Thursday, September 3, 2009

Lawak Bulan Ramadan

Salam....

Kisah Masjid Sujud



"Lepas basuh pinggan, ikut Abah pergi masjid" kata Abah separuh memerintah.

Aku memandang kepada Emak. Emak angguk sahaja. Maksudnya emak mahu aku ikut Abah solat subuh ke masjid. Jangan melawan.

Nampaknya, aku kena batalkan niat untuk sambung tarik gebar selepas kenyang bersahur.

Aku bonceng di belakang. Kami tidak pakai helmet. Kopiah sahaja.

Ganjil. Dalam cahaya suram menjelang subuh, aku lihat kubah masjid berada di tanah. Bukan di bumbung masjid. Ajaib.

Abah macam tidak nampak keganjilan itu. Aku cuit bahu dia dan tunjukkan ke arah kubah yang berada di tanah. Mungkin kubah itu tengah sujud fikir aku.

"Kenapa?" tanya Abah.

"Lailatulqadar" kata aku dengan jari masih menunjuk kepada kubah.

"Kepala otak engkau. Berapa lama engkau tak ke masjid?"

Tidak pasal-pasal aku kena marah. Rosak pengalaman suci aku ini.

"Diorang tengah renovate masjid la. Bumbung masjid bocor.. pasal tu kubah tu dorg angkat letak kat tanah.. haiihhh," sambung Abah memaki lagi

heheheh...


6 bunyi meow:

linaBaGai said...

hahahahahaha!... dok laloq2 baru bgn tido... skali baca blog zack terus tergelak kuat... lawak2... ermmm ni kesah zack baru blk perak aritu ka? hahahahahaha!

ZaCKuaL said...

hahahhaa...:P..xda la..dpt dr email..hee~:D

aNfaLafNa said...

haha lawak2~

p/s: dr email eyh?sbb baru jugak bace nie dr bl0g org laen :p

ZaCKuaL said...

lafna - a ah..sy dpt dr email yahoogroup..hehe..

p/s - owh..blog sapa tuu?..hee~

buzzy said...

dah bertahun yop lawak ni..hihihi
kalo nak nampak lain,masuk kan karakter kawan2 dlm citer ni.sure org tak perasan..hihihi

dah2,gi study..men tenet je keje :P

ZaCKuaL said...

hahah..aku bru dpt ja email ni..