Wednesday, March 23, 2011

Sharing is caring....(^_^)

Salam..

hurm..ari ni, seperti biasa lepas solat asar berjemaah(inilah istimewanya company ni, solat zohor dan asar dimestikan berjemaah)..lepas asar lak, akan diadakan tazkirah ringkas yg akan disempaikan bergilir2..nmun org dr department yg sepatutnya tiada kerna ada urusan keje di luar..jdnya terpaksa la mencari penganti..hehe..aku seperti biasa akan menginjak kebelakang n tunduk bawah(salah satu tektik yg biasa digunakan.haha..)..jadinya seperti biasa nama staff2 yg hebat pasti akan disebut2 tuk kedepan kasi tazkirah..akhirnya ustaz Zulhelmi diminta kedpn tuk beri pengisian..


Tazkirahnya yg dismpaikan olehnya amatlah ringkas tetapi padat dgn maksud yg mendalam... Beliau berkongsi satu ayat al-quran dr surah al-Hujurat, ayat 6

"Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.” (Surah al-Hujurat, ayat 6).

Apa yg beliau nak kaitkan adalah mengenai situasi di Malaysia skrg ni yg agak panas dgn beberapa isu...Beliau juga berkongsi satu kisah mengenai bagaimana ayat di atas di turunkan..dmana ada salah seorg sahabat Rasullullah yg diminta utk mengutip zakat di satu kabilah. Namun apabila beliau smpai di kawasan kabilah tersebut, dia melihat begitu ramai org seoalah2 mahu dtg menyerbu dan menyerang dia, sedangakn kabilah itu sebenarnya ingin menyebutnya dengan meriah. Dan disebabkan itu, dia lari kembali ke berjumpa Rasullullah dan mengadukan hal tersebut. Maka disiapkan oleh Rasullullah satu bala tentera utk menyerang kabilah tersebut. Maka bergerak la Rasullullah dan bala tentera ke tempat kabilah tersebut. namun sblum menyerang, rasullullah mengarahkan beberapa org utk pergi mengintip terlebih dahulu dan dikala itu sudahpun masuk waktu subuh. Dan dilihat oleh pengintip tersebut org2 di situ bersolat subuh berjemaah. Maka pulangla mereka menceritakan perkara itu kepada Rasullullah. Maka selepas itu diturunkan ayat di atas untuk pengajaran dr kisah yg berlaku itu..


hurm...ustaz tidak mengulas panjang namun apa yg dia highlightkan adalah meminta kita supaya berjaga2 dan berhati2 dgn apa2 berita yg dismpaikan sekalipun. Kaji dan siasat kesahihan berita itu terlebih dahulu. Hurm..inilah sedikit sbyk yg dpt aku kongsikan..Wallahualam..


p/s- ikutkan byk tazkirah2 menarik yg lepas nk dikongsikan, tp lupa lak..hehe..takpa, mgkin tazkirah2 akan dtng lak..hehe..:D


Sunday, March 20, 2011

Keje..ooohh..keje...

Salam...
aloo pembaca2 blogku (hahah..mcm ada org baca ja kan..dah la malas nk update..hehe..:P)..saja ja tetiba rajin nk update..hikhik..kisahnya bermula apabila ketika ku sedang dalam proses nk tido..:P


Tiba2 ku terfikir...................

Hurm..sedar x sedar dh 3 mggu aku keje..haha..walaupun hakikat sbnarnya hanyalah intership..tp kira keje gak la kan..hehe..:D..apa yg bole aku katakan, aku amat2lah bersyukur kepada-Nya kerna memberi peluang tuk aku membuat practikal di situ..tp post kli ni bukan la aku nk citakan pasal tempat aku practikal skrg ni, mgkin lain kali aku cita..tp sja nk imbau zaman aku wat practikal masa diploma n keje2 yg penah aku buat..hee~

Masa aku form 2 dlu, aku pernah keje sbgai penghantar surat khabar dari umah ke umah. Aku sek ptg, so di pagi hari aku keje la. Ada la dlm beberapa bulan aku keje. Kenangan2, tu la pekerjaan yg 1st aku buat.. Tiap2 pagi aku kena antar seawal 6.30pgi, naik moto bapak aku. Antara pengalaman yg aku x leh lupa, ada satu umah yg aku nk baling paper tu ada anjing besar dlm tu..masa aku smpai ja umah tu, anjing tu dok nyalak2..tension tul aku. geram punya pasal, paper yg aku lipat n ikat dgn getah aku baling kat kepala anjing tu..hahah..esok nya aku kena marah dgn bos aku sbb tuan umah tu buat report plak. upanya paper yg aku baling tu, abis koyak kena gigit ngan anjing tu..ahaks..Satu lgik, dalam aku dok baling2 paper ke umah2, tanpa disedari rupanya aku terkuat baling smpai paper tu lepas atas bumbung. haha..terpaksa la aku ganti paper baru kat tuan umah tu..hehe..


Hurm..lepas SPM lak aku keje sekejap jd pembancuh air kat kedai kakak sedara aku. tp keje ni xda apa yg aku bole kongsikan..sbb biasa2 ja. Amik order, bancuh air pastu kasi kat org yg order..:D

Masa diploma lak, 1st aku wat intern kat satu company kat area Bandar Hilir Melaka ada dlm 2 mggu, tp aku kuar sbb diorg x kasi aku solat masa wat keje..huhu..em..than aku masuk TM Net Melaka. Kat sini aku dok kat Sales n Marketing Dep. tp dlm masa yg sama aku tlg2 bhgian technical dep gak..hurm..mcm2 keje aku buat, jd salesman jual streamyx kat Mahkota Prade.. satu hari aku dok wat sales tu satu pun x dpt customer..haha..bru la aku tau mcm mana perasaan salesman bila kita jual org x layan..hehe..:P...em..klu aku dok office lak selalunya wat keje2 office. Taip2 surat la, kemas dokumen n lain2 lgik..kadang2 aku kena angkat call, tp yg aku tension klu customer nk complain dgn marah2..adeh tension tul, tp bru la aku paham perasaan mcm mana perasaan bila kena marah n complain2..hehe..:P..kadang2 aku follow manager aku g meeting kat Seremban..hee~..Yg best klu ada TM Melaka(Skrg dh x da dh team ni) lawan bola, kitaorg diwajibkan pergi ke stadium(masuk free jaa..wee) tuk kasi sokongan kat TM Melaka.:D..klu tuk technical dep lak aku selalu follow technician aku kuar g umah2 yg ada problem ngan streamyx.:D..

Em..hehe.itu la sedikit sbyk pengalaman aku yg dpt dikongsikan..bak kata Ameng Spring dlm lirik salah satu lagunya "Pengalaman telah mendewasakan Memantangkan fikiran "..hehe..ok...daa dii duuu...mau tido dah..hehe..


Wassalam..