Wednesday, December 17, 2008

XPDC Ke Gunung Nuang...Yeaahhh..

Salam...kli ni aku nk cerita satu prgram yg aku buat baru2 nii...

heheh..ni first xpdc yg aku join tuk sesi 08/09 ni dan menjadi director sejak aku berada di cyber..ngee..AD aku tuk xpdc kali ni adalah Aniswarni iaitu merangkap assistant aku tuk exco rakan cinta alam juga dan dibantu oleh hicom2 srm yg lain..



Tuk xpdc kali ni SRM bergabung dgn silat gayung MMU dan dibantu oleh bdk2 oars sebagai guide.
Alhamdulillah, xpdc pertama srm ni mendapat sambutan yg agak menggalakkan kerna setengah dr peserta dlm xpdc kali ini adalah dr kalangan member2 yg x kurang aktif dlm dunia kelab di mmu ni. Terutama member2 sekelas eng math 3 aku..hehehe..



Perjalanan program bermula dgn persiapan2 yg dilakukan untuk xpdc kali ni dgn diadakan briefing dan kemas brg2 yg akan dibawa ke sana nanti. Segala persiapan dibincangkan dgn bdk2 silat gayung selaku antara yg berpengalaman di Gunung Nuang.











Untuk persiapan kali ni hampir kesemua AJK SRM yg join dtg turun membantu.Meriah tulll....:D


Sebelum bertolak semua peserta diminta untuk berkumpul di STAD.












Kitaorg bertolak lebih kurang 12.30tgh ari..Tggu bdk2 yg bru lepas mdterm makan dulu..tu yg lewat sikit geraknya. sepatutnya kul 12tgh ari..:D..Kitaorg smpai di kaki gunung nuang kul 1.30ptg. Lebih kurang 15minit pastu hujan turun..Sib baik la x lebat sgt. apa lgik, lepak bawah pondok, ada yg lepak kat surau dan ada yg lepak kat tandas awam.ngee~

Kul 3lebih hujan pun dah berhenti, kitaorg start bergerak ke campsite Lolo. tp sblum ada sedikit briefing, streaching n bacaan doa oleh Abg Rasif. Kitaorg pun start la bergerak ke campsite beramai2. Tp akhirnya kumpulan yg besar menjadi kumpulan kecil2 sbb ada yg bergerak laju n ada yg sederhana dan ada yg slow.hehe.. Aku siap berjalan sorang2 lgik sbb terpisah dr group awal dan akhir. Kira aku kat tgh2 la..hehe..dlm perjalanan ujan turun lgik..jenuh gak la nk jalan dlm ujan..jalan agak licin. Dah la beg aku mcm ada org kat dlm tu..hehe. Dekat 2 jam gak la berjln tuk smpai ke campsite. Terus setup khemah dan tempat masak, lepas tu wat tempat tuk solat. Bdk2 lain dah start terjun dah..hahha..aku ingat nk join skli, tp ada keje2 lgik yg aku x settel lgik, so terpaksa la aku tahan dulu.ngee~. Lepas settel gantung lampu UFO tuk kasi terang kawasan skliling khemah, bru la aku terjun mandi sorang2..hehe..kul 8lebih..:P..sejukk wwooo.. sementara tu team memasak yg dketuai oleh apriani sedang menyiapkan makanan tuk makan malam.. Tp yg jadi kerisauan waktu tu adalah team bad yg lewat bertolak ke sini. Risau tul dah dkat kul 9 lebih x sampai2 lgik. Kul 10lebih bru diorg smpai.Alhamdulillah... Kul 11lebih bdk2 semua dah start masuk tido. Ada gak yg still x tido lgk.. Aku satu khemah ngan Abg Gmon(aahh..tidaakkk..heheh..:P) dan Abg Rasif(heheh)..







Esoknya kul 6.30pgi aku bangun.. Bdk2 dok ckp kat aku"Korang satu khemah bole tido nyenyak ek!!, Hujan kot mlm td". Aku hanya mampu menjawab"Owh eeekkk"..hahah..tido mampus la aku mlm td..haha...Abg Rasif lak ckp kat aku dia x leh tido nyenyak sgt sbb terasa sejuk kat kaki.. Aku pun start gerak2 bdk2 lain tuk bersiap2 nk mendaki. kul 8.30 pgi, pendakian pun bermula. Aku dok dgn group belakang skli tuk pastikan semua selamat mendaki.hehe.. So bermula la perjalanan yg mencabar. Perjalanan nya semuanya tanah merah dan curam. Dah la ujan mlm td...mmg licin la jawabnya..nasib baik aku pakai kasut yg sesuai tuk mendaki, so x da la masalah sgt nk bergerak. Tp sepanjang perjalanan aku mcm tekanan gila la dgn pendakian ni, siap bertekat nk smpai kem pacat(Pertengahan di antara kem lolo n puncak) ja...jadi la mendaki setengah ja.uhhu..Dua jam gak la nk smpai kem pacat aku lepak2 situ dlm 15minit gak la. Mmg dah niat di hati nk turun dah. Tp atas kata2 semangat dek member2 yg ada skli waktu tu terutama Rahim(bdk oars) yg ckp "Klu ko smpai sini ja, sia2 la ko dtg sini, baik ko daki lgik smpai puncak pengasih(Tempat perhentian sblum smpai puncak). Nanti klu org tya ko daki smpai mana,kurang2 bole ckp smpai puncak pengasih".Si Ehsan lak ckp"Alaa..jln dia dah x teruk dah...landai jaa"...so dgn semangat juang dan sedikit tenaga yg ada aku pun meneruskan lgik pendakian ni.huh.cis x guna nya ehsan, tipu upanya, jln dia lgik arr curam dr jln2 seblum ni. mmg tekanan gila aahhh mendaki ni...Smbil dok mendaki tu, si Rahim ni mmg x jemu2 memberi kata2 semangat laa..So aku kuatkan lgiik semangat tuk mendaki.ahaks..lebih kurang sejam setengah smpai la di puncak pengasih, kitaorg terserempak dgn bdk2 yg dah start turun..peh..bdk2 ni dah start turun arr..aku pun terus terpikir nk turun skli. tp skli lgik rahim memainkan peranannya sbgai pemberi semangat tuk group kitaorg terus mendaki smbil dbantu oleh rakan2 yg dah nk turun. Aku apa lgik, kembali bersemangat tuk meneruskan mission aku smpai dipuncak..yeeaahhh..chaiyok2.... tp perjalanan nk smpai ke puncak dah x teruk sgt..Cuma sblum smpai puncak ja jalan nya mmg paling curam arr..Sepanjang perjalanan tu aku dok selisih dgn member2 yg dah start turun.ngee~..siot ja..dah turun dah bdk2 ni yee..hee~..tp x pa, aku mesti teruskan perjuangan ni hingga ke titisan peluh yg terakhir.ngee~. Aku pun meneruskan pendakian. Lebih kurang 45minit cm tu la di puncak gunung nuang..yeaahh..akhirnya aku smpai gak ke puncak ni..cayalaaa..hehehe..Aku rasa cm satu kepuasan dan kejayaan apabila aku smpai ke puncak ni.ngee~kang pasni nk turun satu msalah lgik ni.hukhuk..



Lebih kurang 20minit gak laa lepak2 smbil makan nasi goreng kat atas tu..Adam, Nas ngan Usop siap masak meggi goreng lgik atas tu.Tiba2 hujan turun, semua kumpul2 ramai bawah bumbung yg sememangnya di sediakan di atas puncak.hukhuk..sejuknya jgn dikenang..Hujan berhenti ja terus kitaorg semua start turun..Mmg mencabar arr waktu turun..sbb trek dia basah. Mmg licin arr, lebih2 lgik klu pakai kasut yg x sesuai tuk mendaki..hikhik.. Ikutkan aku bole ja gerak lgik laju, tp x kan nk tinggalkan AD aku ni lak..hehhe..Dia terpaksa jln pelan2 sbb kasut dia licin.hikhik..so aku, anis n 3 org bdk oars iaitu Wan panjang, zaki n rahim yg paling last skli la. Nasib baik ada2 member2 oars ni, jd x da la risau sgt sbb diorg pakar tuk situasi cm ni..Naik 4 jam, turun jadik lebih kurang 5 jam lebih.huuhuhuh..mmg tekanan la..si anis lak dah mcm give up dah, tp terpaksa la diteruskan perjlnan..klu x, bila nk smpai kan..Siap bdk2 oars kat bawah dah antar team penyelamat dah tuk g cari kitaorg, tp jumpa kitaorg masa dh dkat nk smpai dah...Lebih kurang 6.30 bru smpai kat campsite. Smpai bawah, bdk2 lain dah kemas n siap2 nk gerak ke kaki bukit dah. Separuh lgiik dah gerak awal dah.Dgrnya yg separuh ni nk try kuar waktu kul 7lebih, tp x jumpa jln..jd diorg patah blik.huhu.. So aku pun kemas2 brg dan siap2 brg..Lebih kurang 8.00 kitaorg bru gerak. 2 jam berjln dlm kegelapan smpailaa kitaorg semua ke kaki gunung..hukhuk..letihnya hanya Allah saja tahu.huuuh..yer arr jln selama satu hari..masa naik ke puncak 4 jam, pastu turun ke campsite 5 jam lebih, rehat kejap dah kena berjalan 2 jam lgik ke bawah lak..hukhukhukhuk..Jadinya aku telah berjln 11JAM..smpai kaki gunung lebih kurang kul 10mlm, mandi dlu n solat. Pastu kemas2 brg2 ke dlm bas n kete bad. Kul 11 bru la bas gerak pulang ke MMU. Sian kat Abg Jep, terpaksa tggu dr kul 6ptg td..Maaf ye abg jep..hehe..Dlm bas semua tido jaa..Smpai MMU semua pulang ke kediaman masing2 dgn pelbagai cara jln.hhaha...

Aku nk ucapkan terima kasih kat semua Komiti SRM, Bdk2 Silat Gayung, Bdk2 Oars dan semua peserta kerna telah sama2 menjayakan prgram XPDC nii..Memang best berprogram bersama2 korang semua. Alhamdulillah objektif utama aku telah berjaya iaitu membuat program ni dan membawa diorg semua ke Puncak Gunung Nuang walaupun ada yg x smpai puncak..tp x pa, sekurang2 nya korang dah berusaha tuk smpai ke tahap yg korang mampu..cayalahhh..Aku pun nk ucapkan tahniah pd diriku sendiri kerna mission tuk diriku ni iaitu menawan Gunung Nuang telah berjaya. Alhamdulillah..walaupun pelbagai cabaran dan dugaan yg telah kuadapi, namun aku berjaya juga dgn mission diriku ini.. InsyaAllah, klu ada rezeki kita jumpa lgik di program2 akan datang...Bye..bye.. bye...

Thursday, December 4, 2008

Luahan seorang Sahabat..


Salam..

Sahabat
Sesekali jadilah Sahabat yang mendengar
dari yang hanya bercerita.
Ambillah masa untuk memahami hati
dan perasaan Sahabat.


Kerana dia juga seorang manusia.
dia juga ada rasa takut,
Ada rasa bimbang, sedih dan kecewa.
Dia juga ada kelemahan dan
dia juga perlukan sahabat sebagai kekuatan.




~gambar ini hanyalah sekadar hiasan.~

Jadilah kita sahabatnya itu,
yang selalu inginkan melihat dia ketawa,
gembira selalu tetapi
Mungkin kita selalu melihat dia ketawa,
tapi mungkin sebenarnya
dia tidak setabah yang kita sangka.


Di sebalik senyumannya itu,
mungkin banyak cerita sedih
yang ingin diluahkan.
Di sebalik ketenangannya,
mungkin tersimpan
seribu kekalutan.


Kita tidak tahu....tetapi
jika kita cuba
Jadi sahabat seperti dia
mungkin kita akan tahu.




p/s-Sahabat yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami. Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah 'ia' datang.

p/s-Semua



~Aku skrg ni sedang berada di dunia baru. Menjadi penghuni hostel untuk memulakan cara hidup yg baru kerna mgkin dgn ini aku bole mengubahku menjadi seseorg lebih baik dr sebelumnya..Kepada sahabat2ku yg berada di rumah itu, aku memohon maaf jika ada salah n silapku selama ini. Halalkan makan minum aku selama aku berada di rumah tuu.

~Kepada member2 yg berada di sekelilingku, jgnlah korang berfikiran -ve di atas perpindahanku ini. Tiada apa2 masalah yg timbul, sekadar aku ingin mengubah angin dan atas masalah peribadi. Tiada kena mengena dgn apa yg sedang ramai katakan skrg ni.

~Klu ada sebarang pertanyaan bole la tya terus kepadaku, jgn hanya mendengar cerita dr org lain dan terus sampaikan kpd org lain kerna itu pasti akan berlakunya percanggahan cerita..

~Sekian terima kasih....

Monday, November 24, 2008

Ingin bercinta?...

Zaman remaja adalah zaman untuk mencari dan mengenal diri. Setelah akal semakin mampu untuk berfikir jauh. Sekurang-kurangnya sudah mengenal mana baik dan buruk, halal dan haram, najis dan yang suci, syurga dan neraka.

Umur sebegini, orang muda cenderung untuk hidup di dalam perkumpulan. Gemar juga untuk mencari penyelesaian di luar rumah dibandingkan dengan berbincang dengan ibu dan ayah. Dan ketika inilah jiwa sudah menyubur untuk mengenal apa itu cinta (berlainan jenis).

Mengapa bercinta?

Terkadang bercinta dengan sebab ikut-ikutan (kerana melihat kawan sedang 'bahagia'). Terkadang ia bercinta supaya 'pointer' selalu meningkat naik. Dan katanya agar ada teman yang dapat memberi nasihat. Alamat.. jika salah bercinta, bubur tidak akan kembali menjadi nasi..

Sebelum bercinta fikirkan perkara-perkara ini wahai orang muda :

1. Sudahkah anda bersedia untuk bercinta?

Adakah sudah bersedia menghadapi risiko di dalam percintaan? Adat orang mengatakan cinta itu bersatu, dan ada kalanya ia membutakan mata. Manakala yang tidak nampak jalannya habis hancur masa depan hidupnya.

Cinta tidak semestinya bersatu, ada kalanya ia terputus di tengah jalan. Dan ada kalanya ia berjaya sehingga ke jinjang pelamin. Risiko putus cinta selalu membuatkan manusia seolah-olah putus asa. Hilang hala tuju hidupnya. Entah berapa ramai yang sudah menamatkan nyawanya sendiri bila cinta nafsu lebih diharapkan dari cinta kepada Illahi.

2. Apa matlamat Anda bercinta?

  • Mungkin untuk merosakkan anak gadis atau hati orang lain?
  • Ikut-ikutan atau suka-suka sahaja?
  • Untuk mencari pengganti pasangan yang telah pergi? (tetapi sekiranya ia ingin kembali semula suatu hari nanti, anda dengan rela diri meninggalkan pasangan baru anda yang telah diberikan harapan?
  • Sekadar cinta monyet yang tiada matlamat di masa hadapan?
  • Untuk mendirikan rumah tangga yang membawa kasih sayang dan rahmat dari ALLah?
Orang yang mulanya bercinta - hatinya akan berbunga-bunga. Tidak ia sedar apa yang berlaku di sekelilingnya kerana disibukkan dengan apa yang dicintainya. Segalanya nampak cantik, molek, comel dan sempurna belaka. 'Pijak semut tidak mati'. Segalanya berjalan dengan penuh optimis dan positif. Lalu mungkin 'menipu diri sendiri' sudah menjadi pegangan agar hubungan berlangsung dengan menarik dan dapat dikekalkan.

Apabila perhubungan cinta anda mulai 'berkelap kelip' - mulalah anda akan berfikir semula akan buruk dan baiknya pasangan anda. Mungkin ketika ini anda akan berusaha mencari solusi. Sekiranya berjaya perhubungan anda akan berjalan seperti biasa. Dan sekiranya dalam bahaya, ia akan membawa kepada 'putus cinta'. Perkataan inilah yang menjadi penghancur jiwa, rasa kecewa, terhina, rendah diri, sakit hati, dendam, putus asa. Maka istilah-istilah cinta yang dahulunya berkisarkan fantasi, anda akan sedar ia bukanlah realiti.

Menjadi hipokrit satu perkara, iaitu masalah yang akan dibawa apabila hidup di dalam sebuah rumah di atas pernikahan yang sah. Segala-galanya yang 'cantik', 'molek' akan ditunjukkan juga sebagai satu hakikat yang perlu anda terima. Samada anda terima dengan terpaksa atau redha selamanya.

3. Mengapa Anda Bercinta?

  • Kerana ALLah?
  • Kerana cantik rupanya? Mancung hidung, kumisnya tebal? Badannya serupa model? - yang pasti semuanya ini tidak kekal lama. Berapa ramai wanita yang menghidapi sakit barah kulit kerana taksubnya kepada yang dinamakan 'KECANTIKAN' ? Berapa ramai pula yang sanggup berhutang, mengorbankan identiti seorang Muslimah dan Muslim kerana tertarik dengan namanya KEMODENAN?
  • Kerana duitnya? Harta yang bertimbun?
  • Kerana empunya diri itu sendiri?
  • Kerana Agamanya? Ia akan di bawa di dunia dan akhirat. Tetapi ramai juga yang terjerumus di lembah hina. Kerana yang dibawa rupanya selama ini adalah nafsu tetapi disolek dengan nama Agama.
Anda akan dapat apa yang anda niatkan. Ingat perjalanan cinta sesama manusia amat jauh, dan mungkin juga dekat, ataupun ia satu perjalanan yang tidak pasti.

4. Apa Modal Untuk Bercinta?

  • Adakah dengan modal air liur? Atau jari jemari menulis sms?
Sedarkah anda? apabila bercinta dan anda meletakkan sesuatu di dalam hati seseorang. Ini telah memberikan ia pengharapan baru dalam hidupnya. Dan ia akan berusaha untuk mencapainya. Jika cinta anda sekadar cinta monyet, cinta untuk merosakkan anak orang, ikut-ikutan dan hanya menjadikan orang lain sebagai batu galas - CINTA NAFSU. Eloklah lupakan sahaja. Anda hanya akan menjadikan diri anda sendiri bahan fitnah yang akan orang ingat sampai bila-bila.

Sedarkah anda? Mahligai perkahwinan itu memerlukan pengorbanan bukan sahaja dari segi jari jemari dan air liur. Tetapi lebih dari itu adalah modal ilmu untuk mendirikan sebuah keluarga yang beragama, cintakan ALLah dan rasul-Nya. Modal harta iaitu pekerjaan dari sumber rezeki yang halal untuk anda berikan kepada isteri, dan anak-anak. Modal hati dan perasaan untuk dikongsi, difahami, kesabaran dan sebagainya.

5. Berapa Lama Anda Ingin Bercinta?

  • Seminggu?
  • Sebulan?
  • Tiga, empat tahun?
  • Sehingga habis belajar?
  • Cinta hingga ke akhirat?
Apabila anda bercinta, setiap pasangan pastinya ingin mengetahui sampai bilakah mereka akan bercinta? Dan apabila perhubungan itu diketahui oleh sang ibu dan ayah, tentunya mereka akan bertanya bila pula tarikh merisik, pertunangan dan perkahwinan pula akan dijalankan? Dan tentunya kaum kerabat pula akan tertanya-tanya, dengan siapa anda berkawan. Mungkin ada yang sudah diusung ke hulu dan hilir - orang kampung pun sudah mulai berbisikan. Walaupun anda sangkakan di bandar orang bersikap tidak ambil peduli. Tetapi malaikat di kiri dan kanan tetap juga menulis catatan..

6. Kos Cinta

  • Duit yang anda habiskan semata-mata untuk sidia - telefon (sms, mms, chat etc), bil elektrik, bil internet,
  • Masa yang anda korbankan untuk sidia
  • Hati dan perasaan

Sikap Matang Dalam Mencari Cinta

Wahai pemuda dan pemudi, menyebut perkataan cinta sesama manusia itu mudah, tetapi untuk melaksanakannya amatlah payah. Bercinta bukan menjadi tiket yang menghalalkan anda menyerahkan jasad kehormatan anda. Bukan juga bermakna anda sudah menjadi juara dan normal sebagaimana insan lain yang bercinta (sudah fahamkah erti cinta yang sebenarnya?) . Anda rosak kerana cinta? - ia adalah kesalahan anda sendiri di dalam menterjemahkan cinta yang suci dan abadi. Semaklah semula adatnya bagaimana RasuluLlah menyalurkan perasaan cinta.

Jika berbaloi dengan bercinta - anda dapat merasai hidup bahagia serta mendapat keredhaan ALlah kerana matlamat anda jelas, anda sedia redha dengan kemungkinan yang berlaku serta tidak menyalahkan taqdir, perjalanan cinta tidak melanggar batas syarak. Maka silalah untuk bercinta.

Fikirkan.. Dalam masa bercinta, bagaimana hubungan kita dengan ALlah dan manusia serta makhluk yang lain? Semakin baik ataupun semakin jauh dan terus menjurang. Adakah ia menjadikan kita hamba ALlah yang bertaqwa ataupun hamba ALlah yang derhaka?


p/s- Artikel ni hanya skdar perkongsian saja..tiada kena mengena dgn yg hidup ataupun yg dah meniggal dunia..Juga x da kaitan dgn diri aku gak yee..ngee~

Sunday, November 23, 2008

Sekadar Renungan

Salam...



Seorang lelaki berdoa kepada Allah agar
diberikan
bungadan rama-rama.
Namun Allah memberikannya kaktus

....dan ulat
Lelaki ini sedih, tidak faham mengapa pemberian-Nya berbeza daripada permintaannya
Kemudian dia berfikir: Allah mempunyai terlalu ramai umat untuk diuruskan
Dan dia memutuskan untuk tidak mempersoalkannya.
Selepas satu tempuh, lelaki ini memikirkan semula permohonan doanya yang telah lama dilupakannya
Lelaki ini amat terperanjat apabila melihat dari pokok kaktus yang hodoh dan berduri itu tumbuh pula bunga yang cantik
Dan daripada ulat yang terselindung, telah bertukar menjadi rama-rama yang cantik.

Cara Allah sentiasanya cara terbaik, Walaupun kadang-kadang kelihatan semuanya salah.
Jika anda memohon sesuatu dan menerima yang lain
dari Allah, PERCAYALAH
Pastinya Allah sentiasa mengurniakan apa yang dipinta pada masa yang sesuai.
Allah sentiasa melakukan semua perkara dengan betul!
Apa yang dipinta...
....tidak semestinya apa yang diperlukan!
Allah tidak akan gagal memenuhi permintaan,
teruskan berdoa tanpa ragu dan mengeluh.
DURI hari ini...
Adalah BUNGA hari esok!
ALLAH MENGURNIAKAN PILIHAN TERBAIK KEPADA MEREKA YANG BERUSAHA UNTUK MENDAPATKAN SESUATU DAN MENYERAHKAN KETENTUAN KEPADA-NYA

p/s- Alhamdulillah..aku sudah bole terima apa yang telah berlaku keatas diriku ini..Semoga Allah s.w.t. memberikan aku ketenangan dan kekuatan untuk menghadapi liku-liku kehidupanku dimasa hadapan. Ya Allah, ku mohon agar ditunjukkan jalan yang terbaik untukku lalui.Amin..



Monday, November 17, 2008

Pinggan Ayah.....



SEORANG lelaki tua yang baru kematian isteri tinggal bersama anaknya, Arwan dan menantu perempuannya, Rina, serta anak pasangan itu, Viva yang baru berusia enam tahun.


Keadaan lelaki tua itu agak uzur, jari jemarinya sentiasa menggeletar dan pandangan pula semakin hari semakin kabur.

Malam pertama berpindah ke rumah anaknya, mereka makan malam bersama. Lelaki tua merasa kurang selesa menikmati hidangan di meja makan.

Dia merasa amat canggung menggunakan sudu dan garpu. Selama ini dia gemar bersila, tapi di rumah anaknya dia tiada pilihan. Cukup sukar dirasakannya, sehingga makanan bersepah tanpa dapat dikawal. Bukan dia tidak merasa malu berkeadaan begitu di depan anak menantu, tetapi dia gagal menahannya.

Lantaran kerap benar dijeling menantu, seleranya patah. Dan tatkala dia mencapai gelas minuman, pegangannya terlucut. Prannnnngggggg ... !!
Bertaburan kaca di lantai.

Lelaki tua serba salah. Dia bangun, cuba mengutip serpihan gelas itu, tapi Arwan melarangnya. Rina masam mencuka. Viva pula kesian melihat datuknya, tapi dia hanya melihat, kemudian makan semula.

"Esok ayah tak boleh makan bersama kita," Viva mendengar ibunya berkata pada ayah, sebaik datuk menghilangkan diri ke dalam bilik. Arwan hanya membisu. Namun sempat anak kecil itu merenung tajam ke dalam mata Arwan.

Sebagai memenuhi tuntutan Rina, Arwan membeli sebuah meja kecil yang rendah, lalu diletakkan di suatu sudut bilik makan. Di situlah ayahnya menikmati hidangan bersendirian, sambil anak menantu makan di meja berhampiran. Viva pula dihalang apabila dia merengek mahu makan bersama datuknya.

Air mata lelaki tua meleleh mengenang nasibnya diperlakukan begitu. Ketika itu dia teringat kampung halaman yang ditinggalkan. Dia terkenang arwah isterinya. Lalu perlahan-lahan dia berbisik: "Miah... buruk benar layanan anak kita pada abang."

Sejak itu, lelaki tua merasa tidak selesa tinggal di situ. Hari-hari dia diherdik kerana menumpahkan sisa makanan. Dia diperlakukan seperti hamba. Pernah dia terfikir untuk lari dari situ, tetapi mengenangkan cucunya, dia menahan diri. Dia tidak mahu melukakan hati cucunya. Biarlah dia menahan diri dikelar dan dicalar anak menantu.

Suatu malam, Viva terperanjat melihat datuknya makan menggunakan pinggan kayu, begitu juga gelas minuman yang diperbuat daripada buluh. Dia cuba mengingat-ingat, di manakah dia pernah melihat pinggan seperti itu. "Oh! Ya..." bisiknya. Viva teringat, semasa berkunjung ke rumah sahabat papanya dia melihat tuan rumah itu memberi makan kucing-kucing mereka menggunakan pinggan yang sama.

"Taklah pecah lagi, kalau tak, nanti habis pinggan mangkuk mama," kata Rina apabila anaknya bertanya.

Masa terus berlalu. Walaupun makanan berselerak setiap kali waktu makan, tiada lagi pinggan atau gelas yang pecah. Apabila Viva merenung datuknya yang sedang menyuap makanan, kedua-duanya hanya berbalas senyum.

Seminggu kemudian, sewaktu pulang dari bekerja, Arwan dan Rina terperanjat melihat anak mereka sedang bermain dengan kepingan-kepingan kayu. Viva seperti sedang membuat sesuatu. Ada penukul, gergaji dan pisau di sisi nya. "Eh, apa sayang buat ni? Berbahaya main benda-benda ni," kata Arwan menegur manja anaknya. Dia sedikit hairan bagaimana anaknya dapat mengeluarkan peralatan itu, sedang ia disimpan di dalam stor.

"Nak buat pinggan, mangkuk dan gelas untuk ayah dan emak. Bila Viva besar nanti, taklah susah cari. Kesian ayah, terpaksa ke bandar beli pinggan atuk," kata Viva.

Gamam mendengar jawapan anaknya, Arwan terkedu. Perasaan Rina terusik. Kelopak mata kedua-duanya bergenang. Jawapan Viva menusuk, seluruh tangkai jantung dirasa seperti dihiris sembilu. Mereka benar-benar rasa bersalah!

Malam itu Arwan memimpin tangan ayahnya ke meja makan. Rina menyenduk nasi dan menuang minuman ke dalam gelas. Nasi yang tumpah tidak dihiraukan. Viva beberapa kali memandang ibunya, kemudian ayah dan akhir sekali wajah datuknya. Dia tidak bertanya, cuma tersenyum selalu bagi menyatakan rasa seronok duduk bersebelahan datuknya di meja makan.
Lelaki tua itu juga tidak tahu kenapa anak menantunya tiba-tiba berubah.

"Esok Viva buang pinggan kayu tu, nak buat apa?" kata Viva pada ayahnya selepas makan. Arwan hanya mengangguk, tetapi dadanya terus sebak.

MORAL OF THE STORY: Hargailah kasih sayang kedua orang tua kita.....Ibubapa kita hanya satu, perginya tidak akan ada pengganti... jadi, berbaktilah kepada mereka selagi hayat dikandung badan!

Saturday, November 8, 2008

Kenapa kita diuji??..

JANGAN MENGELUH ............
Kita selalu Bertanya.... ......... .......dan Al-Quran sudah menjawabnya. ......... .......

KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?

QURAN MENJAWAB
'Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; 'Kami telah beriman,' ('I am full of faith to Allah') sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta.'
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?

QURAN MENJAWAB
'Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.'
- Surah Al-Baqarah ayat 216

KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

QURAN MENJAWAB
'Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya. '
- Surah Al-Baqarah ayat 286

KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST?

QURAN MENJAWAB
'Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman.'
- Surah Al-Imran ayat 139

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB
'Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) , dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan). '

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB
'Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk'
- Surah Al-Baqarah ayat 45

KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?

QURAN MENJAWAB
'Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ?
- Surah At-Taubah ayat 111

KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

QURAN MENJAWAB
'Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal. '
- Surah At-Taubah ayat 129

KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!

QURAN MENJAWAB
'... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir.'
- Surah Yusuf ayat 12


Ya Allah, berikanlah aku kekuatan dan ketenangan untukku menghadapi segala dugaan dan ujian ini. Aku memohon pertunjuk darimu Ya Allah agarku dapat memilih jalan yang terbaik untukku lalui, jalan yang diredhai oleh-MU. Ameen...

Monday, November 3, 2008

Apabila Al-Quran Bersuaraa...


Waktu engkau masih kanak-kanak. ......... ...
kau laksana kawan sejatiku
Dengan wudu', Aku kau sentuh dalam keadaan suci, Aku kau pegang
Aku,kau junjung dan kau pelajari
Aku engkau baca dengan suara lirih atau pun keras setiap hari
Setelah selesai engkau menciumku mesra



Sekarang engkau telah dewasa...... ........
Nampaknya kau sudah tak berminat lagi padaku...
Apakah Aku bahan bacaan usang yang tinggal sejarah...?
Menurutmu, mungkin aku bahan bacaan yang tidak menambah pengetahuanmu
Atau, menurutmu aku hanya untuk anak kecil yang belajar mengaji..... ..
Sekarang, Aku tersimpan rapi sekali, sehingga engkau lupa di mana Aku tersimpan
Aku sudah engkau anggap hanya sebagai pngisi setormu.



Kadang kala Aku dijadikan mas kawin agar engkau dianggap bertaqwa
Atau Aku kau buat penangkal untuk menakuti iblis dan syaitan
Kini Aku lebih banyak tersingkir, dibiarkan dalam kesendirian, kesepian.
Di dalam almari, di dalam laci, aku engkau pendamkan.
Dulu...pagi- pagi...surah- surah yang ada padaku engkau baca beberapa halaman.
Di waktupetang, Aku kau baca beramai-ramai bersama temanmu di surau.....



Sekarang...seawal pagi sambil minum kopi...engkau baca surat khabar dahulu
Waktu lapang engkau membaca buku karangan manusia
Sedangkan Aku yang berisi ayat-ayat yang datang dari Allah Azzawajalla,
Engkau engkau abaikan dan engkau lupakan...



Waktu berangkat kerja pun kadang engkau lupa baca pembuka surah2ku(Bismillah) .
Di dalam perjalanan engkau lebih asyik menikmati musik duniawi
Tidak ada kaset yang berisi ayat Allah yang terdapat di dalam keretamu
Sepanjang perjalanan,radiomu selalu tertuju ke stasyen radio kesukaanmu
Mengasyikkan.



Di meja kerjamu tidak ada Aku untuk kau baca sebelum kau mulai kerja
Di Komputermu pun kau putar musik favoritmu
Jarang sekali engkau putar ayat-ayatku. ........
E-mail temanmu yang ada ayat-ayatku pun kau abaikan
Engkau terlalu sibuk dengan urusan dunia mu
Benarlah dugaanku bahawa engkau kini sudah benar-benar hampir melupaiku





Bila malam tiba engkau tahan bersekang mata berjam-jam di depan TV.
Menonton siaran telivisyen
Di depan komputer berjam-jam engkau betah duduk
Hanya sekedar membaca berita murahan dan gambar sampah
Waktupun cepat berlalu..... ....
Aku semakin kusam dalam laci-laci mu
Mengumpul debu atau mungkin dimakan hama



Seingatku, hanya awal Ramadhan engkau membacaku kembali
Itupun hanya beberapa lembar dariku.
Dengan suara dan lafadz yang tidak semerdu dulu
Engkaupun kini terangkak-rangkak ketika membacaku
Atau waktu kematian saudara atau taulan mu



Bila engkau di kubur sendirian menunggu sampai kiamat tiba
Engkau akan diperiksa oleh para malaikat suruhanNya
Apakah TV, radio ,hiburan atau komputer dapat menolong kamu?
Yang pasti ayat-ayat Allah s.w.t yang ada padaku menolong mu
Itu janji Tuhanmu, Allah s.w.t



Sekarang engkau begitu enteng membuang waktumu...
Setiap saat berlalu...
Dan akhirnya.... .
kubur yang setia menunggu mu.......... .
Engkau pasti kembali, kembali kepada Tuhanmu



Jika Aku engkau baca selalu dan engkau hayati...
Di kuburmu nanti....
Aku akan datang sebagai pemuda gagah nan tampan.
Yang akan membantu engkau membela diri
Dalam perjalanan ke alam akhirat.
Dan Akulah "Al-Qur'an", kitab sucimu
Yang senantiasa setia menemani dan melindungimu.



Peganglah Aku kembali.. .. bacalah aku kembali aku setiap hari.
Karena ayat-ayat yang ada padaku adalah ayat-ayat suci.
Yang berasal dari Allah Azzawajalla
Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha Pemurah
Yang disampaikan oleh Jibril melalui Rasulmu
Keluarkanlah segera Aku dari almari, lacimu...... .
Letakkan aku selalu di depan meja kerjamu.
Agar engkau senantiasa mengingat Tuhanmu.
Sentuhilah Aku kembali...



Baca dan pelajari lagi Aku....
Setiap datangnya pagi, petang dan malam hari walau secebis ayat
Seperti dulu.... Waktu engkau masih kecil
Di surau kecil kampungmu yang damai
Jangan aku engkau biarkan sendiri....
Dalam bisu dan sepi....

P/s-Marilah kita renungkan apa yg dismpaikan di atas..:D..

Saturday, November 1, 2008

Lawatan Kanak2 MMU Sambil Belajar Ke Rumahku...

Salam.....


Cuti kali ini, umah aku menerima kunjungan dr member2 MMU aku iaitu Razak, Pjal, Leo n Shah putih..Diorg ni dtg dgn tujuan utamanya adalah beraya di umah Aisyah Khusairi(AK).ngee~..diorg dtg ari rabu n pulang ari jumaat.



Hari pertama:- Depa ni bertolak dr pudu naik bas dlm kul 1.30ptg dan sampai kat lumut dlm kul 5.30ptg cm tu...perjalanan dr lumut ke umah aku lebih kurang setengah jam jaa...Kitaorg gerak ke umah AK lebih kurang kul 8.00mlm..ha
hah..aku yakin ja nk bawak g sana hanya berpandukan google map yg aku tgk sblum tu..hehhe..padahal g jln2 ipoh pun jarang..ngee~.. So aku main redah ja dgn sedikit pengetahuan mengenai tempat yg ditujui.. Sampai sna abis blur..haha..dah hilang arah haluan yg sebnar..so dgn terpaksa nya aku pun call AK mintak tlg, namun setelah dberikan arah2 yg betul, tp masih aku x paham kerna aku bukan la org tempatan di situ..hehe..so terpaksa la AK dtg jemput kami.
Lebih kurang 15minit AK pun smpai di tempat kami tunggu iaitu dlm balai polis.hehe..So kami pun gerak la ikut belakang kete honda CRV yg dipandu oleh AK smbil ditemani oleh shafa yg juga dtg dr jauh utk melepak di umah AK. So kitaorg smpai umah AK lebih kurang dekat kul 10 gak laa...so smpai2 ja terus cari makanan tuk dimelantak..Antara makanan yg disediakn sate(nyum2), mee n bihun sup, bbq ayam n beberapa makanan lgik..nyum2.. apa lgik, makan smpai kenyang smbil lepak2 + mengumpat org..hehehe..kitaorg lepak2 smpai kul 10.45 mlm gak la..yer arr..dah makan kenyang2..nk kena kasi rehat2 jap..kang aku nk drive lak..bdk2 ni kang comform2 tido niii...pastu on da way nk blik umah aku, kami singgah umah Jarir jap yg berada di Bota.sbb jarir ajak sgt2 dtg lepak umah dia.tp dah lewat, segan pun ada. tp dah permintaan jarir yg bersungguh2, akhirnya kami singgah gak laa.ngeh2..makan lgik la nampaknya...heheh..
Kami lepak kat umah jarir lebih kurang sejam ga
k la...dlm kul 12lebey, kami pun berangkat pulang. Ngeh2..dlm kul 1 smpai la umah aku, terus bdk2 ni tido..pjal lak nk bangun awal sbb ada match MU kul 4 pgi ni..aku lak xleh nk tido mgkin sbb aku minum air livita kot.tu yg jdi bertenaga jaa..tp aku tetap baring2 gak. Kul 4 aku tersedar blik sbb si pjal ni bangun nk tgk bola. aku surh dia layan ngan adik aku yg smemang nya penyokong kuat MU gak.AKU???hahah..penyokong pasukan menang ja kot.hahaaha...so aku pun sambung tido blik.

Hari ke2- Bdk2 ni semua bangun lewat,hahah
ah..x leh pakai tul. Aku klu dok umah mmg kena bangun awal sbb selalu nya mak aku akan suruh aku g market @ kedai tuk beli brg2 tuk sarapan, makan tgh ari n makan malam.Tuk makan tgh ari ni, aku beli ikan terubuk n ketam..heheh. kul 10 bru la bdk2 ni bangun. Plan ari ni nk g mandi kat sungai yg namanya Alaga. Lebih kurang 20minit dri umah aku. Aku ni walaupun dok kawasan berdekatan dgn pantai, tp aku x suka mandi air laut. x best sbb belengeh.hehhe..Lepas dah siap2 n makan pangari(pagi + tengah ari tp makanan tuk pgi nya), kami pun bergerak ke tempat kejadian..hehe..


Sampai disana semua nya bersiap2 tuk terjun..ngee..Aku pun tanpa berlengah terus masuk ke dlm air..waaaa...bestnya..sejuknyaa..dah lama aku x dtg mandi kat sini..tp bdk2 lain semua cm takut2 nk masuk..sbb sejuk.heheh.. aku pa lgik..simbah air kat depa semua..ngee~..
bru la nk masuk..Si razak ni plak dok lepak2 kat tepi..tah apa yg dpikirkan..Masalah umat la tuh..hehhe..=P..Dah lama dia menung bru la dia masuk berendam dlm air cm bdak air.wahaha..
Dia berendam jap, pastu dia naik atas batu tgh sungai, di
a menung lgik..ahahha...apa kejadahnya yg dimenungkan...ngee~.



Kitaorg mandi smbil lepak dlm sejam gak laa...pastu blik umah aku blik..dah smpai umah, makanan tgh ari dah siap dah..ikan teru
buk n kerang mak aku yg bakar..selalunya aku yg bakar, tp mak aku takut bila kami blik dlm keadaan kebulur nk tggu aku bakar ikan..hahah..So apa lgik, tiba la masa tuk nyum2..ehhe..Si shah asyik dok meratah ja ikan terubuk tu..mau dekat 2 ekor gak dia makan bersamaan ngan 4 potong.haha.si leo n razak dok meratah kerang. Si pjal lak , semua dia sibuk nk meratah.haha..Tp kali ni berbeza sikit dr masa topek, khalid n ares deco dtg.Menu lebih kurang sama, cuma berbeza sikit ja lauk2 nya.masa bdk2 ni dtg cuma ada ikan terubuk bakar,masak lemak ketam n ulam2an..tp masa tu masak lemak ketam yg paling laku skli..terutama topek..aku x tau la bapa ekor ketam yg dia dah lantak.tu tak termasuk ngan khalid lgik..hehe..:P..Tp tuk kali ni, menu agak byk sikit, ikan terubuk n kerang bakar, masak lemak ketam, masak lemak telur ikan n ulam2an, tetapi ikan terubuk menjadi mangsa utama bahana nafsu makan bdk2 ni..hahaha....

Habis ja makan2, kitaorg lepak2 tuk merehat2kan badan n minda.Mlm tu kitaorg kuar g lumut lak, tuk beli tiket, makanan laut n g melawat istana Abdullah Fadhil(dak IU melaka)..hehe..Lepas tu kitaorg g jln2 kat lumut bersama2 ngan Fadhil..Lepak kat Marina Bay.Mlm tu x ramai yg dtg kat marina bay..mungkin mlm jumaat kot.so semua dok umah.hahah..:P..Kemudianya Fadhil ajak g kedai bapak dia..Restoran Al-Hidayah.haha..Smpai ja, semua pekerja kat situ tegur dia.."Bos"...hehe..Smbil dok tggu order, kitaorg pun bca la surat khabar..baca punya baca upanya surat khabar bulan lepas..hhaha..tp still nampak baru..lawak tul, terus si fadhil g marah pekerja dia"Ni apasal surat khbar lama?..mana pegi surat khbar baru?.."..kelam kabut gak pekerja dia g cari surat khbar ari tu.Abis makan2 n minum2, ingat nk g bayar, pastu penjaga kaunter tu ckp"Xpa2..Bos belanja.."hehe..fadhil belanja kitaorg..hehe..Pastu terus balik umah aku n tido.

Esok pagi2 aku dah gerak diorg suruh bangun. Sbb diorh siap2 sbb tiket kul 11. Lepas breakfst makan nasi lemak. Kitaorg pun gerak g lumut. Ingat klu smpai awal bole la g Teluk Batik dulu..tp dsbbkan kebaluqkan bdk2 ni bgun pgi td..so x sempat la nk g sana..Smpai lebih kurang 10minit, bas Transnational diorg pun smpai..lepas diorg blah, mak aku call suruh amik adik aku lak kat asrama Sek Men Ahmad Boestamam..

So abis la lawatan sambil belajar diorg di umah aku...ngee..
sekian terima kasih...



Sunday, October 26, 2008

Trip memancing ke Pulau Talang...

Assalamualaikum....

Cuti sem kali ni, aku g memancing bersama rakan2 sekampung aku.. Xtvt ni sememangnya selalu dilakukan di cuti sem..ngee~..

Hari sebelumnya:- Aku bersama rakan2 seperjuangan Mat Sidek(Tekong), Pak Teh(Tekong Ke-2, dia ni bukan la org tua @ pak sedara aku, tp mmg panggilan dia dikampung cm tu), Uni(Tukang Angkat Sauh) dan Ijon(Org Mabuk laut) pun memulakan persiapan tuk xtvt kami ni..Bermula dgn membeli barang2 keperluan spt mata kail, kekili, batu ladung dan sebgainya..Lepas tu survey kedai udang hidup, tuk memastikan stok umpan ada dan memuaskan tuk diambil esok hari. Kami akan memancing menaiki sampan ayah mat plak utk kali ini..selalu nya kitaorg akan guna sampan abg kepada Pak Teh

Hari kejadian:- Bermula dgn berkumpul di rumah uni seawal 8.30pgi. Umah uni sememangnya menjadi markas perbincangan kami. Kemudian kami memeriksa brg2 dan g beli umpan udang hidup(peh..mmg best la klu memancing udang hidup). Lepas tu kitaorg pun bergerak ke pelantar sampan mat sidek. Setelah memanas kan enjin berkuasa kuda 30, kami pun memulakan perjalanan kami menyusuri muara sungai hingga keluar ke kuala sungai kul 9.30pgi..


Sedikit sedutan video perjalanan kami menaiki sampan ke Pulau Talang...

Sampai kat sana..setelah meneliti tapak(lubuk) yg dicari..kami pun melepaskan sauh ke dlm laut..lepas tu apa lgik...Time tuk mencari mangsa...yeeaahh...semua member aku pakai koyan ja..aku ja yg pakai rod(bajet hebat)..hhahahaa...:))..Bermula dgn pak teh menaikan ketuka..
lepas tu aku lak, menaikkan Kerapu Bunga seberat lebih kurang 250gram..


Beberapa kali kami menukar tempat tuk mencari port yg ada ikan di sekeliling pulau...



Dlm trip kali ini aku dpt 3 ekor kerapu bunga, 2 kerapu tongkol dan sekor anak ikan yu yg x leh makan..hahah..


Inilah tangkapan terbesar, Kerapu Tongkol seberat sekilo lebih...ngeh2..tp sayang nya bukan aku yg dpt...Pak teh yg dpt.Bangga tul dia ari tu..ngee~

Dalam kul 3ptg cm tu, kami pun be rangkat pulang..abi sla hitam lgik muka aku tuk beberapa ari ni..hehe.:P... smpai di pelantar, mat ca dangkan kita jual ja beberapa ikan terutama kerapu tongkol sbb bole dpt modal blik..Kerapu tongkol semamang ketegori ikan gred A yg harganya mencecah RM25 sekilo. So kitaorg pun jual la semua kerapu tongkol kepada penjual ikan.ikan yg selebihnya dibahagikan tuk dibawa pulang...jumlah yg dpt melebih modal yg kami guna..Duit tu kami guna kan tuk g makan2 kat kedai.:D..

Sekian sahaja tuk cerita trip memancing wat kali ini....

Wednesday, October 8, 2008

Menyeberangi Alam Barzakh



"Saya pegang nisan dikubur arwah abang Hamid yang baru
saja kami kebumikan sebentar tadi. Fikiran saya berputar ligat. "Aii.. menung
nampak? Kenapa?" tanya Bakar, kawan baik saya yang turut sama menjadi penggali
kubur di Bakri, Muar, Johor.

"Tak ada apa-apa. Saja tengok kain ni, dah kotor sikit
kena tanah," saya berdalih, cuba menyembunyikan perkara yang
berasak-asak datang ke kepala.

Mari pergi kat pondok... mandur nak jumpa. Dia nak cakap
fasal kerja, gaji,overtime. Pak Dolah, kawan-kawan lain dah pergi dah," tambah
Bakar sambil memikul cangkul dan botol airnya.

"Pergilah dulu,
nanti aku datang," balas saya lantas duduk termenung.

Sepeninggalan Bakar,
saya duduk di pinggir kubur Abang Hamid. Saya termenung. Ada satu perkara yang
sedang menyucuk-nyucuk fikiran saya. Sebenarnya sudah lama ia bermain-main di
benak tapi sekarang ini makin mendesak.

Orang ramai sudah balik, Munkar dan Nakir sudah datangkah
menyoal Abang Hamid, hati saya bertanya. Kata orang, selepas tujuh langkah kita
tinggalkan pusara, maka akan datanglah dua malaikat itu untuk menyoal simati.
Kalau bagus amalannya semasa hidup, berbahagialah. Tapi kalau bergelumang dengan
kemungkaran, bersiap sedialah...

Saya teringat cerita kononnya ada orang yang menekap
telinga ke kubur dan dengar bunyi dentuman tapak kaki di dalam. Konon cerita,
lepas itu terdengar pula bunyi hentaman dan si mati menjerit-jerit.

Eee... seramnya.
Macam mana agak-nya rupa Munkar dan Nakir. Besarkah badannya, garangkah rupanya
atau berjubah dan maniskah wajahnya? Kalau dibelasahnya kita, tentu sakitnya tak
terperi. Kalau lipan, jengking datang habislah kita disepit. Nak lari tak boleh,
nak mengadu tak boleh, kita seoranglah menanggung sakit pedih. Astaghfirullahal
azim...

Saya masih
lagi duduk melangu di pinggir kubur Abang Hamid. Jiwa muda saya makin
menggaru-garu. Kian lama saya termenung kian ia mengganas dan mengacau fikiran.

Pergi... pergi
sekarang! Johar, masa inilah kalau nak cuba . Kawan- kawan dah tak ada,
cepat, ia berbisik di telinga saya.

Jari-jemari saya bergerak-gerak. Lutut dah mula
menggeletar manakala kepala rasa berpusing. Saya beristighfar beberapa kali
mententeramkan jiwa yang bergelora, namun bisikan itu makin kuat berkumandang di
telinga.

Cepat, cepat, cepat!
Inilah masanya. Johar, apa engkau tunggu lagi?' Kan engkau nak tau sangat,
jangan tercegat lagi. Kau takut? Allah, bukannya kena tangkap, bukannya boleh
mati...

Jadi bisu?
Sakit, lepas tu mereng sampai mati Jangan pedulilah, tu cerita orang saja. Entah
ya entah tidak. Engkau orang muda, kuat semangat, apa nak takut. Cepat Johar,
cepat, cepaaaaat!

Dimulai lafaz bismillah dan selawat kepada Nabi, saya
terus bangun dan terjun ke dalam kubur di sebelah pusara Abang Hamid. Ia baru
saja digali sebab di sini, kami biasanya sudah gali lebih kurang 10 kubur
sebagai persediaan. Maklumlah, Bakri ni kawasan besar, kalau ada banyak
kematian sekali gus,
taklah timbul masalah.

Di dalam lahad saya berbaring dan meratib,
lailahaillallah,
lailahaillallah, lailahaillallah. ..

Saya pejamkan mata,
menggigil tengok dinding lahad di depan mata. Bau tanah dan sempitnya ruang di
dalam lahad itu menyebabkan saya betul-betul gemuruh.

Munkar, Nakir, ular,
jengking, api tinggi menggulung, nanah, darah dan segala seksaan yang pcrnah
didengar daripada guru-guru agama terbayang di depan mata.

Saya juga teringat
pada alunan suara seorang wanita membaca al-Quran dari salah sebuah kubur di
sini yang saya dengar beberapa bulan lalu. Jeritan, tangisan dan raungan dari
kubur-kubur lain yang didengar pada malam-malam selepas itu juga pantas menyerbu
fikiran.

Suara-suara
aneh dari kubur itulah yang sebenarnya menggaru-garu jiwa saya untuk menyaksikan
sendiri keadaan di alam barzakh. Bunyinya memang gila, mana boleh manusia hidup
menycberangi ke alam barzakh, tapi
saya ingin juga merasainya.

Lailahaillallah

Lailahaillallah

Lailahaillallah

Saya terus meratib
dan meratib hinggalah tiba-tiba dunia menjadi kelam dan sedetik kemudian bergema
satu bunyi yang amat menakutkan.

GGRUUMMM... PPPRRAAAPPP! !

Tanah di kubur Abang
Hamid tiba-tiba bergerak. Setelah itu satu lagi sisi tanah kuburnya berganjak
diiringi bunyi yang amat menggerunkan.

"Ya Allaaaaahhh. .. apa yang berlaku ini?" saya
menggeletar kerana bunyi itu datang dari dua arah dan saling rapat merapati. Air
mata seperti hendak mengalir.

GGGRRRRUUUMMM. ..

Tanah di kubur Abang Hamid bergerak lagi saling himpit
menghimpit. Saya menggigil mendengar bunyi itu yang dentumannya lebih dahsyat
daripada tanah runtuh. Saya cuba menekup telinga kerana tidak tertahan dengan
bunyi yang bingit itu,
tapi tangan saya tiba-tiba kaku.

Ingin saja saya melompat dari kubur, pun demikian kaki
bagai dipaku ke tanah, tak dapat bergerak akibat terlalu terkejut.
ARGGHKKK... ERRRKKKKKKK

Terdengar pula suara
seorang lelaki mengerang. Suaranya laksana dia sedang menahan kesakitan yang
amat sangat tapi seperti tersekat di kerongkong. Nafas saya sudah tidak tentu
arah, takut yang amat sangat.

AARRKKK... UUURRRKKGGH! !!

Saya menggigil
apabila dia mengerang-ngerang lagi. Perasaan simpati tak dapat dibendung. Ingin
rasanya saya menarik lelaki itu keluar daripada terus dihimpit, tapi di sebelah
saya cuma lapisan tanah yang tidak mampu ditembusi.

Saya masih lagi
terbaring dengan nafas turun naik apabila tiba-tiba...
PPPR-RRAAPPPPP! !!...
bunyi papan patah berderai.

PRRAAKK... TTAAPP... PRRAAPP!

Kepingan demi
kepingan papan tersebut patah hingga hancur berkecai lalu disudahi dengan suara
lelaki tersebut mengeruh. Serentak itu, kedengaran pula tulang-temulang patah!

Air mata saya
meleleh. Di ketika ini hati saya berkata, mungkin inilah yang Nabi maksudkan
bahawa tanah dan dinding kubur akan menghimpit tubuh orang-orang yang mengkufuri
Allah hingga berselisih tulang selangkanya. Aduh, tidak terbayang peri sakitnya
lelaki yang sedang
mengerang itu. Jantung saya bagai hendak tercabut dan
darah terasa kering apabila mendengar dia mengerang-ngerang dan
tulang-temulangnya patah berderap-derap.

Di saat saya terbungkam dengan apa yang berlaku,
tiba-tiba satu deruan angin yang maha dahsyat datang menerpa. Desingannya
menyakitkan telinga.

Seiring dengan ribut taufan itu juga, hadir sesuatu
berwarna hitam seperti asap, makin lama makin membesar lalu membentuk lembaga
hitam yang teramat besar. Di tangannya tergenggam sebatang besi yang sedang
membara, merah menyala.

Tiba-tiba lembaga
itu menghayun besi tersebut. Pantas saya menepis, namun sebaik besi itu
menyentuh lengan, saya menjerit kesakitan. Aduh, panasnya menyebabkan kulit
tangan saya ini bagai tersiat dan dagingnya masak.

"ARGGGHHHH" Jangan
pukul aku lagiiiii!!!" saya meraung apabila lembaga itu memukul kaki saya.

Saya cuba mengelak,
tapi pukulan itu tetap singgah ke sasaran. Bagai hendak tercabut anak tekak saya
menjerit kerana kehangatan besi itu membakar daging paha saya.

"Arrgghhh... sakit,
sakiiittt!!" saya meraung-raung, tapi lembaga hitam besar hingga sayup mata
memandang itu terus menghayunkan besi panasnya ke kepala, kaki, tangan, badan
dan perut saya.

Dalam pada itu, tanah di kubur sebelah terus-terusan
bergerak himpit menghimpit. Bumi tempat saya berpijak bergegar hebat laksana
dilanda gempa.

Suara
lelaki mengerang dan tulang-temulangnya patah berderap bagai dahan sekah, tetap
kedengaran. Dalam hati saya meraung, matilah aku kejap lagi, patahlah tulang
aku, renyuklah badan aku dibelasah dengan besi panas.

Saya menjerit,
menepis, mengelak hinggalah tiba-tiba saya terasa sesuatu yang amat sejuk
menyimbah ke tubuh saya. Serentak itu lembaga hitam hilang entah ke mana dan
bunyi bumi bergegar serta lelaki mengerang lenyap serta-merta. Suasana terasa
hening.

"Johar...
Johar!!" sayup-sayup nama saya dipanggil.

Dengan susah payah, saya membuka mata. Tapi saya tidak
larat, badan terlalu letih. Wajah seseorang berbalam-balam di mata.

"Johar... bangun,
bangun!" nama saya dipanggil lagi, badan
digoncang-goncang.

Saya buka mata sedikit. Ooo... rupa-rupanya Bakar.
Bersama-sama Pak Dollah, mereka mengangkat saya keluar dari kubur.

Selepas diberi air,
badan dikipas, barulah saya segar semula. Bakar beritahu, selepas menunggu lama
di pondok, dia dan Pak Dollah serta mandur mencari saya untuk membayar wang
kerja lebih masa. Lama mencari, akhirnya dia jumpa saya di dalam kubur sedang
bersilat seorang diri.

"Engkau menepis sana , mengelak sini. Habis tanah kubur
tu engkau tumbuk. Aku ambil air. Aku simbahlah," kata Bakar sambil menunjukkan
baldi yang digunakannya lalu disambut gelak tawa kawan-kawan.

Saya hanya tersenyum
tawar. Tak terdaya saya hendak ceritakan apa yang telah berlaku sebentar tadi,
bimbang mereka tidak percaya.

Selepas kejadian itu saya terlantar selama beberapa bulan
akibat badan penuh dengan lebam-lebam. Mungkin lebam akibat menumbuk dan
menendang tanah, mungkin juga akibat pukulan besi panas itu. Saya juga dibawa
berjumpa bomoh untuk
memulihkan semangat.

Keluarga dan kawan-kawan menggeleng kepala dengar cerita
saya. Mereka berebut-rebut menyuruh saya menceritakan pengalaman menakutkan itu.
Ada yang insaf, ada juga yang mengatakan semua itu karut, mainan syaitan,
mimpi dan igauan
semata-mata.

Lantaklah apa kata mereka, tapi saya puas hati. Akhirnya
saya telah saksikan sendiri seksaan di dalam kubur. Sama ada apa yang dilihat
itu adalah keadaan yang sebenarnya berlaku di alam barzakh atau hanya mimpi
semata-mata akibat terlelap semasa meratib, itu saya tidak kisah.

Yang penting
keinginan untuk menjengah alam itu telah tertunai.

Peristiwa pada
pertengahan 1970-an itu telah memberi keinsafan yang benar-benar mendalam di
hati saya.
Sesungguhnya
janji ALLAH itu benar...MATI itu benar...SYURGA - NERAKA itu benar....dan. ..azab
kubur
...itu juga benarrrr.... . Semoga ALLAH terima segala amalan kita dan
mengampubi dosa-dosa kita.... AMIN YA RABBAL
A'LAMIN


p/s- Kisah ni aku dpt dr salah satu yahoogroup aku gak..so klu ada2 apa masalah dgn entri ni jgn tya aku yee.aku skdar nk berkongsi....ngee~

Wednesday, September 10, 2008

Pelik Tapi Benar...

Salam semua..

Kisah ni aku x tau la nk diketegorikan sbgai lawak @ menyakitkan hati..hahah..

em..kisah nya bermula dr aku selepas semayang terawih kat surau Al-Hidayah, aku n beberapa rakan g la study kat lib. pastu aku dpt msj dr sorang kawan yg nk mintak tlg amik brg dan berikan kpd member umah aku. So aku g la amik, upanya2 makanan iaitu bubur lambuk..so aku pun g lib blik. makanan tu aku letak la kat rak beg yg ada beg aku skli..pastu masuk la ke dlm lib tuk study(kononnya laa)..study + sembang + baca surat khabar + ngumpat2 org...heheh..lebih kurang kul 11lebih kitaorg pun kuar la dr lib. sebaik ja kuar, mak guard yg jaga lib pun tegur aku..
dialognya lebih kurang cm ni...>

"Adik, tadi adik ada simpan makanan kan kat rak tuu?"..
"A ah..ada2..sy simpan kat tepi beg sy"..
"Td ada seseorg dtg, pastu amik makanan adik, akak dah tegur jgn amik makanan org, tp dia jawab suka hati dia la"..
"Huh...betul ka?"..aku pun cek blik utk kepastian..waaaa..mmg betul, makanan tu dah hilang....

"Cis sapa punya keje nii!!"...
"Akak mintak maaf kat adik sbb x leh halang"..
"em..xpa2..mgkin member2 sy main2 ngan sy kot"..smbil berfikiran+ve..

keluar ja dr lib, aku g cari kat lib foyer sapa2 yg aku kenai kot2 saja nk kenakan aku..x da sorang pun mengaku dan tau pasal benda ni...huhu..biar betull..bubur lambuk pun nk curi ka??dah la bulan ramadan lgikkk nii...
Pelik tul, x kan la bdk2 mmu ni pun lapar smpai nk curi makanan tuu..bukan KFC @ MCD punn...

so blik la aku dgn tgn kosong n mintak maaf kat member aku ni blik sbb x dpt menjaga amanah yg diberikan....

Untuk kisah yg selanjutnya dan komen2 yg berkaitan bole la melayari blog salah sorang member aku yg menjadi saksi kejadian iaitu Fakhru razak.....

sekian terima kasih...

p/s-em...x tau la aku nk ckp apa ttg kejadian ni...naik bingung dan pelik aku dibuatnya..so tuk jln penyelesaian, aku pun tutup kes ni...ngee~..so kepada semua yg selalu membawa makanan ke lib..berhati2lah..mgkin anda akan menjadi mangsa yg seterusnya...

Monday, September 8, 2008

Beberapa Halangan Beramal

Beberapa Halangan:

1) Kemungkinan suasana masyarakat dan keadaan setempat menyebabkan seseorang keberatan melaksanakan beberapa perintah Allah Subhanahu wa ta‘ala dan tuntuan agama, ia mestilah memahami bahawa dalam setiap perkara memerlukan kesabaran. Firman Allah Subhanahu wa ta‘ala:

وَاسْتَعِينُوا بِالصَّبْرِ وَالصَّلاَةِ

Maksudnya: “Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang.” (Al-Baqarah, 2)

Bersabar untuk melakukan ketaatan adalah suatu kemestian. Sabda Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam:

يَأْتِي عَلَى النَّاسِ زَمَانٌ الصَّابِرُ فِيهِمْ عَلَى دِينِهِ كَالْقَابِضِ عَلَى الْجَمْرِ

Maksudnya: “Akan tiba suatu zaman, manusia pada ketika itu perlu bersabar melakukan ketaatan seperti mengenggam bara api.”

Ganjaran besar bagi orang bersusah payah dan bersabar untuk melakukan suatu amalan dibayangkan di dalam hadith Nabi Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam diriwayatkan daripada Ma‘qil bin Yasir:

الْعِبَادَةُ فِي الْهَرْجِ كَهِجْرَةٍ إِلَيَّ

Maksudnya: “Beribadat dalam kepayahan adalah seperti berhijrah kepadaku.” (Musnad Imam Ahmad).

Tidak sepatutnya seseorang terikut-ikut dengan orang lain untuk melakukan sesuatu, sabda Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam:

لاَ تَكُونُوا إِمَّعَةً ، تَقُولُونَ: إِنْ أَحْسَنَ النَّاسُ أَحْسَنَّا ، وَإِنْ ظَلَمُوا ظَلَمْنَا ، وَلَكِنْ وَطِّنُوا أَنْفُسَكُمْ ، إِنْ أَحْسَنَ النَّاسُ أَنْ تُحْسِنُوا ، وَإِنْ أَسَاؤُوا فَلاَ تَظْلِمُوا

Maksudnya: “Janganlah seseorang menjadi imma‘ah (terikut-ikut) . Iaitu ia mengatakan: “Jika orang lain baik, kami juga melakukan kebaikan; jika mereka zalim, kami juga melakukan zalim. Tetapi tetapkanlah pada diri kamu, jika orang melakukan kebaikan, kamu juga turut melakukan kebaikan; jika mereka melakukan kejahatan, janganlah kamu zalim.” (Hadith dikemukakan oleh al-Tirmizi. Beliau menilainya Hasan Gharib).

2) Sesetengah orang pula tidak ingin melaksanakannya semata-mata kerana menganggap diri bukan dari golongan yang baik atau mulia. Ia sebenarnya helah syaitan supaya ia bertangguh. Ini kerana tiada manusia yang sempurna dengan kebaikan. Jadi sampai bilakah ia ingin bertangguh dengan alasan demikian?! Amalan buruk seseorang hanya dapat ditampung dengan amalan baik. Firman Allah Subhanahu wa ta‘ala:

إِنَّ الْحَسَنَاتِ يُذْهِبْنَ السَّيِّئَاتِ

Maksudnya: “Sesungguhnya amal-amal kebajikan (terutama sembahyang) itu menghapuskan kejahatan.” (Hud, 114).

Di dalam sebuah hadith: kata Abu Zar: Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda kepada beliau:

اتَّقِ اللهَ حَيْثُمَا كُنْتَ ، وَأَتْبِعِ السَّيِّئَةَ الْحَسَنَةَ تَمْحُهَا ، وَخَالِقِ النَّاسَ بِخُلُقٍ حَسَنٍ

Maksudnya: “Hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah di mana sekali kamu berada. Susulilah perbuatan jahat dengan perbuatan baik. Pasti ia dapat menghapuskan kejahatan. Dan berakhlaklah kepada manusia dengan akhlak yang baik.” (Dikemukakan oleh Imam Ahmad).

3) Antara contoh dakwaan yang sering disebut-sebut ialah: “Tidak perlu pakai tudung, jika tidak sembahyang.” Ini bukanlah bererti orang yang tidak sembahyang, ia tidak mendapat dosa jika tidak memakai tudung. Sebenarnya, tiada kaitan antara dua perkara tersebut. Memakai tudung adalah seperkara dan sembahyang seperkara lain. Seseorang itu sudah berdosa dengan meninggalkan sembahyang. Jadi jika ia menambah kejahatan tidak sembahyang dengan satu lagi kejahatan tidak mahu memakai tudung, maka bertambahlah lagi dosanya.

4) Seseorang yang mendapati dirinya tidak istiqomah (consistent) dengan suatu amalan tidak sepatutnya ia langsung meninggalkan perbuatan itu. Allah Subhanahu wa ta‘ala telah berfirman:

فَاسْتَقِيمُوا إِلَيْهِ وَاسْتَغْفِرُوهُ

Maksudnya: “Maka hendaklah kamu tetap teguh di atas jalan yang betul lurus (istiqomah), serta pohonlah kepadaNya mengampuni (dosa-dosa kamu yang telah lalu).” (Fussilat, 6).

Ayat ini mengisyaratkan semestinya berlaku kecuaian dalam istiqamah. Tetapi ia ditampung dengan istighfar. Tiada orang yang mampu benar-benar istiqomah tetapi hendaklah melakukan perkara yang betul dan menepati atau hampir dengan tujuan.

Taubat yang dilakukan selepas ia dibatalkan dengan mengulangi dosa adalah sah. Ini kerana taubat yang pertama adalah suatu ketaatan. Ia telahpun dilakukan dan sah. Apabila dilakukan dosa kali kedua, ia perlu memulakan taubat yang lain. Perbuatan mengulangi dosa, lebih buruk daripada memulakannya kerana ia menambah pembatalan taubat dengan perlakuan dosa. Begitupun, mengulangi taubat adalah lebih baik daripada memulakannya. Ini kerana ia menambah kesungguhan mendampingi Allah yang Maha Mulia.

5) Tidak ikhlas dalam suatu amalan bukanlah suatu alasan membolehkan seseorang meninggalkan amalan yang mesti dilakukan. Contohnya seseorang yang wajib sembahyang tidak boleh meninggalkannya kerana merasakan hati tidak ikhlas. Begitulah juga dalam setiap amalan agama. Tidak sepatutnya seseorang tidak mahu menutup aurat semata kerana merasa tidak ikhlas seperti riya atau ujub. Malah ia mestilah tetap melakukannya disamping berusaha mengubah niatnya supaya ikhlas. Kata Fudhail bin `Iyadh: "Meninggalkan amalan kerana manusia adalah riyak dan melakukan amalan kerana manusia adalah syirik."

6) Melakukan sesuatu amal ibadat kerana disuruh oleh seseorang tidaklah bererti seseorang itu tidak ikhlas. Ini kerana Allah Subhanahu wa ta‘ala menyuruh supaya taat kepadaNya, kepada Rasul dan juga kepada orang yang menyuruh melakukan kebaikan. Jadi seseorang yang melakukan amal ibadat selepas disuruh oleh seseorang, ertinya ia taat kepada Allah dan Rasul. Firman Allah Subhanahu wa ta‘ala:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ أَطِيعُواْ اللَّهَ وَأَطِيعُواْ الرَّسُولَ وَأُولِي الأَمْرِ مِنكُمْ

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu." (Al-Nisa': 59)

Seseorang mestilah patuh dan taat dalam melakukan amal dan ibadat meskipun perkara yang tidak disukainya. Ubadah bin Shamit berkata:

بَايَعْنَا رَسُولَ اللهِ عَلَى السَّمْعِ وَالطَّاعَةِ فِي الْمَنْشَطِ وَالْمَكْرَهِ وَأَنْ لاَ نُنَازِعَ اْلأَمْرَ أَهْلَهُ وَأَنْ نَقُومَ أَوْ نَقُولَ بِالْحَقِّ حَيْثُمَا كُنَّا لاَ نَخَافُ فِي اللهِ لَوْمَةَ لاَئِمٍ

Maksudnya: "Kami telah membaiah (akad setia) Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam untuk senantiasa mendengar dan mentaatinya, baik dalam keadaan yang kami senangi maupun yang tidak kami senangi dan agar kami tidak akan merebut kekuasaan dari orang yang berhak dan agar kami senantiasa mengerjakan atau mengatakan yang haq di mana saja kami berada tidak takut karena Allah kepada celaan orang-orang yang suka mencela." (Riwayat Al-Bukhari)

p/s- Artikel ini di ambil dlm salah satu yahoogroup yg aku join..,,