Friday, January 30, 2009

XPDC Kayak dr Tasik Bera Ke Tasik Chini.

Assalamualaikum....

huh..penat n abis sengal satu badan terutama di bahu kiri..itu yg mampu ku ungkapkan ketika sampai dibilik setelah 5 hari join XPDC Kayak Dari Tasik Bera ke Tasik Chini yg sejauh 120km..perhh.....


Pengembaraan bermula dr masej yg ku terima dr Nik yang menawarkan kan tempat utk mengantikan nya tuk xpdc ni..Pada permulaan mmg aku rasa berat hati tuk join, ye la kan..result x kuar lgik ni..risau x abis2 lgiikk.....so smpai la ari jumaat..tup2 result kuar..Alhamdulillah..Aku pass dua2 subjek yg aku amik sem lepas..terus aku msj Nik tya mengenai offer dia tu ada lgik ka tak..huh..kecewa kejap kerna dia ckp dah offer kat org lain..waa..sedihnya..bru nk lepas kan tekanan kejap..em..pastu Nik tlg tyakan kat director progam(Cik yanie) samaada masing ada kosong lgik ke tak..Nasib baik bole join lgiik...so..aku pun pulanglah ke cyber pd ari sabtu...Rupa2nya Karim n Hau pun join gak selain dr Raja Pojan..haa..best2 ada geng satu kepala.ngee~...


Ari ahad nya ada latihan kayak di tasik putrajaya tuk persediaan sebelum g sana...hahahah...aku partner ngan raja pojan, hau ngan karim..aku ngan raja pojan dah la x pandai pasal kayak ni...so latihan kayak diajar oleh Abg Mie..dia ni Pelatih tuk bdk2 Rowing bdk2 Watersport. hahah..mmg lawak..aku ngan raja pojan berkayak cm ular..kejap ke kiri, kejap ke kanan..lama gak la kitaorg nk belajar cara nk berkayak dgn betul..haha..tp still dok belakang. Tp karim ngan hau pun x kurang hebat juga sama cm kami.ahaks..



Hari isnin bermula perjalanan kami ke tasik bera dgn menaiki bas mmu. Perjalanan kali ini mengambil masa yg agak lama kerna bas selalu berhenti sbb nk tggu lori bawak kayak dan van. Dgrnya cap radiator lori terpelanting keluar..hukhuk..biar betul..tp itulah hakikat sbnar kejadian yg berlaku.. Smpai Tasik Bera kitaorg kemas2 brg dan pasang khemah. Pastu masak tuk makan malam..Perh...Ikan Patin Masak Tempoyak kott..Tukang masak diimport dr sana iaitu isteri Pak Din iaitu kitaorg nya guide.....mmg best arr..aku dah lama x makan tempoyak.hikhik..Tukang masak diimport khas dr sana. Pastu mlm tu ada sedikt briefing dan agihan tugas..tuk ari pertama kayak hanya org2 terpilih saja yg bole join sbb jln yg akan dilalui agak mencabar dan susah sejauh 40km. Aku n da geng lain(raja pojan, karim dan hau) sememangnya x terpilih sbb bru lgik dlm bidang ni..Kitaorg ditugas tuk memasak dan menyiap kelengkapan tuk org2 yg akan turun berkayak esoknya. Paru sbgai ketua telah memberi arahan tuk bersiap sedia dr mlm ni. Aku lak akan ditugaskan masak nasi goreng.harhar..mmg special arr..Mlm tu lepas siap2 brg2 tuk persediaan awal aku pun masuk khemah tuk tido.Aku satu khemah ngan raja pojan. Karim ngan hau.


Esoknya kul 5.30pgi aku dah bangun. Aku bangun pun sbb bunyi alarm dr khemah sebelah, tp diorg x bangun. So aku la yg terpaksa bangun dan gerak semua team memasak. Ngeh2..Nasi Goreng campur asam keping.hahaha..:))..Lebih kurang kul 8.30pg, team kayak pertama start turun ke dlm air tuk menghadapi cabaran pertama. Sementara kami yg team darat start tuk masak2 makanan tuk mkn tgh ari n kemas2 tuk berpindah tempat.Tp dlm msa yg sama sempat gak arr g mancing masa bdk2 lain dok rehat2+tido. Yg lawaknya aku n karim g memancing kat tempat org.haha..kira menceroboh kawasan org arr..aku mana la nk tau..tgk cm bole masuk jaa..tu yg aku masuk mancing tuuh. Nasib baik la tuan umpanya kawasan x marah, cuma bgtau elok2 ja..So terhenti la sekejap xtvt berfaedah aku tuu..x jadi memancing aku lepak2 ja kat bawah pokok smbil pekena kopi radix. Si hau lak, masak jemput2 tuk bdk2 kayak. Smbil masak smbil makan..hahah..Abis masak, kami kemas2 barang tuk berpindah ke campsite kedua.


Tebing Tinggi(nama tempat) adalah campsite kedua kami, agak x best kawasannya sbb kawasan nya x da tandas dan x da sumber tenaga electrik.. So nk apa2 pun terpaksa la g sungai.ngee~Nk wat apa2 pun nyorok2 la sikit yee..kang terkantoi lak..haaha..Kat sini aku sempat gak la memancing kejap dgn Naif n Shamin(anak abg mie n kak siti). Dpt la anak ikan sekor.haha..Mlm tu kitaorg wat campfire. Aku yg sememangnya menjadi tekong tuk main uno mula bukak tapak. ahaks..Main dlm 2-3 frame terpaksa berhenti sbb Yani nk kasi briefing tuk esok lak.lepastu yg bestnya lepak2 kat tepi unggun api smbil sembang2 dgn hau n karim..Si Raja Pojan dah masuk tido awal. Aku pun lepak2 ja la ngan bdk2 yg x tido lgik.ramai yg masuk tido awal terutama yg berkayak siang td. Tp mlm tu aku rasa agak panjang. Ntah kenapa aku ingatkn dah kul 11lebih.upanya baru 9.30mlm. Mgkin sbb suasana sekeliling kot. Aku masuk tido kul 10.30mlm cm tu lepas pekena kopi radix ngan bijirin radix..




Esok pginya kul 6 aku bangun n siap2 tuk menghadapi cabaran berkayak sejauh 60KM.Huh..sedangkan berbasikal pun aku x pernah sejauh ni. Ni plak berkayak..ahaks..Tuk ari ni setiap org yg kurang mahir dlm berkayak akan diberi partner yg mahir dlm berkayak..Aku dipartnerkan dgn Nad..Si raja pojan dgn cek yat. Bermula perjlanan berkayak kami pd jam 8.30pgi. Mula kayuh tu ok la gak kan..heh..semangat gila. Si Nad dok tegur aku jgn kayuh laju sgt, kang cepat penat n lenguh.hehe. Byk gak la bekalan makanan yg disediakan..ada roti, apple, cekedis n air mineral n 100plus. HUh..masa mula2 kat sungai bera ok lgik sbb sungai dia x besar tp sgt dalam, x da la psycho sgt, tp bila dah start masuk sungai paham..ya Allah, besarnya sungai.hukhuk.. Dah la kejap2 nk kena cross sungai tu sbb takut terlajak masuk simpang perpisahan sungai yg lain lak. Mmg tekanan fizikal n mental arr. Tp aku ada sedikit pemberi semangat iaitu perut aku sakit..waaaaaaa...:((.. Kit pruk la plak..mampus aku...hukhuk..Tu yg laju ja aku kayuh. haha..smpai bole kejar2 yg hebat kat depan. Sepanjang kayak tu aku dok berdoa cepat la smpai ke destinasi kami nih..aku dah x tahan niii..hahah..Masa dok kayak byk gak berselisih dgn org2 tempatan yg naik sampan tuk menangkap ikan n membasuh baju smbil mandi kat tebing sungai. Em..smbil2 lalu tu aku tya gak la org2 kat tebing, bapa jauh lgik tempat yg nk kami tuju ni(aku lupa plak apa nama tempat tuh.). Ada yg jawab"Dekat ja lgik, depan tu ja" "5 Batu ja lgik" "Belakang bukit depan tuh ja"..haha..mcm2 lgik la..tp yg pasti nya x smpai2 jugak. ngee~ tekanan mental aku mmg dah tahap kritikal dah ni, dgn sakit belakang lgik. Tp aku kena teruskan gak sbb sakit peerrruutt..waaaa.. Kayuh punya kayuh akhirnya smpai gak la ke destinasi kitaorg lebih kurang kul 6ptg...yeaahh..kitaorg no 3..cayalah..berjaya meninggalkan yg pro. Hikhik..(padahal diorg ada berhenti sbb nk tggu org belakang).hehe. Tp yg menarik perhatian aku adalah semasa berkayak tuh, aku ada terpandang kat depan 3 ekor burung berjalan2 atas air, kat bahagian tgh2 sungai lak tu.huh..terkejut aku, biar bonarr niii..Upanya kat tgh2 tu ada pasir iaitu kawasan cetek kat tgh2 sungai..haha..Dan lgik satu yg lawak adalah pertyaan org tempatan kat kami "Dari mana ni dik"..aku x tau nk jawab apa..samaada dr cyberjaya ka @ dr tebing tinggi. Kang klu jawab cyberjaya terkejut beruk diorg klu soalan diorg tu berkenaan dr mana kami start berkayak. So aku hanya menjawab dr tebing tinggi ja la..hikhikhik. Mmg perjalanan ari ni mcm satu pengalaman ngeri tuk aku..Berkayak sejauh 60km..wat da cat...mlm tuh aku sempat gak la memancing lgik.hehe..sempat lgik tuh, bdk2 lain semua dah masuk alam mimpi dah. Org lain semua sunburn, tp aku alhamdulillah x da la teruk sgt, mgkin sbb aku dah biasa dgn cuaca panas tepi pantai n tgh laut(lagi arr..), jdinya x da la teruk sgt terbakar. Bdk2 lain siap pakai sunblock lgik.hikhik. Lebih kurang 11.30mlm aku masuk tido..Lupa lak nk bgtau, kali ni kitaorg tido kat masjid..


Esoknya kul 6.00pgi aku bangun n solat subuh. Pastu lepak2 tepi sungai jap smbil dok pikir nk kayak ke x nk ari ni.hahaha..smlm nya kesan x hilang2 lgik ni.hikhik..tp setekah dibakar2 semangat dek bdk2 lain, aku pun amik keputusan tuk berkayak lgik..Lgpun kali ni dekat ja, 30KM. Cuma cabaran kali agak susah sbb ada nk kena lawan arus(huh..biar betul). Kali ni aku berpartner ngan Aiman lak, si Raja Pojan dgn Si Bazlie(hahaha..abis laa)..hahah.. bagus2 Aiman seorg yg begitu ceria. Jdinya aku pasti x bosan nanti.:D. Kitaorg start bergerak kul 9.00pg. Mula kayuh ok la, tp lebih kurang 10km, bahu aku dah start sakit sgt. smpai kejap2 terpaksa berhenti kayuh.Lebih kurang 20km gak la kami berkayak melalui sungai pahang sblum memasuki sungai chini. Dah start masuk sungai chini bermakna kami akan melawan arus sungai. Nasib baik arusnya x kuat sbb skrg ni musim panas, so air dr empangan x dilepaskan. Sungai chini lgik la kecik dr sungai bera. Jalannya byk selekoh, kitaorg siap terbalik lgik masa mula2 masuk sungai chini sbb kayuh dgn laju, pastu jumpa selekoh x sempat nk kawal tuk pusing ke kiri. Akhirnya buat pertama kali nya kayak aku terbalik.haha..Nasib baik ada abg mie n kak siti. Diorg la yg tlg kitaorg. Kali ni nya trip berkayak, aku dok kat belakang skli sbb kesakitan bahu aku makin teruk smpai kadang2 cramp x leh nk kayuh.So terpaksa kayak pelan2 dan kadang2 berhenti kejap. Kesian gak la ngan Si aiman sbb kadang dia kayuh sorang2..Kitaorg ditemani oleh abg mie n kak siti kat belakang sbb nk pastikan kitaorg x menghadapi apa2 masalah yg teruk. Akhirnya kitaorg smpai jua ke destinasi yg nk ditujui..Alhamdulillah smpai jua pd kul 3ptg. Masa aku menjejaki ke tebing tu terasa satu kepuasan dan hilang semua kesakitan dan tekanan yg dihadapi.hikhik.Akhirnya aku berjaya menghabiskan berkayak sejauh 90km.ni semua mental ja nii..hehe..Smpai ja aku rehat2 smpai ptg. Ptg tu lepas mandi, aku terus amik rod g mancing(asalkan ada peluang) ngan shamin.hhehhe.. Smbil dok memancing tu smbil dok bergurau2 dgn si raja," mlm ni jom kita siasat kebenaran lagenda tasik chini..hiki..jom cari naga".hahah..Raja hanya jawab" Gila ka" smbil gelak..haha. Lepas maghrib ada makan2 BBQ smbil postmotem..nyum2x...Abis ja, aku smbung memancing kejap. Smbil memancing tu aku, raja, karim, joy n shamin baring2 tuk menikmati keindahan mlm tu. Ya Allah, cantik nya bintang2 kat atas tu.. Dah lama aku x wat cm ni. Menikmati keindahan alam ciptaan Allah S.W.T.. Lebih kurang kul 11mlm aku masuk tido tanpa dpt sekor ikan pun.Erm..x da rezeki kot.Cuma si Shamin dapat anak ikan tapah.. aku, raja n karim tido kat surau join abg lan n abg zam.hehe..


Jumaat tu,kul 6.15pgi kitaorg bangun n solat berimamkan sorang brother org sini. Lepas semayang, kitaorg pun sembang2 ngan brother tu. Lama gak la sembang2 smpai terbantut la si raja pojan nk smbung tido.hahha..Karim awal2 dah belah dah sbb sakit perut. Kul 9pg kitaorg start kemas2 brg dan bergambar sblum berangkat pulang. Dlm bas semua tido jaa n smpai mmu lebih kurang kul 5ptg.hukhuk..MLm tu aku tido dgn seribu satu kenangan manis n pahit disertakan dgn sakit2 satu badan.ngee~


Itu sahaja la tuk cerita aku mengenai XPDC kali ni..Yg ni xpdc yg ke3 yg aku join ianya anjuran Watersport Club. Best2. Paling best adalah aku dapat menambah lgik kenalan2 baru(x semua baru, kadang2 tu selalu terserempak tp xkenal.ngee). ...ok..sekian terima kasih..bye..bye...

0 bunyi meow: