Wednesday, September 10, 2008

Pelik Tapi Benar...

Salam semua..

Kisah ni aku x tau la nk diketegorikan sbgai lawak @ menyakitkan hati..hahah..

em..kisah nya bermula dr aku selepas semayang terawih kat surau Al-Hidayah, aku n beberapa rakan g la study kat lib. pastu aku dpt msj dr sorang kawan yg nk mintak tlg amik brg dan berikan kpd member umah aku. So aku g la amik, upanya2 makanan iaitu bubur lambuk..so aku pun g lib blik. makanan tu aku letak la kat rak beg yg ada beg aku skli..pastu masuk la ke dlm lib tuk study(kononnya laa)..study + sembang + baca surat khabar + ngumpat2 org...heheh..lebih kurang kul 11lebih kitaorg pun kuar la dr lib. sebaik ja kuar, mak guard yg jaga lib pun tegur aku..
dialognya lebih kurang cm ni...>

"Adik, tadi adik ada simpan makanan kan kat rak tuu?"..
"A ah..ada2..sy simpan kat tepi beg sy"..
"Td ada seseorg dtg, pastu amik makanan adik, akak dah tegur jgn amik makanan org, tp dia jawab suka hati dia la"..
"Huh...betul ka?"..aku pun cek blik utk kepastian..waaaa..mmg betul, makanan tu dah hilang....

"Cis sapa punya keje nii!!"...
"Akak mintak maaf kat adik sbb x leh halang"..
"em..xpa2..mgkin member2 sy main2 ngan sy kot"..smbil berfikiran+ve..

keluar ja dr lib, aku g cari kat lib foyer sapa2 yg aku kenai kot2 saja nk kenakan aku..x da sorang pun mengaku dan tau pasal benda ni...huhu..biar betull..bubur lambuk pun nk curi ka??dah la bulan ramadan lgikkk nii...
Pelik tul, x kan la bdk2 mmu ni pun lapar smpai nk curi makanan tuu..bukan KFC @ MCD punn...

so blik la aku dgn tgn kosong n mintak maaf kat member aku ni blik sbb x dpt menjaga amanah yg diberikan....

Untuk kisah yg selanjutnya dan komen2 yg berkaitan bole la melayari blog salah sorang member aku yg menjadi saksi kejadian iaitu Fakhru razak.....

sekian terima kasih...

p/s-em...x tau la aku nk ckp apa ttg kejadian ni...naik bingung dan pelik aku dibuatnya..so tuk jln penyelesaian, aku pun tutup kes ni...ngee~..so kepada semua yg selalu membawa makanan ke lib..berhati2lah..mgkin anda akan menjadi mangsa yg seterusnya...

Monday, September 8, 2008

Beberapa Halangan Beramal

Beberapa Halangan:

1) Kemungkinan suasana masyarakat dan keadaan setempat menyebabkan seseorang keberatan melaksanakan beberapa perintah Allah Subhanahu wa ta‘ala dan tuntuan agama, ia mestilah memahami bahawa dalam setiap perkara memerlukan kesabaran. Firman Allah Subhanahu wa ta‘ala:

وَاسْتَعِينُوا بِالصَّبْرِ وَالصَّلاَةِ

Maksudnya: “Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang.” (Al-Baqarah, 2)

Bersabar untuk melakukan ketaatan adalah suatu kemestian. Sabda Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam:

يَأْتِي عَلَى النَّاسِ زَمَانٌ الصَّابِرُ فِيهِمْ عَلَى دِينِهِ كَالْقَابِضِ عَلَى الْجَمْرِ

Maksudnya: “Akan tiba suatu zaman, manusia pada ketika itu perlu bersabar melakukan ketaatan seperti mengenggam bara api.”

Ganjaran besar bagi orang bersusah payah dan bersabar untuk melakukan suatu amalan dibayangkan di dalam hadith Nabi Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam diriwayatkan daripada Ma‘qil bin Yasir:

الْعِبَادَةُ فِي الْهَرْجِ كَهِجْرَةٍ إِلَيَّ

Maksudnya: “Beribadat dalam kepayahan adalah seperti berhijrah kepadaku.” (Musnad Imam Ahmad).

Tidak sepatutnya seseorang terikut-ikut dengan orang lain untuk melakukan sesuatu, sabda Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam:

لاَ تَكُونُوا إِمَّعَةً ، تَقُولُونَ: إِنْ أَحْسَنَ النَّاسُ أَحْسَنَّا ، وَإِنْ ظَلَمُوا ظَلَمْنَا ، وَلَكِنْ وَطِّنُوا أَنْفُسَكُمْ ، إِنْ أَحْسَنَ النَّاسُ أَنْ تُحْسِنُوا ، وَإِنْ أَسَاؤُوا فَلاَ تَظْلِمُوا

Maksudnya: “Janganlah seseorang menjadi imma‘ah (terikut-ikut) . Iaitu ia mengatakan: “Jika orang lain baik, kami juga melakukan kebaikan; jika mereka zalim, kami juga melakukan zalim. Tetapi tetapkanlah pada diri kamu, jika orang melakukan kebaikan, kamu juga turut melakukan kebaikan; jika mereka melakukan kejahatan, janganlah kamu zalim.” (Hadith dikemukakan oleh al-Tirmizi. Beliau menilainya Hasan Gharib).

2) Sesetengah orang pula tidak ingin melaksanakannya semata-mata kerana menganggap diri bukan dari golongan yang baik atau mulia. Ia sebenarnya helah syaitan supaya ia bertangguh. Ini kerana tiada manusia yang sempurna dengan kebaikan. Jadi sampai bilakah ia ingin bertangguh dengan alasan demikian?! Amalan buruk seseorang hanya dapat ditampung dengan amalan baik. Firman Allah Subhanahu wa ta‘ala:

إِنَّ الْحَسَنَاتِ يُذْهِبْنَ السَّيِّئَاتِ

Maksudnya: “Sesungguhnya amal-amal kebajikan (terutama sembahyang) itu menghapuskan kejahatan.” (Hud, 114).

Di dalam sebuah hadith: kata Abu Zar: Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda kepada beliau:

اتَّقِ اللهَ حَيْثُمَا كُنْتَ ، وَأَتْبِعِ السَّيِّئَةَ الْحَسَنَةَ تَمْحُهَا ، وَخَالِقِ النَّاسَ بِخُلُقٍ حَسَنٍ

Maksudnya: “Hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah di mana sekali kamu berada. Susulilah perbuatan jahat dengan perbuatan baik. Pasti ia dapat menghapuskan kejahatan. Dan berakhlaklah kepada manusia dengan akhlak yang baik.” (Dikemukakan oleh Imam Ahmad).

3) Antara contoh dakwaan yang sering disebut-sebut ialah: “Tidak perlu pakai tudung, jika tidak sembahyang.” Ini bukanlah bererti orang yang tidak sembahyang, ia tidak mendapat dosa jika tidak memakai tudung. Sebenarnya, tiada kaitan antara dua perkara tersebut. Memakai tudung adalah seperkara dan sembahyang seperkara lain. Seseorang itu sudah berdosa dengan meninggalkan sembahyang. Jadi jika ia menambah kejahatan tidak sembahyang dengan satu lagi kejahatan tidak mahu memakai tudung, maka bertambahlah lagi dosanya.

4) Seseorang yang mendapati dirinya tidak istiqomah (consistent) dengan suatu amalan tidak sepatutnya ia langsung meninggalkan perbuatan itu. Allah Subhanahu wa ta‘ala telah berfirman:

فَاسْتَقِيمُوا إِلَيْهِ وَاسْتَغْفِرُوهُ

Maksudnya: “Maka hendaklah kamu tetap teguh di atas jalan yang betul lurus (istiqomah), serta pohonlah kepadaNya mengampuni (dosa-dosa kamu yang telah lalu).” (Fussilat, 6).

Ayat ini mengisyaratkan semestinya berlaku kecuaian dalam istiqamah. Tetapi ia ditampung dengan istighfar. Tiada orang yang mampu benar-benar istiqomah tetapi hendaklah melakukan perkara yang betul dan menepati atau hampir dengan tujuan.

Taubat yang dilakukan selepas ia dibatalkan dengan mengulangi dosa adalah sah. Ini kerana taubat yang pertama adalah suatu ketaatan. Ia telahpun dilakukan dan sah. Apabila dilakukan dosa kali kedua, ia perlu memulakan taubat yang lain. Perbuatan mengulangi dosa, lebih buruk daripada memulakannya kerana ia menambah pembatalan taubat dengan perlakuan dosa. Begitupun, mengulangi taubat adalah lebih baik daripada memulakannya. Ini kerana ia menambah kesungguhan mendampingi Allah yang Maha Mulia.

5) Tidak ikhlas dalam suatu amalan bukanlah suatu alasan membolehkan seseorang meninggalkan amalan yang mesti dilakukan. Contohnya seseorang yang wajib sembahyang tidak boleh meninggalkannya kerana merasakan hati tidak ikhlas. Begitulah juga dalam setiap amalan agama. Tidak sepatutnya seseorang tidak mahu menutup aurat semata kerana merasa tidak ikhlas seperti riya atau ujub. Malah ia mestilah tetap melakukannya disamping berusaha mengubah niatnya supaya ikhlas. Kata Fudhail bin `Iyadh: "Meninggalkan amalan kerana manusia adalah riyak dan melakukan amalan kerana manusia adalah syirik."

6) Melakukan sesuatu amal ibadat kerana disuruh oleh seseorang tidaklah bererti seseorang itu tidak ikhlas. Ini kerana Allah Subhanahu wa ta‘ala menyuruh supaya taat kepadaNya, kepada Rasul dan juga kepada orang yang menyuruh melakukan kebaikan. Jadi seseorang yang melakukan amal ibadat selepas disuruh oleh seseorang, ertinya ia taat kepada Allah dan Rasul. Firman Allah Subhanahu wa ta‘ala:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ أَطِيعُواْ اللَّهَ وَأَطِيعُواْ الرَّسُولَ وَأُولِي الأَمْرِ مِنكُمْ

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu." (Al-Nisa': 59)

Seseorang mestilah patuh dan taat dalam melakukan amal dan ibadat meskipun perkara yang tidak disukainya. Ubadah bin Shamit berkata:

بَايَعْنَا رَسُولَ اللهِ عَلَى السَّمْعِ وَالطَّاعَةِ فِي الْمَنْشَطِ وَالْمَكْرَهِ وَأَنْ لاَ نُنَازِعَ اْلأَمْرَ أَهْلَهُ وَأَنْ نَقُومَ أَوْ نَقُولَ بِالْحَقِّ حَيْثُمَا كُنَّا لاَ نَخَافُ فِي اللهِ لَوْمَةَ لاَئِمٍ

Maksudnya: "Kami telah membaiah (akad setia) Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam untuk senantiasa mendengar dan mentaatinya, baik dalam keadaan yang kami senangi maupun yang tidak kami senangi dan agar kami tidak akan merebut kekuasaan dari orang yang berhak dan agar kami senantiasa mengerjakan atau mengatakan yang haq di mana saja kami berada tidak takut karena Allah kepada celaan orang-orang yang suka mencela." (Riwayat Al-Bukhari)

p/s- Artikel ini di ambil dlm salah satu yahoogroup yg aku join..,,

Thursday, September 4, 2008

Kisah benar ataupun tidak...????>....

Salam...

kali ini aku nk menceritakan kisah seseorg yg mungkin wujud @ mungkin tidak...

Kisah nya bermula dgn insan yg bernama zaza..dia ni dlu bdk dip dr MMU melaka, so skrg ni dia dah smbung dgree kat MMU Cyberjaya. Nk dijadikan cita, ketika dia dberitahu yg dia kena smbung kat MMU cyberjaya, dia sgt2 la kecewa kerna harapannya nk smbung kat MMU melaka x dpt. Dgn perasan yg berbelah bagi n x suka, dia pun dtg la ke mmu cyber. ketika dia smpai kat mmu cyber, perasaan nya x sama dgn masa mula2 msuk mmu melaka dulu walaupun mmu cyber ni bgtu asing n baru bgnya. Nasib baik la ada rakan2 yg skli masuk ngan dia.so x da la dia rasa sedih sgt. bbrapa mggu selepas dia berada kat sini, dia pun terserempak la ngan sorang member lama dia(amam) yg mmg study kat sini. Dia ni memegang jawatan dlm satu club kat sini.

"Zaza, bila ko pindah sini?"tya amam.
"Bru ja sem ni",jawab zaza.
"haa..bole la join program club aku, nk cari director program tuk bwh biro aku ni", amam.
"hah..hahah..karut tul la hg ni, aku bru lg kot kat sini. bru nk menapak kat sini. relek2 arr dlu.kang klu aku dah ready aku join club hg.",

bgtu la keadaan nya tuk bbrapa sem di sini.Ramai member2 dia yg aktif dlm club2 kat mmu ni ajak dia tuk join program2 yg dianjurkan.tp si zaza x join, mgkin dia segan(malas) n mmg terasa berat tuk join program2 tu. Tp klu dia dgr ja ada program kat MMU Melaka. Dgn sedaya upaya dia nk join program2 kat sana.bgtu la semngatnya dia klu nk join program2 kat sana shinggakan bdk2 kat sana pun pelik, rajin tul si zaza ni turun melaka smpaikan ada yg bertya, kat sana x wat apa2 program ka?..zaza jawab," x serasi lgi la kat sana."hehe..

akhirnya setelah hmpir beberapa sem dia mendiamkan diri kat sini, dia pun start join program2 yg di anjurkn oleh satu club kat sini, itupun sbb diajak oleh member dia yg yg memegang jawatan dlm club tu. So bermula la keaktifan kembali si zaza ni dlm dunia kungfu..heheh..
setahun lepas tu dia dioffer utk memegang jawatan ketua dlm salah satu biro yg ada dlm 2 club..club A n Club B.

Tuk jawatan club A, dia menghadapi masalah gak la tuk terima jawatan tersebut..Bukan apa..dia perlu memikirkan semasak masaknya tuk terima. Lgpun ni bukan kali pertama dia terima jawatan spti ini..dulu masa kat melaka pun dia terima jawatan dlm club yg lebih kurang sama konsepnya cuma berlainan cara implementation. Ketika dia dpt tawaran dr club tersebut..dia terus bersetuju tanpa memikirkan keadaan diri dia, apakah mental dan kerohanian dia dah sedia @ tidak. Waktu tu dia hanya pikir"waahh..aku dpt jawatan dlm satu club yg besar..best2..".Dia hanya pikirkan pd jawatan, tp bukan pd tanggungjawab dia tu nanti.ishhhh... Tp tuk kali ini dia mmg kena pikirkan sepenuhnya sblum menerima jawatan tersebut kerna x nk jadi mcm dulu..walaupun jawatan tersebut bukan la besar, tp amanah dan tanggungjawab nya ada besar dan perlukan semangat tuk memperjuangkan apa yg dibawa oleh club A. Sedangkan dlm situasi di MMU cyber ni, x ramai yg suka join program2 yg dianjurkan oleh club ni. Mungkin sbb nama @ luaran club A yg kurang menarik perhatian diorg, sedangkan sbnarnya didalam nya ada lah menarik dan bgtu bersantai tp berlandaskan apa yg dibenarkan dan tidak dibenarkan..bg zaza mmg sesuai dgn keadaan MMU cyberjaya ni..

Tuk jawatan club B, zaza mmg x da masalah tuk menerima nya, kerana jawatan yg diberikan adalah dibawah satu biro yg mmg aku suka. Cuma club ni adalah club baru, byk perkara yg perlu dibuat didalamnya....

Berbalik tuk jawatan club A.Beberapa kali zaza bgtau kat president club A waktu tu,baik cari org lain yg lebih layakk. Sehingga la president tu ckp"klu la ada org lain lebih layak, aku pun x nk hg dlm ni"ahaks... Jadinya dia pun jadi serba salah setelah mendgr apa yg dperkatakan oleh kawannya tu. Seblum zaza membuat keputusan, dia nk tau dulu siapa yg bakal berada ddlm tampuk pimpinan di dlm club A. Setelah mendengar nama2 yg disebut, sememangnya hampir semua adalah member dan dia kenal. So dgn berat hatinya, dia pun terima jawatan tersebut.hehe.nasib baik la asst dia adalah org yg dia kenal dan besa kerjasama dlm event masa kat melaka dulu.so x da la nk segan sgt.ngee~.Tp itulah, apa la yg zaza ni mampu buat nanti. Adakah dia akan lakukan satu perubahan.Walaupun dia ni pernah memegang jawatan spti itu, tp dia merasakan dia berada di situasi yg bru kerna cara yg dibawak oleh club ni di kedua2 kampus adalah berlainan.Cuma yg masih menjadi kerisauan dia adalah kemampuannya utk membawa dua benda dlm satu masa yg sama iaitu study dan xtvt.huuhhh.......



p/s- Entri kali ini hanyalah sebagai bacaan semata2, jadi x perlulah ditanya @ mempersoalkan apa yg ada dlm entri kali ini..Sekian terima kasih..