Sunday, March 22, 2009

Kucing Kelabu...-The Story



Salam....em..kali ni aku nk berkongsi satu cerita yg aku dpt dr internet..betul @ tidak kisah ni..wallahualam...tp meh la kita sama2 hayati n pahami apa yg nk disampaikan..


Segelintir manusia berlagak seolah-olah kita saja yang tahu sakit. Manusia saja yang tahu sedih. Hanya manusia yang punya perasaan. Hashim Sudin pun begitu. Baginya cuma manusialah satu-satunya makhluk Tuhan yang punya akal dan jiwa.

Binatang pun tahu sakit? Ha ha ha, apa dia kisah. Binatang pun tahu sedih? Pergi lantak. Binatang ada perasaan? Aaahh… pergi jahanam, apa Hashim kisah. Dalam hal ini hatinya sepanas api, hinggalah…

Sudah banyak hari kucing kelabu itu merayau-rayau di rumah kami di Kampung Bunga Emas Timur, Simpang Empat, Perlis. Bila isteri saya, Manis Ibrahim memberinya makan, makin manja pula kucing itu, seolah-olah rumah ini rumahnya dan kami ini tuannya. Nak kena kucing ni…!

Saya tanya Manis ‘kucing siapa ni?’ Jawab Manis, ‘tak tau. Kucing terbiar’.

Saya sumbatkan kucing jantan lebih kurang setahun setengah usianya itu ke dalam karung guni, buang di Sungai Padang, empat kilometer dari rumah kami. Hah, tempat engkau kat sini, bukan di rumah aku. Jangan nak menyusahkan kami, saya berkata dalam hati.

Biar padan muka engkau. Kencing sana, kencing sini, sekarang rasakan. Kau nampak kaki aku ni? Kalau engkau balik, siap…!

Mana saya tak marah, kucing jantan kelabu itu suka kencing dan berak merata-rata. Bila terasa nak kencing, bukan nak turun ke tanah, habis dipancutnya kaki kerusi. Kalau masa itu dia sedang meleset di dinding, alamat dinding itulah yang dipancutnya.

Kalau terasa nak berak atas lantai, di situlah dia melepas. Tau-tau rumah dah busuk. Bila cari, nampaklah selonggok najisnya atas kerusi. Geram, geram betul saya dibuatnya. Puas sudah saya pukul buntutnya tapi sudah dasar binatang, bukan reti bahasa.

Hah, sekarang rasakan. Kencinglah mana engkau suka. Beraklah mana tergerak. Carilah makan sendiri. Kalau tak makan, itu kau punya pasal. Nak mati pun tak apa, saya menyumpah-nyumpah sambil menunggang motosikal pulang.

Tiga bulan kemudian, saya terkejut. Eh, kucing kelabu ni balik semula! Darah saya dah menyirap. Tangan dan kaki saya ni mula nak berjalan.

Saya ingat bila dah kena buang, kucing itu berubahlah perangai sikit. Rupa-rupanya sama juga. Isteri saya membebel kerana penat membasuh kain baju yang dikencing si kucing kelabu itu. Lantai, dinding, kerusi meja dan pinggan mangkuk perlu dicuci akibat dipancut si kelabu. Dia berak di atas lantai.

Saya ni panas darah. Lalu saya humban kucing bedebah itu ke Long Boh, lima kilometer dari rumah. Baru puas hati. Pergi lantak, nak makan ke tak makan, apa saya peduli. Nak hidup ke, mati ke, itu dia punya pasal. Saya dah tak mahu tengok lagi kucing itu. Saya tak humban dalam sungai pun dah cukup baik.

Suatu malam dua tiga bulan kemudian, Manis berbisik dengan saya ‘bang, kucing tu baliklah’. Dia balik semula? Memang nak nahas. Siap kau, kalau aku dapat, patah riuk aku kerjakan.

Kata manis, sudah dua malam kucing kelabu itu mengintai dari celah pintu dapur. Tapi bila didekati, kucing tersebut melarikan diri, hilang dalam gelap. Pada malam ketiga, kami umpankan sepinggan nasi berlauk ikan goring di pelantar. Mulai malam itu kami memeliharanya sekali lagi.

Tapi sudah dasar kucing tak sedar diuntung, dinding rumah kami dipancutnya lagi. Lantai rumah penuh dengan najisnya! Jawabnya kena penendanglah kucing kelabu itu. Saya libas dengan penyapu, saya sepak, saya hambat…

Suatu pagi selepas berkali-kali dibuang tapi balik semula ke rumah kami, saya jinjing kucing tersebut ke tepi parit. Saya campakkan ia ke tanah dan IIAAYYAAHHH… dengan sekuat-kuat hati dan sepenuh tenaga saya hayun beluti 3’ X 2’.

PPUUUKKKK!!!

Kena tepat ke tengah belakang kucing itu. Dengan sekelai hempuk, kucing kelabu itu menggeletik. Ia menggelupur dengan mata terbelalak. Mulutnya menganga luas namun tiada suara yang kedengaran.

Ha ha ha… padan muka engkau. Puas hati saya bila lihat kakinya terkedang-kedang kesakitan. Sambil menahan nafas yang tutun naik, saya tersenyum lega. Memang, memang saya pukul dengan satu tujuan; biar ia mati. Saya tak mahu tengok kucing bedebah tu lagi.

Saya ketawa di dalam hati. Biar patah tulang belakangnya. Biar pecah perutnya. Biar putus urat sarafnya. Mati lagi bagus.

Kucing itu sudah melampau sangat sampai belakang saya pun dikencingnya juga. Apa, dia ingat belakang saya ni kayu ke? Tak reti diuntung betul kucing ni. Aku ambil kau dari mati terbiar, ini kau buat pada aku? Hah?

Kucing yang sudah kaku itu saya buang jauh-jauh. Fuuuhhh… lega betul perasaan saya. Kini saya tak perlu risau lagi kaki dan belakang saya dikencingkannya. Manis pula tak perlu bersungut-sungut penat asyik membasuh rumah, baju dan pinggan mangkuk yang diberak dan dipancut kucing kelabu itu.

Tapi lima enam hari kemudian sewaktu membuka pintu untuk ke belakang, saya tergamam. Dada saya serta-merta sebak sejurus terpandang kucing kelabu itu tercatuk atas tangga memerhatikan saya tanpa berkelip.

Kau masih hidup Kelabu?

Melihat matanya yang sayu, dan mengiau-ngiau dengan suara yang lembut, kaki saya menggeletar. Saya terus menutup muka, mengempang air mata yang berjuraian turun tanpa dapat disekat-sekat lagi.

Ya Allah… apa yang telah aku lakukan? Alangkah kejamnya aku, alangkah kejamnya akuuuuu!!

Saya menjerit di dalam hati. Saya menangis, menyesali kekejaman lalu. Saya meraung, malu. Malu kerana telah bertindak tanpa peri kemanusiaan. Kaki saya longlai, saya terduduk di muka pintu, terus menutup muka dan pejamkan mata yang terus-menerus basah dengan air mata.

Kucing kelabu itu tidak berganjak. Ia memandang saya tanpa berkelip. Beberapa kali ia mengiau dan menggesel-geselkan badan ke kaki saya.

Apabila perasaan kembali reda, saya rangkul kucing kelabu itu dan menciumnya. Saya lurut bulunya dengan penuh kasih sayang. Sambil membelek-belek belakangnya yang telah saya hentak dengan beluti, saya berkata di dalam hati, ‘maafkan aku. Maafkan aku, maafkan akuuuuu!’ berulang kali.

Kucing yang saya sangkakan sudah mati rupa-rupanya masih hidup. Selepas dibelasah dan dibuang jauh-jauh, Manis telah mengambilnya lalu disembunyikan di jelapang, tidak jauh dari rumah kami. Dia tidak mahu saya jumpa kucing kelabu itu dan membelasahnya lagi. Disapukannya ubat dan diberi makan hingga kucing itu bertenaga semula.

Kata Manis, sebaik terdengar bunyi enjin motosikal saya, kucing itu itu terjun dari jelapang lalu berlari mengejar. Malangnya ia terlambat, saya sudah terlebih dahulu masuk ke dalam rumah. Kucing itu duduk di atas tangga tidak bergerak-gerak, seolah-olah rindu sangat hendak bertemu dengan saya. Dan kebetulan, seminit dua kemudian saya membuka pintu.

Sebaik mendengar cerita isteri saya itu, saya menangis sekali lagi. Saya akui, ia memang manja. Sejak dulu apabila dengar bunyi enjin motosikal saya, ia akan terjun dari rumah dan berlari ke tengah jalan. Kemudian ia berlari-lari mengejar motosikal saya masuk ke halaman, seterusnya menggesel-geselkan badan ke kaki saya dengan manja.

Ia begitu sayangkan saya, tapi…? Ya Allah, kenapalah aku begitu kejam?

Kenapa???

Segala kekejaman saya kepadanya, juga kekejaman kepada binatang-binatang lain yang pernah saya belasah, saya bunuh dan saya jahit punggungnya, datang bertalu-talu ke kotak fikiran. Saya menangis lagi menyesali kesilapan diri.

Mulai hari itu, kami memelihara kucing kelabu itu dengan penuh kasih sayang. Malangnya, ia masih seperti dulu dan sebulan kemudian, ia menghilangkan diri selepas dikuis oleh isteri saya dengan penyapu.

Bukanlah tujuan Manis hendak memukulnya, tapi disebabkan geli kucing tersebut menggesel-gesel ke kakinya, Manis mengangkat penyapu serta mengacah-acah hendak membelasah.

Mungkin kerana takut, si kelabu melarikan diri. Hari demi hari kami menunggu kepulangannya, tapi bayangnya langsung tak kelihatan. Stiap kali ternampak kucing di tengah jalan, hati saya melompat riang. Jangan-jangan kelabu? Tapi hampa.

Di saat bersendirian, saya tertanya-tanya; hidupkah dia? Dah makankah dia? Bila hujan turun, saya terfikir, di manalah agaknya si kelabu tidur.

Berbulan-bulan menanti, akhirnya saya andaikan kucing kelabu itu takkan pulang lagi. Ia sudah merajuk. Mungkin sudah jumpa tuan yang lebih baik. Mungkin juga sudah mati dilanggar kereta.

Setahun lebih kemudian, sewaktu Manis sedang tekun menanam padi, dia terkejut melihat kucing kelabu itu berdiri di tepi bendang, memandangnya dengan sayu. Badannya kurus, bulunya cocmot.

Manis dekati kucing kelabu itu. Kesian, badannya bengkak, mungkin dipukul orang. Selepas beberapa ketika memandang Manis, ia berjalan perlahan-lahan menuju ke rumah kami.

Sepuluh minit kemudian, kucing kelabu itu berpatah balik dan mendekati Manis sekali lagi. Dipandangnya Manis tanpa bergerak-gerak. Beberapa kali ia meleset-lesetkan muka serta badannya ke tangan Manis.

Selepas meninggalkan Manis yang masih terpaku di bendang, kucing itu berhenti melangkah. Ia menoleh ke belakang, memandang isteri saya itu untuk ke sekian kalinya dengan pandangan yang sayu.

Beberapa saat ia begitu sebelum hilang di celah-celah rimbunan padi. Ia tidak ditemui sehingga kini.

Kekesalan masih berbekas di hati saya biarpun sudah 40 tahun peristiwa itu berlalu. Seandainya masa boleh diundur, akan saya jaga kucing kelabu itu dengan penuh kasih sayang. Kelabu, maafkan kami.

Sesungguhnya ia telah mengajar saya erti perikemanusiaan, bahawa haiwan juga punya hati dan perasaan…


p/s- hukhuk..hampir mengalir air mata ketika membaca kisah ni..=(..




6 bunyi meow:

Anonymous said...

sedeyhnye cite ni.. huhu..
jadi.. sayangilah semua haiwan ciptaan Allah mereka juga makhluk di alam ini.. kucing sy pun dah hilang.. rindu jugak walaupun dia suka bersin-bersin kat dlm rumah 9sbb dia selesema. mak sy kat aberjangkit dgn org dlm rumah yg resdung kot hoho).. abis lantai dn tingkap rumah kene hingus dia.. sekarang rindu pulak kat dia.. bila dpt baby kucing je mesti comel2... rindu nye~...
bila lah lg dpt bela kucing huuhuuuuhuuu..

Anonymous said...

sedey2~
hukhuk..siannye kucing tuh~:(

Anonymous said...

>>bunga matahari - hukhuk..tu la..sayangilah semua haiwan..diorg pun ada perasaan gak..walaupun kadang2 diorg buat perkara2 yg kita x suka..nk wat cm ner, dah binatang kan ...owh..yeke..g la cari anak kucing wat bela2x..rumah pasti nampak ceria klu ada kucing..:D..

>>anfalafna - hukhuk..tu la..sedih kan cita ni..:((


~mmmeeeooowww~

aish said...

org tua2 kata... kalu kaseh syg seseorg pda haiwan menebal... maknanya org itu merupakan insani yg penyayang... wahhh penyayang sungguh abg meow pada makhluk bernama kucing... kagum2 =D

buzzy said...

saye takde kucing untuk disayangi...

abg meow jd kucing sy la camni.....:D
hahahahahahaha

ZaCKuaL said...

to aish - hikhik..yeke..em..mgkin sbb sy mmg dibesarkan dgn adanya kucing disekeliling sy..=D..tu yg syang sgt ngan kucing n lgpun ada beberapa kenangan yg best..:D

to buzzy - haha..mana bole..kang org lain tgk lain mcm lak..hahaha..