Sunday, December 13, 2009

Antara Maruah Manusia n Ikan...hehehe..

Salam..


terlbih dahulu aku nk mintak kebenaran kepd razak tuk menggunakan status di FB baru2 ni..:D.... Memancing..ada apa dgn memancing ni..sememangnya satu xtvt yg sgt2 membosankan dan tidak berfaedah bg sesiapa yg x meminatinya @ x pernah mencubanya..namun bgku ianya satu xtvt yg amatlah best lg mencabar. ikutkan dah agak lama la aku x memancing sbnarnya.. dah dekat 2 sem aku x memancing sbb x da geng..si bazli lak dah grad..so tersimpan la rod2 ku sehingga bersawang. tp baru2 ni aku dpt geng memancing yg baru..yeaahh..itulah Fakhrurazi aka Razak..seorg yg baru menceburi bidang ni..tp sblum ni dia dah pernah memancing, cuma blum ke tahap serius..

Kisah bermula pd satu mlm minggu dimana baru lepas blik dr makan nasi ayam penyet di bangi, tiba2 si razak ni mengajaku memancing.hahah..pada mulanya aku menganggap itu adalah satu gurauan..rupanya dia serius.:D..lepas ja solat maghrib kitaorg terus g dengkil tuk beli sedikit peralatan n umpan bersama seorg yg selalu mengaku HOBINYA MEMANCING.ngee~.. Si razak ni dgn bersemangatnya terus membeli sebiji mesin(heheh..dah nampak keseriusannya itu) kat kedai tuh.hahah..semangat tul..kitaorg pun beli la cengkerik n cacing tuk dijadikan umpan. Si HOBI MEMANCING(nama terpaksa dirahsiakan atas sebab2 keselamatan kerajaan negera malaysia,hahaha) ni x membeli apa2 kerna katanya dah ada rod kat biliknya itu..ingatkan dia punya, rupanya si karim punya..dah tu ada batang ja..mesinnya x da..ahahah..x leh pakai tul..sembang cm barang semua lengkap..hahah..baik mancing guna batang buluh jaa..hee~..nasib baik la aku ada rod lebih..so bole la pinjam2 kan dulu..


Balik ja cyber kitaorg terus setup alat2 n bergerak ke tempat yg menjadi tempat tuk percubaan pertama razak iaitu satu kolam memancing yg berdekatan dgn Teratak Hijaz bersama khalid n amin. Maka kitaorg daftarkan memancing menggunakan 3 rod iaitu aku, razak n Si HOBI MEMANCING. Lepas jumpa tempat yg sesuai maka kitaorg pun mulakan xtvt yg berfaedah tersebut. Aku n Razak terus melontarkan rod.Si HOBI MEMANCING still dok lepak2 smbil sembang2 ngan si khalid. Aku lak yg kena pasangkan n balingkan tuk dia..hehe..pastu aku terus focus kat rod aku smbil sembang2 ngan amin. Si Hobi MEmancing tu lak jaga dgn malasnya rodnya itu.. Si razak pancing kat sebelahnya.. SI HOBI MEMANCING ni belek2 la rodnya itu pastu dgn perlahan dia berkata "razak, cm ner nk pusingkan mesin ni?"..hahaha..cis..upanya SI HOBI MEMANCING ni x tau apa2 pun pasal memancing guna rod..hahaha..x guna tul...sembang mcm dah pro..rupanya NOB gila...hahaha...


Dekat 4 jam la kitaorg memancing tanpa mendpt sekor ikan pun(adeh..xda rezeki lgi ni)..tp yg geramnya mamat yg pancing berdekatan ngan kitaorg dok naikkan ikan. siap naikkan patin yg agak besar lgik saiznya...si razak dah jd geram gila..SI HOBI MEMANCING ni plak dah start lepak2 malas nk jaga pancing start sejam memancing lgik..cis..x leh pakai langsung..dia g join si khalid lepak2 smbil menghabiskan makanan yg ada..ngee~..maka terpaksa la aku jaga 2 rod.. Sepanjang kami memancing tu si razak berulang2 kali berkata "selagi x dpt ikan kita jgn balik"..hahah..tp bila dah dekt 4 jam tu, mmg dah giveup gak la..pastu aku pun ajak la razak blik. kitaorg pun mula mengarau kembali rod..tiba2 masa aku nk amik rod lgik satu(rod SI HOBI MEMANCING)..hujung pancing tu bergerak2 menandakan ada ikan makan. aku pun terus arr rentap sikit n karau smpai abis..haaaa...hasilnya tgk la kat bawah ni..hehee..

Seekor ikan talapia hitam dpt dijinakkan..hehe..:P

Aku rasa mgkin sbb kata2 si razak menyebabkan kitaorg tetap blik dgn mendpat ikan walaupun aku lepaskan kembali ikan tu..Tergelak besar kitaorg, siap dah cadang nk wat masak tiga rasa lgiik..hahah..pastu pulangla kami ke mmu dgn sedikit perasaan hampa..nk wat cm ner kan..dah x da rezeki.
.ini mgkin pemulaan tuk razak dlm bidang ni yg sememangnya akan menguji tahap kesabaran "penantian itu satu penyiksaan"..hehe... Sejak mlm tu aku n razak mula mencari2 tempat yg lain tuk diterokai smbil si razak mula membaca artikel2 n note2 mengenai memancing..hee~..siap post dlm FB lgik.. Pastu dpt la tempat baru iaitu kat Taman Wetland Putrajaya. Maka ari khamis ari tu aku pun dating la ngan razak tuk memancing kat situ. SI HOBI MEMANCING x ikut sbb dia keje..rasanya nk ajak dia pun malas..hahaha..:P.em..kitaorg mancing kat situ smbil ditemani ngan sorang brother yg dh lama memancing kat situ..ramah tul dia, siap kasi pinjam kat razak mata bom.hee~. kitaorg start mancing kul 10lebih smpaila kul 6.30ptg..tuk kali ni pun razak ada la ckp gak "Selagi aku x dpt ikan jgn blik"..hehee..Maka inilah hasilnya selama kami memancing kat sini...

16 ekor ikan lampam berjaya dijinakkan..


Muka nya yg penuh kepuasan..:D

Alhamdulillah..hasilnya bole la memuaskan hati walaupun semua nya ikan yg sama jenis "ikan Lampam".. pastu blik ja kitaorg amik keputusan kasi kat Ustaz Hanif. nk masak susah lak, xda peralatan n tempat..adeh..tp akhirnya mmg rezeki kitaorg nk rasa gak ikan2 ni sbb ustaz ajak makan kat umah dia keesokkkan ari nya lepas solat jumaat bersama2 dgn ustaz toha, abg lan, zaini, abg azreen n abg mus.haha..mcm2 diorg bahankan aku ngan ikan2 tu..cis..terkena teruk..ahahah..:P So inilah sedikit cita tuk kali ini selepas sekian lama x update blog ni.:D..hehe..mcm nk lepas geram ja kan..ngeh2x,,:p


k la tu ja tuk kali ni yee..hehe..berjumpa lgik di entri yg akan datang...hee~..bye2x..


p/s - rasa cm nk copy n paste satu perbincangan penting di ym beberapa ari ni ngan seseorg..hahaha..pastu nk post dlm blog ni..sapa setuju????..ahahaahah..(saja nk cari gaduh,wahahah..):p

Thursday, November 26, 2009

adeeehhh....

Salam..

em..inilah gambaran perasaan aku mlm ni..hukhuk...












Adeh..moga esok lebih baik tuk diriku...

ok la.. update kli ni skdar meluahkan perasaan yg terbuku di hati ini..

bye2x..wassalam...

Thursday, November 19, 2009

Antara Garisan

Salam...
em.. lama gak aku x update blog ni..dah mcm penuh gak ngan sawang2 dlm ni..heheh..



Em..bru2 ni aku ada tgk satu drama tajuk "Antara Garisan". cita tu menarik la sbb ada masej yg amat2 berguna nk dismpaikan walaupun "setan" dlm cita tu agak kelakar..hehe..
lagu tema dia pun mmg pun best..so kat sini aku nk share la lagu nya..so meh la kita layan n menghayatinya...hee~>.:D..




Azfar - Akan Ku Jumpa (versi Ramadhan)

lagu: Isma Yusoof & Pam Yuen
lirik: Isma Yusoof
Produser: Isma Yusoof, Pam Yuen, Ully (Awanband), Azfar & Ash (BAU)
Arranger: Pam Yuen
Executive Producer: Isma Yusoof & James Wong
Studio: Platinum Studio

Ku mengatur langkahku
berjalan tanpa bayang-bayangMu
langit dan bumi setia, menemaniku
matahari menyinar tak pernah berpihak padaku
Ku kepanasan tanpa perlindunganMu.

Hari berganti hari aku masih teguh menanti
Hadir diri Mu dalam hidupku ini
Rasa kecewa ada bila kaki penat berlari
Namun yakinku Kau kan kutemui

ku takkan pernah cuba berhenti
langkahku mencari Cinta
Yang ku tahu hanya tuk diriku
kan ku terus cari sampai hujung dunia

kerna ku tahu akanku jumpa diriMu
dan ku kan terus menempuh mimpi-mimpiku selalu

kulihat semua gembira
bila mengenali erti Cinta
senyuman ku beri hanya duka
bila ingin Teman tuk berbicara

Cinta jangan sembunyi
mataku kabur mencari
hadirlah dalam hidupku ini
Cinta jangan engkau pergi bila langkahku cuba
untuk mengejar diriMu

Pesanan Isma Yusoof: "Dunia ini sementara, cinta kita terhadap Allah adalah cinta yang tulus selama-lamanya. Jadi, berbaik-baiklah kita sesama manusia. Jangan gaduh-gaduh~! Peace no war!"


Kata2 watak iblis di penghabisan cita tu

~"Sikap manusia yg sering kali merasakan diri mereka lebih baik dr org lain, sehingga menyebabkan mereka gemar menjatuhkan hukuman sesama mereka seolah2 dosa dan pahala mereka sesama mereka yang tentukan, apakah mereka semua lupa yang sebenarnya sama sahaja, kalau ada pun yang membezakan mereka hanyalah satu garisan halus yang mana mereka tidak akan sedar bila masa mereka akan melintas garisan itu."~


Sunday, November 1, 2009

Kisah Batu & kopi..


Salam...
hee..nk kongsi satu cita ngan kawan semua..





Suatu hari seorang pakar dlm bidang pengurusan masa bercakap dalam suatu kumpulan yang terdiri drp ahli perniagaan yang berjaya. Beliau menggunakan satu analogi yang cukup mudah dan berkesan supaya mereka dapat ingat sampai bila2.

Beliau berdiri dan berkata, "OK, saya ada satu kuiz utk tuan-tuan," dan beliau mengambil sebuah balang yang bermulut luas dan meletakkan di atas meja. Seterusnya beliau mengeluarkan sedozen batu sungai yg sebesar penumbuk (batu besar) dan mengisi balang tersebut dgn batu itu dgn begitu cermat sekali sehingga balang itu penuh.

Apabila balang itu sudah penuh dan tiada lagi batu yang boleh muat ke dalamnya, beliau bertanya, "Adakah balang ini penuh?" Semua orang di dalam kelas itu menjerit serentak. "Ya". Pakar itu menjawab. "Anda pasti?". Kemudian beliau mengeluarkan pula batu2 kecil dr bawah meja dan memasukkan ke dalam balang dan menggoyangkan balang itu agar batu2 kecil memasuki celah2 batu besar. Sekali lagi beliau bertanya kepada hadirin, "Adakah balang ini penuh?".

Kali ini mereka spt was2. "Mungkin tidak" kata salah seorang drp mereka. "Bagus!" kata beliau. Sekali lagi dia mengambil sesuatu drp bawah meja dan mengeluarkan sepeket pasir dan memasukkan ke dalam balang itu. Pasir2 halus itu masuk ke celah2 ruang kosong antara batu besar dan batu kecil di dalam balang itu. Sekali lagi beliau bertanya, "Adakah balang ini penuh?" "Tidak!" jawab mereka hampir menjerit.

Sekali lagi beliau berkata, "Bagus!" .Kemudian beliau mengambil secawan kopi dan menuangnya ke dalam balang tersebut sehingga penuh dan bertanya kepada hadirin yang hadir, "Apakah maksud yang boleh diterangkan di sini?".

Salah seorang drp mereka bangun dan berkata, "maksudnya ialah walau bagaimana sibuk dan penuh pun jadual kita jikalau kita bekerja keras kita sentiasa boleh memasukkan lagi perkara2 yang lain dalam kehidupan kita!". Pakar pengurusan masa itu berkata, "Ada benar jugak apa yg kamu katakan itu, tetapi kebenaran di sini adalah lebih besar dan lebih berguna utk kita fikirkan: "Jika kamu tidak memasukkan dahulu batu yang besar itu ke dalam balang sebelum batu2 kecil dan pasir, kamu tidak akan dpt masukkan batu2 besar itu sampai bila-bila pun".

Sekarang, kita kena memikirkan apakah batu besar dalam kehidupan kita? Sebagai contoh batu besar itu seperti tanggungjawab kita kepada Allah seperti sembahyang, menjaga syariat, akidah, akhlak, menjaga keluarga, mengejar cita2, dan meneruskan pencapaian matlamat hidup.

Batu2 kecil dan pasir itu pula ibarat perkara2 lain yg biasa kita lakukan dalan kehidupan kita bersama rakan2 dan keluarga. Sebagai contoh beriadah, keluar bersama rakan2, pergi menonton wayang, KAROK bersama2 dll.hehe..:P

Tiba2 seorang drpd. mereka bangun dan bertanya, "Apakah pulak maksud secawan kopi itu?". Pakar itu menjawab, "Walau sesibuk mana pun kamu, walau sepenuh mana pun jadual kerja kamu, luangkan sedikit masa untuk pergi minum kopi bersama2 dgn kawan2 kamu"…


p/s- sbgai satu contoh..g minum di tgh2 mlm kat kedai mamak smbil pekena roti telur.....hee~>.sapa setuju angkat tangan..:P
- ada sahabat bgtau, ada kucing tido atas motor aku...hee~..apakah maksudnya?..:P

Thursday, October 29, 2009

Kisah Benar..:P

Salam..

Cerita sebenar P.Ramlee( KISAH BENAR) Dia seorang pelakon, penyanyi, komposer, pengarah, pelawak, penulis skrip,
etc. Dia seorang Seniman Agung yang terkenal.
Semua orang tahu itu.


Tapi tahukah anda P Ramlee adalah anak ke-16 daripada 26 adik-beradik? Tiga daripadanya adalah artis.


Inilah hasil kajian sepuluh tahun yang dijalankan oleh seorang pakar
sejarah.



Berikut adalah nama adik-beradiknya:

A Ramlee, B Ramlee, C Ramlee, D Ramlee, E Ramlee , F Ramlee, G Ramlee, H Ramlee, I Ramlee, J Ramlee, K Ramlee, L Ramlee, M Ramlee, N Ramlee , O Ramlee, P Ramlee, Q Ramlee, R Ramlee, S Ramlee, T Ramlee, U Ramlee, V Ramlee, W Ramlee, X Ramlee, Y Ramlee, dan Z Ramlee.


Yang sempat rakam album dan jadi artis adalah:

A Ramlee, L Ramlee, M Ramlee dan P Ramlee.


Beliau juga ada 3 saudara pupu di mana dua daripada mereka
bergiat dalam bidang music iaitu Ramli M.S dan Ramli Sarip.

Manakala seorang lagi terlibat dalam bidang perniagaan.. .
iaitu Ramli Burger.

Sekian terima kasih.

Maklum kpd semua eekk...

wekekekekekekekek. .....


p/s- hehe..lawak di pagi ari..:P..

Saturday, October 24, 2009

Adeh...sakit perut.....

Salam...





aku bru ja blik dr klinik..dah 2 ari dok senak2 perut...lepas cek kat klinik, doktor pun ckp kat aku

"Kamu ni suka sgt makan makanan pedas ni, kurangkan sikit yee.."..

aku hanya mampu senyum sambil menjawab " hee, ok doktor." smbil dlm hati aku berkata "nasib baik la x kena appendiks..adeh.."..

blik umah cita kat mak aku, mak gelak ja smbil ckp "haa~..tu la..suka sgt makan pedas"

adehhhhh....................


Friday, October 23, 2009

update..update...update...

Salam...



update...update....update.....aku sbnarnya x tau apa aku nk letak dlm blog ni...hee~..jadinya aku hanya letak

update

update

update


.........

hee~..klu sapa2 ada idea tuk aku update bole la bgtau aku yee...ahaks..:P..

p/s -ntah kenapa aku rasakan cuti kli ni terlalu lama padahal 2mggu ja pun..pastu aku join sek@mmu kuala selangor lgik..cuti bapa ari ja pun...hurm..sapa tau sbb apa ek????????




Thursday, October 8, 2009

Sekadar mengupdate apa yg x terupdate..hee~


Salam..lama nya aku x update blog aku nih..huu~>.bukan apa..cm malas la nk update..x da idea lak tuuu.di tambah lgik ngan keSIBUKkan tuk asgment n nk study2 tuk final xm.huu~..yoyoyo ja kann!!..ahaks..:P.

Terlebih dahulu aku nk ucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir N Batin kpd semua sahabat2, kawan2, kenalan2x n pembaca blog ni secara sengaja @pun tidak...hee~..raya keberapa dah ni ek?..:P

Pastu aku nk ucapkan "gud luck for final exam" tuk semua member2 mmu sklian.Hee~sorry la lewat wish..tp mmg lewat pun..hee~.xpa la..aku doakan korang dpt keputusan yg cemerlang, gemilang n terbilang..ahaks..:D..n kpd yg dah abis practikal tu, jgn dok lepak umah ja nk membesarkan perut..g la tlg2 mak korang kat dapur tuu..haha..


erm..raya taun ni ada yg best n ada yg x best nyaa..ngee~ yg best dpt jumpa member2 PKE (pengajian elektrik n elektronik) masa sek teknik dlu....walaupun x dpt jumpa semua sbb ada yg cancel last minit atas sbb hal2 lain...







Aku nk ucapkan jugak "Selamat Pengantin Lama" tuk abg azren(stad) n kak ju(nurse klinik MMU)..moga berkekalan hingga ke akhir hayat..hee~..sbb apa pengantin lama..sbb nikah n kenduri kat umah pompuan dah lama dah..masa cuti sem lepas..ngee~ tuk umah pengantin lelaki bru wat ari sabtu lepas..tu pun aku n da geng(Ustaz Hanif sekeluarga, zaini, bazli, rasif n mizan) smpai lewat mlm..hehe..sorry la sbb sy ada xm ptg tuu..:D..pastu g beraya umah abg jack(driver bas MMU)..hee..


kredit tuk khairi yg sudi memberi gambar ini...:D

erm..pastu yg x bestnya.. WFM9195 telah ter"pukul" kete org..adehhh...ini menyebabkan dia terpaksa R&R(rehat n rawat) tuk satu jangka masa panjang.adeeh..:((.kejadian terjadi di kemunting, taiping..huu~ em..sorry la.aku malas nk cita pasal kejadian ni.nk tau cita tya aku nanti yee...adehhh...~

erm..tp yg bestnya aku jd REMPIT blik..ngeh2x..walaupun aku cuma me"minjam" moto adik aku..ahaks..tp x pa..moto ni kira moto aku gak sbb dia jual awek lama aku si AFF8646 tuk beli moto ni..cis..siot tul..moto tu dah la byk kenangan ngan aku..huu~..so aku blik cyber dgn merempit menaiki AGU7643..best mmg best klu blik naik moto sbb aku mmg sgt2 suka merempit cuma yg x bestnya aku blik sorang ..mmg bosan tp mcm x besa ja kan..dulu masa dok melaka pun blik sorang2 gak..kadang2 ja blik ngan member.. huu~..6 jam drive moto melaka-perak..perhh..mmg best..eheh..:P..tuk cyber-perak 3 jam setengah..:D..
bila dah lama x rempit jarak jauh ni, kebas2 gak la badan aku dibuatnya..adehh..:P


AFF8646(dlm kenangan)..
kau kini mekar di jambangan org..hehe..:P



AGU7643


Rasanya tu ja kot aku nk cita wat masa ni..klu ada apa2 cita lgik aku cita dlm ni mengikut citarasa aku..ok..bye...bye..byeee....



p/s- smlm g kuar ngan razak, pjal n khalid g melantak kat satu restoran yg terletak d sunway pyramid...adeh..karut tul la bdk2 ni g makan kat situ.naik kembung perut kitaorg..ahaha...Terima kasih gak tuk "org" tu sudi membelanjaku..tq yee..sayang kat hang..hahaha...:P

Monday, September 14, 2009

Subuh...


Salam...
erm..dah lama x update blog ni..agak bz la..besa la..skrg ni musim nk antar asgment...ditambah lgik dgn MiniP...hukhuk.Jd tuk mengupdate aku pun skdar nk berkongsi satu email yg aku dpt..agak menarik citanya..bagus tuk memberi semangat tuk 10mlm terakhir ni..hee~...:D..


Rintihan Subuh...

Pada pagi itu,seperti mana pagi2 yang lain,aku menyambut kedatangan seorang tetamu tetapku.
" Assalamualaikum" ,seru Subuh.
" Wa'alaikumsalam" ,sahutku.

Dan kami terus berpelukan,tanda rindu serta kasih sayang.Ku tanya khabar subuh,bagaimana keadaannya mengembara dari satu tempat ke satu tempat.

" Tadi...",kata Subuh dengan sayu,...aku baru saja melintasi satu tempat.Ku cari tempat persinggahan, ku ketuk rumah2 yang sunyi, tapi satu pun yang tiada mahu menerimaku sebagai tetamu."Dan airmata Subuh pun berlinangan.

"Subuh,usah kau pedulikan mereka,bukankah aku menyambutmu dengan penuh rasa kegembiraan? " Subuh mengangkat mukanya seolah2 teringat sesuatu.

"Oh ya, tadi aku lalu di suatu tempat yang tanahnya disebalik sungai. Orang2nya sepertimu, menyambut ku dengan penuh kesukaan, menjamuku dengan pelbagai hidangan yang lazat serta mengiurkan. Hidangan yang paling aku suka adalah buah Tahajjud, puas kucari di bumi lain,tapi jarang kujumpa. Di situ aku meratah buah Tahajjud dengan puas dengan leka". Dan Subuh merenung mataku mengharapkan sesuatu. Aku fahami maksud Subuh.

"Maaf Subuh, aku tiada menanam pohon Al-Lail, jadi aku tidak dapat menghidangkanmu dengan buah yang kau sukai. Tapi aku ada roti Shiyam", cadangku pada Subuh. Subuh menolak dengan hormat. "Roti itu ada tuan punya", kata Subuh.

"Adakah kau mahu manisan Zikir?" rayuku pada Subuh. "Baiklah, ambilkan aku sedikit, serta bawakan aku segelas Air Mata Tangisan", pinta Subuh. Aku agak sugul,bagaimana harusku beritahu pada Subuh, yang Mata Air Tangisan sudah hampir kering akibat kemarau Maksiat yang Berpanjangan?

Aku terkejut. Perigi tersebut hampir separuh penuhnya. Dan aku berdetik di dalam hati, adakah ini tanda kemarau akan berakhir? Tanpa berlengah lagi kubawa Air tersebut pada Subuh, tetamu yang ku sanjungi, dan ku suakan manisan yang dipintanya. Selesai menjamah kesemuanya, Subuh pun melirikkan sebuah senyuman.

"Subuh...",seruku, "...mahukah kau tinggal selamanya denganku? Aku memerlukan teman dalam kesunyian. Akan ku layan kau dengan sebaiknya,wahai subuh".

Subuh tersenyum lagi menandakan permintaanku tidak akan terpenuhi." Aku perlu menziarahi ramai orang, dan ramai lagi yang memerlukan kehadiranku untuk mengubati rindu mereka, sepertimana aku menguliti mimpimu".

Dan aku akur dengan penjelasan Subuh."Subuh" ,...seruku lagi bila melihat Subuh bersiap untuk pergi,

"Sudikah kau menziarahiku lagi esok hari?".

"InsyaAllah" ,jawab Subuh,"...bukankah aku kekasih yang kau rindui?". Subuh berangkat dengan lambat tetapi tetap mahu pergi.

"Assalamulaikum" ,seru Subuh.
" Wa'alaikumsalam" ,jawabku kembali.

Dan mataku terus meniti langkah Subuh, yang semakin laju dengan setiap langkah.Dan akhirnya Subuh menghilang dari pandang ku. Aku merinduinya lagi.



Monday, September 7, 2009

Perjalananku...

Salam.....



Aku berjalan sendirian di tengah keramaian, ia bukanlah tempat yg asing bagiku, Sudah beberapa tahun ku disini. Tp kenapa perjalananku ini terasa lain dr sblum ni. "Ahh..ini kan perkara biasa, masa akan mengubah segalanya", jd aku teruskan perjalananku.

Ntah kenapa, aku berjalan dalam keadaan yang lemah dan tidak bertenaga, seolah2 aku memikul beban yang sememangnya aku x mampu utk ditanggungi, sedangkan sebelum ni aku berkeyakinan dan bersemangat utk berjalan di sini.."Adeh...kenapa ni!! semangat2x..perjalanan ku masih jauh lgii". maka aku teruskan perjalananku lgi.

Kadang2x perjalananku terganggu dgn keadaan jalan yg tidak rata, kadang2ku tersepak batu yg menyebabkan kaki ku luka, kadang2 hampir jatuh tersungkur tanpa kata. Terasa inginku mengubah perjalananku ini utk jln yg lebih mudah.. "ahh..kenapa perlu diubah kerna ini pilihan ku"..maka aku teruskan perjalanan.

Kutoleh kiri dan kanan, "oh ku tidak bersendirian rupanya"... ku lihat beberapa insan yg aku kenali sedang berjalan juga.. Ada yang begitu bertenaga, ada yg begitu bersemangat, ada yg jalan sedikit jauh dr jalan yg dilalui dan ada yg menyinggah di tepian jalan yg nampak bgtu mengasyikkan. Terasa ingin ku mengajak insan2 itu bergerak bersama2 ku."Ish..mereka mesti punya hal dan perkara2 lain yg ingin diselesaikan". Lalu ku teruskan perjalananku ini.

Kadang2 kedengaran suara memanggil2 nama ku dr tepian jalan.. ku lihat suara2 itu dr tempat2 yg bgtu menarik utk disinggahi.."Bole rehat2kan badan ni." maka aku akan singgah berehat2 sebentar yang kadang2 terleka seketika hingga terlupa dgn perjalanan ku td."aahh..relek laa..lepak2 la dulu". maka ku berehat2 sebentar hingga lupa perjalananku td.

Tersedar dek kerna panggilan rakan yg sedang berjalan,"eh..aku belum selesai berjalan lgik" maka aku meneruskan perjalananku itu kembali. Tp aku masih berjalan seperti sebelum ini..tidak bersemangat dan bermaya. Namun aku terpikir "apakah aku masih dijalan yg seblum ini??..".."Apakah ini jalan yang aku perlu lalui.?" Namun kaki terus bergerak meneruskan perjalananku.

Dalam perjalanan, aku teringatkan perjalanan ku yg sebelum ini yg telah smpai ke destinasi yg ditujui."wah..alangkah indahnya waktu itu".."huh..mana mungkin tuk berjalan seperti itu kerna ia sudah tamat, skrg aku berjalan di lorong yang berlainan.".. Namun aku percaya destinasi nya pasti sama...

Kini aku perlu mencari semangat dan tenagaku kembali utk meneruskan perjalananku ini. Aku perlu mengubati luka2 yg ku hadapi. Aku juga perlu mencari jalan yang sepatutnya dilalui. Aku perlu mengajak sahabat2 ku tuk bergerak bersama2 ku kembali... Tp apakah aku mampu lakukan nya seorang diri........................

"Kalau besar yg dituntut dan mulia yg dicari,nescaya banyaklah kepayahan dan kesusahan melaluinya,panjang jalannya dan banyak rintangannya"- Imam Al-Ghazali



Thursday, September 3, 2009

Lawak Bulan Ramadan

Salam....

Kisah Masjid Sujud



"Lepas basuh pinggan, ikut Abah pergi masjid" kata Abah separuh memerintah.

Aku memandang kepada Emak. Emak angguk sahaja. Maksudnya emak mahu aku ikut Abah solat subuh ke masjid. Jangan melawan.

Nampaknya, aku kena batalkan niat untuk sambung tarik gebar selepas kenyang bersahur.

Aku bonceng di belakang. Kami tidak pakai helmet. Kopiah sahaja.

Ganjil. Dalam cahaya suram menjelang subuh, aku lihat kubah masjid berada di tanah. Bukan di bumbung masjid. Ajaib.

Abah macam tidak nampak keganjilan itu. Aku cuit bahu dia dan tunjukkan ke arah kubah yang berada di tanah. Mungkin kubah itu tengah sujud fikir aku.

"Kenapa?" tanya Abah.

"Lailatulqadar" kata aku dengan jari masih menunjuk kepada kubah.

"Kepala otak engkau. Berapa lama engkau tak ke masjid?"

Tidak pasal-pasal aku kena marah. Rosak pengalaman suci aku ini.

"Diorang tengah renovate masjid la. Bumbung masjid bocor.. pasal tu kubah tu dorg angkat letak kat tanah.. haiihhh," sambung Abah memaki lagi

heheheh...


Wednesday, September 2, 2009

Kisah Di Hari Jumaat

salam..

Adeh...ari jumaat ari tu roomate aku, Azam Satria @ nama penuhnya Mohammad Ismul A'zam dgn jiran bebilik ku Ammar eksiden ketee...hukhuk.... sedikit catatan kejadian yg diceritakan oleh mangsa...


Azam


Ammar

Lebih kurang kul 11lbih Ammar dtg ke bilik tuk mintak tlg kat azam bwk dia g Bangi..Kete dia ada prob sikit..So kuar la bdk 2 org ni ke bangi naik satria azam.. Masa on da way blik cyber, si ammar teringin nk bwk kete azam.. elok dah smpai kat persiaran Apex(dh dlm kawasan cyberjaya dah)..tgh diorg dok rancak beborak, tiba2 ada sebijik kembara dr sblah kiri nk wat U-Turn terus masuk ke link kanan menybabkan ammar terkejut n terus menekan brek dgn tiba2, namun disbabkan Kete Kembara tu dah berada di link diorg, ammar hanya sempat menekan brek dan mengelak sedikit ja..namum apakan daya, cempedak sudah menjadi nangka(tiba2 jaa terkeluar ayat ni..hehe), kereta satria azam melanggar belah tayar belakang kanan kereta kembara tersebut yg menyebabkan kembara itu sedikit melambung dan terbalik(berhati2 kpd Tuan Kereta Kembara kerna sememangnya kembara amat mudah terbalik..hee~)..hentakkan yg kuat semasa melanggar kembara tersebut menyebabkan azam dan ammar terhantuk ke dashboard kete, ammar sempat menahan dgn tangan supaya badan dan kepalanya x terhentak kuat.Namun azam x berjaya menahan badannya terhentak kuat ke dashboard dan menindih tangan kirinya..hukhuk..




Dlm keadaan sakit2 ammar terus keluar dr kete, niat dihati utk marah kpd pemandu kete kembara tersebut. Namun setelah diamati, rupanya dlm kereta kembarea itu adalah satu keluarga melayu. Melihat si ayah sedang menarik keluar anaknya dr dlm kete menyebabkan hati ammar menjadi sayu dan terasa sedih. Terus terbatal niatnya td...hee~ Pemandu kete kembara itu upanya adalah wanita, iaitu isteri kpd lelaki td. Em...ketika didlm ambulan sesuatu yg mengecewakan telah berlaku dimana makcik(pemandu) tersebut telah memarahi dan menyalahkan ammar dan azam atas kejadian itu. Namun atas dasar malas nk gaduh2 kat dlm tu. Ammar ajak "setel kat balai ja la mak cik"..si suami hanya mengangguk.

Ketika di hospital, doktor mengesahkan bahawa tulang dibahagian tangan kiri azam patah di dua bahagian..hukhuk..sementara ammar hanyalah cedera ringan(luka kat tangan n bengkak kat kepala). Mak cik n keluarganya pula hanyalak cedera2 ringan sahaja. Tapi mak cik tu still x nak mintak maaf dan langsung x berkata2 apa kpd mereka. Cuma si suami nya shja yg dtg bertya khabar dan mintak maaf. Selesai hal2 di hospital, kitaorg g balai polis lak nk wat report. Masa nk wat report tu, abg polis tu bgtau yg cerita mak cik tu lain dr kitaorg, dia seolah2 wat cerita sendiri tuk mencari kesalahan ammar n azam..tp berpandukan gambar dan kedudukan kereta semasa eksiden, mmg sah2x arr mak cik tu yg bersalah..hukhuk..napa la nk wat cm ni mak cik..bulan2 posa lgik ni..hukhuk..Susahkah nk berkata benar dan memintak maaf..hukhuk..

Selesai hal2 di balai polis, abg sedara azam dtg amik dia sbb nk suruh rehat2 kat umah mak sedara dia sementara Parent azam on da way dtg dr kedah..huu~ Aku plak blik hostel ngan ammar. Pastu mandi2 n siap2 tuk wat kerja2 katering di surau spti biasa dgn pekerja2 yg lain..hahah..Mlm nya lepas terawih aku blik perak..lebih kurang 11lbih aku bertolak dr cyber. Masa on da way tu, tgh drive tu ada lah bbrapa kali aku terlelap.hukhuk..si baik x jd pa2..klu tak xpasal2 la....huu~..so aku berhenti la kat petronas kat Tanjung karang tuk tido kejap..aku smpai umah lebih kurang kul 3 lbih gak la.. Jadi itulah kisah di hari jumaat.. Okeh..jumpa lgik..jgn lupa rakan2 yg mengenali azam, msj la dia tya khabar n kasi kata2 semangat yee..hee~.


p/s - adeh..kesian kat azam..kete dia lgik 100++km lgik ja nk lepas pantang..hukhuk..dh jd cm tu..nk kena wat lelok blik..nasib baik insuran kete kembara tu akan cover semua repair.huu~
- Hospital yg nampak gah n canggih pun bengong gak upanya.(inilah hospital kerajaan..hukhuk).Patutnya tangan azam tu perlu disimen, tp diorg ckp x yah. Blik kedah, hospital kat sana dah marah2 patutnya kena balut sbb teruk sangat patahnya tuu...adeh....
-azam skrg kat kampungnya di Sungai Petani..
- Kpd roomate ku azam sekeluarga..sabarlah menghadapi ujian2 yg diturunkan keatas mu di bulan ramadan ni..insyaALlah..ada hikmah di sebalik kejadian..:D

Wednesday, August 26, 2009

Puasa...mengamit 1001 kenangan...

Salam..



erm..ari ni dah hari ke 4 berpuasa.Esok dah posa yg ke 5...em...dlm bulan posa ni mcm2 kenangan dan pengalaman yg dilalui..hukhuk..tp x pa la..kli ni nk cita masa zaman kecik2 dulu..Seingat aku, aku start posa masa umur aku 7 taun..tp start aku posa satu hari penuh masa umur aku 9 taun tp blun cukup sebulan..ehhe..yg lain2 "posa yang yuk, balik2 bukak periuk.".heheh..:P.. Dulu masa darjah 1 n 2 selalu ja ponteng posa..kadang2 kumur air paip tp air x kuar blik..ahhah..pastu blik umah wat muka penat..hee~..bukan apa..klu kantoi x posa x leh join makan masa bukak posa..kena halau dok jauh2..hee~.tp yg jd semangat nk posa ni sbb nk dpt duit raya lebih..selalunya pak sedara aku akan tya dulu puasa penuh tak bole dpt byk duit raya lebih sikit...selalunya aku kelentong ja..hahah..:))..tp kadang2 kantoi gak sbb mak aku bgtau aku x posa penuh..hee~..

Dlm bulan posa ni, yg paling best n special sikit ialah bole main waktu mlm..hee~..maklum la..siang ari x larat..penat posa. jd masa ni la peluang nk main malam hari. "bulan posa x da "Hantu"heeheeheeeheee.".. bru best sikt main Aci Ligan Nyorok @ nama lain nya Main Sorok2 n Polis Tang Tree @ nama lainnya Polis n Pencuri...haihh mmg x takut dowh waktu tu..Kuar lepas maghrib..konon2 nk g isyak n terawih..tp merewang ke lain..hee~.klu diingat blik kenangan waktu tu mmg best.. Main waktu mlm..mmg mencabar arr..hee~.lebih2 lgik main Aci Ligan Menyorok..mmg nyorok abis abisan arr..abis bwh umah, semak2, hutan2, atas pokok n apa2 ja la tempat yg bole djdkan tempat nyorok..x takut la katakan, "Hantu x da, nk takut wat pa"..padahal klu kena patuk ular ka, gigit lipan ka, kena culik ka @ apa2 ja la lgik..tp waktu tu mmg dah x kira dah semua tu..janji seronok bermain..hee~.tp ada satu hari tu member aku ni nk nyorok atas pokok.masa dia panjat nk naik setinggi yg bole, "kedebuk!" kepala dia terhantuk sesuatu, rupa-rupanya sarang tebuan, abis muka dia kena sengat ngan tebuan, menjerit n melompat dia dr atas pokok terus berlari blik umah. Esoknya jumpa dia muka dia abis bengkak2 smpai dah nk jd bentuk petak dah muka dia.huu~...Lg satu kes aku pernah la menyebabkan tangan member aku ni terseliuh masa main polis n pencuri, tgh mlm tu mak dia datang serang umah aku..hukhuk..abis aku kena marah2 ngan mak dia + ngan mak aku skli, adeh..bukan sengaja pun..hukhuk..Lg satu xtvt yg selalu aku wat main meriam katak..hehe..ni meriam tuk bdk2 yg x advance lgik. Bila start sek menengah bru main meriam gelung..Keeebbboooommmm..bergegar satu kampung.heheh..tp tuk waktu ni,x leh main lgik meriam gelung sbb bdk2 besar x kasi so layan meriam katak ja la..Meriam ni senang ja nk wat, amik satu tin milo saiz besar, pastu tebuk lubang sbesar paku kat bawah dia. Letak karbat ngan air sedikit, pastu tutup ngan tin tu..pastu bakar api kat hujung batang kayu yg agak panjang n cucuh kat lubang tu...Booommmm..tin tu melompat ke atas..hehe..sbb tu la dipanggil meriam katak..ngee~
Pastu main bunga api n mercun..waktu tu mercun yg popular mercun papan, mancis n ketupat. Yg paling best main mercun ni masa org tengah semayang terawih kat surau..hehe..main mercun ketupat lak tu, mmg melatah arr jemaah2 semayang. Pastu kena kejar ngan jemaah surau..apa lgik..cabutt!!! sblum diorg nmpak muka kita..hahaha..bahaya2 kang direport kat mak bapak..ahaks..Kenangan main bunga api yg x lupa main bunga api yg kat pemegang nya belang2 putih merah..Selalunya kitaorg akan patah2kan kasi kecik n bakar nk buang kat atas simen sbb nk kasi dia berpusing2 mcm gasing. Ada lak masa tu aku nya bunga api tu bole la terbang pastu naik atas kepala member aku..huuu~abis terbakar sikit rambut dia n kulit kepala dia melecur sikit..huhu..nasib baik la sikit ja..hee~

Adeh..klu nk diceritakan dlm ni aku rasa mmg x tertaip aku dibuatnya..tp x pa la..ni la sikit sbnyak yg bole diceritakan..ada masa nanti aku cerita lgik..:).tp aku amatlah rindukan kenangan2 ituuu...ok...Selamat menyambut bulan ramadan, Selamat berpuasa, Selamat bersahur n Selamat berbuka..:D

Bye2x...



p/s -> hee...alhamdulillah..ari ni dpt tafsir Al-Quran free..Semoga Allah memberkati Hamba Allah yg sudi menyedekahkan Al-Quran kpd jemaah surau Al-Hidayah ari ni..:)
-adeh..bru tgk muka dah wat mcm2 spekulasi.bagi diorg masa n biar diorg wat keje dulu..pastu tgk hasil2 nya..

Friday, August 14, 2009

Pernahkah Anda Terfikir

Salam..
em..kali ni aku nk share email yg aku dpt dr yahoogroup...




Pernahkah anda terfikir?

Pernahkah anda memikirkan bahwa anda tidak ada sebelum dilahirkan ke dunia ini; dan anda telah diciptakan dari sebuah ketiadaan?

Pernahkan anda berfikir bagaimana bunga yang setiap hari anda lihat di ruang tamu, yang tumbuh dari tanah yang hitam, ternyata memiliki bau yang harum serta berwarna-warni?

Pernahkan anda memikirkan seekor nyamuk, yang sangat mengganggu ketika terbang mengitari anda, mengepakkan sayapnya dengan kecepatan yang sedemikian tinggi sehingga kita tidak mampu melihatnya?

Pernahkan anda berfikir bahwa lapisan luar dari buah-buahan seperti pisang, tembikai, melon dan jeruk berfungsi sebagai pembungkus yang sangat berkualiti, yang membungkus daging buahnya sedemikian rupa sehingga rasa dan keharumannya tetap terjaga?

Pernahkan anda berfikir bahwa gempa bumi mungkin saja datang secara tiba-tiba ketika anda sedang tidur, yang menghancur luluhkan rumah, pejabat dan kota anda hingga rata dengan tanah sehingga dalam tempuh beberapa detik saja anda pun kehilangan segala sesuatu yang anda miliki di dunia ini?

Pernahkan anda berfikir bahwa kehidupan anda berlalu dengan sangat cepat, anda pun menjadi semakin tua dan lemah, dan lambat laun kehilangan ketampanan atau kecantikan, kesihatan dan kekuatan anda?

Pernahkan anda memikirkan bahwa suatu hari nanti, malaikat maut yang diutus oleh Allah akan datang menjemput untuk membawa anda meninggalkan dunia ini?

Jika demikian, pernahkan anda berfikir mengapa manusia demikian terbelenggu oleh kehidupan dunia yang sebentar lagi akan mereka tinggalkan dan yang seharusnya mereka jadikan sebagai tempat untuk bekerja keras dalam meraih kebahagiaan hidup di akhirat?

Manusia adalah makhluk yang dilengkapi Allah mampu berfikir. Namun sayang, kebanyakan mereka tidak menggunakan kemampuan yang teramat penting ini sebagaimana mestinya. Bahkan pada kenyataannya sebagian manusia hampir tidak pernah berpikir.

Sebenarnya, setiap orang memiliki tingkat kemampuan berfikir yang seringkali ia sendiri tidak menyadarinya. Ketika mulai menggunakan kemampuan berfikir tersebut, fakta-fakta yang sampai sekarang tidak mampu diketahuinya, lambat-laun mulai terbuka di hadapannya. Semakin dalam ia berfikir, semakin bertambahlah kemampuan berfikirnya dan hal ini mungkin sekali berlaku bagi setiap orang.

Harus disadari bahwa tiap orang mempunyai kebolehan untuk berfikir serta menggunakan akalnya semaksima mungkin.

“Dan pada hari itu diperlihatkan neraka Jahannam; dan pada hari itu ingatlah manusia akan tetapi tidak berguna lagi mengingat itu baginya. Dia mengatakan, “Alangkah baiknya kiranya aku dahulu mngerjakan (amal saleh) untuk hidupku ini." (QS. Al-Fajr, 89:23-24)

Seseorang yang tidak berfikir berada sangat jauh dari kebenaran dan menjalani sebuah kehidupan yang penuh kepalsuan dan kesesatan. Akibatnya ia tidak akan mengetahui tujuan penciptaan alam, dan erti keberadaan dirinya di dunia. Padahal, Allah telah menciptakan segala sesuatu untuk sebuah tujuan sebagaimana dinyatakan dalam Al-Qur'an:

“Dan Kami tidak menciptakan langit dan bumi dan apa yang ada antara keduanya dengan bermain-main. Kami tidak menciptakan keduanya melainkan dengan haq, tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui." (QS. Ad-Dukhaan, 44: 38-39)

“Maka apakah kamu mengira, bahwa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara main-main (saja), dan bahwa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?" (QS. Al-Mu’minuun, 23:115)

Oleh karena itu, yang paling pertama kali wajib untuk difikirkan secara mendalam oleh setiap orang ialah tujuan dari penciptaan dirinya, baru kemudian segala sesuatu yang ia lihat di alam sekitar serta segala kejadian atau peristiwa yang ia jumpai selama hidupnya. Manusia yang tidak memikirkan hal ini, hanya akan mengetahui kenyataan-kenyataan tersebut setelah ia mati. Yakni ketika ia mempertanggung jawabkan segala amal perbuatannya di hadapan Allah; namun sayang sudah terlambat.

Allah berfirman dalam Al-Qur'an bahwa pada hari penghisaban, tiap manusia akan berfikir dan menyaksikan kebenaran atau kenyataan tersebut:

“Dan pada hari itu diperlihatkan neraka Jahannam; dan pada hari itu ingatlah manusia akan tetapi tidak berguna lagi mengingat itu baginya. Dia mengatakan, “Alangkah baiknya kiranya aku dahulu mengerjakan (amal saleh) untuk hidupku ini." (QS. Al-Fajr, 89:23-24)

Padahal Allah telah memberikan kita kesempatan hidup di dunia. Berfikir atau merenung untuk kemudian mengambil kesimpulan atau pelajaran-pelajaran dari apa yang kita renungkan untuk memahami kebenaran, akan menghasilkan sesuatu yang bernilai bagi kehidupan di akhirat kelak. Dengan alasan inilah, Allah mewajibkan seluruh manusia, melalui para Nabi dan Kitab-kitab- Nya, untuk memikirkan dan merenungkan penciptaan diri mereka sendiri dan jagad raya:

“Dan mengapa mereka tidak memikirkan tentang (kejadian) diri mereka?, Allah tidak menjadikan langit dan bumi dan apa yang ada di antara keduanya melainkan dengan tujuan yang benar dan waktu yang ditentukan. Dan sesungguhnya kebanyakan di antara manusia benar-benar ingkar akan pertemuan dengan Tuhannya." (QS. Ar-Ruum, 30: 8)

WaAllahualam..

p/s- adeh~..tlg la respect yg lain2 gak.. jgn la terlampau nk pikir diri sendiri ja..kita satu agama, satu bangsa kot..hukhuk..:(

Thursday, August 6, 2009

Jebong ooohhh..jebong....

Salam...



em,..ari ni dah ari ke3 aku lepak2 kat kampung.. kat sini x da apa2 yg berubah..cuma x meriah cm dulu dah sbb kebykkan member2 aku byk berhijrah ke kota2 raya tuk mencari pekerjaan yg lebih baik..aku mendoakan hangpa semua berjaya dlm apa jua yg hangpa lakukan..amiinn.. Janji ingat kampung n asal usul yee..hee~

Jadinya kebykkan masa aku buang adalah dgn melepak dlm umah ja smbil membuli adik2ku, kucing2 ku n mengejar biawak2 yg cuba menculik telur n anak ayam..mlm td aku g sitiawan amik adik pompuan aku yg demam kat asrama SMAB.hee~..ada la sorang lgik yg bole aku buli..Skrg ni mak aku agak bz sbb membantu kerja2 bapak aku.bapak aku blum pulih sepenuhnya tp alhamdulillah skurang2nya lebih baik dr sblumnya...hukhuk..

Hari ni sblum mak kuar keje, mak aku masak smbal petai ikan bilis..nyum2x.. Sblum kuar, mak aku sempat pesan kat aku, "Ikan tu mak dah siang dah, nanti hang bakar laa"..terus aku teringatkan 2 ekor Ikan Jebong yg aku beli di pasar semalam semasa mencari ayam n daging.. hee~.. sbnarnya niat hati nk beli ikan terebuk..tp tiba2 terpandang ikan jebong, terus aku beli..ikan ni jarang2 ada sbb ikan laut dalam.. Ikan ni klu dibakar mmg sedap bangat selain dr ikan terubuk..ngee~tp setengah org @ tempat panggil ikan ni ngan nama Ikan Ayam..aku pun x tau sbb apa..mgkin muka dia mcm muka ayam kot..hehe..



Ni Lah Ikan Jebong @ Ikan Ayam


Ikan jebong ni mempunyai sisik yg keras, Klu nk siang buang sisik n kulit kena pakai playar..tp klu nk bakar x yah buang sbb nanti kulit tu akan jd rapuh n mudah tuk dikopek.lgpun bole menghalang dr isi ikan tu hangit..heee...



Ni lah ikan jebung setelah dibakar..hee~


Bila dah masak, ikan ni amatlah sedap dimakan smbil dicicah air asam...nyum2x...Sedap bangat..hee~

Rasanya itu ja kot aku nk ceritakan serba sedikit pasal ikan jebong......hehhehe..:D..

ok..bye2x...


Tuesday, August 4, 2009

Ceritakan...

Salam...



em..lamanya x update blog aku ni..nk kata sibuk tu x da la sibuk pun..ada ja masa nk layan movie, main game, g AMK n lepak2 kat Markas..

hee~ tp aku x tau apa yg aku nk tulis dlm ni... rasa mcm x da apa2 yg menarik nk aku ceritakan..tp mcm ada benda nk aku ceritakan..ntah la..apa yg aku nk ceritakan niiii...tlg la aku tuk aku ceritakan apa yg sedang aku nk ceritakan...


Rasanya x da apa kot nk aku ceritakan...Nanti klu aku ada apa2 yg nk aku ceritakan aku ceritakan dlm ni nanti yeee...hikhik..

p/s- bestnya berada di kampung...Jom cuti2 malaysia..hee~

Thursday, July 23, 2009

Mengapa teriak? Hati tidak berjarak...






Pada suatu pagi yang hening, sang guru bertanyakan kepada murid-muridnya:



“Mengapa ketika seseorang sedang dalam keadaan marah, ia akan berbicara dengan suara kuat atau berteriak?”



Seorang murid setelah berfikir cukup lama mengangkat tangan dan menjawab: “Kerana saat seperti itu ia telah hilang sabar, kerana itu ia lalu berteriak.”



Tapi…” Sang guru balik bertanya, “ Lawan bicaranya itu tidak berada jauh dari situ, hanya disisinya sahaja. Mengapa harus berteriak? Adakah ia tidak dapat berbicara baik-baik?”



Hampir semua murid memberikan sejumlah alasan yang pada perkiraan mereka adalah logic. Namun tiada satu pun jawapan yang benar-benar dapat memuaskan hati.



Sang guru lalu berkata: “Ketika dua orang sedang berada dalam situasi kemarahan, jarak kedua-dua hati mereka menjadi amat jauh walau secara fizikalnya mereka begitu dekat. Kerana itu, untuk mencapai jarak yang demikian, mereka harus berteriak.



Namun anehnya, semakin pula mereka menjadi marah dan dengan sendirinya jarak hati yang ada diantara kedua-duanya pun menjadi lebih jauh lagi. Kerana itu mereka terpaksa berteriak lebih keras lagi.” Sang guru menjelaskan dengan lebih lanjut:



“Sebaliknya, apa yang akan terjadi ketika dua orang saling sayang menyayangi? Mereka bukan hanya tidak berteriak, namun ketika mereka berbicara sekalipun, suara yang keluar dari mulut mereka begitu halus dan kecil. Sehalus apa pun, kedua-duanya masih berupaya untuk saling mendengarkannya dengan begitu jelas sekali. Mengapa pula demikian?” Sang guru bertanya sambil memperhatikan para muridnya.



Mereka nampak berfikir dengan serius sekali namun tidak seorang pun yang berani bangkit untuk memberikan jawapan. “ Kerana hati mereka begitu dekat, hati mereka tidak berjarak. Pada akhirnya sepatah kata pun tidak perlu mereka ucapkan. Satu pandangan mata sahaja amatlah cukup untuk membuatkan mereka memahami apa yang ingin disampaikan.” Sang guru masih meneruskan:



“Ketika anda sedang dilanda kemarahan, janganlah hatimu menciptakan jarak. Lebih lagi hendaknya kamu tidak mengucapkan kata-kata yang mendatangkan jarak di antara kamu. Mungkin di saat seperti itu, tidak mengucapkan kata-kata merupakan cara yang bijaksana. Kerana waktu akan membantu anda.”



Kita semua mempunyai jumlah waktu yang sama meskipun kemampuan yang tidak sama. Tetapi orang yang menggunakan waktunya dengan lebih baik, acap kali mengalahkan mereka yang mempunyai kemampuan lebih banyak.



p/s- Adeh~...Janganlah menjadi begitu masin..sehingga orang meludahmu.. Dan janganlah pula jadi terlampau manis, sehingga mereka menelan dirimu begitu saja...hee~

Friday, July 10, 2009

Sebuah Perjalanan...




Wahai diriku dan jua sahabatku,
perjalanan ini,
seumpama di lebuh raya kehidupan.
kamu menuju ke satu tempat penghabisan,
memandu laju kamu memotong tatkala berpeluang,
dan kamu dipotong dalam kesempatan.
kalau memotong jangan megah,
atau menunjuk-nunjuk gagah,
kalau di potong jangan goyah,
kamu bukan lemah,
tetapi kamu dalam keimanan kepada Allah swt.

Pastikan kamu
di lorong yang betul,
hendaklah selalu memandang hadapan,
di samping memandang cermin kiri kanan dan belakang.
perjalanannya adalah tersurat sudah,
ada yang cepat dan jua lambatnya.
kadangkala perjalanan jua ada masalah.
jika kehabisan minyak perlu ditambah,
adakalanya jua tayar pecah.
adakala hujan singgah...
kabus menutup pandangan mata.

Teruskanlah perjalanan
walau sebagaimanapun keadaan,
kelukaan, kedaifan, kelemasan, kebingungan. ..
jangan kau undur ke belakang berputus asa dengan kehidupan.
teruskan...teruskan,
cukuplah Allah yang mengawasi dan melindungimu,
semoga berbahagia di mana saja persinggahannya. ..
kemudian jangan lupa kau perlu teruskan perjalanan semula,
di situ bukanlah pengakhirnya,
kerna perjalananmu masih lagi panjang....
ia di dalam pengetahuan Allah yang maha mengetahui,
berbahagialah dengan perjalanan masing-masing...

aaminnn....


p/s-"Mengkritik tidak bererti menentang, Menyetujui tidak semestinya menyokong, Menegur tidak bermakna membenci dan berbeza pendapat adalah satu rahmat."..jgn cepat melatah.....

Thursday, June 25, 2009

Kenapa??....

Salam....






Kenapa??..

Dlm sedar x sedar upanya dah dekat 2 mggu sem bru dah start..em..namun apa yg dirasakan sem ni adalah berbeza dari apa yg aku lalui di sem sblum ni..ntah kenapa..aku rasakan seolah2 berada di tempat yg baru..huuu~ Hampir kesemua rutin harianku dah berubah menjadi lain..

Kenapa??
Ketika tgh hari dah x da sms "Oit, dah makan ka?".."HB2 jom"..skrg hampir kbykkan makan tgh hariku adalah didlm bilik..hukhuk..apakah sudah bermulanya hidupku yg selalu disebut oleh member2 sekeliling "X da life arr"..

Kenapa??
Ketika membaca status ym seseorg dah x da org yg akan mereply kepadaku untuk mengusik seseorg yg berkaitan yg membuat status itu. Apakah sudah bermulanya hidupku hanya tertumpu pd sesuatu yg rutin sahaja?

Kenapa??
Ketikaku berjalan hendak ke surau ketika waktu maghrib dah x da org yg akanku selisih di tgh2 jln smbil mengangkat penumbuk kepadanya. Apakah bermulanya kehidupanku berjalan keseorangan??

Kenapa??
Sudah tidak ada sebutan abg hensom yg selalu ku sebutkan untuk menegur seseorg...Apakah sudah hilang manusia2 yg selalu disekelillingku?

Kenapa??
ketika berAMM, mamak2 dah x berkerumun ramai2 dimeja utk mengambil order smbil bertegur sapa..Apakah sudah tiada org yg sama didlm AMM?

Kenapa??
Dah x da sms "zack, sainkan utk aku" ketika dikelas waktu pagi.. Apakah semua org dah rajin g class??

Kenapa??
Tiada lgik kedengaran gelak ketawa n sembang2(@gosip2) di bahagian muslimat di surau...Apakah sudah tiada lgik gossip2 yg best??

Kenapa??
Semuanya menjadi tidak sama...huu~

Kenapa??
Ini semua berlaku....huurrmm..inlah yg dikatakan perpisahan sementara..hahah..Semoga Berjumpa lgik...:D..


~Step forward..! jgn toleh kebelakang.. ... Anggap ini satu coretan

utk di buat kenangan... Yg lalu tetap berlalu.. Ia tetap menjadi

*igauan*.. Walau sudah lame ia pergi.... ~
(^_^)


P/s:-
~Baru2 ni berAMM bersama2 sperti biasa dgn adanya bbrapa muka2 baru.. Ada bbrapa org yg dah nampak mgkin akan menjadi watak2 sebelum ni..ngee~ Mgkin awal lgik, bdk2 ni masih malu2 utk tunjukkan belangnya....X gitu Ostad Kaer??
~Heheh..entri ni sekadar luahan ketika bosan2x..hikhik..:P..