Friday, January 28, 2011

Jubah Untuk Ibu

Salam..
em..aku nk kongsi lgik satu cerpen yg aku dpt..kli ni ceritanya agak sedih..hukhuk..malas nk ulas panjang2..so korang baca la ye..(^_^)



Jubah Untuk Ibu

"Apa nak jadi dengan kau ni Along? Bergaduh! Bergaduh! Bergaduh! Kenapa kau degil sangat ni? Tak boleh ke kau buat sesuatu yang baik, yang tak menyusahkan aku?”, marah ibu. Along hanya membungkam. Tidak menjawab sepatah apapun. “Kau tu dah besar Along. Masuk kali ni dah dua kali kau ulang ambil SPM, tapi kau asyik buat hal di sekolah. Cuba la kau ikut macam Angah dengan Alang tu.. Kenapa kau susah sangat nak dengar nasihat orang hah?”, leter ibu lagi.

Suaranya kali ini sedikit sebak bercampur marah. Along terus membatukan diri. Tiada sepatah kata pun yang keluar dari mulutnya. Seketika dia melihat si ibu berlalu pergi dan kembali semula dengan rotan di tangannya. Kali ini darah Along mula menderau. Dia berdoa dalam hati agar ibu tidak memukulnya lagi seperti selalu. “Sekarang kau cakap, kenapa kau bergaduh tadi? Kenapa kau pukul anak pengetua tu? Cakap Along, cakap!” Jerkah ibu. Along semakin berdebar-debar namun dia tidak dapat berkata-kata. Suaranya bagai tersekat di kerongkong. Malah, dia juga tidak tahu bagaimana hendak menceritakan hal sebenar. Si ibu semakin bengang. “ Jadi betul la kau yang mulakan pergaduhan ye!? Nanti kau, suka sangat cari penyakitkan, sekarang nah, rasakan!” Si ibu merotan Along berkali-kali dan berkali-kali jugaklah Along menjerit kesakitan.

“Sakit bu…sakit….maafkan Along bu, Along janji tak buat lagi….Bu, jangan pukul bu…sakit bu…” Along meraung meminta belas si ibu agar tidak merotannya lagi. “Tau sakit ye, kau bergaduh kat sekolah tak rasa sakit?” Balas ibu lagi. Kali ini semakin kuat pukulan si ibu menyirat tubuh Along yang kurus itu. “Bu…ampunkan Along bu…bukan Along yang mulakan…bukan Along….bu, sakit bu..!!”, rayu Along dengan suara yang tersekat-sekat menahan pedih. Along memaut kaki si ibu. Berkali-kali dia memohon maaf daripada ibunya namun siratan rotan tetap mengenai tubuhnya. Along hanya mampu berdoa. Dia tidak berdaya lagi menahan tangisnya. Tangis bukan kerana sakitnya dirotan, tapi kerana memikirkan tidak jemukah si ibu merotannya setiap hari. Setelah hatinya puas, si ibu mula berhenti merotan Along. Tangan Along yang masih memaut kakinya itu di tepis kasar. Along menatap mata ibu. Ada manik-manik kaca yang bersinar di kelopak mata si ibu. Along memandang dengan sayu. Hatinya sedih kerana telah membuatkan ibunya menangis lagi kerananya.

Malam itu, Along berjaga sepanjang malam. Entah mengapa matanya tidak dapat dilelapkan. Dia asyik teringatkan peristiwa dirotan ibu petang tadi. Begitulah yang berlaku apabila ibu marahkannya. Tapi kali ini marah ibu sangat memuncak. Mungkin kerana dia menumbuk anak pengetua sewaktu di sekolah tadi menyebabkan pengetua hilang sabar dan memanggil ibunya ke sekolah untuk membuat aduan kesekian kalinya. Sewaktu di bilik pengetua, Along sempat menjeling ibu di sebelah.

Namun, dia tidak diberi kesempatan untuk bersuara. Malah, semua kesalahan itu di dilemparkan kepadanya seorang. Si Malik anak pengetua itu bebas seolah-olah sedikit pun tidak bersalah dalam hal ini. Along mengesat sisa-sisa air mata yang masih bertakung di kelopak matanya. Dia berlalu ke meja tulis mencapai minyak sapu lalu disapukan pada bekas luka yang berbirat di tubuhnya dek rotanan ibu tadi. Perlahan-lahan dia menyapu ubat namun masih tetap terasa pedihnya. Walaupun sudah biasa dirotan, namun tidak seteruk kali ini. Along merebahkan badannya. Dia cuba memejamkan mata namun masih tidak mahu lelap. Seketika wajah ibu menjelma diruang ingatannya. Wajah ibu suatu ketika dahulu sangat mendamaikan pada pandangan matanya. Tetapi, sejak dia gagal dalam SPM, kedamaian itu semakin pudar dan hanya kelihatan biasa dan kebencian di wajah tua itu.

Apa yang dibuat serba tidak kena pada mata ibu. Along sedar, dia telah mengecewakan hati ibu dahulu kerana mendapat keputusan yang corot dalam SPM. Tetapi Along tidak pernah ambil hati dengan sikap ibu walau adakalanya kata-kata orang tua itu menyakiti hatinya. Along sayang pada ibu. Dialah satu-satunya ibu yang Along ada walaupun kasih ibu tidak semekar dahulu lagi. Along mahu meminta maaf. Dia tidak mahu menjadi anak derhaka. Fikirannya terlalu cacamarba, dan perasaannya pula semakin resah gelisah. Akhirnya, dalam kelelahan melayani perasaan, Along terlelap juga.

Seminggu selepas peristiwa itu, si ibu masih tidak mahu bercakap dengannya. Jika ditanya, hanya sepatah dijawab ibu. Itupun acuh tidak acuh sahaja. Pulang dari sekolah, Along terus menuju ke dapur. Dia mencangak mencari ibu kalau-kalau orang kesayangannya itu ada di situ. Along tersenyum memandang ibu yang terbongkok-bongkok mengambil sudu di bawah para dan kemudian mencacap makanan yang sedang dimasak itu. Dia nekad mahu menolong. Mudah-mudahan usahanya kali ini berjaya mengambil hati ibu. Namun, belum sempat dia melangkah ke dapur, adik perempuannya yang baru pulang daripada mengaji terus meluru ke arah ibu. Along terperanjat dan cuba berselindung di sebalik pintu sambil memerhatikan mereka.

“ Ibu...ibu masak apa ni? Banyaknya lauk, ibu nak buat kenduri ye!?” Tanya Atih kehairanan. Dia tidak pernah melihat ibunya memasak makanan yang pelbagai jenis seperti itu. Semuanya enak-enak belaka. Si ibu yang lincah menghiris sayur hanya tersenyum melihat keletah anak bongsunya itu. Sementara Along disebalik pintu terus memerhatikan mereka sambil memasang telinganya. “Ibu, Atih nak rasa ayam ni satu boleh?” “ Eh jangan, nanti dulu... Ibu tau Atih lapar, tapi tunggulah Kak Ngah dengan Alang balik dulu. Nanti kita makan sekali. Pergi naik atas mandi dan tukar baju dulu ye!”, si ibu bersuara lembut. Along menarik nafas panjang dan melepaskannya perlahan. ‘anak-anak kesayangan ibu nak balik rupanya…’ bisik hati kecil Along.

“Kak Ngah dengan Alang nak balik ke ibu?”, soalnya lagi masih belum berganjak dari dapur. Si ibu mengangguk sambil tersenyum. Di wajahnya jelas menampakkan kebahagiaan. “Oooo patutlah ibu masak lauk banyak-banyak. Mmm bu, tapi Atih pelik la. Kenapa bila Along balik, ibu tak masak macam ni pun?”. Along terkejut mendengar soalan Atih. Namun dia ingin sekali tahu apa jawapan dari ibunya. “Along kan hari-hari balik rumah? Kak Ngah dengan Alang lain, diorang kan duduk asrama, balik pun sebulan sekali ja!”, terang si ibu. “Tapi, ibu tak penah masak lauk macam ni dekat Along pun..”, soal Atih lagi. Dahinya sedikit berkerut dek kehairanan.

Along mula terasa sebak. Dia mengakui kebenaran kata-kata adiknya itu namun dia tidak mahu ada perasaan dendam atau marah walau secalit pun pada ibu yang sangat disayanginya. “Dah tu, pergi mandi cepat. Kejap lagi kita pergi ambil Kak Ngah dengan Alang dekat stesen bas.” , arah ibu. Dia tidak mahu Atih mengganggu kerja-kerjanya di dapur dengan menyoal yang bukan-bukan. Malah ibu juga tidak senang jika Atih terus bercakap tentang Along. Pada ibu, Along anak yang derhaka yang selalu menyakiti hatinya. Apa yang dikata tidak pernah didengarnya. Selalu pula membuat hal di sekolah mahupun di rumah. Disebabkan itulah ibu semakin hilang perhatian pada Along dek kerana marah dan kecewanya.

Selepas ibu dan Atih keluar, Along juga turut keluar. Dia menuju ke Pusat Bandar sambil jalan-jalan buat menghilangkan tekanannya. Tiba di satu kedai, kakinya tiba-tiba berhenti melangkah. Matanya terpaku pada sepasang jubah putih berbunga ungu yang di lengkapi dengan tudung bermanik. ‘Cantiknya, kalau ibu pakai mesti lawa ni….’ Dia bermonolog sendiri. Along melangkah masuk ke dalam kedai itu. Sedang dia membelek-belek jubah itu, bahunya tiba-tiba disentuh seseorang. Dia segera menoleh.

Rupa-rupanya itu Fariz, sahabatnya. “La…kau ke, apa kau buat kat sini?”, tanya Along ingin tahu sambil bersalaman dengan Fariz. “Aku tolong jaga butik kakak aku. Kau pulak buat apa kat sini?”, soalnya pula. “Aku tak de buat apa-apa, cuma nak tengok-tengok baju ni. Aku ingat nak kasi mak aku!”, jelas Along jujur. “waa…bagus la kau ni Azam. Kalau kau nak beli aku bagi less 50%. Macammana?” Terlopong mulut Along mendengar tawaran Fariz itu.. “Betul ke ni Riz? Nanti marah kakak kau!”, Along meminta kepastian. “Untuk kawan baik aku, kakak aku mesti bagi punya!”, balas Fariz meyakinkannya. “Tapi aku kena beli minggu depan la.. Aku tak cukup duit sekarang ni.” Cerita Along agak keseganan.

Fariz hanya menepuk mahunya sambil tersenyum. “Kau ambik dulu, lepas tu kau bayar sikit-sikit.” Kata Fariz . Along hanya menggelengkan kepala tanda tidak setuju. Dia tidak mahu berhutang begitu. Jika ibunya tahu, mesti dia dimarahi silap-silap dipukul lagi. “Dekat kau ada berapa ringgit sekarang ni?”, soal Fariz yang benar-benar ingin membantu sahabatnya itu. Along menyeluk saku seluarnya dan mengeluarkan dompet berwarna hitam yang semakin lusuh itu. “Tak sampai sepuluh ringgit pun Riz, tak pe lah, aku datang beli minggu depan. Kau jangan jual dulu baju ni tau!”, pesan Along bersungguh-sungguh. Fariz hanya mengangguk senyum.

Hari semakin lewat. Jarum pendek sudah melangkaui nombor tujuh. Setelah tiba, kelihatan Angah dan Alang sudah berada di dalam rumah. Mereka sedang rancak berbual dengan ibu di ruang tamu. Dia menoleh ke arah mereka seketika kemudian menuju ke dapur. Perutnya terasa lapar sekali kerana sejak pulang dari sekolah petang tadi dia belum makan lagi. Penutup makanan diselak. Syukur masih ada sisa lauk-pauk yang ibu masak tadi bersama sepinggan nasi di atas meja. Tanpa berlengah dia terus makan sambil ditemani Si Tomei, kucing kesayangan arwah ayahnya.

“Baru nak balik waktu ni? Buat hal apa lagi kat luar tu?”, soalan ibu yang bernada sindir itu tiba-tiba membantutkannya daripada menghabiskan sisa makanan di dalam pinggan. “Kenapa tak makan kat luar ja? Tau pulak, bila lapar nak balik rumah!”, leter ibu lagi. Along hanya diam.. Dia terus berusaha mengukir senyum dan membuat muka selamber seperti tidak ada apa-apa yang berlaku. Tiba-tiba Angah dan Alang menghampirinya di meja makan. Mereka berdiri di sisi ibu yang masih memandang ke arahnya seperti tidak berpuas hati. “Along ni teruk tau. Suka buat ibu susah hati.

Kerana Along, ibu kena marah dengan pengetua tu.” Marah Angah, adik perempuannya yang sedang belajar di MRSM. Along mendiamkan diri. Diikutkan hati, mahu saja dia menjawab kata-kata adiknya itu tetapi melihat kelibat ibu yang masih di situ, dia mengambil jalan untuk membisu sahaja. “Along! Kalau tak suka belajar, berhenti je la. Buat je kerja lain yang berfaedah daripada menghabiskan duit ibu", sampuk Alang, adik lelakinya yang menuntut di sekolah berasrama penuh. Kali ini kesabarannya benar-benar tercabar. Hatinya semakin terluka melihat sikap mereka semua. Dia tahu, pasti ibu mengadu pada mereka. Along mengangkat mukanya memandang wajah ibu. Wajah tua si ibu masam mencuka. Along tidak tahan lagi. Dia segera mencuci tangan dan meluru ke biliknya.

Perasaannya jadi kacau. Fikirannya bercelaru. Hatinya pula jadi tidak keruan memikirkan kata-kata mereka. Along sedar, kalau dia menjawab, pasti ibu akan semakin membencinya. Along nekad, esok pagi-pagi, dia akan tinggalkan rumah. Dia akan mencari kerja di Bandar. Kebetulan cuti sekolah selama seminggu bermula esok. Seperti yang dinekadkan, pagi itu selesai solat subuh, Along terus bersiap-siap dengan membawa beg sekolah berisi pakaian, Along keluar daripada rumah tanpa ucapan selamat. Dia sekadar menyelitkan nota buat si ibu menyatakan bahawa dia mengikuti program sekolah berkhemah di hutan selama seminggu.

Niatnya sekadar mahu mencari ketenangan selama beberapa hari justeru dia terpaksa berbohong agar ibu tidak bimbang dengan tindakannya itu. Along menunggang motorsikalnya terus ke Pusat Bandar untuk mencari pekerjaan. Nasib menyebelahinya, tengah hari itu, dia diterima bekerja dengan Abang Joe sebagai pembantu di bengkel membaiki motorsikal dengan upah lima belas ringgit sehari, dia sudah rasa bersyukur dan gembira. Gembira kerana tidak lama lagi, dia dapat membeli jubah untuk ibu. Hari ini hari ke empat Along keluar daripada rumah. Si ibu sedikit gelisah memikirkan apa yang dilakukan Along di luar. Dia juga berasa agak rindu dengan Along. Entah mengapa hati keibuannya agak tersentuh setiap kali terpandang bilik Along. Tetapi kerinduan dan kerisauan itu terubat apabila melihat gurau senda anak-anaknya yang lain.

Seperti selalu, Along bekerja keras membantu Abang Joe di bengkelnya. Sikap Abang Joe yang baik dan kelakar itu sedikit sebanyak mengubat hatinya yang luka. Abang Joe baik. Dia banyak membantu Along antaranya menumpangkan Along di rumahnya dengan percuma. “Azam, kalau aku tanya kau jangan marah k!”, soal Abang Joe tiba-tiba sewaktu mereka menikmati nasi bungkus tengah hari itu. “Macam serius jer bunyinya Abang Joe?” Along kehairanan. “Sebenarnya, kau lari dari rumah kan ?”

Along tersedak mendengar soalan itu. Nasi yang disuap ke dalam mulut tersembur keluar. Matanya juga kemerah-merahan menahan sedakan. Melihat keadaan Along itu, Abang Joe segera menghulurkan air. “Kenapa lari dari rumah? Bergaduh dengan parents?” Tanya Abang Joe lagi cuba menduga. Soalan Abang Joe itu benar-benar membuatkan hati Along sebak. Along mendiamkan diri. Dia terus menyuap nasi ke dalam mulut dan mengunyah perlahan. Dia cuba menundukkan mukanya cuba menahan perasaan sedih. “Azam, kau ada cita-cita tak…ataupun impian ker…?” Abang Joe mengubah topik setelah melihat reaksi Along yang kurang selesa dengan soalannya tadi. “ Ada ” jawab Along pendek.

“Kau nak jadi apa besar nanti? Jurutera? Doktor? Cikgu? Pemain bola? Mekanik macam aku…atau….” Along menggeleng-gelengka n kepala. “semua tak…Cuma satu je, saya nak mati dalam pangkuan ibu saya.” Jawab Along disusuli ketawanya. Abang Joe melemparkan tulang ayam ke arah Along yang tidak serius menjawab soalannya itu. “ Ala , gurau ja la Abang Joe. Sebenarnya….saya nak bawa ibu saya ke Mekah dan…saya….saya nak jadi anak yang soleh!”. Perlahan sahaja suaranya namun masih jelas didengari telinga Abang Joe. Abang Joe tersenyum mendengar jawapannya. Dia bersyukur di dalam hati kerana mengenali seorang anak yang begitu baik. Dia sendiri sudah bertahun-tahun membuka bengkel itu namun belum pernah ada cita-cita mahu menghantar ibu ke Mekah..

Setelah tamat waktu rehat, mereka menyambung kerja masing-masing. Tidak seperti selalu, petang itu Along kelihatan banyak berfikir. Mungkin terkesan dengan soalan Abang Joe sewaktu makan tadi. “Abang Joe, hari ni, saya nak balik rumah ...terima kasih banyak kerana jaga saya beberapa hari ni”, ucap Along sewaktu selesai menutup pintu bengkel. Abang Joe yang sedang mencuci tangannya hanya mengangguk. Hatinya gembira kerana akhirnya anak muda itu mahu pulang ke pangkuan keluarga. Sebelum berlalu, Along memeluk lelaki bertubuh sasa itu.

Ini menyebabkan Abang Joe terasa agak sebak. “Abang Joe, jaga diri baik-baik. Barang-barang yang saya tinggal kat rumah Abang Joe tu, saya hadiahkan untuk Abang Joe.” Kata Along lagi. “Tapi, kau kan boleh datang bila-bila yang kau suka ke rumah aku!?”, soal Abang Joe. Dia risau kalau-kalau Along menyalah anggap tentang soalannya tadi. Along hanya senyum memandangnya. “Tak apa, saya bagi kat Abang Joe. Abang Joe, terima kasih banyak ye! Saya rasa tak mampu nak balas budi baik abang.. Tapi, saya doakan perniagaan abang ni semakin maju.” Balasnya dengan tenang. Sekali lagi Abang Joe memeluknya bagai seorang abang memeluk adiknya yang akan pergi jauh.

Berbekalkan upahnya, Along segera menuju ke butik kakak Fariz untuk membeli jubah yang diidamkannya itu. Setibanya di sana , tanpa berlengah dia terus ke tempat di mana baju itu disangkut. “ Hey Azam, mana kau pergi? Hari tu mak kau ada tanya aku pasal kau. Kau lari dari rumah ke?”, soal Fariz setelah menyedari kedatangan sahabatnya itu. Along hanya tersengeh menampakkan giginya. “Zam, mak kau marah kau lagi ke? Kenapa kau tak bagitau hal sebenar pasal kes kau tumbuk si Malik tu?” “Tak pe lah, perkara dah berlalu….lagipun, aku tak nak ibu aku terasa hati kalau dia dengar tentang perkara ni", terang Along dengan tenang.

“Kau jadi mangsa. Tengok, kalau kau tak bagitau, mak kau ingat kau yang salah", kata Fariz lagi. “Tak apa lah Riz, aku tak nak ibu aku sedih. Lagipun aku tak kisah.” “Zam..kau ni…..” “Aku ok, lagipun aku sayang dekat ibu aku. Aku tak nak dia sedih dan ingat kisah lama tu.” Jelas Along memotong kata-kata si sahabat yang masih tidak berpuas hati itu. “Aku nak beli jubah ni Riz. Kau tolong balutkan ek, jangan lupa lekat kad ni sekali, k!”, pinta Along sambil menyerahkan sekeping kad berwarna merah jambu. “No problem…tapi, mana kau dapat duit? Kau kerja ke?” , soal Fariz ingin tahu. “Aku kerja kat bengkel Abang Joe. Jadi pembantu dia", terang Along. “Abang Joe mana ni?” “Yang buka bengkel motor kat Jalan Selasih sebelah kedai makan pakcik kantin kita tu!”, jelas Along dengan panjang lebar. Fariz mengangguk . “Azam, kau nak bagi hadiah ni kat mak kau bila?” “Hari ni la…” balas Along. “Ooo hari lahir ibu kau hari ni ek?” “Bukan, minggu depan…” “Habis?. Kenapa kau tak tunggu minggu depan je?”, soal Fariz lagi. “Aku rasa hari ni je yang yang sempat untuk aku bagi hadiah ni. Lagipun, aku harap lepas ni ibu aku tak marah aku lagi.” Jawabnya sambil mengukir senyum.

Along keluar daripada kedai. Kelihatan hujan mulai turun. Namun Along tidak sabar menunggu untuk segera menyerahkan hadiah itu untuk ibu. Sambil menunggang, Along membayangkan wajah ibu yang sedang tersenyum menerima hadiahnya itu. Motosikalnya sudah membelok ke Jalan Nuri II. Tiba di simpang hadapan lorong masuk ke rumahnya, sebuah kereta wira yang cuba mengelak daripada melanggar seekor kucing hilang kawalan dan terus merempuh Along dari depan yang tidak sempat mengelak.

Akibat perlanggaran yang kuat itu, Along terpelanting ke tengah jalan dan mengalami hentakan yang kuat di kepala dan belakangnya. Topi keledar yang dipakai mengalami retakan dan tercabut daripada kepalanya, Along membuka matanya perlahan-lahan dan terus mencari hadiah untuk si ibu dan dengan sisa kudrat yang ada, dia cuba mencapai hadiah yang tercampak berhampirannya itu. Dia menggenggam kuat cebisan kain dan kad yang terburai dari kotak itu. Darah semakin membuak-buak keluar dari hidungnya. Kepalanya juga terasa sangat berat, pandangannya berpinar-pinar dan nafasnya semakin tersekat-sekat. Dalam keparahan itu, Along melihat kelibat orang–orang yang sangat dikenalinya sedang berlari ke arahnya. Serta merta tubuhnya terus dirangkul seorang wanita. Dia tahu, wanita itu adalah ibunya. Terasa bahagia sekali apabila dahinya dikucup saat itu. Along gembira. Itu kucupan daripada ibunya. Dia juga dapat mendengar suara Angah, Alang dan Atih memanggil-manggil namanya. Namun tiada suara yang keluar dari kerongkongnya saat itu. Along semakin lemah. Namun, dia kuatkan semangat dan cuba menghulurkan jubah dan kad yang masih digenggamannya itu.

“Ha..hadiah….untuk….ibu………” ucapnya sambil berusaha mengukir senyuman. Senyuman terakhir buat ibu yang sangat dicintainya. Si ibu begitu sebak dan sedih. Si anak dipeluknya sambil dicium berkali-kali. Air matanya merembes keluar bagai tidak dapat ditahan lagi. Pandangan Along semakin kelam. Sebelum matanya tertutup rapat, terasa ada air hangat yang menitik ke wajahnya. Akhirnya, Along terkulai dalam pangkuan ibu dan dia pergi untuk selama-lamanya.

Selesai upacara pengebumian, si ibu terus duduk di sisi kubur Along bersama Angah, Alang dan Atih. Dengan lemah, wanita itu mengeluarkan bungkusan yang hampir relai dari beg tangannya. Sekeping kad berwarna merah jambu bertompok darah yang kering dibukanya lalu dibaca. 

Buat ibu yang sangat dikasihi, 

Ampunkanlah salah silap along selama ini. Andai along melukakan hati ibu, along pinta sejuta kemaafan. Terimalah maaf along bu.. Along janji tak kan membuatkan ibu marah lagi.

Ibu, Along sayang ibu selama-lamanya. Selamat hari lahir ibu… dan terimalah hadiah ini…

UNTUKMU IBU!



Kad itu dilipat dan dicium. Air mata yang bermanik mula berjurai membasahi pipi. Begitu juga perasaan yang dirasai Angah, Alang dan Atih. Masing-masing berasa pilu dan sedih dengan pemergian seorang abang yang selama ini disisihkan. Sedang melayani perasaan masing-masing, Fariz tiba-tiba muncul. Dia terus mendekati wanita tua itu lalu mencurahkan segala apa yang dipendamnya selama ini.

“Makcik, ampunkan segala kesalahan Azam. Azam tak bersalah langsung dalam kes pergaduhan tu makcik. Sebenarnya, waktu Azam dan saya sibuk menyiapkan lukisan, Malik datang dekat kami. Dia sengaja cari pasal dengan Azam dengan menumpahkan warna air dekat lukisan Azam. Lepas tu, dia ejek-ejek Azam. Dia cakap Azam anak pembunuh. Bapa Azam seorang pembunuh dan … dia jugak cakap, ibunya seorang perempuan gila…” cerita Fariz dengan nada sebak. Si ibu terkejut mendengarnya. Terbayang di ruang matanya pada ketika dia merotan Along kerana kesalahan menumbuk Malik. “Tapi, kenapa arwah tidak ceritakan pada makcik Fariz?” Soalnya dengan sedu sedan. “Sebab…..dia tak mahu makcik sedih dan teringat kembali peristiwa dulu. Dia cakap, dia tak nak makcik jatuh sakit lagi, dia tak nak mengambil semua ketenangan yang makcik ada sekarang…walaupun dia disalahkan, dia terima. Tapi dia tak sanggup tengok makcik dimasukkan ke hospital sakit jiwa semula....” Terang Fariz lagi. Dia berasa puas kerana dapat menyatakan kebenaran bagi pihak sahabatnya itu.

Si ibu terdiam mendengar penjelasan Fariz. Terasa seluruh anggota badannya menjadi Lemah. Berbagai perasaan mencengkam hatinya. Sungguh hatinya terasa sangat pilu dan terharu dengan pengorbanan si anak yang selama ini dianggap derhaka.



ok..Sekadar nk berkongsi cerpen tanpa apa2 ulasan sbb aku tahu korang pun akan rasai apa yg aku alami lepas baca cerpen ni...ok..daa~

wassalam..

Tuesday, January 25, 2011

Adus...terkena Tag la plak..hehhe..

Salam..hurm...adeh..kena tag dgn cik tikus..eh..silap..cik Etykus la plak..so post kali ni tuk bgtau pasal 

25 Random Things About Me

Heee~ So inilah 25 secara rawaknya pasal aku..ahaks..



1.  Nama penuh Mohd Fazakual Bin Noor Hizan
2.  Sangat suka jika dipanggil zakuan...hee~
3.  Sulung dari 4 org adik beradik..
4.  Lahir pada 23 Mei 1986 kat Hospital Taiping
5.  Sangat suka kucing...
6.  Suka makan..lbih2 lgik bila tension...
7.  Ingin memiliki sebijik superbike...
8.  Minat memasak tapi malas nak memasak..
9.  Suka buli adik2..ekeke
10. suka main game..tp x da la melampau2..
11. Suka berkarok bersama rakan2 seperjuangan..hehe..
12. manyak suka Layan lagu2 rock kapak n nasyid.
13. mempunyai impian utk bukak pusat pemulihaan haiwan terutama utk kucing..hehe..
14. Suka meronda naik motor takala sgt bosan..
15. Suka gak berangan2..haha..
16. Movie semua jenis layan..hee~
17. Minat kumpul barang2 pelik..
18. Suka simpan plastik..
19. Suka kumpul duit syiling..dah satu tin jacob terkumpul..tp dh terguna skit..hehe.
20. sgt minat dgn xtvt2 bersantai dan lasak sperti berkelah, berkhemah, ekspedisi dan seangkatan dgn nya..
21. Hobi utama adalah memancing..tp rod2 mancingku dh lama tak terusik..hukhuk..
22. Agak kekampungan (bak kata sesetengah member aku..)..
23. Suka gak la layan cita hindustan..hehe..
24. Kuat tido...
25. Nak kawin..tp x da calon..ahaks..:P


hee~..so klu ada sapa2 nk tambah?..hahahhaa..:P..aku nk tag member aku plak..tu pun klu diorg rajin n  terbca blog aku ni...hehehe.... Ain NiksanRaja PojanAbg Zai, Pjal n sapa2 ja la yg sudi nak buat..eheh..:P

okeh..jumpa lgik....
wassalam..(^_^)

Saturday, January 22, 2011

Hari-Hari Terakhir...




Assalamualaikum....
saja ja nk share satu cerpen ni..hehehe...selamat membaca..:)




Cerpen: Hari-hari terakhir
Perempuan turki itu cantik. Kulitnya bersih, bersama abayanya yang putih, dia kelihatan seperti bidadari. Lenggok sopan, bersama pakaian labuh menutup aurat menambah lagi aura kewanitaannya.
Aku sebenarnya sedang b
erbaring-baring di dalam Masjidil Haram, dalam keadaan mengiring ke kanan, menghadap Kaabah. Sebab itu boleh ternampak perempuan turki tadi. Tidak pula aku ekorinya dengan pandanganku. Cukup sekadar dia melintas di hadapanku. Secantik mana pun perempuan-perempuan yang ada di sini, tidak sekalipun menye
ntuh hatiku.
Bukan sekadar di sini, seindah mana pun perempuan-perempuan di dunia ini, secantik mana pun mereka, menarik perhatian tahap mana pun, masih belum dapat menandingi…
Suasana terus menjadi gelap secara tiba-tiba, sebelum kata hatiku dapat menghabiskan bicaranya. Bukan kerana aku tiba-tiba buta, bukan juga kerana tempat ini tiba-tiba terputus kuasa, tetapi mataku ditutup satu telapak tanga
n. Hangat, lembut, harum.
“ Abang tengok apa tu? Tak baik tengok perempuan lama-lama”
Satu suara mulus kedengaran.
Aku tersenyum. Terus aku memegang tangan lembut itu dengan sebelah tanganku. Tarik. Cahaya kembali mencium mataku.
“ Mana, ternampak sahaja. Perempuan turki tu lawa” Aku berbicara selamba.
“ Ya la, kita tak lawa” Ayat m
erajuk.
Aku terus memusingkan tubuhku, mengiring pula ke kiri.
Seorang perempuan, bertelekung putih bersih, bersama wajah yang lembut bercahaya, dengan mata hitam bundar, sedang memuncungkan bibirnya memandang aku. Aku ketawa.
“ Tak baik muncung-muncung, nanti dapat anak gigi jongang baru tahu”
Muncungan mulut itu terus berubah menjadi senyuman manis, perempuan itu ketawa geli hati. Hati aku secara spontan menjadi lapang dengan senyuman dan tawa kecilnya.
“ Ada-ada aja abang ni” Dia menutup mulutnya.
Aku tersenyum.
“ Seindah mana pun perempuan-perempuan di dunia ini, secantik mana pun mereka, menarik perhatian tahap mana pun, masih belum dapat menandingi Sayang” Aku melengkapkan suara hatiku yanng terhenti tadi. Tapi kali ini dengan bicara, menghadap perempuan yang paling aku cinta di dalam hidup ini. Satu-satunya perempuan dalam hidup yang kupanggil ‘sayang’.
Perempuan itu senyap. Pipinya tiba-tiba
merah. “ Betul ke?”
Aku mengangguk. “ Kalau tak percaya, belah la dada, ambil lah hati”
“ Mati la abang nanti” Perempuan itu menolak bahuku. “ Cinta dan sayang bukan boleh nampak”
Aku ketawa kecil. Seronok bercanda-canda dengan isteri tercinta.
“ Tapi, kalau abang hajat kepada perempuan lain, saya boleh carikan. Saya pun dah tak…”
Kata-katanya terhenti, bibirnya dis
entuh oleh jari telunjukku.
“ Kan dah janji tak mahu sebut fasal tu?”
Dia menundukkan wajah.
“ Maafkan saya”
Dari berbaring, aku duduk bersila. Lututku berte
mu lututnya. Dia nampak sedih. Dan aku tahu dia memang sedih. Al-Quran di pangkuan perempuan itu kuambil dan kuletakkan di rak sebelah kami. Kemudian kupegang tangannya.
“ Sayang abang ada satu sahaja. Kalau hilang yang ini, abang tak akan cari ganti yang lain” Kudekatkan tangan itu ke dahiku
. Cinta yang teramat sangat.
Aku dapat rasa tubuhnya terenjut-enjut. Dia sedang menahan tangis.
“ Mari balik hotel, jom” Aku mengajak. Mungkin di sana boleh menenangkannya.
Dia menggeleng. “ Saya
nak habiskan masa di sini.”
Aku menghela nafas. Aku juga sebenarnya hendak terus di sini. Tiada yang lebih tenang dari tempat ini. Aku menyandarkan tubuhku pada tiang, duduk di sebelah isteriku, sama-sama memandang Kaabah.
Ya ALLAH…
***
*
Namanya Puteri Sara Nasuha. Dia adalah isteriku, satu-satunya perempuan bukan mahram yang aku cinta. Dari sekolah menengah, memang aku sudah menyimpan rasa. Tidak sangka ALLAH memberikan aku peluang untuk memperisterikannya.
Seorang perempuan yang sederhana. Bukanlah seorang mujahidah segigih Zainab Al-Ghazali, bukan juga seorang yang sesabar Fatma isteri Hassan Al-Banna, tidak pula sefaqih Aisyah isteri Rasulullah SAW, bukan juga beribada
h hebat seperti Rabiatul Adawiyah.
Tetapi dia adalah yang teristimewa di dalam hatiku. Perempuan terbaik untuk aku. Solehah, berperibadi mulia dan lembut orangnya. Suka tengok drama Jepun, dan suka baca novel thriller. Suka dengar nasyid Mirwana. Amat minat membaca Al-Quran selepas solat subuh. Walaupun keturunan orang kenamaan, tapi dia tetap bersederhana dan merendah diri.
Kami baru tiga bulan mendirikan rumah tangga. Bagi orang lain, mungkin mereka menganggap aku sekarang sedang asyik memadu asmara dengan isteriku kerana baru sahaja bersatu. Memang biasanya untuk manusia, awal perkahwinan adalah indah-indah. Untuk aku, awalnya juga begitu. Sehingga kini juga
begitu sebenarnya.
Tetapi, ALLAH telah menguji aku dan Sara.
Bulan lepas, Sara tiba-tiba jatuh sakit. Awalnya, kufikirkan dia demam. Jadi, aku sekadar memberikannya ubat demam yang sememangnya tersedia di rumah. Namun, demamnya tidak kebah, malah tubuhnya semakin panas selepas dua atau tiga hari. Aku kerisauan, lantas membawanya ke hospital.
Awalnya, doktor menyatakan hanya demam biasa.
Dan kebetulan selepas itu Sara kembali sihat. Aku pun
lega. Tetapi, selepas itu, Sara mula hilang selera makan, dan berat badannya menurun, dia pula sering mengadu lemah-lemah badan. Kadangkala dia jatuh demam lagi.
Selepas seminggu melihat keadaan Sara semakin kronik, aku membawanya semula ke hospital dan meminta doktor membuat diagnosis secara terperinci. Hasilnya amat mengejutkan aku dan Sara.
Sara dinyatakan menghidap penyakit kanser hati dan sudah hampir sampai ke tahap yang tidak dapat diselamatkan. Ketika itu, aku dan Sara terus
meminta doktor untuk membuat pembedahan bagi membuang kanser yang ada, namun apabila pembedahan itu berakhir dengan kegagalan.
Doktor menyatakan bahawa, selepas pembedahan itu, Sara hanya ada sekitar sebulan lebih untuk hidup.
Aku hampir terjelepuk jatuh mendengar kata-kata doktor.
Aku cuba menyembunyikan hal yang sebenar daripada Sara, namun Sara bukanlah seorang yang dapat kusembunyikan rasa hatiku kepadanya. Dia dapat menjangka ada sesuatu yang besar, yang kusembunyikan daripadanya. Akhirnya, aku menceritakan juga kepadanya.
“ Memang takdir begini ya?”
Dia bertanya seorang diri ketika itu.
ALLAH sahaja yang tahu betapa tercalarnya hatiku melihat wajahnya yang muram. Lebih menyayat hati, Sara tidak henti-henti meminta maaf daripadaku. Dia rasa bersalah kerana aku berkahwin dengan orang yang hampir mati. Dia rasa, dia telah menghancurkan kehidupanku.
Ya ALLAH…
Ujian i
ni agak berat.
****
Sudah masuk pusingan kelima. Tawafku bergerak lancar, walaupun ada waktunya pergerakanku diperlahankan dengan jemaah yang bertawaf secara berkumpulan. Namun selain isteriku yang bertawaf sambil memegang tanganku, aku tidak menghiraukan sesiapa.
Kalau di dalam mazhab Imam Asy-Syafie, menyentuh perempuan, walaupun isteri sendiri adalah membatalkan wudhu’. Tetapi, pendapat fuqah
a’ yang lain seperti Imam Malik menyatakan bahawa, menyentuh perempuan tanpa shahwat adalah tidak membatalkan wudhu’, walaupun perempuan itu bukan isteri kita. Tapi, menyentuh perempuan yang bukan mahram kita secara sengaja adalah berdosa.
Pendapat fuqaha’ lain itulah yang digunakan di dala
m kes jemaah ke tempat padat dengan manusia serta bercampur lelaki perempuan seperti di Masjidil Haram.
Untuk aku pula, aku tidak mengaplikasi pendapat menyentuh perempuan tanpa shahwat tidak membatalkan wudhu’ di masjidil haram sahaja. Aku menggunakan pendapat itu di dalam seluruh kehidupanku. Sebab itu, bila aku menyentuh isteriku, aku tidak mengambil wudhu’ku semula. Apa yang aku pelajari di dalam mata pelajaran pembandingan mazhab semasa di universiti dahulu, dan juga di tempat-tempat talaqqi, sememangnya menyatakan pendapat menyentuh perempuan tidak membatalkan wudhu’ adalah pendapat yang lebih rajih.
Sebaik sahaja aku melalui rukun yamani, aku mengucapkan doa untuk kejayaan dunia dan akhirat serta meminta agar dijauhkan dari azab ne
raka berulang kali. Tidak lama kemudian, kedudukanku mula sejajar dengan Hajarul Aswad. Aku sekadar melambai sahaja sambil mengucapkan “ Bismillahi Allahuakbar” dan terus memasuki pusingan yang keenam.
Aku terus berdoa, tenggelam dalam penyerahan diri hanya kepada ALLAH. Sepanjang tawafku, dari awal hingga kini, aku hanya berdoa dengan dua doa sahaja. Doa pertama aku ucapkan bermula dari hajarul aswad hingga ke rukun yamani. Doa kedua adalah doa meminta kebaikan di dunia dan akhirat, serta dijauhkan dari api neraka, dari rukun yamani ke hajarul aswad.
Semasa tawaf, tiada doa yang khusus ya
ng diriwayatkan daripada Rasulullah SAW kecuali doa memohon kebaikan di dunia dan akhirat serta meminta agar dijauhkan diri dari azab api neraka. Maka kita disunatkan untuk berdoa apa sahaja, dan berdoa sebanyak-banyak doa yang mungkin.
Tapi aku tidak mempelbagaikan doaku. Doa pertamaku itu kuulang-ulang.
Masuk pusingan yang ketujuh, aku menambah satu doa:
“ YA ALLAH, kalau KAU tak makbulkan doaku, siapa lagi yang hendak memakbulkan doaku ya ALLAH? Kalau KAU tak mendengar doaku
, maka siapa lagi yang hendak mendengar doaku ya ALLAH? Kalau KAU membiarkan aku, maka siapa lagi yang hendak menjaga aku ya ALLAH? Kalau KAU berpaling daripadaku, maka siapalah yang hendak memandang aku ya ALLAH? KAU sahajalah tempat aku bergantung harap, maka perkenankanlah segala permintaan aku ya ALLAH!”
Doa itu menggantikan doa yang pertama, kuulang dan kuulang dalam tawaf terakhir ini. Kuulang dalam keadaan penuh hiba. Hati terasa seperti dicubi
t-cubit dengan kekerdilan diri. Bergetar jiwa menarik air mata untuk mengalir. Aku menangis sambil mengulang doaku itu. Penuh pengharapan dalam keadaan penuh ketundukan. Ya ALLAH, Ya ALLAH…
Tiba-tiba kurasa pegangan tangan Sara menjadi semakin erat. Kupandang isteriku itu. Dia juga sedang tunduk. Mulutnya terkumat kamit berdoa.
Air matanya menitis-nitis. Kain telekungnya basah. Aku tambah hiba. Entah doa apa yang dia sedang ucapkan ketika itu, tetapi nampaknya keadaanya sama seperti aku. Penuh berharap.
Ya ALLAH, perkenankanlah permintaan kami!
Kami terus bergerak, dan menutup tawaf kami selepas melepasi Hajarul Aswad.
Aku membawa Sara ke kawasan solat di belakang Makam Ibrahim. Sememangnya, selepas tawaf, antara perkara yang sunat dilakukan adalah solat sunat dua rakaat di belakang makam ibrahim. Di situ kami solat sendirian, bukan secara jemaah.
Dalam sujud terakhir, aku minta bers
ungguh-sungguh agar doaku di dalam tawaf tadi dimakbulkan. Apabila aku mengangkat kepala, membaca tahiyyat dan memberikan salam, kudapati Sara masih belum bangkit dari sujud. Tubuhnya terenjut-enjut. Dia sedang menangis dengan penuh hiba nampaknya. Hati jadi rawan. Malam ini penuh dengan tangisan.
Aku memandang langit malam yang hitam pekat tanpa bintang. Sepanjang waktu berada di sini, memang aku dan Sara hanya bertawaf di waktu malam, kerana tidak tahan dengan bahang kepanasan di siang hari. Tambahan, ketika siang, manusia terlalu ramai. Aku hanya risaukan kesihatan Sara.
Sara bangkit dari sujud, duduk dan tidak la
ma kemudian memberikan salam. Aku yanng berada di sebelahnya, segera menyeka air mata.
“ Sayang doa apa sampai menangis-nangis ni?” Aku bertanya.
Sara menggeleng. “ Rahsia saya dengan DIA”
Aku tersenyum.
“ Abang pun, saya tengok masa tawaf ma
cam dah tak ingat sesiapa aja, khusyuk benar berdoa sampai menangis-nangis. Abang doa apa?”
“ Biarlah rahsia” Aku membalas.
“ Ayo, tiru. Tak aci.” Sara bangun. Aku turut bangun dalam senyuman.
Destinasi seterusnya adalah tempat minum air zam-zam. Itu juga adalah antara sunat selepas melakukan tawaf. Tempat itu ramai orang. Aku tidak pernah membenarkan Sara pergi seorang diri. Akulah yang akan mengambilkan air untuknya. Dia hanya akan kusuruh duduk di tangga yang berdekat
an menunggu.
Aku membawa dua cawan. Satu untuk aku, satu untuk Sara. Sara minum sambil menghadap Kaabah. Aku berdoa dahulu sebelum minum, doa yang sama seperti doa pertama dalam tawafku tadi. Tapi aku minum sedikit sahaja, kemudian aku ambil air itu, kutuangkan di atas kepala Sara. Terkejut isteriku itu.
“ Abang, abang buat apa ni?” Basah telekung Sara. Dia memegang kain telekungnya.
“ Katakanlah amin” Aku meminta.
Sara memandang aku p
enuh persoalan.
“ Katakanlah amin” Aku mengulang.
“ Amin” Sara mengucap kalimah penutup doa itu.
Kemudian aku duduk di sebelah Sara.
“ Kenapa buat macam itu bang? Habis basah telekung saya”
“ Beberapa minit lagi, kering la” Aku menjawa
b selamba. Memang, walaupun malam, Makkah tetap panas membahang. Suhu biasa ketika malam adalah 37 darjah celcius. Sebentar sahaja, telekung itu akan kembali kering.
Sara senyap tidak berbicara lagi. Dia merapati bahuku.
“ Abang fikir apa sebenarnya?”
“ Menunggu doa
dimakbulkan”
Senyap. Kemudian kami senyap. Sama-sama memandang Kaabah yang berselimut kiswah hitam, dijahit padanya kaligrafi dari benang emas.
Ya ALLAH, perkenankanlah…
“ Barangsiapa yang bertaqwa kepada ALLAH, maka ALLAH akan memberikannya jalan keluar, dan memberikannya rezeki dari arah yanng tidak disangka-sangka…” Surah At-Talq ayat 2-3.
****
Tempoh sebulan lebih itu sudah hampir berakhir sebenarnya. Boleh dikatakan, hari-hari ini adalah ibarat hari-hari terakhir untuk aku dan Sara. Hari-hari terakhir sebelum kami berpisah, atau lebih tepat lagi, dipisahkan.
Memandangkan dia mengetahui umurnya semakin pendek, maka Sara meminta kepadaku agar membawanya menunaikan umrah. Aku pantas menghubungi kawan baik ayah yang bernama Pakcik Kamaruzzaman, yang mempunyai sebuah syarik
at bernama Syarikat Shahid Travel & Tour. Melalui Pakcik Kamaruzzaman, kami datang menunaikan umrah.
Sara kata, dia tidak pernah lagi menjejakkan kaki ke dua tanah Haram, yakni Makkah dan Madinah. Kini, dia sudah menziarahi Madinah dan sekarang kami berada di Makkah, menghabiskan hari-hari terakhir pakej umrah dan ziarah kami.
Aku pula, semasa belajar di Jordan dahulu, sudah pernah melaksanakan umrah beberapa kali bersama persatuan pelajar arab, Iktilaf Islami.
Malam ini adalah malam terakhir kami di Masjidil Haram. Esok petang, kami akan bertolak pulang ke Malaysia.
“ Romantik la pulak kita ni bang, da
lam Masjidil Haram ber’couple’” Sara bercanda.
Pembacaan Al-Quranku terhenti.
Aku tersenyum, dalam keadaan duduk bersama kaki melunjur, dan Sara sedang meletakkan kepalanya di pehaku. Kami sama-sama memandang Kaabah. Dahulu, ketika aku menunaikan umrah semasa di universiti, aku sering melihat beberapa pasangan suami isteri berbangsa arab duduk-duduk dalam keadaan seperti kami sekarang.
Aku masa itu, memang sudah menyimpan
niat untuk membawa bakal isteriku, menunaikan umrah, dan duduk-duduk di dalam masjidil haram seperti pasangan-pasangan romantik yang kulihat itu. Tap tak sangka, aku dapat melaksanakan umrah dengan isteriku, duduk-duduk dalam keadaan romantik di dalam masjidil haram seperti yang aku hajatkan, namun, dalam keadaan kami melalui hari-hari terakhir kami.
Hatiku jadi sebak sendiri. Melalui hari-hari terakhir bersama Sara, membuatkan aku menjadi seorang yang lembut dan mudah terasa.
“ La, kenapa abang sedih? Sebab
nak tinggalkan tempat ini esok ke?”
Sebab kita sudah hampir berpisah sayang… “ Em..” Yang keluar hanya itu.
“ Abang, nasyidlah satu lagu. Abang kan suka dengar nasyid”
“ Abang tak boleh bawa la lagu mirwana”
Sara tergelak. “ Mana boleh, lagu Mirwana tinggi-tinggi. Abang bawa la lagu yang slow-slow, re
ndah-rendah”
Aku memandang sekeliling, kawasan solat tempat aku dan Sara sedang duduk kosong. Jam menunjukkan pukul 2.00 pagi. Memang ketika ini tidak ramai orang.
“ The Zikr,
Isteri Solehah”
“ Ok, shoot
Isteri cerdik yang solehah,
penyejuk mata,
penawar hati, penajam fikiran,
di rumah dia isteri, di jalanan kawan,
di waktu kita buntu, di
a penunjuk jalan
Pandangan kita diperteguhkan
Menjadikan kita tetap pendirian
Ilmu yang diberi dapat disimpan
Kita lupa di
a mengingatkan
Nasihat kita dijadikan pakaian
Silap kita dia betulkan
Penghibur di waktu kesunyian
Terasa rahmat bila bersamanya
Dia umpama tongkat si buta
Bila tiada satu
kehilangan
Dia ibarat simpanan ilmu
Semoga kekal untuk diwariskan
Dengan suara yang teramat rendah lagi perlahan, aku nyanyikan nasyid lama itu. Sara memandang aku sahaja sepanjang nasyid itu kudendangkan. Bila
aku selesai menyanyikan nasyid itu, aku seakan terserap ke ruanng vakum, suara-suara di sekeliling kami tidak lagi kedengaran menggetarkan gegendang telingaku. Mata Sara bertentang dengan mataku.
Tiba-tiba mata Sara bergenang.
“ Aiseh, sedap sampai nak menangis ke?”
“ Ish abang ni, orang terharu la” Dadaku ditolak.
Aku ketawa kecil. Mataku hangat sebenarnya, na
mun aku cuba untuk tidak mengalirkan air mata.
“ Sakeena lagu Outlandish lagi mendalam maksudnya”
“ Tapi rap dia complicated, saya susah nak faham”
“ Abang boleh buat slow motion punya”
“ Ini masjid la”
“ Dia yan
g suruh kita nasyid dulu”
“ Satu lagu je, nak rehat-rehat”
Kami ketawa sama-sama. Aku, kalau duduk dengan Sara, berapa jam pun boleh tahan. Aku tidak kisah. Duduk bersamanya, macam duduk dalam syurga. Tidak kira, tempat sesejuk kutub utara, atau sepanas padang sahara, aku tetap akan rasa nyaman bila berada di sebelahnya.
“ Esok-esok, boleh ke kita sembang-sembang macam ini lagi bang?” Pertanyaan Sara ibarat jarum halus menusuk hati.
“ Kenapa s
ayang cakap begitu?”
“ Ya la, ini kan hari-hari terakhir saya”
Aku diam. Sara mula menutup mata. Aku tahu,
dia sedih. Dan aku tahu, dia tidak sedih kerana dia yang hendak mati. Dia sedih, kerana meninggalkan aku seorang diri.
“ Setiap hari adalah hari-hari terakhir untuk manusia. Siapa tahu dia mati bila, siapa tahu dia hidup sampai bila” Aku cuba menenangkan Sara, tapi sebenarnya aku lebih cuba menenangkan diri sendiri dengan kata-kata itu.
“ Abang memang pandai berbicara ya” Mata Sara terbuka semula.
Aku tersengih. “ Sayang, sayang yaki
n tak yang ALLAH tu boleh buat apa sahaja?”
“ Yakin”
“ Abang juga begitu”
“ Abang berharap kepada kejaiban?”
Aku menggeleng. “ Abang mengharap kepada ALLAH, yang memegang segala perkara”
“ Tapi, segala perkara tu bergerak atas su
nnatullah bang, dan maut itu tidak boleh dielak”
“ Tapi siapa kata maut sayang sudah semakin hampir?”
“ Doktor pakar”
“ Bukan ALLAH kan?”
Sara senyap. “ Tapi, mustahil kan? Abang pun da
h tengok result X-ray saya, dan keputusan pembedahan tempoh hari.”
Aku tersenyum kelat. Memang. Aku sudah lihat, dan dari penglihatanku itu, memang Sara tiada harapan lagi.
“ Memang, tetapi salahkah abang untuk terus berharap?”
“ Saya takut abang kecewa sahaja”
Aku menggeleng. “ ALLAH tidak akan meng
ecewakan hamba-hambaNya. DIA sentiasa memberikan yang terbaik”
“ Abang harap, doa abang di sini makbul” Aku mengharap.
“ Baiklah, abang memang degil. Saya pun harap, doa saya makbul” Sara menjawab.
“ Sara doa apa? Untuk sembuh?” Aku menduga. Sara menggeleng.
“ Habis?”
“ Kan dah kata rahsia. Apa kata a
bang amin kan sahaja?” Sara selamba sahaja.
“ Amin” Aku di dalam hati berharap, agar apa pun permintaan Sara, ALLAH perkenankan.
“ Abang, Sara sayang, kasih, cintakan abang”
Aishiteimasu” Aku menjawab dalam bahasa jepun.
“ Tahu la terer cakap jepun, jangan lah jawab dalam bahasa tu. Apa la. Tak feeling langsung” Sara buat merajuk, dadaku ditumbuk lembut sekali.
“ Abang sangat sangat sangat sangat sayang,
kasih, cintakan Sara, lebih dari diri abang sendiri”
Dan bibir Sara menguntum senyum.
“ Moga kita kekal bersama hingga ke syurga” Sara menyambung dengan kata berbentuk doa.
“ Amin”
Ya ALLAH, dengarkanlah, perkenankanlah!
****
Aku duduk dalam keadaan gusar. Nyalaan lampu bertulis KECEMASAN yang berada di atas pintu masih belum padam walaupun sudah hampir 3 jam berlalu. Dua tanganku bertemu, bergenggam dan dahiku menyentuh kedua tanganku itu.
“ Ya ALLAH, selamatkanlah Sara!”
Tadi semasa di rumah, tiba-tiba Sara menjerit-jerit sakit. Aku pantas membawanya ke hospital, ibu, ayah, bapa dan mak aku hubungi. Kami kini sedang sama-sama menanti.
“ Sabar, insyaALLAH ALLAH akan permudahkan”
Bapa mertuaku, yang senang kugelar bapa menepuk-nepuk belakang tubuhku.
“ InsyaALLAH selamat” Ibuku pula menenangkan.
Kulihat ayahku membaca yasin, manakala mak mertuaku sibuk berdoa. Semua tenang sahaja, namun aku yang kegelisahan.
Di dalam hati, kalimah ALLAH sahaja yang aku ulang-ulang. Penuh berharap.
Tiba-tiba, lampu kecemasan itu terpadam.
Seorang doktor perempuan keluar. Dia ad
alah kenalanku, juga teman rapat isteriku, dan merupakan doktor pakar yang bertanggungjawab sebagai penjaga isteriku. Namanya Sharifah Nurul Hidayah.
“ Macam mana?” Aku bertanya dengan penuh keresahan. Ayah, ibu, bapa dan mak turut bangun bersamaku.
Sharifah Nurul Hidayah diam
sebentar, menambah resah. Kemudian dia bertanya:
“ Suka anak lelaki atau perempuan?”
“ huh?” Resah gelisah terus hilang.
Sharifah Nurul Hidayah kemudiannya tersenyum.
“ Tahniah, Sara selamat melahirkan anak! kembar lelaki perempuan!”
Jantungku macam hendak tercabut.
“ Akak, jangan la buat lawak macam tu
. Buat orang takut aja” Aku mengurut dada. Aku memanggil Sharifah Nurul Hidayah sebagai akak, memandangkan dia adalah senior aku dan Sara semasa di sekolah menengah.
Sharifah Nurul Hidayah tersenyum aja. “ Dah, pergi masuk, azan dan iqamahkan anaknya tu. Tapi jangan kacau Sara sangat, dia masih lemah”
Aku tersenyum. “ Siapa yang nak susahkan orang yang dia paling sayang dalam dunia?”
Sharifah Nurul Hidayah menggeleng kepala sahaja.
Aku masuk bersama ayah, ibu, bapa dan mak.
Sara menyambut kami dengan se
nyuman, walaupun senyumannya itu agak tawar kerana kepucatan.
“ Hadiah berganda” Dia angkat jari buat gaya peace.
Aku tersenyum. Terbaring lemah pun ada gaya nakal lagi.
Aku pantas mengambil anakku dan melaungkan azan di telinga kanan, kemudian iqamah di telinga kiri. Seorang lagi anakku, juga aku buat demikian. Gembira di dalam hati mencanak-canak. Kalimah alhamdulillah entah sudah masuk kali keberapa kuulang ucap.
“ Ini adalah hadiah, kerana percayakanNya” Sara bersuara.
Aku tersenyum dan mengangguk.
Selepas pulang dari masjidil haram, tiada apa-apa yang berlaku kepada Sara walaupun sudah berbulan-bulan berlalu. Malah, dia sudah ti
dak demam-demam, berat badannya kembali normal, dan dia sudah mula berselera makan. Dia sendiri kehairanan dengan keadaan dirinya.
Akhirnya, aku mengajaknya membuat pemeriksaan sekali lagi dengan doktor.
Keputusannya amat menakjubkan. Kanser hati yang dihidapi Sara sudah hilang. Malah, mengikut hasil pemeriksaan itu, Sara seakan-akan langsung tidak pernah menghadapi sakit kronik tersebut.
Kini, setahun setengah sudah berlalu, s
emenjak kepulangan kami dari Masjidil Haram. Sara terus sihat, malah mengandung dan melahirkan anak. ALLAH telah memakbulkan doa aku.
“ ALLAH dah makbulkan doa abang semasa di Tanah Haram dulu”
“ Tapi ALLAH tak makbulkan doa sayang hari itu”
Aku kehairanan. Kenapa? “ Apa pula yang sayang doa?”
“ Abang kena la cerita a
pa yang abang doa dulu”
Aku memandang ayah, ibu, bapa dan mak. Mereka nampak tertarik dengan perbualan kami.
“ Abang doa, biar sayang sembuh. Itu sahaja
satu-satunya doa yang abang sebut semasa di Madinah dan Makkah, masa tawaf, masa sa’ie, masa minum zam-zam. Malah, masa abang tuang zam-zam pada sayang, abang sebut doa yang sama, iaitu minta sayang sembuh”
“ Alhamdulillah, doa kau dimakbulkan ALLAH” Mak mertuaku menepuk-nepuk belakang tubuhku.
“ Alhamdulillah mak. Semuanya kasih sayang ALLAH”
“ Tapi, apa yang kau doa sampai kau kata tak makbul Sara?” Ayahku bertanya. Aku juga hendak tahu. Dan aku yak
in semua hendak tahu.
“ Saya doa, agar abang ni dapat isteri yang solehah, baik, caring, dan paling sesuai untuk jaga dia dalam kehidupan ni. Tapi saya tak dipanggil pergi pula, dan abang pun tak kahwin lain. Doa saya tak makbul la”
Aku senyap. MasyaALLAH…
Aku terus mendekati Sara yang terbaring di atas katil.
“ Sayang nak tahu ta
k satu perkara?”
Apa dia? Mata Sara berbicara. Tangan Sara kucapai. Kudekatkan dengan bibirku, kukucup penuh cinta.
“ ALLAH dah makbulkan doa sayang”
“ huh?”
“ Sayang la isteri yang solehah, baik, caring, dan p
aling sesuai untuk abang dalam kehidupan ini. Sebab itu mungkin, ALLAH tak tarik sayang daripada abang, dan abang memang dah niat dalam hati, kalau sayang ALLAH panggil pergi, abang tak akan kahwin lain lagi”
Mata Sara bergenang. Sama seperti aku. Ini tangisan gembira. Hilang sudah tangisan hiba yang sering tertumpah dahulu.
“ ALLAH hendak ajar kita sebenarnya, yang setiap hari itu adalah hari-hari terakhir kita. Maut sentiasa dekat dengan kita. Maka, bagaimana kita mengisi masa kita, maka bagaimana kita berusaha menghadapinya. Itu yang abang dapat
dari ujian yang ALLAH berikan kepada kita” Aku memberikan pendapat dari apa yang aku lalui.
“ MasyaALLAH, Allahuakbar” Kudengar ayah, ibu, mak dan bapa memuji ALLAH SWT. “Dalam sungguh pengajaran yang terdapat dalam peristiwa kehidupan kita ini.” Ibuku menyambung.
Sara tersenyum.
“ Kita pergi Makkah Madinah lagi tak? Kali ini kita buat haji?”
Aku tersenyum.
“ Boleh. Bawa ayah, ib
u, mak dan bapa sekali”
Ya ALLAH….
Terima kasih.

Hee..ok..tu ja la kot tuk kali ni.sekadar menshare...wassalam..:)