Thursday, December 4, 2008

Luahan seorang Sahabat..


Salam..

Sahabat
Sesekali jadilah Sahabat yang mendengar
dari yang hanya bercerita.
Ambillah masa untuk memahami hati
dan perasaan Sahabat.


Kerana dia juga seorang manusia.
dia juga ada rasa takut,
Ada rasa bimbang, sedih dan kecewa.
Dia juga ada kelemahan dan
dia juga perlukan sahabat sebagai kekuatan.




~gambar ini hanyalah sekadar hiasan.~

Jadilah kita sahabatnya itu,
yang selalu inginkan melihat dia ketawa,
gembira selalu tetapi
Mungkin kita selalu melihat dia ketawa,
tapi mungkin sebenarnya
dia tidak setabah yang kita sangka.


Di sebalik senyumannya itu,
mungkin banyak cerita sedih
yang ingin diluahkan.
Di sebalik ketenangannya,
mungkin tersimpan
seribu kekalutan.


Kita tidak tahu....tetapi
jika kita cuba
Jadi sahabat seperti dia
mungkin kita akan tahu.




p/s-Sahabat yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami. Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah 'ia' datang.

p/s-Semua



~Aku skrg ni sedang berada di dunia baru. Menjadi penghuni hostel untuk memulakan cara hidup yg baru kerna mgkin dgn ini aku bole mengubahku menjadi seseorg lebih baik dr sebelumnya..Kepada sahabat2ku yg berada di rumah itu, aku memohon maaf jika ada salah n silapku selama ini. Halalkan makan minum aku selama aku berada di rumah tuu.

~Kepada member2 yg berada di sekelilingku, jgnlah korang berfikiran -ve di atas perpindahanku ini. Tiada apa2 masalah yg timbul, sekadar aku ingin mengubah angin dan atas masalah peribadi. Tiada kena mengena dgn apa yg sedang ramai katakan skrg ni.

~Klu ada sebarang pertanyaan bole la tya terus kepadaku, jgn hanya mendengar cerita dr org lain dan terus sampaikan kpd org lain kerna itu pasti akan berlakunya percanggahan cerita..

~Sekian terima kasih....

0 bunyi meow: