlinangan.

"Subuh,usah kau pedulikan mereka,bukankah aku menyambutmu dengan penuh rasa kegembiraan? " Subuh mengangkat mukanya seolah2 teringat sesuatu.

"Oh ya, tadi aku lalu di suatu tempat yang tanahnya disebalik sungai. Orang2nya sepertimu, menyambut ku dengan penuh kesukaan, menjamuku dengan pelbagai hidangan yang lazat serta mengiurkan. Hidangan yang paling aku suka adalah buah Tahajjud, puas kucari di bumi lain,tapi jarang kujumpa. Di situ aku meratah buah Tahajjud dengan puas dengan leka". Dan Subuh merenung mataku mengharapkan sesuatu. Aku fahami maksud Subuh.

"Maaf Subuh, aku tiada menanam pohon Al-Lail, jadi aku tidak dapat menghidangkanmu dengan buah yang kau sukai. Tapi aku ada roti Shiyam", cadangku pada Subuh. Subuh menolak dengan hormat. "Roti itu ada tuan punya", kata Subuh.

"Adakah kau mahu manisan Zikir?" rayuku pada Subuh. "Baiklah, ambilkan aku sedikit, serta bawakan aku segelas Air Mata Tangisan", pinta Subuh. Aku agak sugul,bagaimana harusku beritahu pada Subuh, yang Mata Air Tangisan sudah hampir kering akibat kemarau Maksiat yang Berpanjangan?

Aku terkejut. Perigi tersebut hampir separuh penuhnya. Dan aku berdetik di dalam hati, adakah ini tanda kemarau akan berakhir? Tanpa berlengah lagi kubawa Air tersebut pada Subuh, tetamu yang ku sanjungi, dan ku suakan manisan yang dipintanya. Selesai menjamah kesemuanya, Subuh pun melirikkan sebuah senyuman.

"Subuh...",seruku, "...mahukah kau tinggal selamanya denganku? Aku memerlukan teman dalam kesunyian. Akan ku layan kau dengan sebaiknya,wahai subuh".

Subuh tersenyum lagi menandakan permintaanku tidak akan terpenuhi." Aku perlu menziarahi ramai orang, dan ramai lagi yang memerlukan kehadiranku untuk mengubati rindu mereka, sepertimana aku menguliti mimpimu".

Dan aku akur dengan penjelasan Subuh."Subuh" ,...seruku lagi bila melihat Subuh bersiap untuk pergi,

"Sudikah kau menziarahiku lagi esok hari?".

"InsyaAllah" ,jawab Subuh,"...bukankah aku kekasih yang kau rindui?". Subuh berangkat dengan lambat tetapi tetap mahu pergi.

"Assalamulaikum" ,seru Subuh.
" Wa'alaikumsalam" ,jawabku kembali.

Dan mataku terus meniti langkah Subuh, yang semakin laju dengan setiap langkah.Dan akhirnya Subuh menghilang dari pandang ku. Aku merinduinya lagi.



Monday, September 7, 2009

Perjalananku...

Salam.....



Aku berjalan sendirian di tengah keramaian, ia bukanlah tempat yg asing bagiku, Sudah beberapa tahun ku disini. Tp kenapa perjalananku ini terasa lain dr sblum ni. "Ahh..ini kan perkara biasa, masa akan mengubah segalanya", jd aku teruskan perjalananku.

Ntah kenapa, aku berjalan dalam keadaan yang lemah dan tidak bertenaga, seolah2 aku memikul beban yang sememangnya aku x mampu utk ditanggungi, sedangkan sebelum ni aku berkeyakinan dan bersemangat utk berjalan di sini.."Adeh...kenapa ni!! semangat2x..perjalanan ku masih jauh lgii". maka aku teruskan perjalananku lgi.

Kadang2x perjalananku terganggu dgn keadaan jalan yg tidak rata, kadang2ku tersepak batu yg menyebabkan kaki ku luka, kadang2 hampir jatuh tersungkur tanpa kata. Terasa inginku mengubah perjalananku ini utk jln yg lebih mudah.. "ahh..kenapa perlu diubah kerna ini pilihan ku"..maka aku teruskan perjalanan.

Kutoleh kiri dan kanan, "oh ku tidak bersendirian rupanya"... ku lihat beberapa insan yg aku kenali sedang berjalan juga.. Ada yang begitu bertenaga, ada yg begitu bersemangat, ada yg jalan sedikit jauh dr jalan yg dilalui dan ada yg menyinggah di tepian jalan yg nampak bgtu mengasyikkan. Terasa ingin ku mengajak insan2 itu bergerak bersama2 ku."Ish..mereka mesti punya hal dan perkara2 lain yg ingin diselesaikan". Lalu ku teruskan perjalananku ini.

Kadang2 kedengaran suara memanggil2 nama ku dr tepian jalan.. ku lihat suara2 itu dr tempat2 yg bgtu menarik utk disinggahi.."Bole rehat2kan badan ni." maka aku akan singgah berehat2 sebentar yang kadang2 terleka seketika hingga terlupa dgn perjalanan ku td."aahh..relek laa..lepak2 la dulu". maka ku berehat2 sebentar hingga lupa perjalananku td.

Tersedar dek kerna panggilan rakan yg sedang berjalan,"eh..aku belum selesai berjalan lgik" maka aku meneruskan perjalananku itu kembali. Tp aku masih berjalan seperti sebelum ini..tidak bersemangat dan bermaya. Namun aku terpikir "apakah aku masih dijalan yg seblum ini??..".."Apakah ini jalan yang aku perlu lalui.?" Namun kaki terus bergerak meneruskan perjalananku.

Dalam perjalanan, aku teringatkan perjalanan ku yg sebelum ini yg telah smpai ke destinasi yg ditujui."wah..alangkah indahnya waktu itu".."huh..mana mungkin tuk berjalan seperti itu kerna ia sudah tamat, skrg aku berjalan di lorong yang berlainan.".. Namun aku percaya destinasi nya pasti sama...

Kini aku perlu mencari semangat dan tenagaku kembali utk meneruskan perjalananku ini. Aku perlu mengubati luka2 yg ku hadapi. Aku juga perlu mencari jalan yang sepatutnya dilalui. Aku perlu mengajak sahabat2 ku tuk bergerak bersama2 ku kembali... Tp apakah aku mampu lakukan nya seorang diri........................

"Kalau besar yg dituntut dan mulia yg dicari,nescaya banyaklah kepayahan dan kesusahan melaluinya,panjang jalannya dan banyak rintangannya"- Imam Al-Ghazali



Thursday, September 3, 2009

Lawak Bulan Ramadan

Salam....

Kisah Masjid Sujud



"Lepas basuh pinggan, ikut Abah pergi masjid" kata Abah separuh memerintah.

Aku memandang kepada Emak. Emak angguk sahaja. Maksudnya emak mahu aku ikut Abah solat subuh ke masjid. Jangan melawan.

Nampaknya, aku kena batalkan niat untuk sambung tarik gebar selepas kenyang bersahur.

Aku bonceng di belakang. Kami tidak pakai helmet. Kopiah sahaja.

Ganjil. Dalam cahaya suram menjelang subuh, aku lihat kubah masjid berada di tanah. Bukan di bumbung masjid. Ajaib.

Abah macam tidak nampak keganjilan itu. Aku cuit bahu dia dan tunjukkan ke arah kubah yang berada di tanah. Mungkin kubah itu tengah sujud fikir aku.

"Kenapa?" tanya Abah.

"Lailatulqadar" kata aku dengan jari masih menunjuk kepada kubah.

"Kepala otak engkau. Berapa lama engkau tak ke masjid?"

Tidak pasal-pasal aku kena marah. Rosak pengalaman suci aku ini.

"Diorang tengah renovate masjid la. Bumbung masjid bocor.. pasal tu kubah tu dorg angkat letak kat tanah.. haiihhh," sambung Abah memaki lagi

heheheh...


Wednesday, September 2, 2009

Kisah Di Hari Jumaat

salam..

Adeh...ari jumaat ari tu roomate aku, Azam Satria @ nama penuhnya Mohammad Ismul A'zam dgn jiran bebilik ku Ammar eksiden ketee...hukhuk.... sedikit catatan kejadian yg diceritakan oleh mangsa...


Azam


Ammar

Lebih kurang kul 11lbih Ammar dtg ke bilik tuk mintak tlg kat azam bwk dia g Bangi..Kete dia ada prob sikit..So kuar la bdk 2 org ni ke bangi naik satria azam.. Masa on da way blik cyber, si ammar teringin nk bwk kete azam.. elok dah smpai kat persiaran Apex(dh dlm kawasan cyberjaya dah)..tgh diorg dok rancak beborak, tiba2 ada sebijik kembara dr sblah kiri nk wat U-Turn terus masuk ke link kanan menybabkan ammar terkejut n terus menekan brek dgn tiba2, namun disbabkan Kete Kembara tu dah berada di link diorg, ammar hanya sempat menekan brek dan mengelak sedikit ja..namum apakan daya, cempedak sudah menjadi nangka(tiba2 jaa terkeluar ayat ni..hehe), kereta satria azam melanggar belah tayar belakang kanan kereta kembara tersebut yg menyebabkan kembara itu sedikit melambung dan terbalik(berhati2 kpd Tuan Kereta Kembara kerna sememangnya kembara amat mudah terbalik..hee~)..hentakkan yg kuat semasa melanggar kembara tersebut menyebabkan azam dan ammar terhantuk ke dashboard kete, ammar sempat menahan dgn tangan supaya badan dan kepalanya x terhentak kuat.Namun azam x berjaya menahan badannya terhentak kuat ke dashboard dan menindih tangan kirinya..hukhuk..




Dlm keadaan sakit2 ammar terus keluar dr kete, niat dihati utk marah kpd pemandu kete kembara tersebut. Namun setelah diamati, rupanya dlm kereta kembarea itu adalah satu keluarga melayu. Melihat si ayah sedang menarik keluar anaknya dr dlm kete menyebabkan hati ammar menjadi sayu dan terasa sedih. Terus terbatal niatnya td...hee~ Pemandu kete kembara itu upanya adalah wanita, iaitu isteri kpd lelaki td. Em...ketika didlm ambulan sesuatu yg mengecewakan telah berlaku dimana makcik(pemandu) tersebut telah memarahi dan menyalahkan ammar dan azam atas kejadian itu. Namun atas dasar malas nk gaduh2 kat dlm tu. Ammar ajak "setel kat balai ja la mak cik"..si suami hanya mengangguk.

Ketika di hospital, doktor mengesahkan bahawa tulang dibahagian tangan kiri azam patah di dua bahagian..hukhuk..sementara ammar hanyalah cedera ringan(luka kat tangan n bengkak kat kepala). Mak cik n keluarganya pula hanyalak cedera2 ringan sahaja. Tapi mak cik tu still x nak mintak maaf dan langsung x berkata2 apa kpd mereka. Cuma si suami nya shja yg dtg bertya khabar dan mintak maaf. Selesai hal2 di hospital, kitaorg g balai polis lak nk wat report. Masa nk wat report tu, abg polis tu bgtau yg cerita mak cik tu lain dr kitaorg, dia seolah2 wat cerita sendiri tuk mencari kesalahan ammar n azam..tp berpandukan gambar dan kedudukan kereta semasa eksiden, mmg sah2x arr mak cik tu yg bersalah..hukhuk..napa la nk wat cm ni mak cik..bulan2 posa lgik ni..hukhuk..Susahkah nk berkata benar dan memintak maaf..hukhuk..

Selesai hal2 di balai polis, abg sedara azam dtg amik dia sbb nk suruh rehat2 kat umah mak sedara dia sementara Parent azam on da way dtg dr kedah..huu~ Aku plak blik hostel ngan ammar. Pastu mandi2 n siap2 tuk wat kerja2 katering di surau spti biasa dgn pekerja2 yg lain..hahah..Mlm nya lepas terawih aku blik perak..lebih kurang 11lbih aku bertolak dr cyber. Masa on da way tu, tgh drive tu ada lah bbrapa kali aku terlelap.hukhuk..si baik x jd pa2..klu tak xpasal2 la....huu~..so aku berhenti la kat petronas kat Tanjung karang tuk tido kejap..aku smpai umah lebih kurang kul 3 lbih gak la.. Jadi itulah kisah di hari jumaat.. Okeh..jumpa lgik..jgn lupa rakan2 yg mengenali azam, msj la dia tya khabar n kasi kata2 semangat yee..hee~.


p/s - adeh..kesian kat azam..kete dia lgik 100++km lgik ja nk lepas pantang..hukhuk..dh jd cm tu..nk kena wat lelok blik..nasib baik insuran kete kembara tu akan cover semua repair.huu~
- Hospital yg nampak gah n canggih pun bengong gak upanya.(inilah hospital kerajaan..hukhuk).Patutnya tangan azam tu perlu disimen, tp diorg ckp x yah. Blik kedah, hospital kat sana dah marah2 patutnya kena balut sbb teruk sangat patahnya tuu...adeh....
-azam skrg kat kampungnya di Sungai Petani..
- Kpd roomate ku azam sekeluarga..sabarlah menghadapi ujian2 yg diturunkan keatas mu di bulan ramadan ni..insyaALlah..ada hikmah di sebalik kejadian..:D