Thursday, July 23, 2009

Mengapa teriak? Hati tidak berjarak...






Pada suatu pagi yang hening, sang guru bertanyakan kepada murid-muridnya:



“Mengapa ketika seseorang sedang dalam keadaan marah, ia akan berbicara dengan suara kuat atau berteriak?”



Seorang murid setelah berfikir cukup lama mengangkat tangan dan menjawab: “Kerana saat seperti itu ia telah hilang sabar, kerana itu ia lalu berteriak.”



Tapi…” Sang guru balik bertanya, “ Lawan bicaranya itu tidak berada jauh dari situ, hanya disisinya sahaja. Mengapa harus berteriak? Adakah ia tidak dapat berbicara baik-baik?”



Hampir semua murid memberikan sejumlah alasan yang pada perkiraan mereka adalah logic. Namun tiada satu pun jawapan yang benar-benar dapat memuaskan hati.



Sang guru lalu berkata: “Ketika dua orang sedang berada dalam situasi kemarahan, jarak kedua-dua hati mereka menjadi amat jauh walau secara fizikalnya mereka begitu dekat. Kerana itu, untuk mencapai jarak yang demikian, mereka harus berteriak.



Namun anehnya, semakin pula mereka menjadi marah dan dengan sendirinya jarak hati yang ada diantara kedua-duanya pun menjadi lebih jauh lagi. Kerana itu mereka terpaksa berteriak lebih keras lagi.” Sang guru menjelaskan dengan lebih lanjut:



“Sebaliknya, apa yang akan terjadi ketika dua orang saling sayang menyayangi? Mereka bukan hanya tidak berteriak, namun ketika mereka berbicara sekalipun, suara yang keluar dari mulut mereka begitu halus dan kecil. Sehalus apa pun, kedua-duanya masih berupaya untuk saling mendengarkannya dengan begitu jelas sekali. Mengapa pula demikian?” Sang guru bertanya sambil memperhatikan para muridnya.



Mereka nampak berfikir dengan serius sekali namun tidak seorang pun yang berani bangkit untuk memberikan jawapan. “ Kerana hati mereka begitu dekat, hati mereka tidak berjarak. Pada akhirnya sepatah kata pun tidak perlu mereka ucapkan. Satu pandangan mata sahaja amatlah cukup untuk membuatkan mereka memahami apa yang ingin disampaikan.” Sang guru masih meneruskan:



“Ketika anda sedang dilanda kemarahan, janganlah hatimu menciptakan jarak. Lebih lagi hendaknya kamu tidak mengucapkan kata-kata yang mendatangkan jarak di antara kamu. Mungkin di saat seperti itu, tidak mengucapkan kata-kata merupakan cara yang bijaksana. Kerana waktu akan membantu anda.”



Kita semua mempunyai jumlah waktu yang sama meskipun kemampuan yang tidak sama. Tetapi orang yang menggunakan waktunya dengan lebih baik, acap kali mengalahkan mereka yang mempunyai kemampuan lebih banyak.



p/s- Adeh~...Janganlah menjadi begitu masin..sehingga orang meludahmu.. Dan janganlah pula jadi terlampau manis, sehingga mereka menelan dirimu begitu saja...hee~

Friday, July 10, 2009

Sebuah Perjalanan...




Wahai diriku dan jua sahabatku,
perjalanan ini,
seumpama di lebuh raya kehidupan.
kamu menuju ke satu tempat penghabisan,
memandu laju kamu memotong tatkala berpeluang,
dan kamu dipotong dalam kesempatan.
kalau memotong jangan megah,
atau menunjuk-nunjuk gagah,
kalau di potong jangan goyah,
kamu bukan lemah,
tetapi kamu dalam keimanan kepada Allah swt.

Pastikan kamu
di lorong yang betul,
hendaklah selalu memandang hadapan,
di samping memandang cermin kiri kanan dan belakang.
perjalanannya adalah tersurat sudah,
ada yang cepat dan jua lambatnya.
kadangkala perjalanan jua ada masalah.
jika kehabisan minyak perlu ditambah,
adakalanya jua tayar pecah.
adakala hujan singgah...
kabus menutup pandangan mata.

Teruskanlah perjalanan
walau sebagaimanapun keadaan,
kelukaan, kedaifan, kelemasan, kebingungan. ..
jangan kau undur ke belakang berputus asa dengan kehidupan.
teruskan...teruskan,
cukuplah Allah yang mengawasi dan melindungimu,
semoga berbahagia di mana saja persinggahannya. ..
kemudian jangan lupa kau perlu teruskan perjalanan semula,
di situ bukanlah pengakhirnya,
kerna perjalananmu masih lagi panjang....
ia di dalam pengetahuan Allah yang maha mengetahui,
berbahagialah dengan perjalanan masing-masing...

aaminnn....


p/s-"Mengkritik tidak bererti menentang, Menyetujui tidak semestinya menyokong, Menegur tidak bermakna membenci dan berbeza pendapat adalah satu rahmat."..jgn cepat melatah.....

Thursday, June 25, 2009

Kenapa??....

Salam....






Kenapa??..

Dlm sedar x sedar upanya dah dekat 2 mggu sem bru dah start..em..namun apa yg dirasakan sem ni adalah berbeza dari apa yg aku lalui di sem sblum ni..ntah kenapa..aku rasakan seolah2 berada di tempat yg baru..huuu~ Hampir kesemua rutin harianku dah berubah menjadi lain..

Kenapa??
Ketika tgh hari dah x da sms "Oit, dah makan ka?".."HB2 jom"..skrg hampir kbykkan makan tgh hariku adalah didlm bilik..hukhuk..apakah sudah bermulanya hidupku yg selalu disebut oleh member2 sekeliling "X da life arr"..

Kenapa??
Ketika membaca status ym seseorg dah x da org yg akan mereply kepadaku untuk mengusik seseorg yg berkaitan yg membuat status itu. Apakah sudah bermulanya hidupku hanya tertumpu pd sesuatu yg rutin sahaja?

Kenapa??
Ketikaku berjalan hendak ke surau ketika waktu maghrib dah x da org yg akanku selisih di tgh2 jln smbil mengangkat penumbuk kepadanya. Apakah bermulanya kehidupanku berjalan keseorangan??

Kenapa??
Sudah tidak ada sebutan abg hensom yg selalu ku sebutkan untuk menegur seseorg...Apakah sudah hilang manusia2 yg selalu disekelillingku?

Kenapa??
ketika berAMM, mamak2 dah x berkerumun ramai2 dimeja utk mengambil order smbil bertegur sapa..Apakah sudah tiada org yg sama didlm AMM?

Kenapa??
Dah x da sms "zack, sainkan utk aku" ketika dikelas waktu pagi.. Apakah semua org dah rajin g class??

Kenapa??
Tiada lgik kedengaran gelak ketawa n sembang2(@gosip2) di bahagian muslimat di surau...Apakah sudah tiada lgik gossip2 yg best??

Kenapa??
Semuanya menjadi tidak sama...huu~

Kenapa??
Ini semua berlaku....huurrmm..inlah yg dikatakan perpisahan sementara..hahah..Semoga Berjumpa lgik...:D..


~Step forward..! jgn toleh kebelakang.. ... Anggap ini satu coretan

utk di buat kenangan... Yg lalu tetap berlalu.. Ia tetap menjadi

*igauan*.. Walau sudah lame ia pergi.... ~
(^_^)


P/s:-
~Baru2 ni berAMM bersama2 sperti biasa dgn adanya bbrapa muka2 baru.. Ada bbrapa org yg dah nampak mgkin akan menjadi watak2 sebelum ni..ngee~ Mgkin awal lgik, bdk2 ni masih malu2 utk tunjukkan belangnya....X gitu Ostad Kaer??
~Heheh..entri ni sekadar luahan ketika bosan2x..hikhik..:P..

Thursday, May 28, 2009

Sejenak mengimbau kembali.....

Salam...

Em..dah lama rasanya aku x update blog ni..hukhuk..kali ni nya entri x da pa2 pun..saja nk mengimbau kenangan masa kat melaka dulu..tiba2 ja teringat kenangan ketika join IU melaka dulu..:D..tp x da pa2 nk ceritakan cuma skdar gambar yg diletakkan yang akan memberi seribu satu maksud dan kenangan yg tersimpan.:)..


04/05


Biro Akademik 04/05


IU dinner 05


Mukhayam 05

05/06


Tanzim IU 05/06


BSR 05/06-Muslimin


BSR 05/06-Muslimat


Kuparoh



Sedikit sedutan..



Lepas jualan KKB..:D.


Mukhayam 06

X banyak gambar n video yg ada sbb hilang..waaa..sedihnya..ni pun amik dr cd yg dpat masa IU dinner 05 n 06 nya..:(..

tp x pa la..segalanya pasti akan terus segar dingatan diriku ini...:D...

p/s- Tiba2 byk lak komik Dik Cerdas yg perlu dibaca...TQ..hee~Senyum2 Selalu :), Ceria2 Selalu :D.

Sunday, May 3, 2009

Biar....



Biar kepahitan itu pergi,
Agar kemanisan mengisi,
Biar kekecewaan berlalu,
Agar kegembiraan merwarnai,
Biar penderitaan itu menyapa,
Agar kekuatan menjana semula,
Biarkanlah diri ini derita,
Agar ku tahu ku tanggung semua.



Allah sesekali tidak menzalimi hamba-Nya,

Tetapi manusia menzalimi sesama sendiri,

Cahaya kelam pahala dosa, Kita berupaya memilihnya,

Walau kekadang tersasar,

Lataran pautan nafsu semata.



Namun peluang dari-Nya sentiasa ada,

Namun kasih dari-Nya sentiasa memayungi,

Diturunkan Ilmu memperhalusi akal,

Dianugerahkan akal memperhalusi akhlak,

Dikurnia akhlak mencantikkan pekerti,

Dihadiahkan pekerti menjagai peribadi.



~Affera~