Sunday, March 29, 2009

Hatiku Sebesar Cawan




" Aduhai, kenapakah hidup aku selalu dirundung malang begini..? " lelaki itu berkeluh-kesah. Selama hidupnya, dia tak pernah merasakan ketenangan yang sebenar. Hatinya tidak pernah sepi daripada merasakan kerisauan. Fikirnya, tuhan tidak pernah sudi meminjamkan kedamaian hati padanya. Dia sangat cemburu apabila memandang sekeliling. Mereka bebas ketawa dan mudah tersenyum. Tapi dia? Dia hanya mampu tenggelam dalam dunia sepi dan resahnya sendiri.

Hatinya tidak mampu mengisi segala masalah yang menghimpit jiwanya. Lalu, selepas lelah dan puas berfikir, suatu hari dia melangkah longlai menuju ke hujung kampung. Niat hatinya, ingin menemui seorang lelaki tua. Saban hari, wajah lelaki tua itu sentiasa basah dan sejuk. Damai sentiasa bertamu diwajahnya. Dia ingin sekali meminta rahsia, " bagaimanakah boleh ku nikmati hidup begitu juga? " . Lalu, dia terus berperi kepada lelaki tua tersebut.

Masalah keluh kesah dan kerisauannya didengari lelaki tua itu sambil tersenyum. Lalu mengajak lelaki itu ke suatu tempat iaitu ke tepi sebuah kolam yang besar sambil membawa sebiji cawan dan dua bungkus garam. Lelaki itu mengikut, walaupun hatinya sedikit hairan.

" Anak muda... " lelaki tua itu bersuara .

" Ambillah cawan ini, isikanlah air dan masukkanlah sebungkus garam. " ujarnya lagi. Lelaki itu yang dalam kebingungan hanya menurut. Cawan diambil...air diisi...dan garam dimasukkan. Kemudian lelaki tua itu berkata lagi.

" Sekarang kamu minumlah air tersebut ". Dalam bingung yang masih bersisa, lelaki itu mengikut kata lelaki tua itu.

" Apa rasanya? ", tanya lelaki tua itu apabila melihat kerutan di dahi lelaki tersebut.

" Masin! " lelaki tua itu tersenyum lagi.

" Sekarang, kamu masukkan pula sebungkus garam ini ke dalam kolam itu, dan kamu hiruplah airnya. "

Lelaki tua itu menunjukkan arah ke kolam. Sekali lagi lelaki itu hanya mengikut tanpa menyoal. Air di cedok dengan kedua belah tapak tangan dan dihirup.

" Apa rasanya, anakku? " soal lelaki tua itu.

" Tawar, tidak masin seperti tadi ", lelaki muda itu menjawab sambil mengelap mulut.

" Anakku, adakah kamu memahami kenapa aku meminta kemu berbuat begitu tadi? " tanya lelaki tua itu, sambil memandang tepat ke arah lelaki tersebut. Lelaki itu hanya menggeleng. Lelaki tua itu menepuk-nepuk bahu lelaki tersebut.

" Anakku, beginilah perumpamaan kita dan masalah. Garam itu umpama masalah. Cawan dan kolam umpama hati kita. Setiap orang mempunyai masalah, ditimpa masalah, dan diuji dengan masalah. Tetapi, kalau hati kita sebesar cawan, maka kita akan merasai masinnya masalah itu, pedihnya hati kita dan keluh kesahnya kita.Tetapi kalau hati kita sebesar kolam, masalah tidak akan mengganggu kita. Kita masih boleh tersenyum, sebab kita akan mengerti masalah bukan hadir untuk menyusahkan kita. Masalah dianugerahkan untuk kita berfikir, untuk kita muhasabah diri. Masalah dan ujian akan memberi hikmah kepada kita.Anakku, itulah rahsiaku. Aku sentiasa berlapang dada, aku sentiasa membesarkan jiwaku, supaya aku boleh berfikir tentang perkara-perkara lain dan masih boleh memberi kebahagiaan padaku. Aku tidak akan sesekali membiarkan hatiku kecil seperti cawan, sehingga aku tidak mampu menanggung diriku sendiri " .



Maka, pada petang itu. lelaki itu pulang dengan senyuman yang terukir di bibir. Dalam hati, dia berjanji, akan sentiasa membesarkan jiwa dan berlapang dada! Moral: Sahabat sekalian, jangan lah membiarkan kita lemas dalam masalah tetapi nikmatilah masalah itu. Sesungguhnya ada hikmah disebaliknya.

-Petikan ini diambil dr kelakarnya@y!group utk dikongsi bersama.:D.. Senyum-senyum selalu=), Ceria-ceria selalu =D.

Sunday, March 22, 2009

Kucing Kelabu...-The Story



Salam....em..kali ni aku nk berkongsi satu cerita yg aku dpt dr internet..betul @ tidak kisah ni..wallahualam...tp meh la kita sama2 hayati n pahami apa yg nk disampaikan..


Segelintir manusia berlagak seolah-olah kita saja yang tahu sakit. Manusia saja yang tahu sedih. Hanya manusia yang punya perasaan. Hashim Sudin pun begitu. Baginya cuma manusialah satu-satunya makhluk Tuhan yang punya akal dan jiwa.

Binatang pun tahu sakit? Ha ha ha, apa dia kisah. Binatang pun tahu sedih? Pergi lantak. Binatang ada perasaan? Aaahh… pergi jahanam, apa Hashim kisah. Dalam hal ini hatinya sepanas api, hinggalah…

Sudah banyak hari kucing kelabu itu merayau-rayau di rumah kami di Kampung Bunga Emas Timur, Simpang Empat, Perlis. Bila isteri saya, Manis Ibrahim memberinya makan, makin manja pula kucing itu, seolah-olah rumah ini rumahnya dan kami ini tuannya. Nak kena kucing ni…!

Saya tanya Manis ‘kucing siapa ni?’ Jawab Manis, ‘tak tau. Kucing terbiar’.

Saya sumbatkan kucing jantan lebih kurang setahun setengah usianya itu ke dalam karung guni, buang di Sungai Padang, empat kilometer dari rumah kami. Hah, tempat engkau kat sini, bukan di rumah aku. Jangan nak menyusahkan kami, saya berkata dalam hati.

Biar padan muka engkau. Kencing sana, kencing sini, sekarang rasakan. Kau nampak kaki aku ni? Kalau engkau balik, siap…!

Mana saya tak marah, kucing jantan kelabu itu suka kencing dan berak merata-rata. Bila terasa nak kencing, bukan nak turun ke tanah, habis dipancutnya kaki kerusi. Kalau masa itu dia sedang meleset di dinding, alamat dinding itulah yang dipancutnya.

Kalau terasa nak berak atas lantai, di situlah dia melepas. Tau-tau rumah dah busuk. Bila cari, nampaklah selonggok najisnya atas kerusi. Geram, geram betul saya dibuatnya. Puas sudah saya pukul buntutnya tapi sudah dasar binatang, bukan reti bahasa.

Hah, sekarang rasakan. Kencinglah mana engkau suka. Beraklah mana tergerak. Carilah makan sendiri. Kalau tak makan, itu kau punya pasal. Nak mati pun tak apa, saya menyumpah-nyumpah sambil menunggang motosikal pulang.

Tiga bulan kemudian, saya terkejut. Eh, kucing kelabu ni balik semula! Darah saya dah menyirap. Tangan dan kaki saya ni mula nak berjalan.

Saya ingat bila dah kena buang, kucing itu berubahlah perangai sikit. Rupa-rupanya sama juga. Isteri saya membebel kerana penat membasuh kain baju yang dikencing si kucing kelabu itu. Lantai, dinding, kerusi meja dan pinggan mangkuk perlu dicuci akibat dipancut si kelabu. Dia berak di atas lantai.

Saya ni panas darah. Lalu saya humban kucing bedebah itu ke Long Boh, lima kilometer dari rumah. Baru puas hati. Pergi lantak, nak makan ke tak makan, apa saya peduli. Nak hidup ke, mati ke, itu dia punya pasal. Saya dah tak mahu tengok lagi kucing itu. Saya tak humban dalam sungai pun dah cukup baik.

Suatu malam dua tiga bulan kemudian, Manis berbisik dengan saya ‘bang, kucing tu baliklah’. Dia balik semula? Memang nak nahas. Siap kau, kalau aku dapat, patah riuk aku kerjakan.

Kata manis, sudah dua malam kucing kelabu itu mengintai dari celah pintu dapur. Tapi bila didekati, kucing tersebut melarikan diri, hilang dalam gelap. Pada malam ketiga, kami umpankan sepinggan nasi berlauk ikan goring di pelantar. Mulai malam itu kami memeliharanya sekali lagi.

Tapi sudah dasar kucing tak sedar diuntung, dinding rumah kami dipancutnya lagi. Lantai rumah penuh dengan najisnya! Jawabnya kena penendanglah kucing kelabu itu. Saya libas dengan penyapu, saya sepak, saya hambat…

Suatu pagi selepas berkali-kali dibuang tapi balik semula ke rumah kami, saya jinjing kucing tersebut ke tepi parit. Saya campakkan ia ke tanah dan IIAAYYAAHHH… dengan sekuat-kuat hati dan sepenuh tenaga saya hayun beluti 3’ X 2’.

PPUUUKKKK!!!

Kena tepat ke tengah belakang kucing itu. Dengan sekelai hempuk, kucing kelabu itu menggeletik. Ia menggelupur dengan mata terbelalak. Mulutnya menganga luas namun tiada suara yang kedengaran.

Ha ha ha… padan muka engkau. Puas hati saya bila lihat kakinya terkedang-kedang kesakitan. Sambil menahan nafas yang tutun naik, saya tersenyum lega. Memang, memang saya pukul dengan satu tujuan; biar ia mati. Saya tak mahu tengok kucing bedebah tu lagi.

Saya ketawa di dalam hati. Biar patah tulang belakangnya. Biar pecah perutnya. Biar putus urat sarafnya. Mati lagi bagus.

Kucing itu sudah melampau sangat sampai belakang saya pun dikencingnya juga. Apa, dia ingat belakang saya ni kayu ke? Tak reti diuntung betul kucing ni. Aku ambil kau dari mati terbiar, ini kau buat pada aku? Hah?

Kucing yang sudah kaku itu saya buang jauh-jauh. Fuuuhhh… lega betul perasaan saya. Kini saya tak perlu risau lagi kaki dan belakang saya dikencingkannya. Manis pula tak perlu bersungut-sungut penat asyik membasuh rumah, baju dan pinggan mangkuk yang diberak dan dipancut kucing kelabu itu.

Tapi lima enam hari kemudian sewaktu membuka pintu untuk ke belakang, saya tergamam. Dada saya serta-merta sebak sejurus terpandang kucing kelabu itu tercatuk atas tangga memerhatikan saya tanpa berkelip.

Kau masih hidup Kelabu?

Melihat matanya yang sayu, dan mengiau-ngiau dengan suara yang lembut, kaki saya menggeletar. Saya terus menutup muka, mengempang air mata yang berjuraian turun tanpa dapat disekat-sekat lagi.

Ya Allah… apa yang telah aku lakukan? Alangkah kejamnya aku, alangkah kejamnya akuuuuu!!

Saya menjerit di dalam hati. Saya menangis, menyesali kekejaman lalu. Saya meraung, malu. Malu kerana telah bertindak tanpa peri kemanusiaan. Kaki saya longlai, saya terduduk di muka pintu, terus menutup muka dan pejamkan mata yang terus-menerus basah dengan air mata.

Kucing kelabu itu tidak berganjak. Ia memandang saya tanpa berkelip. Beberapa kali ia mengiau dan menggesel-geselkan badan ke kaki saya.

Apabila perasaan kembali reda, saya rangkul kucing kelabu itu dan menciumnya. Saya lurut bulunya dengan penuh kasih sayang. Sambil membelek-belek belakangnya yang telah saya hentak dengan beluti, saya berkata di dalam hati, ‘maafkan aku. Maafkan aku, maafkan akuuuuu!’ berulang kali.

Kucing yang saya sangkakan sudah mati rupa-rupanya masih hidup. Selepas dibelasah dan dibuang jauh-jauh, Manis telah mengambilnya lalu disembunyikan di jelapang, tidak jauh dari rumah kami. Dia tidak mahu saya jumpa kucing kelabu itu dan membelasahnya lagi. Disapukannya ubat dan diberi makan hingga kucing itu bertenaga semula.

Kata Manis, sebaik terdengar bunyi enjin motosikal saya, kucing itu itu terjun dari jelapang lalu berlari mengejar. Malangnya ia terlambat, saya sudah terlebih dahulu masuk ke dalam rumah. Kucing itu duduk di atas tangga tidak bergerak-gerak, seolah-olah rindu sangat hendak bertemu dengan saya. Dan kebetulan, seminit dua kemudian saya membuka pintu.

Sebaik mendengar cerita isteri saya itu, saya menangis sekali lagi. Saya akui, ia memang manja. Sejak dulu apabila dengar bunyi enjin motosikal saya, ia akan terjun dari rumah dan berlari ke tengah jalan. Kemudian ia berlari-lari mengejar motosikal saya masuk ke halaman, seterusnya menggesel-geselkan badan ke kaki saya dengan manja.

Ia begitu sayangkan saya, tapi…? Ya Allah, kenapalah aku begitu kejam?

Kenapa???

Segala kekejaman saya kepadanya, juga kekejaman kepada binatang-binatang lain yang pernah saya belasah, saya bunuh dan saya jahit punggungnya, datang bertalu-talu ke kotak fikiran. Saya menangis lagi menyesali kesilapan diri.

Mulai hari itu, kami memelihara kucing kelabu itu dengan penuh kasih sayang. Malangnya, ia masih seperti dulu dan sebulan kemudian, ia menghilangkan diri selepas dikuis oleh isteri saya dengan penyapu.

Bukanlah tujuan Manis hendak memukulnya, tapi disebabkan geli kucing tersebut menggesel-gesel ke kakinya, Manis mengangkat penyapu serta mengacah-acah hendak membelasah.

Mungkin kerana takut, si kelabu melarikan diri. Hari demi hari kami menunggu kepulangannya, tapi bayangnya langsung tak kelihatan. Stiap kali ternampak kucing di tengah jalan, hati saya melompat riang. Jangan-jangan kelabu? Tapi hampa.

Di saat bersendirian, saya tertanya-tanya; hidupkah dia? Dah makankah dia? Bila hujan turun, saya terfikir, di manalah agaknya si kelabu tidur.

Berbulan-bulan menanti, akhirnya saya andaikan kucing kelabu itu takkan pulang lagi. Ia sudah merajuk. Mungkin sudah jumpa tuan yang lebih baik. Mungkin juga sudah mati dilanggar kereta.

Setahun lebih kemudian, sewaktu Manis sedang tekun menanam padi, dia terkejut melihat kucing kelabu itu berdiri di tepi bendang, memandangnya dengan sayu. Badannya kurus, bulunya cocmot.

Manis dekati kucing kelabu itu. Kesian, badannya bengkak, mungkin dipukul orang. Selepas beberapa ketika memandang Manis, ia berjalan perlahan-lahan menuju ke rumah kami.

Sepuluh minit kemudian, kucing kelabu itu berpatah balik dan mendekati Manis sekali lagi. Dipandangnya Manis tanpa bergerak-gerak. Beberapa kali ia meleset-lesetkan muka serta badannya ke tangan Manis.

Selepas meninggalkan Manis yang masih terpaku di bendang, kucing itu berhenti melangkah. Ia menoleh ke belakang, memandang isteri saya itu untuk ke sekian kalinya dengan pandangan yang sayu.

Beberapa saat ia begitu sebelum hilang di celah-celah rimbunan padi. Ia tidak ditemui sehingga kini.

Kekesalan masih berbekas di hati saya biarpun sudah 40 tahun peristiwa itu berlalu. Seandainya masa boleh diundur, akan saya jaga kucing kelabu itu dengan penuh kasih sayang. Kelabu, maafkan kami.

Sesungguhnya ia telah mengajar saya erti perikemanusiaan, bahawa haiwan juga punya hati dan perasaan…


p/s- hukhuk..hampir mengalir air mata ketika membaca kisah ni..=(..




Wednesday, March 11, 2009

JOm LaYaN....

Salam....

Ari ni aku sgt2 la pening n skit palaa..(aattoii..kit pala)..so nk hilangkan kedua2 nya aku pun layan la video2 ni..hikhik..moga2 korang pun dpt hilang skit pala gak dgn layan video ni..:D.


Funny Cat

video

CrazyHandExpressions!!
video



Crazy With XBox
video

Hik2x..harap2 pd sapa2 yg lepas layan video ni x la jdi crazy lak ye.Senyum-Senyum Selalu :), Ceria-Ceria Selalu :D, .ngee~..ok..bye2x...


Tuesday, March 10, 2009

Picnic BE @ Sepang Gold Coust

Salam....

Em..alhamdulillah...Kli ni aku nk ceritakan pasal Picnic BE at Sepang Gold Coust..Em..sblum korang baca entri kali..diharap korang semua bersedia dgn segala kemungkinan yg akan korang baca nanti..hikhik...kerna ianya mgkin membuat korang ketawa @pun geram @pun tension @pun apa2 ja laaa yeeeeee.



Hari sabtu, aku join picnik tuk menghargai komiti 5 Tips yg dianjurkan oleh BE di Goldcoust Sepang. Bdk laki adalah lebih kurang 9 org(Aku, razak,Dato'K, shah putih, ostaz kair,zulfadly n 3 org bdk BE iaitu syazli, paan n joka.).. Ni la 1st time aku g sana dan salah satu sbb aku nk join program ni. Aku ni bile dgr program tepi pantai, mmg nk join tp bukan la aku ni suka mandi air laut cuma suka nk lepak2 tepi pantai smbil menikmati keindahan alam. Terus terang, aku kureng skit bila nk mandi air laut ni(mgkin sbb aku dah bosan kot.hehe..=P), namun jikalau mandi air sungai @ air terjun tanpa diajak aku akan terus terjun.hehhe..


Smpai ja, sementera nk tggu shah putih smpai, hujan turun kejap yg menyebabkan kami semua menumpang di kedai2 makan yg ada kat situ..Kejap ja hujan turun, lepas tu seperti biasa, aku ni bila smpai tepi pantai akan duduk lepak2 dulu smbil lihat keadaan skliling. Pantai di sini x la menarik sgt sbb pasirnya campur2 ngan selut skit. Tetapi selalunya pantai cm ni la paling best klu nk tangkap ketam..sbb byk ketam2 kecil yg bermain kat kawasan2 pantai cm ni.. Bdk2 lain dah start ronda2 tepi pantai dah, lebih2 si Razak yg sememamngnya akan melakukan 1st xtvtnya iaitu termenung memikirkan masalah ummat...hikhik.. Lebih kurang 10minit duduk lepak2, aku pun memulakan perjalanan di tepi pantai. Mission aku kali nk menangkap ketam2 di sini..yeaahhh..bersiap sedia la wahai ketam2 disini..wahahah....Ketam kat sini lain sikit dr ketam2 kat tempat aku. Ketam kat tempat aku dr jenis yg ada sepit besar. Mmg besar....kadang2 lgi besar dr badan dia...tp ketam kat sini jenis yg kecil2x ja..smbil dok tangkap ketam2 kecil tu tiba2 aku nampak ketam yg agak besar la sedang cuba melarikan diri masuk kedlm tanah..yyeeaahh...anda x mgkin dpt melarikan diriku ini kerna aku sememangnya penangkap ketam yg hebat..kuikuik..


Lebih kurang kul 12 tgh ari aku bergerak ke tempat lepak..Nampaknya time tuk makan..nyum2x...ngee~..SATE KAJANG 500cucuk..wahaha..byyykkknnyyaaa..Tp sblum tu ada sedikit taaruf, tazkirah dr Razak dan game taaruf. Maka adegan melantak sate n nasi sambal udang pun berlaku selepas ituu...Pelbagai aksi @ skill makan ada..haha..Ostad Kaer smpai terlentuk kekenyangan..ngee~



Lepas makan g solat zohor, pastu bru start game tepi pantai bermula.jeng..jeng...Game yg 1st adalah galah panjang..hikhik..dah lama x main benda ni..ahaks..aku satu team ngan Razak, Dato'K n Paan.ahha. lawan dgn team shah putih yg satu team dgn ustaz khair, syazli n joka.Zulfadhly menjd pengadil yg selalu di bantah keputusan dan arahannya(hikhik..cian kat zul kena buli ja.ahaks).mmg kelakar abis arr..


Ostaz Kaer Putih n Shah Putih sedang merancang strategi dan teknik yg perlu digunakan smbil diperhatikan oleh pengadil yg x berjaya merungkap misteri yg sedang berlaku dihadapannya.


Oiiitt..jaga mamat ni..dia dah nk menyerang tuuu...


"Pengadil.. diorg main tipu!!!"-joka
"Em..jap2x...misteri tul la masalah nii..hukhuk."-zul


Start dgn team shah putih menjadi penyerang, team razak jadi penjaga line.Mcm2 skill mengelak n cara menangkap yg dikeluarkan..wahaha..Shah putih n ustaz khair putih bergabung tenaga dgn teknik "Silauan Cinta Kain Putih" utk mengalahkan team kami. Tp sememangnya kami sudah menjangkakan teknik itu, maka si Razak n Dato'K bergabung utk menghasilkan teknik "Bayangan Gurauan". Maka satu pertarungan yg hebat pun berlaku..Aku hanya mampu melihat, Sementara paan hanya mampu menjerit memberi sokongan.hahaah.. smpai terlupa ada ahli team yg lain sedang membolosi bentang pertahanan kami. Akhir kemenangan pertama memihak kpd mereka. Ciiiss..xpa2..Tuk round ke2, team mereka dpt dikalah setelah menggunakan teknik pukauan "Umpama Mimpi dlm Mimpi" yg menyebabkan mereka leka seketika..hahah..dan kami berjaya menangkap "ibu" mereka iaitu shah putih. Zul sbgai pengadil x mampu membuat apa2 selain dr melihat dgn kemisterian.hahaa..


Sedikit sebanyak sedutan semasa pertarungan hebat ituu...

Disebabkan pertarungan yg agak hebat td, maka shah putih n razak dah malas nk main galah panjang kerna terlampau penat, tp nk main teng2x plak. So terjadi adegan gaya lompatan yg hebat di antara kami(3 org ja, yg lain x minat nk main). Razak dgn teknik lompatan "Kian" utk melompat dgn lebih jauh sehingga terlajat dr landasan.hikhik..sementara shah puth dgn teknik " Takdir Dan Waktu" yg menyebabkan lompatannya melebihi dr waktu(ada masa ka main benda ni,hehhee) yg telah dibenarkan oleh kitaorg. Sedangkan aku hanya mampu menggunakan teknik "Melompat Lebih Tinggi" hinggakan lompatan melebihi dr yg sepatutnya..whahaha...Akhirnya terpaksa la zul(kerna dah x tahan melihat gaya2 lompatan yg begitu ayu) menghentikan permainan yg hebat ini dgn teknik "Impian Kasih".hikhik...



Maka zul pun mengeluarkan arahan utk main game yg ke2 iaitu "Bola2 Api"...Dlm permainan kali ini menybabkan aku telah terkena balingan bola yg pecah sblum smpai ke tanganku..ahha..abis basah.Sperti biasa, apabila bermain game ni sudah pasti akan berlakunya adegan peperangan di antara peserta.Akhirnya aku berjaya membuat lontaran "Hembusan Kasturi" kpd Ostad khair..yeaahh.Sehingga memaksa zul tuk menghentikan perlawanan tersebut.Namun pengadil juga hampir2 menjadi mangsa dan menyebabkan pengadil mengamuk dan membelasah seorg peserta(gambar bole tgk kat bawah yee.hikhik)..kuikui..Tiba2 hujan turun dgn lebat..maka terhentilah seketika permainan ini kerna semua diminta utk berehat seketika di tempat yg sama cm awal iaitu berteduh di tempat td.



"Apasal ko degil sgt haaaa!!!!!!!"-zul
"Bukan aku degil, tp aku terpaksa berdegil kerna kemisterian ko tuhh!!yg x mampu aku hadapi lagi"-joka




"Yeaahhh...amik kooo.Tendangan Penuh Misteri.."-zul
"Addduuiiihhh...Sakit Kepalaku..Eh..silap..perutku"-joka

Bila hujan berhenti, kitaorg pun main game yg ke3 iaitu Tuju Kasut @ Tuju Selipar @ Selipar 3(mcm2 nama panggilan ada tuk permainan ni)..hikhik..permainan masa kecil dulu..mmg best main game ni..last time aku main seingat aku masa g Gua Tempurung X-Challenge yg telah menyebabkan kaki aku terseliuh n berbalut tuk seminggu.haaiihh..Yeaahh..sememangnya pasti terjadi perlawanan yg hebat di antara 2 team(team sama cm galah panjang)..Shah Putih dgn teknik hikmat balingan "Lamunan Terhenti" bersama ahli team nya iaitu Ustaz Khair dgn hikmat balingan "Ratu Syahadah" dan juga zulfadly dgn hikmat "Misteri Mimpi Syakilla" pasti bgtu merbahaya kpd team aku. Namun segalanya team aku telah pun bersedia tuk menghadapinya dgn menggunakan hikmat mengelak "Mata Hati Jiwa". Untuk teknik balingan team kitaorg pun x kurang hebat dgn adanya Razak yg sememangnya terkenal dgn hikmat balingan "Intifada" dan Khalid yg sudah pasti akan mengunakan tekniknya yg paling hebat iaitu hikmat balingan "Memburu Rindu". Pertarungan diantara dua team ni mmg bgtu sengit sehinggakan mampu membuatkan org yg melihat pertarungan ini pasti akan menghadapi keadaan "Lena Diulit Intan". Akhirnya pertarungan ini berakhir tanpa mengetahui sapakah pemenangnya...hukhuk...


Aksi2 semasa pertarungan tuju selipar.

Abis perlawanan tuju selipar tersebut, zul mengeluarkan arahan lgik..kali ni permainan yg lebih misteri lgik iaitu membuat manusia paling panjang skli..haaiihh..cm ner tuh..kami pun mencuba beramai(dua team td kembali bergabung tuk melawan team muslimat) tuk membuat susanan dan jadi paling pnjang skli..Segala hikmat yg ada digabung utk memastikan kejayaan kami, maka terhasil la hikmat "Semangat Zaman". Namu sayangnya kami ditewaskan oleh hikmat "Biarlah Rahsia" dr team muslimat.ngee~(padahal muslimat ramai..mmg menang la diorg..hikhik)..Inilah game yg terakhir kitaorg semua main..


"Wahai syazli,jikalau kamu membeli layang2 ni, nescaya ia akan membawa kamu ke bulan. Percayalah dgn kata2ku ini wahai syazli"-Ostad Kaer Putih
"Ohhh..Benarkah begitu ostad?..Pastinya akanku beli layang2 ini"-Syazli






Selain tu terdapat juga xtvt yg berfaedah yg lain yg dimainkan iaitu main layang2..Khalid dgn rasa comelnya membeli dan bermain layang dtepi pantai smbil berlari keanak2kan..hehe..bersama2 dia juga adalah syazli yg lebih kurang sama cm khalid..hehe..Sementara Si Razak plak bermain tiup buih belon yg bgtu mencabar mindanya kerna bgtu susahnya nk menghasilkan belon dr alat tersebut(betulkah susah??) smbil dibantu oleh shah putih yg turut sama dlm xtvt tiup buih ni...ngee!


"Ostad, terima buih cinta dariku"-razak
"Sudah lamaku nantikannya razak"-Ostad
"Razak,jgnlah ko serahkan cintamu pdnya kerna aku masih setia kpdmu"-Dato'K



Tiga gambar di atas adalah antara adegan cinta di antara razak n ostad.



Lepas tu xtvt penyampaian hadiah, semua org dpt hadiah(mgkin sbb hikmat2 yg dikuarkan bgtu hebat)...yeaahh..hikhik..Lebih kurang kul 6ptg kitaorg bergerak blik ke MMU.:D...huh..ponatnya..mlm ni nk kena g umah abg hairul, pastu esoknya nk kena g PD lak..okey...ini saja tuk entri kali ini..nantikan pula kisah di PD di entri akan datang..ok..bye2x...





p/s-Gambar2 dan komen2 di atas mgkin kelakar dan lawak, namun hakikatnya itulah membuktikan ukhwah dan ikatan persahabatan kami semua.

wassalam