Friday, March 26, 2010

Sikit2x....lama2x....jadi.......

Salam..



hee~..alhamdulillah..setelah sekian lama menabung..akhrinya penuh jua..



Setelah 3 taun lebih aku menabung akhirnya tin Jacob's ku ini x mampu lagi menampung duit syiling..hee~..aku pun x tau bapa jumlah nya..aku ada try nk kira..tp x smpai suku aku dh xlarat dh..adeh..hee~

Hurm..aku start simpan duit syiling dari mula aku baru masuk mmu cyber ni..dulu masa kat melaka aku simpan gak duit syiling ni.. Tp setiap kali aku simpan ja..selalu duit tu akan bertukar jd duit kertas sbb housemate aku selalu tukar tuk wat call kat public phone..hehe..


Cawan ini digunakan tuk menyimpan duit syiling sehingga penuh sebelum dimasukkan ke tin jacob..hee~


hurm..apa ye aku nk wat ngan duit syiling ni..mcm nk simpan kat bank pun ada..mcm nk simpan ja sambil menambah syiling dan tin lgik tuk diguna masa peminangan di masa hadapan pun mcm best jee..hahahah..:P


hurm..apa2 pun ni la hasilnya jika selalu menyimpan..sikit2 lama2 penuh satu tin..ngee~

ok..ini sahaja tuk kali ni..bye2x...

wassalam..


Sunday, March 21, 2010

Kisah Kucing Kecil...

Salam...




Seekor anak kucing yang kecil sedang berjalan-jalan di ladang pemiliknya..Ketika dia mendekati kandang kuda, dia mendengar binatang besar itu memanggilnya. Kata kuda itu "Kamu mesti masih baru di sini, cepat atau lambat kamu akan mengetahui bahawa pemilik ladang ini sangat menyayangi saya lebih dari binatang lain kerna saya bole mengangkat banyak barang untuknya, saya rasa binatang sekecil kamu tidak akan ada nilai sama sekali baginya",kata kuda dengan sinis.

Kucing kecil itu menundukkan kepalanya dan pergi, lalu mendengar seekor lembu di kandang sebelah berkata "Saya adalah binatang yang paling terhormat di sini sebab dari susu saya boleh dibuat mentega. Kamu tentu tidak berguna bagi keluarga di sini", kata lembu dengan nada mencemoh.

Tiba-tiba kedengaran biri-biri berteriak "Hai lembu, kedudukan kamu tidak lebih dari saya kerna saya bole memberikan bulu untuk dijadikan selimut untuk memanaskan seluruh keluarga ini ketika sejuk. Tapi katamu mengenai kucing kecil ini memang benar. Dia tidak memberi manfaat di sini."

Satu demi satu binatang di situ manyampuk dengan perbicaraan itu sambil menceritakan betapa tingginya kedudukan mereka di ladang itu. Ayam pun berkata dia boleh memberikan telur, burung hantu berbangga dengan kehebatannya menghapuskan tikus-tikus di ladang itu. Semua binatang sepakat bahawa kucing kecil itu adalah makhluk yang tidak berguna dan tidak sanggup memberikan apa-apa kebaikan pun kepada keluarga itu.

Terkilan dengan kata-kata binantang lain, kucing kecil itu pun pergi ke tempat sunyi dan mulai menangisi dan menyesali nasibnya,sedih dengan rasa seekor yatim piatu, dianggap tak berguna dan disingkir dari pergaulan.

Ada seekor kucing tua di situ mendengar tangisan kucing kecil itu lalu bertegur "kenapakah dengan kamu wahai kucing kecil". Maka kucing kecil itupun menceritakan perihal dirinya itu lalu berkata "Saya tidak dapat memberikan kebaikkan kepada keluarga disini, sayalah haiwan paling tidak berguna disini".

Kata kucing tua itu "Memang benar kamu terlalu kecil untuk mengangkat barang2 yang berat, kamu tidak boleh memberikan telur,susu mahupun bulu, tetapi bodoh sekali jika kamu menangisi sesuatu yang sememangnya tidak boleh lakukan atau berikan. Kamu harus menggunakan kemampuan yang diberikan oleh tuhan untuk memberi kegembiraan".

Malam itu ketika pemilik ladang baru pulang dan nampak sangat letih sekali kerna perjalanan jauh di bawah panas terik matahari. Kucing kecil itu berlari menghampirinya dan menjilat kakinya dan melompat ke pelukannya. Sambil menjatuhkan diir ke tanah, pemilik ladang dan kucing itu berguling-guling di rumput disertai tawa ria.

Akhirnya pemilik ladang itu memeluk kucing kecil itu dengan erat dan menbelai kepadalnya sambil berkata "Meskipun saya pulang dalam keadaan letih, tapi saya rasa semuanya menjadi bermakna apabila kau menyambutku dengan semesra ini. Kamu adalah yang paling berharga daripada semua binatang di ladang ini. Sekecil-kecil kamu tetapi mengerti ertinya kasih sayang".


Janganlah bersedih kerna kita tidak dapat melakukan sesuatu seperti orang lain kerna tidak memliki kemampuan untuk itu tetapi apa yang bole dilakukkan oleh kita adalah dengan melakukkan sebaik-baiknya.

"Jangan sombong jika kita merasa banyak melakukan sesuatu kebaikan kepada orang lain kerna orang yang tinggi hati akan direndahkan dan orang yang rendah hati akan ditinggikan"


Friday, March 19, 2010

XPDC..ooo..XPDC...

Salam..


hurm..saja dikala bosan ni aku tiba2 rasa nk update blog ni.. So saja nk cita pasal xtvt yg dh 3mggu berlalu iaitu xpdc..hurm..ikutkan sepatutnya aku ni jd pemantau ja tuk program ni biar org lain yg handel..tp disbbkan ada bbrapa hal nampaknya terpaksa la aku yg handel program ni..hukhuk.. xpdc kali adalah yg ke3 yg pernah aku handel..Sebelum ni Bekok X-Challenge dan XPDC Gunung NUang. Tuk xpdc yg aku pernah join ni yg ke 7 selama aku berada kat mmu ni.hee~.



Aku sbnarnya mula2 agak malas nk wat sebnarnya xpdc ni sbb ...hurm entah lah..mgkin terasa cm nk kena wat sorang2 ja keje ni..tp alhamdulillah..support dr rakan2 seperjuangan membuatkan aku jadi semangat balik tuk terus handel program ni. Dengan bantuan abg lan aku dpt la satu tempat yg aku rasa sesuai tuk wat xpdc ni iaitu kat Teratak Riverview Ulu bernam Selangor.



Hurm..sepanjang perjalanan program ni macam2 dugaan yg diterima...tapi alhamdulillah..segala yg berlaku ada hikmah tuk program ni berjalan dgn lebih baik.. Bila dilihat ketika mulanya hari mula prgram xpdc smpai abis segalanya dptku lihat apa yg akan berlaku jika tiada dugaan2 seblum ni.. Aku bersyukur ya Allah kerna diberi peluang sebegini kpd diriku..

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu,padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi(pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."Surah Al-Baqarah ayat 216.

Em..mcm nk cita pasal xtvt2 kat masa xpdc..tp cm byk sgt..so x pa la..mgkin di lain kali..:)



Alhamdulillah..xpdc kali ni telah berjaya...Terima kasih tak terhingga kepada barisan tanzim, komiti dan sahabat2 yang banyak membantu dlm menjaya xpdc kali ni..Terima kasih juga kepada semua yg menyertai xpdc ni..semoga kita dpt berprogram seperti ni lgi di lain kali..:D..



~Carilah HIKMAH dalam setiap ketentuan TUHAN supaya yg payah itu pasti ada kesenangan setiap kesabaran itu pasti ada ganjaran.. Jika sesuatu itu ditakdirkan untuk kita,tiada siapa yg bole beri halangan.. namun jika sesuatu bukan ditadirkan untuk kita, pasti kita takkan dapat memilikinya walaupun dalam genggaman...~

Sunday, March 14, 2010

Tiba2 terajin...

Salam....



em..ntah tiba2 dikala waktu ptg yg ditemani hujan dan guruh..aku jd rajin plak nk tukar wajah blog ni..harapan dgn perubahan ini aku akan lebih rajin update blog ni..heee~..

okeh...ni ja kot tuk update kali ni..haha..

bye2x..

p/s- adeh..susah tul nk cari templete kucing yg cantik2..huu~