Monday, November 24, 2008

Ingin bercinta?...

Zaman remaja adalah zaman untuk mencari dan mengenal diri. Setelah akal semakin mampu untuk berfikir jauh. Sekurang-kurangnya sudah mengenal mana baik dan buruk, halal dan haram, najis dan yang suci, syurga dan neraka.

Umur sebegini, orang muda cenderung untuk hidup di dalam perkumpulan. Gemar juga untuk mencari penyelesaian di luar rumah dibandingkan dengan berbincang dengan ibu dan ayah. Dan ketika inilah jiwa sudah menyubur untuk mengenal apa itu cinta (berlainan jenis).

Mengapa bercinta?

Terkadang bercinta dengan sebab ikut-ikutan (kerana melihat kawan sedang 'bahagia'). Terkadang ia bercinta supaya 'pointer' selalu meningkat naik. Dan katanya agar ada teman yang dapat memberi nasihat. Alamat.. jika salah bercinta, bubur tidak akan kembali menjadi nasi..

Sebelum bercinta fikirkan perkara-perkara ini wahai orang muda :

1. Sudahkah anda bersedia untuk bercinta?

Adakah sudah bersedia menghadapi risiko di dalam percintaan? Adat orang mengatakan cinta itu bersatu, dan ada kalanya ia membutakan mata. Manakala yang tidak nampak jalannya habis hancur masa depan hidupnya.

Cinta tidak semestinya bersatu, ada kalanya ia terputus di tengah jalan. Dan ada kalanya ia berjaya sehingga ke jinjang pelamin. Risiko putus cinta selalu membuatkan manusia seolah-olah putus asa. Hilang hala tuju hidupnya. Entah berapa ramai yang sudah menamatkan nyawanya sendiri bila cinta nafsu lebih diharapkan dari cinta kepada Illahi.

2. Apa matlamat Anda bercinta?

  • Mungkin untuk merosakkan anak gadis atau hati orang lain?
  • Ikut-ikutan atau suka-suka sahaja?
  • Untuk mencari pengganti pasangan yang telah pergi? (tetapi sekiranya ia ingin kembali semula suatu hari nanti, anda dengan rela diri meninggalkan pasangan baru anda yang telah diberikan harapan?
  • Sekadar cinta monyet yang tiada matlamat di masa hadapan?
  • Untuk mendirikan rumah tangga yang membawa kasih sayang dan rahmat dari ALLah?
Orang yang mulanya bercinta - hatinya akan berbunga-bunga. Tidak ia sedar apa yang berlaku di sekelilingnya kerana disibukkan dengan apa yang dicintainya. Segalanya nampak cantik, molek, comel dan sempurna belaka. 'Pijak semut tidak mati'. Segalanya berjalan dengan penuh optimis dan positif. Lalu mungkin 'menipu diri sendiri' sudah menjadi pegangan agar hubungan berlangsung dengan menarik dan dapat dikekalkan.

Apabila perhubungan cinta anda mulai 'berkelap kelip' - mulalah anda akan berfikir semula akan buruk dan baiknya pasangan anda. Mungkin ketika ini anda akan berusaha mencari solusi. Sekiranya berjaya perhubungan anda akan berjalan seperti biasa. Dan sekiranya dalam bahaya, ia akan membawa kepada 'putus cinta'. Perkataan inilah yang menjadi penghancur jiwa, rasa kecewa, terhina, rendah diri, sakit hati, dendam, putus asa. Maka istilah-istilah cinta yang dahulunya berkisarkan fantasi, anda akan sedar ia bukanlah realiti.

Menjadi hipokrit satu perkara, iaitu masalah yang akan dibawa apabila hidup di dalam sebuah rumah di atas pernikahan yang sah. Segala-galanya yang 'cantik', 'molek' akan ditunjukkan juga sebagai satu hakikat yang perlu anda terima. Samada anda terima dengan terpaksa atau redha selamanya.

3. Mengapa Anda Bercinta?

  • Kerana ALLah?
  • Kerana cantik rupanya? Mancung hidung, kumisnya tebal? Badannya serupa model? - yang pasti semuanya ini tidak kekal lama. Berapa ramai wanita yang menghidapi sakit barah kulit kerana taksubnya kepada yang dinamakan 'KECANTIKAN' ? Berapa ramai pula yang sanggup berhutang, mengorbankan identiti seorang Muslimah dan Muslim kerana tertarik dengan namanya KEMODENAN?
  • Kerana duitnya? Harta yang bertimbun?
  • Kerana empunya diri itu sendiri?
  • Kerana Agamanya? Ia akan di bawa di dunia dan akhirat. Tetapi ramai juga yang terjerumus di lembah hina. Kerana yang dibawa rupanya selama ini adalah nafsu tetapi disolek dengan nama Agama.
Anda akan dapat apa yang anda niatkan. Ingat perjalanan cinta sesama manusia amat jauh, dan mungkin juga dekat, ataupun ia satu perjalanan yang tidak pasti.

4. Apa Modal Untuk Bercinta?

  • Adakah dengan modal air liur? Atau jari jemari menulis sms?
Sedarkah anda? apabila bercinta dan anda meletakkan sesuatu di dalam hati seseorang. Ini telah memberikan ia pengharapan baru dalam hidupnya. Dan ia akan berusaha untuk mencapainya. Jika cinta anda sekadar cinta monyet, cinta untuk merosakkan anak orang, ikut-ikutan dan hanya menjadikan orang lain sebagai batu galas - CINTA NAFSU. Eloklah lupakan sahaja. Anda hanya akan menjadikan diri anda sendiri bahan fitnah yang akan orang ingat sampai bila-bila.

Sedarkah anda? Mahligai perkahwinan itu memerlukan pengorbanan bukan sahaja dari segi jari jemari dan air liur. Tetapi lebih dari itu adalah modal ilmu untuk mendirikan sebuah keluarga yang beragama, cintakan ALLah dan rasul-Nya. Modal harta iaitu pekerjaan dari sumber rezeki yang halal untuk anda berikan kepada isteri, dan anak-anak. Modal hati dan perasaan untuk dikongsi, difahami, kesabaran dan sebagainya.

5. Berapa Lama Anda Ingin Bercinta?

  • Seminggu?
  • Sebulan?
  • Tiga, empat tahun?
  • Sehingga habis belajar?
  • Cinta hingga ke akhirat?
Apabila anda bercinta, setiap pasangan pastinya ingin mengetahui sampai bilakah mereka akan bercinta? Dan apabila perhubungan itu diketahui oleh sang ibu dan ayah, tentunya mereka akan bertanya bila pula tarikh merisik, pertunangan dan perkahwinan pula akan dijalankan? Dan tentunya kaum kerabat pula akan tertanya-tanya, dengan siapa anda berkawan. Mungkin ada yang sudah diusung ke hulu dan hilir - orang kampung pun sudah mulai berbisikan. Walaupun anda sangkakan di bandar orang bersikap tidak ambil peduli. Tetapi malaikat di kiri dan kanan tetap juga menulis catatan..

6. Kos Cinta

  • Duit yang anda habiskan semata-mata untuk sidia - telefon (sms, mms, chat etc), bil elektrik, bil internet,
  • Masa yang anda korbankan untuk sidia
  • Hati dan perasaan

Sikap Matang Dalam Mencari Cinta

Wahai pemuda dan pemudi, menyebut perkataan cinta sesama manusia itu mudah, tetapi untuk melaksanakannya amatlah payah. Bercinta bukan menjadi tiket yang menghalalkan anda menyerahkan jasad kehormatan anda. Bukan juga bermakna anda sudah menjadi juara dan normal sebagaimana insan lain yang bercinta (sudah fahamkah erti cinta yang sebenarnya?) . Anda rosak kerana cinta? - ia adalah kesalahan anda sendiri di dalam menterjemahkan cinta yang suci dan abadi. Semaklah semula adatnya bagaimana RasuluLlah menyalurkan perasaan cinta.

Jika berbaloi dengan bercinta - anda dapat merasai hidup bahagia serta mendapat keredhaan ALlah kerana matlamat anda jelas, anda sedia redha dengan kemungkinan yang berlaku serta tidak menyalahkan taqdir, perjalanan cinta tidak melanggar batas syarak. Maka silalah untuk bercinta.

Fikirkan.. Dalam masa bercinta, bagaimana hubungan kita dengan ALlah dan manusia serta makhluk yang lain? Semakin baik ataupun semakin jauh dan terus menjurang. Adakah ia menjadikan kita hamba ALlah yang bertaqwa ataupun hamba ALlah yang derhaka?


p/s- Artikel ni hanya skdar perkongsian saja..tiada kena mengena dgn yg hidup ataupun yg dah meniggal dunia..Juga x da kaitan dgn diri aku gak yee..ngee~

Sunday, November 23, 2008

Sekadar Renungan

Salam...



Seorang lelaki berdoa kepada Allah agar
diberikan
bungadan rama-rama.
Namun Allah memberikannya kaktus

....dan ulat
Lelaki ini sedih, tidak faham mengapa pemberian-Nya berbeza daripada permintaannya
Kemudian dia berfikir: Allah mempunyai terlalu ramai umat untuk diuruskan
Dan dia memutuskan untuk tidak mempersoalkannya.
Selepas satu tempuh, lelaki ini memikirkan semula permohonan doanya yang telah lama dilupakannya
Lelaki ini amat terperanjat apabila melihat dari pokok kaktus yang hodoh dan berduri itu tumbuh pula bunga yang cantik
Dan daripada ulat yang terselindung, telah bertukar menjadi rama-rama yang cantik.

Cara Allah sentiasanya cara terbaik, Walaupun kadang-kadang kelihatan semuanya salah.
Jika anda memohon sesuatu dan menerima yang lain
dari Allah, PERCAYALAH
Pastinya Allah sentiasa mengurniakan apa yang dipinta pada masa yang sesuai.
Allah sentiasa melakukan semua perkara dengan betul!
Apa yang dipinta...
....tidak semestinya apa yang diperlukan!
Allah tidak akan gagal memenuhi permintaan,
teruskan berdoa tanpa ragu dan mengeluh.
DURI hari ini...
Adalah BUNGA hari esok!
ALLAH MENGURNIAKAN PILIHAN TERBAIK KEPADA MEREKA YANG BERUSAHA UNTUK MENDAPATKAN SESUATU DAN MENYERAHKAN KETENTUAN KEPADA-NYA

p/s- Alhamdulillah..aku sudah bole terima apa yang telah berlaku keatas diriku ini..Semoga Allah s.w.t. memberikan aku ketenangan dan kekuatan untuk menghadapi liku-liku kehidupanku dimasa hadapan. Ya Allah, ku mohon agar ditunjukkan jalan yang terbaik untukku lalui.Amin..



Monday, November 17, 2008

Pinggan Ayah.....



SEORANG lelaki tua yang baru kematian isteri tinggal bersama anaknya, Arwan dan menantu perempuannya, Rina, serta anak pasangan itu, Viva yang baru berusia enam tahun.


Keadaan lelaki tua itu agak uzur, jari jemarinya sentiasa menggeletar dan pandangan pula semakin hari semakin kabur.

Malam pertama berpindah ke rumah anaknya, mereka makan malam bersama. Lelaki tua merasa kurang selesa menikmati hidangan di meja makan.

Dia merasa amat canggung menggunakan sudu dan garpu. Selama ini dia gemar bersila, tapi di rumah anaknya dia tiada pilihan. Cukup sukar dirasakannya, sehingga makanan bersepah tanpa dapat dikawal. Bukan dia tidak merasa malu berkeadaan begitu di depan anak menantu, tetapi dia gagal menahannya.

Lantaran kerap benar dijeling menantu, seleranya patah. Dan tatkala dia mencapai gelas minuman, pegangannya terlucut. Prannnnngggggg ... !!
Bertaburan kaca di lantai.

Lelaki tua serba salah. Dia bangun, cuba mengutip serpihan gelas itu, tapi Arwan melarangnya. Rina masam mencuka. Viva pula kesian melihat datuknya, tapi dia hanya melihat, kemudian makan semula.

"Esok ayah tak boleh makan bersama kita," Viva mendengar ibunya berkata pada ayah, sebaik datuk menghilangkan diri ke dalam bilik. Arwan hanya membisu. Namun sempat anak kecil itu merenung tajam ke dalam mata Arwan.

Sebagai memenuhi tuntutan Rina, Arwan membeli sebuah meja kecil yang rendah, lalu diletakkan di suatu sudut bilik makan. Di situlah ayahnya menikmati hidangan bersendirian, sambil anak menantu makan di meja berhampiran. Viva pula dihalang apabila dia merengek mahu makan bersama datuknya.

Air mata lelaki tua meleleh mengenang nasibnya diperlakukan begitu. Ketika itu dia teringat kampung halaman yang ditinggalkan. Dia terkenang arwah isterinya. Lalu perlahan-lahan dia berbisik: "Miah... buruk benar layanan anak kita pada abang."

Sejak itu, lelaki tua merasa tidak selesa tinggal di situ. Hari-hari dia diherdik kerana menumpahkan sisa makanan. Dia diperlakukan seperti hamba. Pernah dia terfikir untuk lari dari situ, tetapi mengenangkan cucunya, dia menahan diri. Dia tidak mahu melukakan hati cucunya. Biarlah dia menahan diri dikelar dan dicalar anak menantu.

Suatu malam, Viva terperanjat melihat datuknya makan menggunakan pinggan kayu, begitu juga gelas minuman yang diperbuat daripada buluh. Dia cuba mengingat-ingat, di manakah dia pernah melihat pinggan seperti itu. "Oh! Ya..." bisiknya. Viva teringat, semasa berkunjung ke rumah sahabat papanya dia melihat tuan rumah itu memberi makan kucing-kucing mereka menggunakan pinggan yang sama.

"Taklah pecah lagi, kalau tak, nanti habis pinggan mangkuk mama," kata Rina apabila anaknya bertanya.

Masa terus berlalu. Walaupun makanan berselerak setiap kali waktu makan, tiada lagi pinggan atau gelas yang pecah. Apabila Viva merenung datuknya yang sedang menyuap makanan, kedua-duanya hanya berbalas senyum.

Seminggu kemudian, sewaktu pulang dari bekerja, Arwan dan Rina terperanjat melihat anak mereka sedang bermain dengan kepingan-kepingan kayu. Viva seperti sedang membuat sesuatu. Ada penukul, gergaji dan pisau di sisi nya. "Eh, apa sayang buat ni? Berbahaya main benda-benda ni," kata Arwan menegur manja anaknya. Dia sedikit hairan bagaimana anaknya dapat mengeluarkan peralatan itu, sedang ia disimpan di dalam stor.

"Nak buat pinggan, mangkuk dan gelas untuk ayah dan emak. Bila Viva besar nanti, taklah susah cari. Kesian ayah, terpaksa ke bandar beli pinggan atuk," kata Viva.

Gamam mendengar jawapan anaknya, Arwan terkedu. Perasaan Rina terusik. Kelopak mata kedua-duanya bergenang. Jawapan Viva menusuk, seluruh tangkai jantung dirasa seperti dihiris sembilu. Mereka benar-benar rasa bersalah!

Malam itu Arwan memimpin tangan ayahnya ke meja makan. Rina menyenduk nasi dan menuang minuman ke dalam gelas. Nasi yang tumpah tidak dihiraukan. Viva beberapa kali memandang ibunya, kemudian ayah dan akhir sekali wajah datuknya. Dia tidak bertanya, cuma tersenyum selalu bagi menyatakan rasa seronok duduk bersebelahan datuknya di meja makan.
Lelaki tua itu juga tidak tahu kenapa anak menantunya tiba-tiba berubah.

"Esok Viva buang pinggan kayu tu, nak buat apa?" kata Viva pada ayahnya selepas makan. Arwan hanya mengangguk, tetapi dadanya terus sebak.

MORAL OF THE STORY: Hargailah kasih sayang kedua orang tua kita.....Ibubapa kita hanya satu, perginya tidak akan ada pengganti... jadi, berbaktilah kepada mereka selagi hayat dikandung badan!

Saturday, November 8, 2008

Kenapa kita diuji??..

JANGAN MENGELUH ............
Kita selalu Bertanya.... ......... .......dan Al-Quran sudah menjawabnya. ......... .......

KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?

QURAN MENJAWAB
'Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; 'Kami telah beriman,' ('I am full of faith to Allah') sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta.'
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?

QURAN MENJAWAB
'Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.'
- Surah Al-Baqarah ayat 216

KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

QURAN MENJAWAB
'Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya. '
- Surah Al-Baqarah ayat 286

KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST?

QURAN MENJAWAB
'Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman.'
- Surah Al-Imran ayat 139

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB
'Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) , dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan). '

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB
'Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk'
- Surah Al-Baqarah ayat 45

KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?

QURAN MENJAWAB
'Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ?
- Surah At-Taubah ayat 111

KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

QURAN MENJAWAB
'Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal. '
- Surah At-Taubah ayat 129

KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!

QURAN MENJAWAB
'... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir.'
- Surah Yusuf ayat 12


Ya Allah, berikanlah aku kekuatan dan ketenangan untukku menghadapi segala dugaan dan ujian ini. Aku memohon pertunjuk darimu Ya Allah agarku dapat memilih jalan yang terbaik untukku lalui, jalan yang diredhai oleh-MU. Ameen...

Monday, November 3, 2008

Apabila Al-Quran Bersuaraa...


Waktu engkau masih kanak-kanak. ......... ...
kau laksana kawan sejatiku
Dengan wudu', Aku kau sentuh dalam keadaan suci, Aku kau pegang
Aku,kau junjung dan kau pelajari
Aku engkau baca dengan suara lirih atau pun keras setiap hari
Setelah selesai engkau menciumku mesra



Sekarang engkau telah dewasa...... ........
Nampaknya kau sudah tak berminat lagi padaku...
Apakah Aku bahan bacaan usang yang tinggal sejarah...?
Menurutmu, mungkin aku bahan bacaan yang tidak menambah pengetahuanmu
Atau, menurutmu aku hanya untuk anak kecil yang belajar mengaji..... ..
Sekarang, Aku tersimpan rapi sekali, sehingga engkau lupa di mana Aku tersimpan
Aku sudah engkau anggap hanya sebagai pngisi setormu.



Kadang kala Aku dijadikan mas kawin agar engkau dianggap bertaqwa
Atau Aku kau buat penangkal untuk menakuti iblis dan syaitan
Kini Aku lebih banyak tersingkir, dibiarkan dalam kesendirian, kesepian.
Di dalam almari, di dalam laci, aku engkau pendamkan.
Dulu...pagi- pagi...surah- surah yang ada padaku engkau baca beberapa halaman.
Di waktupetang, Aku kau baca beramai-ramai bersama temanmu di surau.....



Sekarang...seawal pagi sambil minum kopi...engkau baca surat khabar dahulu
Waktu lapang engkau membaca buku karangan manusia
Sedangkan Aku yang berisi ayat-ayat yang datang dari Allah Azzawajalla,
Engkau engkau abaikan dan engkau lupakan...



Waktu berangkat kerja pun kadang engkau lupa baca pembuka surah2ku(Bismillah) .
Di dalam perjalanan engkau lebih asyik menikmati musik duniawi
Tidak ada kaset yang berisi ayat Allah yang terdapat di dalam keretamu
Sepanjang perjalanan,radiomu selalu tertuju ke stasyen radio kesukaanmu
Mengasyikkan.



Di meja kerjamu tidak ada Aku untuk kau baca sebelum kau mulai kerja
Di Komputermu pun kau putar musik favoritmu
Jarang sekali engkau putar ayat-ayatku. ........
E-mail temanmu yang ada ayat-ayatku pun kau abaikan
Engkau terlalu sibuk dengan urusan dunia mu
Benarlah dugaanku bahawa engkau kini sudah benar-benar hampir melupaiku





Bila malam tiba engkau tahan bersekang mata berjam-jam di depan TV.
Menonton siaran telivisyen
Di depan komputer berjam-jam engkau betah duduk
Hanya sekedar membaca berita murahan dan gambar sampah
Waktupun cepat berlalu..... ....
Aku semakin kusam dalam laci-laci mu
Mengumpul debu atau mungkin dimakan hama



Seingatku, hanya awal Ramadhan engkau membacaku kembali
Itupun hanya beberapa lembar dariku.
Dengan suara dan lafadz yang tidak semerdu dulu
Engkaupun kini terangkak-rangkak ketika membacaku
Atau waktu kematian saudara atau taulan mu



Bila engkau di kubur sendirian menunggu sampai kiamat tiba
Engkau akan diperiksa oleh para malaikat suruhanNya
Apakah TV, radio ,hiburan atau komputer dapat menolong kamu?
Yang pasti ayat-ayat Allah s.w.t yang ada padaku menolong mu
Itu janji Tuhanmu, Allah s.w.t



Sekarang engkau begitu enteng membuang waktumu...
Setiap saat berlalu...
Dan akhirnya.... .
kubur yang setia menunggu mu.......... .
Engkau pasti kembali, kembali kepada Tuhanmu



Jika Aku engkau baca selalu dan engkau hayati...
Di kuburmu nanti....
Aku akan datang sebagai pemuda gagah nan tampan.
Yang akan membantu engkau membela diri
Dalam perjalanan ke alam akhirat.
Dan Akulah "Al-Qur'an", kitab sucimu
Yang senantiasa setia menemani dan melindungimu.



Peganglah Aku kembali.. .. bacalah aku kembali aku setiap hari.
Karena ayat-ayat yang ada padaku adalah ayat-ayat suci.
Yang berasal dari Allah Azzawajalla
Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha Pemurah
Yang disampaikan oleh Jibril melalui Rasulmu
Keluarkanlah segera Aku dari almari, lacimu...... .
Letakkan aku selalu di depan meja kerjamu.
Agar engkau senantiasa mengingat Tuhanmu.
Sentuhilah Aku kembali...



Baca dan pelajari lagi Aku....
Setiap datangnya pagi, petang dan malam hari walau secebis ayat
Seperti dulu.... Waktu engkau masih kecil
Di surau kecil kampungmu yang damai
Jangan aku engkau biarkan sendiri....
Dalam bisu dan sepi....

P/s-Marilah kita renungkan apa yg dismpaikan di atas..:D..

Saturday, November 1, 2008

Lawatan Kanak2 MMU Sambil Belajar Ke Rumahku...

Salam.....


Cuti kali ini, umah aku menerima kunjungan dr member2 MMU aku iaitu Razak, Pjal, Leo n Shah putih..Diorg ni dtg dgn tujuan utamanya adalah beraya di umah Aisyah Khusairi(AK).ngee~..diorg dtg ari rabu n pulang ari jumaat.



Hari pertama:- Depa ni bertolak dr pudu naik bas dlm kul 1.30ptg dan sampai kat lumut dlm kul 5.30ptg cm tu...perjalanan dr lumut ke umah aku lebih kurang setengah jam jaa...Kitaorg gerak ke umah AK lebih kurang kul 8.00mlm..ha
hah..aku yakin ja nk bawak g sana hanya berpandukan google map yg aku tgk sblum tu..hehhe..padahal g jln2 ipoh pun jarang..ngee~.. So aku main redah ja dgn sedikit pengetahuan mengenai tempat yg ditujui.. Sampai sna abis blur..haha..dah hilang arah haluan yg sebnar..so dgn terpaksa nya aku pun call AK mintak tlg, namun setelah dberikan arah2 yg betul, tp masih aku x paham kerna aku bukan la org tempatan di situ..hehe..so terpaksa la AK dtg jemput kami.
Lebih kurang 15minit AK pun smpai di tempat kami tunggu iaitu dlm balai polis.hehe..So kami pun gerak la ikut belakang kete honda CRV yg dipandu oleh AK smbil ditemani oleh shafa yg juga dtg dr jauh utk melepak di umah AK. So kitaorg smpai umah AK lebih kurang dekat kul 10 gak laa...so smpai2 ja terus cari makanan tuk dimelantak..Antara makanan yg disediakn sate(nyum2), mee n bihun sup, bbq ayam n beberapa makanan lgik..nyum2.. apa lgik, makan smpai kenyang smbil lepak2 + mengumpat org..hehehe..kitaorg lepak2 smpai kul 10.45 mlm gak la..yer arr..dah makan kenyang2..nk kena kasi rehat2 jap..kang aku nk drive lak..bdk2 ni kang comform2 tido niii...pastu on da way nk blik umah aku, kami singgah umah Jarir jap yg berada di Bota.sbb jarir ajak sgt2 dtg lepak umah dia.tp dah lewat, segan pun ada. tp dah permintaan jarir yg bersungguh2, akhirnya kami singgah gak laa.ngeh2..makan lgik la nampaknya...heheh..
Kami lepak kat umah jarir lebih kurang sejam ga
k la...dlm kul 12lebey, kami pun berangkat pulang. Ngeh2..dlm kul 1 smpai la umah aku, terus bdk2 ni tido..pjal lak nk bangun awal sbb ada match MU kul 4 pgi ni..aku lak xleh nk tido mgkin sbb aku minum air livita kot.tu yg jdi bertenaga jaa..tp aku tetap baring2 gak. Kul 4 aku tersedar blik sbb si pjal ni bangun nk tgk bola. aku surh dia layan ngan adik aku yg smemang nya penyokong kuat MU gak.AKU???hahah..penyokong pasukan menang ja kot.hahaaha...so aku pun sambung tido blik.

Hari ke2- Bdk2 ni semua bangun lewat,hahah
ah..x leh pakai tul. Aku klu dok umah mmg kena bangun awal sbb selalu nya mak aku akan suruh aku g market @ kedai tuk beli brg2 tuk sarapan, makan tgh ari n makan malam.Tuk makan tgh ari ni, aku beli ikan terubuk n ketam..heheh. kul 10 bru la bdk2 ni bangun. Plan ari ni nk g mandi kat sungai yg namanya Alaga. Lebih kurang 20minit dri umah aku. Aku ni walaupun dok kawasan berdekatan dgn pantai, tp aku x suka mandi air laut. x best sbb belengeh.hehhe..Lepas dah siap2 n makan pangari(pagi + tengah ari tp makanan tuk pgi nya), kami pun bergerak ke tempat kejadian..hehe..


Sampai disana semua nya bersiap2 tuk terjun..ngee..Aku pun tanpa berlengah terus masuk ke dlm air..waaaa...bestnya..sejuknyaa..dah lama aku x dtg mandi kat sini..tp bdk2 lain semua cm takut2 nk masuk..sbb sejuk.heheh.. aku pa lgik..simbah air kat depa semua..ngee~..
bru la nk masuk..Si razak ni plak dok lepak2 kat tepi..tah apa yg dpikirkan..Masalah umat la tuh..hehhe..=P..Dah lama dia menung bru la dia masuk berendam dlm air cm bdak air.wahaha..
Dia berendam jap, pastu dia naik atas batu tgh sungai, di
a menung lgik..ahahha...apa kejadahnya yg dimenungkan...ngee~.



Kitaorg mandi smbil lepak dlm sejam gak laa...pastu blik umah aku blik..dah smpai umah, makanan tgh ari dah siap dah..ikan teru
buk n kerang mak aku yg bakar..selalunya aku yg bakar, tp mak aku takut bila kami blik dlm keadaan kebulur nk tggu aku bakar ikan..hahah..So apa lgik, tiba la masa tuk nyum2..ehhe..Si shah asyik dok meratah ja ikan terubuk tu..mau dekat 2 ekor gak dia makan bersamaan ngan 4 potong.haha.si leo n razak dok meratah kerang. Si pjal lak , semua dia sibuk nk meratah.haha..Tp kali ni berbeza sikit dr masa topek, khalid n ares deco dtg.Menu lebih kurang sama, cuma berbeza sikit ja lauk2 nya.masa bdk2 ni dtg cuma ada ikan terubuk bakar,masak lemak ketam n ulam2an..tp masa tu masak lemak ketam yg paling laku skli..terutama topek..aku x tau la bapa ekor ketam yg dia dah lantak.tu tak termasuk ngan khalid lgik..hehe..:P..Tp tuk kali ni, menu agak byk sikit, ikan terubuk n kerang bakar, masak lemak ketam, masak lemak telur ikan n ulam2an, tetapi ikan terubuk menjadi mangsa utama bahana nafsu makan bdk2 ni..hahaha....

Habis ja makan2, kitaorg lepak2 tuk merehat2kan badan n minda.Mlm tu kitaorg kuar g lumut lak, tuk beli tiket, makanan laut n g melawat istana Abdullah Fadhil(dak IU melaka)..hehe..Lepas tu kitaorg g jln2 kat lumut bersama2 ngan Fadhil..Lepak kat Marina Bay.Mlm tu x ramai yg dtg kat marina bay..mungkin mlm jumaat kot.so semua dok umah.hahah..:P..Kemudianya Fadhil ajak g kedai bapak dia..Restoran Al-Hidayah.haha..Smpai ja, semua pekerja kat situ tegur dia.."Bos"...hehe..Smbil dok tggu order, kitaorg pun bca la surat khabar..baca punya baca upanya surat khabar bulan lepas..hhaha..tp still nampak baru..lawak tul, terus si fadhil g marah pekerja dia"Ni apasal surat khbar lama?..mana pegi surat khbar baru?.."..kelam kabut gak pekerja dia g cari surat khbar ari tu.Abis makan2 n minum2, ingat nk g bayar, pastu penjaga kaunter tu ckp"Xpa2..Bos belanja.."hehe..fadhil belanja kitaorg..hehe..Pastu terus balik umah aku n tido.

Esok pagi2 aku dah gerak diorg suruh bangun. Sbb diorh siap2 sbb tiket kul 11. Lepas breakfst makan nasi lemak. Kitaorg pun gerak g lumut. Ingat klu smpai awal bole la g Teluk Batik dulu..tp dsbbkan kebaluqkan bdk2 ni bgun pgi td..so x sempat la nk g sana..Smpai lebih kurang 10minit, bas Transnational diorg pun smpai..lepas diorg blah, mak aku call suruh amik adik aku lak kat asrama Sek Men Ahmad Boestamam..

So abis la lawatan sambil belajar diorg di umah aku...ngee..
sekian terima kasih...