Thursday, November 26, 2009

adeeehhh....

Salam..

em..inilah gambaran perasaan aku mlm ni..hukhuk...












Adeh..moga esok lebih baik tuk diriku...

ok la.. update kli ni skdar meluahkan perasaan yg terbuku di hati ini..

bye2x..wassalam...

Thursday, November 19, 2009

Antara Garisan

Salam...
em.. lama gak aku x update blog ni..dah mcm penuh gak ngan sawang2 dlm ni..heheh..



Em..bru2 ni aku ada tgk satu drama tajuk "Antara Garisan". cita tu menarik la sbb ada masej yg amat2 berguna nk dismpaikan walaupun "setan" dlm cita tu agak kelakar..hehe..
lagu tema dia pun mmg pun best..so kat sini aku nk share la lagu nya..so meh la kita layan n menghayatinya...hee~>.:D..




Azfar - Akan Ku Jumpa (versi Ramadhan)

lagu: Isma Yusoof & Pam Yuen
lirik: Isma Yusoof
Produser: Isma Yusoof, Pam Yuen, Ully (Awanband), Azfar & Ash (BAU)
Arranger: Pam Yuen
Executive Producer: Isma Yusoof & James Wong
Studio: Platinum Studio

Ku mengatur langkahku
berjalan tanpa bayang-bayangMu
langit dan bumi setia, menemaniku
matahari menyinar tak pernah berpihak padaku
Ku kepanasan tanpa perlindunganMu.

Hari berganti hari aku masih teguh menanti
Hadir diri Mu dalam hidupku ini
Rasa kecewa ada bila kaki penat berlari
Namun yakinku Kau kan kutemui

ku takkan pernah cuba berhenti
langkahku mencari Cinta
Yang ku tahu hanya tuk diriku
kan ku terus cari sampai hujung dunia

kerna ku tahu akanku jumpa diriMu
dan ku kan terus menempuh mimpi-mimpiku selalu

kulihat semua gembira
bila mengenali erti Cinta
senyuman ku beri hanya duka
bila ingin Teman tuk berbicara

Cinta jangan sembunyi
mataku kabur mencari
hadirlah dalam hidupku ini
Cinta jangan engkau pergi bila langkahku cuba
untuk mengejar diriMu

Pesanan Isma Yusoof: "Dunia ini sementara, cinta kita terhadap Allah adalah cinta yang tulus selama-lamanya. Jadi, berbaik-baiklah kita sesama manusia. Jangan gaduh-gaduh~! Peace no war!"


Kata2 watak iblis di penghabisan cita tu

~"Sikap manusia yg sering kali merasakan diri mereka lebih baik dr org lain, sehingga menyebabkan mereka gemar menjatuhkan hukuman sesama mereka seolah2 dosa dan pahala mereka sesama mereka yang tentukan, apakah mereka semua lupa yang sebenarnya sama sahaja, kalau ada pun yang membezakan mereka hanyalah satu garisan halus yang mana mereka tidak akan sedar bila masa mereka akan melintas garisan itu."~


Sunday, November 1, 2009

Kisah Batu & kopi..


Salam...
hee..nk kongsi satu cita ngan kawan semua..





Suatu hari seorang pakar dlm bidang pengurusan masa bercakap dalam suatu kumpulan yang terdiri drp ahli perniagaan yang berjaya. Beliau menggunakan satu analogi yang cukup mudah dan berkesan supaya mereka dapat ingat sampai bila2.

Beliau berdiri dan berkata, "OK, saya ada satu kuiz utk tuan-tuan," dan beliau mengambil sebuah balang yang bermulut luas dan meletakkan di atas meja. Seterusnya beliau mengeluarkan sedozen batu sungai yg sebesar penumbuk (batu besar) dan mengisi balang tersebut dgn batu itu dgn begitu cermat sekali sehingga balang itu penuh.

Apabila balang itu sudah penuh dan tiada lagi batu yang boleh muat ke dalamnya, beliau bertanya, "Adakah balang ini penuh?" Semua orang di dalam kelas itu menjerit serentak. "Ya". Pakar itu menjawab. "Anda pasti?". Kemudian beliau mengeluarkan pula batu2 kecil dr bawah meja dan memasukkan ke dalam balang dan menggoyangkan balang itu agar batu2 kecil memasuki celah2 batu besar. Sekali lagi beliau bertanya kepada hadirin, "Adakah balang ini penuh?".

Kali ini mereka spt was2. "Mungkin tidak" kata salah seorang drp mereka. "Bagus!" kata beliau. Sekali lagi dia mengambil sesuatu drp bawah meja dan mengeluarkan sepeket pasir dan memasukkan ke dalam balang itu. Pasir2 halus itu masuk ke celah2 ruang kosong antara batu besar dan batu kecil di dalam balang itu. Sekali lagi beliau bertanya, "Adakah balang ini penuh?" "Tidak!" jawab mereka hampir menjerit.

Sekali lagi beliau berkata, "Bagus!" .Kemudian beliau mengambil secawan kopi dan menuangnya ke dalam balang tersebut sehingga penuh dan bertanya kepada hadirin yang hadir, "Apakah maksud yang boleh diterangkan di sini?".

Salah seorang drp mereka bangun dan berkata, "maksudnya ialah walau bagaimana sibuk dan penuh pun jadual kita jikalau kita bekerja keras kita sentiasa boleh memasukkan lagi perkara2 yang lain dalam kehidupan kita!". Pakar pengurusan masa itu berkata, "Ada benar jugak apa yg kamu katakan itu, tetapi kebenaran di sini adalah lebih besar dan lebih berguna utk kita fikirkan: "Jika kamu tidak memasukkan dahulu batu yang besar itu ke dalam balang sebelum batu2 kecil dan pasir, kamu tidak akan dpt masukkan batu2 besar itu sampai bila-bila pun".

Sekarang, kita kena memikirkan apakah batu besar dalam kehidupan kita? Sebagai contoh batu besar itu seperti tanggungjawab kita kepada Allah seperti sembahyang, menjaga syariat, akidah, akhlak, menjaga keluarga, mengejar cita2, dan meneruskan pencapaian matlamat hidup.

Batu2 kecil dan pasir itu pula ibarat perkara2 lain yg biasa kita lakukan dalan kehidupan kita bersama rakan2 dan keluarga. Sebagai contoh beriadah, keluar bersama rakan2, pergi menonton wayang, KAROK bersama2 dll.hehe..:P

Tiba2 seorang drpd. mereka bangun dan bertanya, "Apakah pulak maksud secawan kopi itu?". Pakar itu menjawab, "Walau sesibuk mana pun kamu, walau sepenuh mana pun jadual kerja kamu, luangkan sedikit masa untuk pergi minum kopi bersama2 dgn kawan2 kamu"…


p/s- sbgai satu contoh..g minum di tgh2 mlm kat kedai mamak smbil pekena roti telur.....hee~>.sapa setuju angkat tangan..:P
- ada sahabat bgtau, ada kucing tido atas motor aku...hee~..apakah maksudnya?..:P