Monday, April 20, 2009

Kisah Si Tompok Pulak....

Kisah Tompok



Budin seorang yang amat benci pada

kucing, entah apa silap yang telah
dibuat oleh kucing padanya tiada siapa
yang tahu.

Walaupun begitu, jodoh pertemuan
sememangnya ketentuan Ilahi, Budin
bertemu jodoh dengan Gayah yang
sememangnya amat suka dan cinta pada
kucing. Bukan itu sahaja, sebelum
berkahwin dengan Budin, Gayah sudah
sedia ada membela seekor kucing siam.

Maka dari hari ke hari, bertambah benci
dan meluatlah Budin pada kucing terutama
si Tompok, kucing siam peliharaan
isterinya. Apa tidaknya, Gayah lebih
memberi tumpuan kepada si Tompok dalam
kehidupan sehari-hariannya. Hal ini
membuatkan Budin beranggapan, Gayah
lebih sayang si Tompok berbanding dengan
dirinya.

Akibat tidak mahu terus tertekan dengan
keadaan ini, Budin membuat rancangan
untuk mengusir si Tompok dari hidupnya
dan hidup isterinya, Gayah. Maka,
bermulalah rancangan jahat Budin.

Pucuk dicita ulam mendatang, ketika
isterinya sedang asyik mandi, Budin
dengan tanpa segan silunya telah
menangkap si Tompok, disumbat dalam
karung beras Mahsuri. Tanpa berlengah
terus merempit motor kapcainya sehingga
jauh dari rumahnya, lebih kurang 10 km,
lalu dihumbanlah si Tompok tanpa belas
kasihan. Dengan hati gembira, baliklah
dia ke rumah dengan siulan mengikut
rentah lagu "Cindai" nyanyian Siti
Nurhaliza.

Tapi, kegembiraan hanyalah sementara
bila tiba di rumah si Tompok dengan
sombong bongkaknya melangok depan pintu
lagaknya menyambut kepulangan Budin.
Sakitnya hati Budin tak dapat digambarkan.

Besoknya, Budin meneruskan rancangan
jahatnya. Kali ini lebih jauh dibawa si
Tompok, 20 km dari rumahnya. Tetapi
seperti semalam Tompok berjaya
mendahuluinya pulang ke rumah. Budin
tidak putus asa begitu sahaja,
alang-alang peluk pekasam, biar habis
basah sekujur badan.

Maka nekadlah Budin, kali ini dia bukan
sahaja hendak buang Tompok lebih jauh
tapi dibawanya Tompok pusing-pusing
dahulu. Habis semua jalan ditempuh,
sekejap ke kiri, sekejap ke kanan, yang
lurus, yang bengkok, segala selekoh
habis dirempitnya dan akhirnya si Tompok
dibuang begitu sahaja.

Selang berapa minit kemudian, Budin
menelefon Gayah.

Budin: "Ayang, Tompok ada kat dalam
rumah tak?" tanya Budin dengan penuh
suspen lagi berdebar-debar...

Gayah: "Ada, ada dekat depan pintu tu
hah, Kenapa?" tanya Gayah keheranan.

Budin: "Panggil dia!" herdik Budin
dengan nada yang tinggi...

Gayah: "Kenapa?" tanya Gayah lagi.

Budin. "Aku nak tanya dia, macamana nak
balik ke rumah. Aku sesat ni...!!..


p/s:- hehe..sekadar cerita lawak..ahaks..

0 bunyi meow: