Thursday, February 26, 2009

Aduhai 4 Orang Isteriku!!

Salam....
Hari ni hari rabu...so seperti biasa, tgh mlm kul 12-1pgi aku akan layan radio mmu di slot fitrah bersama Dj Razak n Dj Fuad.Minggu ni di slot fitrah bersama dj razak n dj fuad dan juga tetamu mereka iaitu jamilah membincangkan tajuk "Hati"hikhik..,tp seperti biasa dimana id ym aku akan disebut2 dlm slot tuh..adeeihh(siot tul la bdk2 ni..tiap2 mggu pekena aku.mggu ni. lain lagu yg aku mintak lain lagu yg dpt...haha..tp x pa..aku rasa x ramai yg kenal aku pun..hehe..:P..), smbil dok dgr diorg dok mengarut tuh (entri kali ni bukan la nk cita pasal diorg yee), aku cek la email yg mmg belambak2..tiap2 ari hampir 100 email aku dpt.hukhuk. Dlm byk2 email yg aku dpt tiba2 aku terbca satu email..Tajuknya "Aduhai 4 orang Isteriku"..huhu..so kat sini aku nk kongsikanlah apa isi kandungan email tersebut...jom kita layaaannn...Zaaaassss!!!!



Aduhai 4 Orang Isteriku!

Suatu ketika, ada seorang pedagang kaya yang mempunyai empat isteri. Dia mencintai isteri yang keempat dan memberikan harta dan kesenangan yang banyak. Sebab, isteri keempat adalah yang tercantik di antara kesemua isterinya. Maka, tidak hairan lelaki ini sering memberikan yang terbaik untuk isteri keempatnya itu.

Pedagang itu juga mencintai isterinya yang ketiga. Dia sangat bangga dengan isterinya ini, dan sering berusaha untuk memperkenalkan isteri ketiganya ini kepada semua temannya. Namun dia juga selalu bimbang kalau-kalau isterinya ini akan lari dengan lelaki yang lain.

Begitu juga dengan isterinya yang kedua. Dia juga sangat menyukainya. Dia adalah seorang isteri yang sabar dan penuh pengertian. Bila-bila masa pun apabila pedagang ini mendapat masalah, dia selalu meminta pandangan isterinya yang kedua ini. dialah tempat bergantung. Dia selalu menolong dan mendampingi suaminya melalui masa-masa yang sulit.

Sama halnya dengan isterinya yang pertama. Dia adalah pasangan yang sangat setia. Dia sering membawa kebaikan bagi kehidupan keluarga ini. dialah yang merawat dan mengatur semua kekayaan dan usaha si suami. Akan tetapi si pedangang tidak begitu mencintainya. Walaupun isteri pertamanya ini begitu sayang kepadanya namun, pedagang ini tidak begitu memperdulikannya.

Suatu ketika, si pedagang sakit. Kemudian dia menyedari mungkin masa untuknya hidup tinggal tidak lama lagi. Dia mula merenungi semua kehidupan indahnya, dan berkata dalam hati, "Saat ini, aku punya empat orang isteri. Namun, apabila aku meninggal, aku akan sendiri. Betapa menyedihkan jika aku harus hidup sendiri."

Lalu dia meminta semua isterinya datang dan kemudian mulai bertanya pada isteri keempatnya, "Kaulah yang paling kucintai, kuberikan kau gaun dan perhiasan yang indah. Nah sekarang, aku akan mati, mahukah kau mendampingiku dan menemaniku?" Isteri keempatnya terdiam. "Tentu saja tidak!" jawab isterinya yang keempat, dan pergi begitu sahaja tanpa berkata-kata lagi. Jawapan itu sangat menyakitkan hati seakan-akan ada pisau yang terhunus dan menghiris-hiris hatinya.

Pedagang yang sedih itu lalu bertanya kepada isteri ketiganya, "Aku pun mencintaimu sepenuh hati, dan saat ini, hidupku akan berakhir. Mahukah kau ikut denganku, dan menemani akhir hayatku?". Isteri ketiganya menjawab, "Hidup begitu indah di sini. Aku akan menikah lagi jika kau mati". Pedagang begitu terpukul dengan jawapan isteri ketiganya itu.

Lalu, dia bertanya kepada isteri keduanya, "Aku selalu berpaling padamu setiap kali mendapat masalah. Dan kau selalu mahu membantuku. Kini, aku perlu sekali pertolonganmu. Kalau aku mati, mahukah kau ikut dan mendampingiku? " Si isteri kedua menjawab perlahan, "Maafkan aku…aku tak mampu menolongmu kali ini. Aku hanya boleh menghantarmu ke liang kubur saja. Nanti, akan kubuatkan makam yang indah buatmu."

Jawapan itu seperti kilat yang menyambar. Si pedagang kini berasa putus asa. Tiba-tiba terdengar satu suara, "Aku akan tinggal denganmu. Aku akan ikut ke manapun kau pergi. Aku, tak akan meninggalkanmu, aku akan setia bersamamu." Si pedagang lalu menoleh ke arah suara itu dan mendapati isteri pertamanya yang berkata begitu. Isteri pertamanya tampak begitu kurus. Badannya seperti orang yang kelaparan. Berasa menyesal, si pedagang lalu berguman, "Kalau saja aku mampu melayanmu lebih baik pada saat aku mampu, tak akan kubiarkan kau seperti ini isteriku."

Teman, sesungguhnya kita punya empat orang isteri dalam hidup ini;

ISTERI KEEMPAT adalah tubuh kita. Seberapa banyak waktu dan belanja yang kita keluarkan untuk tubuh kita supaya tampak indah dan gagah, semuanya akan hilang. Ia akan pergi segera apabila kita meninggal. Tak ada keindahan dan kegagahan yang tersisa saat kita menghadapNYA.

ISTERI KETIGA adalah status sosial dan kekayaan kita. Saat kita meninggal, semuanya akan pergi kepada yang lain. Mereka akan berpindah dan melupakan kita yang pernah memilikinya.

ISTERI KEDUA pula adalah kerabat dan teman-teman. Seberapa pun dekat hubungan kita dengan mereka, mereka tak akan mampu bersama kita selamanya. Hanya sampai kuburla mereka akan menemani kita.

DAN SESUNGGUHNYA ISTERI PERTAMA adalah jiwa dan amal kita. Mungkin kita sering mengabaikan dan melupakannya demi kekayaan dan kesenangan peribadi. Namun, sebenarnya, hanya jiwa dan amal kita sajalah yang mampu untuk terus setia dan mendampingi kemanapun kita melangkah. Hanya amal yang mampu menolong kita diakhirat kelak.

Jadi, selagi mampu, perlakukanlah jiwa dan amal kita dengan bijak. Jangan sampai kita menyesal kemudian hari!



P/s-Renung-renungkan, Dan Selamat Beramal..

Tuesday, February 24, 2009

Ini Pulak Kisah.......

Salam...


Ini pulak kisah keterlanjuran kata2 @ perbuatan yg kadang2 berlaku sama ada dgn kita sedari @pun tidak. Tp itulah lumrah sebnar kita sbgai manusia biasa.. Hukhuk.. Mgkin apa yg aku ceritakan pd mlm tu akan menjadi(mmg dah jadi dah pun..hukhukhuk.tggu arr, dpt point korang lak,siap arr..hahaah....) bahan lawak sahabat2ku @pun membuatkan pandangan kpdku juga berubah samaada ke +ve @ -ve..tp biarr arr...aku bukan la baik @pun jahat sgt..ngee~..aku x kisahpun semua tu sbb itulah hakikat sbnar yg aku telah lalui...dan aku ceritakan sekadar utk berkongsi pengalaman, moga dpt dijadikan iktibar tuk aku dan juga sahabat2 seperjuanganku...Sekurang2nya aku bersyukur kerna ada sesuatu utk dikongsikan dan telah diberikan pertunjuk agar aku muhasabah diri aku ni blik...Alhamdulillah, Allah memberikan rahmat agar aku tidak terus hanyut dgn keseronokkan yg sedang aku alami ketika itu..

Ini plak kisah persahabatan. dok jaja sana sini dialah sahabatku, dialah saudaraku, dialah yg paling kufahami dan memahamiku, tp adakah benar apa yg dikatakan @pun hanya skadar dimulut. Sememangnya aku telah pun kecewa tp tlglah jgn mengecewakan sahabat2 yg lain. Aku x kisah aku pernah dikecewakan walaupun aku pun x pernah menyuarakan kekecewaku ini kerna seolah2 hanya aku sahaja yg memahami tp x difahami, mgkin aku yg x cukup baik n sempurna utk menjadi sahabat tetapi sekurang2nya jgnlah dianggap sahabat2 yg lain jua bgtuu. Dah beberapa entri dlm blog ni pasal persahabatan, klu jumpa blog aku ni tlg la baca n tlglah paham apa yg cuba disampaikan...Aku x mengharap utk kembali seperti dulu tp aku harapkan tlg lah hargai sahabat2 yg lain yg selalu berada disekeliling anda agar x jadi seperti aku dulu.

Ini plak kisah blog ni yg bru skrg didedahkan. Aku buat blog ni sekadar suka2 dan nk berkongsi cerita tp terpulangla nk baca @ tidak. Aku x pernah pun nk paksa2 tuk membacanya..Yer betul..blog ni membosankan dan x secantik blog sahabat2ku yg lain tp suka hati aku arr nk letak apapun dlm ni n aku nk wat apa pun dlm blog ni...Tp klu dah ceroboh masuk tu, kasi la salam dulu yee..hehehe..:P..

Ini pulak kisah entri kali ini. Nampak mcm marah walaupun x marah. Apa2 pun janji "Senyum-senyum Selalu :), Ceria-ceria selalu :D ".

Ok..Sekian sahaja tuk kali ni..Panjang Umur Berjumpa lgik. Bye..Byee..
Wassalam...

Wednesday, February 18, 2009

Khas Buat Sahabat2KU

Salam...Khas buat sahabat2 ku...

Wahai sahabatku..
Biar semua berlalu
Andai ini kehendakmu
Sekawan di sini memerhati selalu
Agar tak songsang langkah haluanmu

Biar masa menjadi penentu
Biar musim kian berlalu
Ku harap jaga dirimu selalu
Dari sini berdoa selalu
Kepada illahi kasih bertemu
Agar kembali seperti dahulu.



Sahabatku,
Badai kian menghampas ...lautan bergelora
Walaupun alam semesta bagai berpecah dua
Masa akan menentukan segalanya
Adakah dengan keputusan ini yang kau pinta...
Kami berserah dengan rela....

Andai satu saat terkenang kembali
saat manis ketawa sedih coretan hati
renungkan la kembali
Ketika saat detik itu kau pernah alami.


"Persaudaraan itu ialah mutiara yang halus,jikalau tidak engkau menjaganya,nescaya akan mendatangkan bahaya..Sahabat sejati adalah orang-orang yang dapat berkata benar denganmu dan bukanlah orang yang dapat membenarkan kata-katamu...(Luqmanul Hakim) "

Monday, February 16, 2009

Cerpen Tazkirah diri - Sepahit Madu

Paparan saya, Tafsiran anda... =)

Renung-renungkan dan selamat beramal =D



Sepahit Madu

"Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Fikri tegas dan yakin.

Tiba-tiba mata Fatimah merah, air mata mula bergelinang di kelopak bawah.

"Tak sangka awak sudah beristeri! Awak jahat! Sanggup mempermainkan hati saya. Awak ingat saya tiada maruah? Hah!" pekik Fatimah dengan suara tersekat-sekat.

Mata Fikri liar melihat kiri kanan, mungkin ada sesiapa yang memandang perlakuan dia dan Fatimah. Bukan takutkan pandangan manusia, tetapi lagak Fatimah langsung tidak selari dengan penampilannya.

"Saya ingat kita lama berkawan, awak masih bujang. Tapi rupa-rupanya. .." Fatimah mula sebak.

"Tak. Maksud saya....."

"Sudah! Jangan bermulut manis lagi. Cukup!" potong Fatimah dengan kasar.

"Awak nampak macam alim, tapi sanggup menipu saya. Dan awak sanggup melamar saya menjadi isteri kedua awak. Awak ingat saya ni siapa?" suara Fatimah semakin tinggi, setinggi egonya.

Fikri diam seribu bahasa. Dia sudah tahu `Fatimah' di sebalik Fatimah yang dia kenal selama ini.

Fatimah bergegas dari situ sambil mengelap air mata dengan tudung labuhnya berwarna kuning. Dalam hatinya, Fikri seolah-olah menghinanya apabila memujuknya untuk bermadu.

Fikri muram. Namun masih terselit kekecewaan di sudut hatinya. Kekasih hatinya belum bersedia rupa-rupanya.

" Ada hikmah," bisik hati kecil Fikri, sekecil pandangannya terhadap Fatimah.

Hujung minggu berjalan seperti biasa. Program-program dakwah menyibukkan jadual Fikri sebagai seorang muslim yang beramal dengan apa yang diyakininya. Duitnya banyak dihabiskan untuk memenuhi tuntutan dakwah yang seringkali memerlukan pengorbanan yang tidak berbelah bahagi. Namun, hatinya tegas dan yakin bahawa inilah jalannya. Jalan yang membawa dia menemui Tuhannya dengan hati yang tenang serta bahagia di hari kelak.

Keyakinan serta keaktifan Fikri berdakwah sedikit sebanyak memenangi hati gadis-gadis dalam jemaahnya. Malah, Fikri dilihat sebagai calon suami yang bakal memandu keluarganya nanti ke arah memperjuangkan agama yang dianutinya sejak sekian lama. Sudah terlalu ramai muslimah yang menaruh hati padanya, namun, Fatimah terlebih dahulu rapat dan memenangi hati Fikri. Bagi Fatimah, Fikri seperti pelengkap kepada dirinya. Namun, hanya sehingga saat Fikri melamarnya menjadi isteri kedua.

Fikri masih lagi aktif dalam dakwah meskipun hubungannya dengan Fatimah nampak seperti tiada jalan penyelesaian. Dia mahu berbaik dengan Fatimah, namun sikap Fatimah yang keras dan kurang memahami erti dakwah membantutkan usaha Fikri tersebut. Bagi Fatimah, Fikri tak ubah seperti lelaki lain.

Gerak kerja dakwah Fikri berjalan seperti biasa. Siangnya ke hulu ke hilir memenuhi program serta amal jariah kepada masyarakat. Malamnya sibuk dengan mesyuarat dengan sahabat-sahabat seangkatannya. Fikri semakin percaya jalan dakwahnya, sama sekali dia tidak akan berganjak dari jalan ini hatta datang ancaman sebesar gunung sekalipun.
Dia terlalu matang, jauh sekali daripada pemikiran pendakwah lain yang semudanya.

Namun, Allah s.w.t. Maha Mengetahui lagi Maha Pemurah. Sekali lagi Dia menghantar seorang perempuan bagi menguji Fikri sama ada dia menjadi pemangkin atau perencat bagi dakwah Fikri.

Suatu petang dalam suatu program dakwah di sebuah madrasah, Fikri dikejutkan dengan luahan ikhlas dari sahabat lamanya, Nusaibah. Fikri sekali lagi gusar takut-takut Nusaibah tidak dapat menjadi sayap kiri perjuangannya selepas berumahtangga nanti. Isteri pertamanya sudah pasti membawa Fikri menemui Tuhannya, namun, Nusaibah yang kurang dikenalinya adakah sama seperti Fatimah atau tidak?

Fikri bercelaru, tetapi tidak bermakna lamaran Nusaibah ditolak. Dia meminta sedikit masa untuk memikirkan keputusan tersebut.

Setelah merisik pemikiran Nusaibah daripada beberapa sahabat terdekatnya, Fikri berjumpa dengan Nusaibah bertemankan sahabat baiknya. Dengan tegas dan yakin, sekali lagi Fikri mengulangi soalan yang pernah ditanya kepada Fatimah.

"Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Fikri tanpa segan silu.

"Sudi," jawab Nusaibah ringkas.

"Er, betul ke ni?" tergagap Fikri menerima jawapan Nusaibah yang tenang dan yakin.

Nusaibah mengangguk kepalanya sedikit. Langsung tiada rasa takut mahupun kecewa apabila lamaran sebagai isteri kedua yang dilafazkan oleh Fikri.

"Kenapa saya?" tanya Fikri ingin tahu.

"Saya ingin membantu gerak kerja dakwah awak," jawab Nusaibah yakin tetapi sedikit malu.

"Baiklah," jawab Fikri tersenyum.

Akhirnya, Fikri dikurniakan sayap kiri yang sangat membantu dalam gerak kerja dakwahnya selama ini.

Setelah seminggu mendirikan rumahtangga bersama Nusaibah, Fikri terasa dakwahnya semakin laju. Jadualnya senang, pakaiannya dijaga, makannya disedia. Malah, Nusaibah sangat membantu gerak kerja Fikri semampu mungkin. Setiap kali turun ke lapangan untuk berdakwah, Fikri membawa Nusaibah untuk membantu kerja dakwah seadanya.

Kadang-kala letih menyinggah Nusaibah. Suaminya terlalu kerap keluar berdakwah, seperti mesin yang tiada hayat. Namun, inilah yang dia yakini sebelum berkahwin dengan Fikri. Membantu suami melancarkan gerak kerja dakwah. Nusaibah juga berjaga-jaga takut dirinya pula yang menjadi pembantut atau penghalang dakwah suaminya.

"Abang, saya nak tanya boleh?" sapa Nusaibah dalam kereta sewaktu dalam perjalanan ke sebuah program dakwah.

"Ye sayang?" jawab Fikri sambil memandu.

"Abang tak pernah pun bawa saya jumpa isteri pertama abang," luah Nusaibah yang sangat teringin berjumpa dengan madunya.

"Dah sampai sana nanti, kita akan jumpa," Fikri menoleh sedikit ke arah Nusaibah, sambil tersenyum.

"Yeke? Dia datang program tu rupanya," jawab Nusaibah riang.

Hatinya berdebar ingin berjumpa madunya yang banyak membantu Fikri dalam gerak kerja dakwah. Di sudut kecil Nusaibah, dia merendah diri kerana usahanya membantu dakwah suaminya hanya sedikit berbanding dengan isteri pertama Fikri yang banyak membantu selama ini. Tidak hairanlah Fikri aktif dalam dakwah sebelum ini.

"Kita dah sampai," Fikri membuka pintu keretanya sambil memegang beg berisi fail ditangannya.

Fikri berdiri, mengadap ke arah sebuah khemah di hadapan masjid, lalu menoleh ke arah Nusaibah yang berdiri di sebelah kiri kereta.

"Itu isteri pertama abang," Fikri menuding jari ke arah khemah tersebut.

"Mana bang?" Nusaibah mengecilkan matanya, fokusnya mencari arah jari Fikri.

"Tak nampak pun," Nusaibah meninggikan sedikit hadapan kakinya.

"Siapa nama isteri pertama abang?" Nusaibah sangat berdebar.

Fikri tersenyum lebar, memandang Nusaibah penuh tenang.

"Perjuangan, " jawab Fikri.

***

"Katakanlah (Wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan Rasul-Nya dan (daripada) berjihad untuk agama-Nya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusan-Nya (azab seksa-Nya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka)."

[QS al-Taubah 9:24]





P/s-heheh..sekadar berkongsi cerpan yg sy perolehi dr yahoogroup.

Saturday, February 14, 2009

GBM yg terbest.......

GBM kali ni mmg best..walaupun x ramai yg join.Mlm tu yg dtg berkumpul di surau HB2 adalah aku, Ustaz Khair, Shah Putih, Abadi, Fuad, Zulfadly, Pjal n Khalid..tp yg aku hot sikit masa mlm tuh..ada la sorang tu..ckp semangat nk GBM sama2..tp g join program lain dulu..pastu bru nk dtg join kitaorg..tu pun semua dah tido..tension tul aku. tp x pa la..nasib baik dia dtg gak..nama dia x disibut didlm senarai di atas..ngee~

Aktiviti mlm tu dimulakn dgn g AMM di tempat besa. Abis AMM kitaorg blik surau. Ingatkan nk terus tido ja, tp ustaz khair dah panggil2 tuk baca Al-Quran. So semuanya dgn malas2 g la baca sorang satu page.ngee~ Abis satu pusingan baca Al-Quran, ustaz khair memberi sedikit tazkirah dan plan tuk esok. Aku pun dah x ingat apa yg dia mengarut.hehe..sbb dah ngantuk sgt. ye lar..dah jam 3.30pgi dah pun..Tp yg semua still hot, bdk tu x sampai2 lgik. haaihhzzz...So lepas tu semua start tido. Tah kul bapa la bdk tuh smpai..sedar2 waktu subuh dia dah ada..ngee~

Lepas solat subuh, semua start smbung tido blik..hehe.. kul 8.30 start nk bersiap2 tuk g Sungai Tekala kat Semenyih..kul 9.30 start berkumpul dan gerak dgn 2 biji kete. Kete Razak n Shah Putih. Fuad n Abadi x ikut tuk g sana sbb ada program lain. So bermula la perjalanan 7 org sahabat ni yg penuh mencabar..perhh..jauh jugak ye sungai tekala ni..siap tertido lgik aku. Smpai kat sana, kitaorg pun cari la port2 yg best tuk lepak2 n mandi..jauh gak la kitaorg berjlan n mendaki sedikit bukit sbb nk cari tempat yg x da org. Tp memandangkan ari sabtu, pastu 14FEB lak tuh..uhuhuh..hampir semua tempat penuh. Smpai la atas ada org. Tp kat atas byk PASANGAN ja yg lepak2. So setelah diteliti, kami telah memilih satu tempat yg agak best tuk menjadi tempat mandi. Tp tu pun ada terselit satu pasangan tgh mandi kat depan sikit dr tempat kami..aarrhhh...kira apa dgn depa, pasai kat depa, kita wat otai sikit.hehe..Apa lgik, semua mandi arr..tp seperti besa, si Razak ni akan duduk termenung dulu sblum masuk mandi. Pikir masalah ummat la tuh..hee~. So bermula pelbagai xtvt n adegan2 mandi yg terlampau..hahah..Kitaorg mandi dekat gak la ngan pasangan tu sbb kat situ yg agk best sbb dalam..aku ni dah la suka menyalam smbil mencari ikan.hehe. Akhirnya pasangan tu pun blah. Mgkin dah x tahan dgn kami yg dok bising2 n menganggu ketenteraman diorg.hahhah..yess..akhirnya port ni menjadi milik kami..





Sejam lebih gak la kitaorg mandi + berendam + menyelam cm dugong + main2 xtvt ikatan ukhwah...Masa nk blik dr sana, ustaz khair bole lak hilang baju dia yg warna hijau tuh masa dia dok salin baju.hahhahahah....menjadi satu misteri sehingga kini. Dia ckp hanyut dibawa arus..@mgkin kah ada org skodeng dia dan mencuri baju nya tuk dibuat jampi2..hahaha..tp ianya menjadi misteri yg terungkap sehingga kini. Mgkin aku kena wat laporan kpd misteri nusantara tuk wat penyiasatan.haha..

Blik kitaorg singgah alamanda dulu tuk makan. Mcm2 plan dibuat sprti tgk wayang, main bowling @ karok. Akhirnya karok menjadi pilihan utama sbb bos ckp dia dah lama x sumbangkan suara dia yg sedap tuh.ngeh2x.. Tp sayangnya zul x minat dlm bidang ni.So dia cuna dtg tgk ja, pastu kuar g beli barang jap. Kitaorg amik package sejam nya. So dpt la sorang 2 lagu.ngeh2x.. Aku ada video yg patutnya aku nk share dlm ni. Tp atas sbb2 tertentu x dpt la aku nk share.wahaha..klu tak abis la bole dgr suara2 merdu fakhru, shah putih, khalid n kaer.kuikui...

Sampai tertido si razak sbb terlalu menghayati lagu yg dnyanyikan oleh Dato' K



Abis ja karok, kitaorg pun dah letih..jadinya kami semua berangkat pulang ke MMU. Jadinya GBM kali ini sedikit sbyk tercapai objektifnya
spti merapatkan lgik ukhwah, heart to heart, tanzim iu bukan skdar meeting ja(bak kata ustaz kaer), karok lagu2 nasyid(kuikuikui..betui ka???) dan mcm2 lgiik yg dperolehi,.harhar..:)..InsyaAllah berjumpa di GBM yg akan datang dgn lebih ramai lgik sahabat seperjuangan yg join dan xtvt yg lebih mencabar..

ok la ni setakat ni ja tuk kali ni. baaaaiiiiiiii..bbbaaaaaiiiiiii....

p/s:- sapa2 nk tgk video tu bole la mintak kat aku nanti...hhihhihhihih..

Wednesday, February 11, 2009

Bila Hati Tidak Bahagia


Suatu hari, ada seorang pemuda di tepi telaga. Dia termenung. Renungan matanya kosong menatap air telaga di hadapannya. Seluruh penjuru angin telah di lewatinya, namun tak ada satu pun tempat yang membuatnya puas. Kosong dan senyap, hingga ada suara yang menyapanya.

"Sedang buat apa kau di sini wahai anak muda?" tanya orang itu, seorang tua. "Apakah yang sedang kau risaukan..?"

Anak muda itu menoleh ke sebelahnya, "Saya letih, Pak Cik. Telah jauh jalan yang saya tempuh untuk mencari kebahagiaan, namun tidak juga saya temukan rasa itu dalam diri saya. Saya telah berjalan melewati gunung dan lembah, tapi tidak ada tanda kebahagiaan yang hadir dalam diri saya. Ke manakah harus saya mencarinya? Bilakah akan saya temukan rasa itu?"

Orang tua itu duduk semakin dekat sambil mendengarkan dengan penuh perhatian. Di pandangnya wajah lesu di hadapannya. Lalu, dia mula berbicara, "Di depan sana ada sebuah taman. Jika kamu ingin jawapan dari pertanyaanmu, tangkaplah seekor rama-rama untukku.

Mereka berpandangan.

"Ya... tangkaplah seekor rama-rama untukku dengan tanganmu" pak tua mengulangi kalimatnya lagi.

Perlahan-lahan pemuda itu bangkit lalu menuju ke taman. Tidak berapa lama dijumpainya taman itu. Taman yang yang bersemarak dengan pohon dan bunga-bunga yang mekar. Tidak hairanlah mengapa banyak rama-rama berterbangan disana.

Orang tua itu melihat dari jauh, memperhatikan tingkah laku pemuda yang sedang gelisah itu. Anak muda itu mula bertindak. Dengan terhendap-hendap ditujunya seekor rama-rama. Dengan perlahan dia cuba menangkapnya. Namun gagal.

Di kejarnya pula rama-rama itu. Dia cuba menangkapnya lagi, tapi gagal. Dia mula berlari tidak keruan. Kakinya menerjah ke sana sini. Rumput-rumput dipijaknya dan tanaman dirempuhnya untuk mengejar rama-rama itu. Dirempuhnya semak dan duri. Aksinya nampak semakin liar.

Adegan itu terus berlangsung, namun belum ada satu rama-rama pun yang dapat ditangkap. Si pemuda mula keletihan. Nafasnya mencungap dadanya bergerak naik-turun dengan cepat.

Hingga akhirnya ada satu teriakan, "Hentikan dulu hai anak muda. Berehatlah."

Maka nampaklah dia orang tua tadi berjalan perlahan menujunya. Tapi si pemuda kehairanan melihat ada sekumpulan rama-rama berterbangan di kiri kanan orang tua itu. Rama-rama itu terbang berkeliling dan sesekali hinggap di tubuh orang tua itu.

"Begitukah cara kamu mengejar kebahagiaan? Berlari dan mengejar? Menerjah tak tentu arah, memijak tanpa pedulikan apa yang kau rusakkan?"

Orang tua itu menatap si pemuda. "Anakku, mencari kebahagiaan itu adalah bagai menangkap rama-rama. Semakin kau kejar semakin itulah ia akan menjauhimu. Semakin kau buru semakin pula ia pergi jauh dari dirimu."

"Kerana itu tangkaplah rama-rama itu dalam hatimu. Kerana kebahagiaan itu bukan benda yang dapat kau genggam, atau sesuatu yang dapat kau simpan. Carilah kebahagiaan itu dalam hatimu. Carilah rasa itu dalam kalbumu. Ia tak akan lari kemana-mana. Bahkan tanpa kau sedari kebahagiaan itu sering datang dengan sendiri."

Orang tua itu mengangkat tangannya. Tiba-tiba seekor rama-rama hinggap di hujung jarinya. Kelihatanlah kepak-kepak sayap rama-rama itu memancarkan keindahan ciptaan Tuhan. Begitu mempersona dan mengagumkan bila melihat kelopak sayap yang mengalun perlahan-lahan, bagaikan kebahagiaan yang hadir di dalam hati. Warna kepaknya begitu indah, seindah kebahagiaan yang dirasai oleh mereka yang mampu menyelaminya.

APAKAH YANG KAU KEJAR?

Mencari kebahagiaan adalah bagai menangkap rama-rama. Sukar bagi mereka yang terlalu bernafsu tapi mudah bagi mereka yang tahu apa sebenarnya yang mereka cari. Kita mungkin dapat mencarinya dengan menerpa ke sana-sini, menerjah ke sana-sini. Kita boleh mengejarnya dengan berlari kencang ke seluruh penjuru arah. Kita pun boleh saja mengejarnya dengan bernafsu, bagai menangkap buruan akan akan kita makan setelah mendapatnya. Namun kita perlu belajar. Kita perlu belajar bahawa kebahagiaan tidak bisa di dapati dengan cara-cara seperti itu. Kita perlu belajar bahawa bahagia bukanlah sesuatu yang dapat di genggam atau sesuatu yang dapat disimpan.

Bahagia adalah udara, dan kebahagiaan adalah aroma dari udara itu. Kita belajar bahawa bahagia itu memang ada di dalam hati. Semakin kita mengejarnya, maka semakin kebahagiaan itu akan pergi dari kita. Semakin kita berusaha mendapatkannya, semakin pula kebahagiaan itu akan menjauh dari kita. Cubalah temukan kebahagiaan itu dalam hati kita sendiri.

Biarkanlah rasa kebahagiaan itu menetap dan abadi dalam hati kita. Temukanlah kebahagiaan itu dalam setiap langkah yang kita lakukan. Dalam bekerja, dalam belajar, dalam menjalani hidup kita. Dalam sedih, dalam gembira, dalam sunyi dan dalam keriuhan.

Temukanlah bahagia itu dengan perlahan, dalam tenang, dalam ketulusan hati kita. Percayalah, bahagia itu ada dimana-mana. Rasa itu ada di sekitar kita. Mungkin, bahagia itu telah hinggap di hati kita namun kita tak pernah memperdulikannya. Mungkin juga bahagia itu berterbangan di sekeliling kita namun kita terlalu sibuk untuk sempat menikmatinya.

Bila hati tidak bahagia, ingatlah kisah pemuda dan rama-rama.

يَـٰٓأَيَّتُہَا ٱلنَّفۡسُ ٱلۡمُطۡمَٮِٕنَّةُ
ٱرۡجِعِىٓ إِلَىٰ رَبِّكِ رَاضِيَةً۬ مَّرۡضِيَّةً۬
فَٱدۡخُلِى فِى عِبَـٰدِى
وَٱدۡخُلِى جَنَّتِى



"(Setelah menerangkan akibat orang-orang yang tidak menghiraukan akhirat, Tuhan menyatakan bahawa orang-orang yang beriman dan beramal soleh akan disambut dengan kata-kata): Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya!
Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu)!
Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hambaku yang berbahagia.
Dan masuklah ke dalam SyurgaKu!"
- Surah Al-Fajr 89:27-30