Wednesday, March 23, 2011

Sharing is caring....(^_^)

Salam..

hurm..ari ni, seperti biasa lepas solat asar berjemaah(inilah istimewanya company ni, solat zohor dan asar dimestikan berjemaah)..lepas asar lak, akan diadakan tazkirah ringkas yg akan disempaikan bergilir2..nmun org dr department yg sepatutnya tiada kerna ada urusan keje di luar..jdnya terpaksa la mencari penganti..hehe..aku seperti biasa akan menginjak kebelakang n tunduk bawah(salah satu tektik yg biasa digunakan.haha..)..jadinya seperti biasa nama staff2 yg hebat pasti akan disebut2 tuk kedepan kasi tazkirah..akhirnya ustaz Zulhelmi diminta kedpn tuk beri pengisian..


Tazkirahnya yg dismpaikan olehnya amatlah ringkas tetapi padat dgn maksud yg mendalam... Beliau berkongsi satu ayat al-quran dr surah al-Hujurat, ayat 6

"Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.” (Surah al-Hujurat, ayat 6).

Apa yg beliau nak kaitkan adalah mengenai situasi di Malaysia skrg ni yg agak panas dgn beberapa isu...Beliau juga berkongsi satu kisah mengenai bagaimana ayat di atas di turunkan..dmana ada salah seorg sahabat Rasullullah yg diminta utk mengutip zakat di satu kabilah. Namun apabila beliau smpai di kawasan kabilah tersebut, dia melihat begitu ramai org seoalah2 mahu dtg menyerbu dan menyerang dia, sedangakn kabilah itu sebenarnya ingin menyebutnya dengan meriah. Dan disebabkan itu, dia lari kembali ke berjumpa Rasullullah dan mengadukan hal tersebut. Maka disiapkan oleh Rasullullah satu bala tentera utk menyerang kabilah tersebut. Maka bergerak la Rasullullah dan bala tentera ke tempat kabilah tersebut. namun sblum menyerang, rasullullah mengarahkan beberapa org utk pergi mengintip terlebih dahulu dan dikala itu sudahpun masuk waktu subuh. Dan dilihat oleh pengintip tersebut org2 di situ bersolat subuh berjemaah. Maka pulangla mereka menceritakan perkara itu kepada Rasullullah. Maka selepas itu diturunkan ayat di atas untuk pengajaran dr kisah yg berlaku itu..


hurm...ustaz tidak mengulas panjang namun apa yg dia highlightkan adalah meminta kita supaya berjaga2 dan berhati2 dgn apa2 berita yg dismpaikan sekalipun. Kaji dan siasat kesahihan berita itu terlebih dahulu. Hurm..inilah sedikit sbyk yg dpt aku kongsikan..Wallahualam..


p/s- ikutkan byk tazkirah2 menarik yg lepas nk dikongsikan, tp lupa lak..hehe..takpa, mgkin tazkirah2 akan dtng lak..hehe..:D


6 bunyi meow:

fAizAL(^^,)izWaN said...

si kucing dah tua...sebab tu cepat lupa ;p

p/s: mcm pantun 2kerat je ;p

ZaCKuaL said...

em..

Nak berkata apa2 tak mampu,
Ini saja yangku mampu.

hehhe..

aMeL said...

best2!!

ZaCKuaL said...

ouh..hehe..:D...

fAizAL(^^,)izWaN said...

hahaha
arini pegi bentong...
pantunmu xmasuk langsung!!hahaha ;p

ZaCKuaL said...

hahaha...kecoh arr...