Sunday, June 29, 2008

- ETIKA KERJA ISLAM -

- ETIKA KERJA ISLAM -


Islam tidak suka umatnya menganggur dan hanya menunggu rezeki disuapkan ke mulut. Sebaliknya Islam menuntut umatnya bekerja mencari rezeki halal bagi menyara diri sendiri dan keluarga. Disebabkan itu, terdapat lima etika kerja yang perlu dipatuhi bagi memastikan bahawa rezeki yang kita dapat itu ada keberkatannya:

IKHLAS DAN AMANAH
kerja yang kita lakukan, kita dapat Bekerjalah dengan penuh kerelaan, suci hati untuk mendapatkan keredaan Allah. Bersyukurlah juga kerana denganmenyumbang tenaga untuk pembangunan negara. Rasulullah bersabda yang bermaksud, "Sebaik-baik manusia ialah orang yang paling banyak bermanfaat bagi sesama manusia." (Riwayat Al-Quda)

CEKAP DAN TEKUN
Antara ciri-ciri pekerja yang baik adalah cekap dan tekun. Ini selaras dengan sabda Rasulullah yang bermaksud, "Sesungguhnya Allah suka apabila seseorang itu melakukan sesuatu pekerjaan dengan tekun." (Riwayat Al-Baihaqi)

BEKERJASAMA
Kita tidak mungkin dapat melakukan kerja sendirian, sebaliknya kita juga memerlukan orang lain untuk melancarkan kerja. Kerana itulah perlunya sikap saling bantu-membantu untuk menjamin kejayaan dalam kerja. Allah berfirman yang bermaksud, "Dan tolong menolonglah kamu dalam mengerjakan kebajikan." (Surah Al-Maidah:2)

MENGABDIKAN DIRI
KEPADA ALLAH
manusia, sembahlah Tuhan kamu yang telah menciptakan Dalam melaksanakan kerja, amat penting untuk kita tanamkan dalam hati, bahawa kerjaya itu adalah amanah Allah. Kerja itu juga adalah sebahagian ibadah kita kepada Allah. Allah berfirman yang bermaksud, "Wahai sekaliankamu dan orang-orang yang terdahalu daripada kamu supaya kamu bertakwa." (Surah Al-Baqarah:21)

PEKERJAAN HALAL
Hal ini juga tidak kurang penting kerana setiap wang yang kita peroleh akan menjadi darah daging kita. Justeru, pastikan bahawa kerja yang halal dan tidak bertentangan dengan hukum syarak kerana daging (tubuh) yang tumbuh dari makanan yang haram, akan jadi makanan api neraka.


p/s- entri kli ni aku amik artikel dr salah satu yahoogroup aku..ngeh2x...

Sunday, June 8, 2008

Walimatul Urus...
















Assalamualaikum w.b.t.





Yeah...tgk pd tajuk dah semacam..wakkaka..tp bukan akunya ye.. ni member pancing aku. Ahmad Fathi(Alang) n pasangannya Shahrinie(hasil dr pancingannya,hehe..:P) pd 3hb Jun yg lalu...Ahaks..Tahniah wat Alang Fadhi..Semoga berkekalan hingga ka anak cucu..insyaAllah..


Sbnarnya kat sini aku nk cita sikit la pasal kenduri kahwin member aku ni...ahaks..







Ahad(1hb Jun2008)..ptg tu lepas asar, tgh aku dok rehat2kan bdn smbil dok layan cita kartun ngan adik aku...tiba2 hp aku berbunyik..Attention,You have a type massage on screen now(Nada deringan masej aku)..aahh..sapa lak yg kacau time aku dok syok2 layan kartun ni(rungutku dlm hati)..em..bukak je masej..







"Zakuan, hang ada kat mana, mai umah aku tlg angkat balai"..upanya masej dr Uni adik Alang..ahaks..tersenyum aku baca masej ni..hehhe..sbb aku sbnarnya dah lama x turun padang ni utk kenduri kahwin gotong royong..selalu nya g kenduri tunjuk muka jaa..makan..pastu blik.hehhe..lgpun kat kmpung aku ni dh jarang dah kenduri kahwin secara gotong royong.,.,skrg selalunya secara kontrak..semua dah siap..dr balai kenduri,makanan n semua laa dh sedia ada.. em..aku pun pa lg, start moto n g umah dia..







em..smpai sna aku tgk ada la dlm 6-8org..kebanyakkan nya vateren(panggilan tuk org2 tua).


Pastu apa lgik...start pasang balai..ada lebih kurang 5 balai semuanya..dlm dok tgh pasang balai..sorang demi sorang dtg membantu..semua nya yg kebetulan lalu, terus singgah utk membantu..heheh..bukan apa..besa laa..kampung kan..karang klu x singgah bantu..akan jadi buah mulut org..x tlg, nanti diungkit lak time org tu wat kenduri lak. tp ini la yg bestnya kenduri gotong royong ni..wat keje ramai2. x kira muda n tua.tp selalunya yg veteren dok kasi arahan...smbil dok pasang balai, mesti ada yg akan dok wat lawak.selalunya usik2 diantara veteren ngan anak muda..ahaks.







"Ni kasi kerja lebih sikit kat zakuan ni..org jauh ni.bdn sihat senang hati la ni.hahaha"-tiba2 pak tam berseloroh.







"hahaha..apasal lak..org jauh la patut dok relek2 lepak jaa.ni sy susah hati..tu yg jd cm ni..."-jawabku balik smbil tersenyum..
dlm kul 6.30pm 4balai dh siap dipasang. satu lgik esok bru pasang sbb ada bahagian yg patah..



em..lepastu aku pun lepak2 dulu kat depan umah Uni smbil dok minum air sirap limau yg disediakan oleh Mak Ngah(Mak Uni).



"hahah..abis basah baju hg noo zakuan, aku ngan uni x berpeluh pun"-kata Ejon smbil tergelak.



"Aku sihat..tu yg berpeluh lebih tu"-kataku kembali.


"uni, esok kul bapa nk susun2 meja ni?"


"Em..ptg la kot..tp pgi esok ada sembelih lembu.mai la."-jawab uni.


"heheh..ok.itupun klu smpat,hahaha"-jawabku kembeli smbil tergelak bersama2 member yg lain.






Esoknya plak..Isnin(2hb Jun 2008).. dlm kul 3.30 aku gerak g umah uni..semuanya dah tersusun.ngee~..lewat la plak aku dtg.hahha..bukan sengaja, tp aku ada keje lain.. So aku pun lepak2 arr kat umah uni pekena air sirup sambil tlg2 apa2 yg patut smpai kul 5.30ptg...


Mlm tu aku dtg blik nk pekena sup gear box lak..ngee..smpai2 dah abis dah semua gear box dah kena sedut..waaa...melepas aku nk merasa..tp nasib baik la bihun ngan saki baki daging ada lagik..so bole la layan. Tgh dok syok melayan bihun sup, tiba2 ada org tegur aku..


"Oiii.. zack!!". huh..sapa lak ni..upanya2 member sek teknik aku..satu dorm ngan aku, Dorm Cerdas. Khalil upanya..hahahha...kat hostel dulu dia dgelar ramlee sbb gaya n suara dia lebih kurang p.ramlee. AHaks.....so smbil dok pekena bihun sup tu aku sembang2 la dgn si khalil..
lebih kurang kul 10 lebh aku pun blk la umah..

Esoknya, kul 9.30pgi aku dah gerak g umah kenduri dah..yeaahh..nk kena keje keras ni..comform ramai org dtg...so dimulakan dgn susun meja n kerusi..kemudian hidang2 makanan...lebih kurang kul 11pgi..org ramai dah start dtg...smbil tu aku tgk ramai bdk2 dlm lingkungan 7-13 thn jadi mentera angkat hidangan..haha..teringat lak aku masa kecik2...semengat nk jadi mentera semata2 nk dpt upah nanti..hehhe..
peehhh..mmg ramai tul org dtg.dlm kul 1ptg cm tu pengantin pun smpai..Alang nampak hensom bergaya di smpai zaujahnya.hehe..lebih kurang kul 2ptg bru la org dah berkurangan..huhuuh..masa ni la bole aku rehat2 setelah penat mengangkat hidangan...

ptg tu dlm kul 5.00ptg..dah start kemas2 barang blik dah..lepas ni nk kena antar balai kenduri ke umah org lain lak..esok ada kenduri lgi.tp kat kampung lain. dlm kul 7.30 bru la selesai semuanya..mlm tu ingat nk g lepak2 lgik..tp penat nya pasal, tido awal la jawabnya..ngeh2...

sekian terima kasih...:D..

p/s:-so itu la sedikit sebnyak entri pertama aku tuk kali ni..heheh.mmg membosankan dan x best.ngee~.










Sunday, June 1, 2008

Akhirnyaaa...

Assalamualaikum...
Alhamdulillah..akhirnya aku telah mempunyai blog sendiri.wakakaka..walaupun aku x tau apa la aku nk letak dlm ni nanti..ahaks..so nantikan je la ye apa yg bakal diisi dlm ni nanti. mgkin sesuatu yg berguna, mgkin jugak sesuatu yg akanku mengarut nanti.:D...klu yg berguna,jadikanlah ia berguna utk kita bersama, klu yg mengarut, biarlah ia sekadar bacaan dlm ni jee...:D..
ok..takat ni ja la kot utk permulaan blog ni(hehehe..sememangnya aku seorg yg pemalas dlm menaip)..kuikui..
Sekian...wassalam.....