Wednesday, April 22, 2009

Insya-Allah

Insya-Allah

Dalam kehidupan kita seharian, sebagai seorang muslim memang tidak terlepas dari mulut kita untuk melafazkan beberapa kalimah..Antaranya Assalamualaikum dimana ianya digunakan tuk melafazkan salam, bismillah yg digunakan untuk sebelum memulakan sesuatu,alhamdulillah pula diucapkan tanda kesyukuran atas kurniaan dr-Nya @pun selepas selesai melakukan sesuatu, insyaAllah pula diucapkan pada ketika seseorg itu ingin melakukan sesuatu @ berjanji dan beberapa lagi kalimah spt subhanallah, astaghfirullah dan lain2 lagik.

Namun sedarkah kita adakah kalimah2 tersebut digunakan pada waktu @ ketika @ ditempat yang betul. Terutama sekali insyaAllah yang mana ianya paling popular dilafazkan selepas assalamualaikum.

InsyaAllah dari segi bahasa bermaksud "jika dikehendaki dan dengan izin Allah sesuatu akan berlaku".

InsyaAllah merupakan satu harapan dan doa sekaligus. Amat baik sebagai tanda pengharapan dan doa hamba yang lemah kepada Zat Allah swt. yang Maha Berkuasa. Secara kasar, ianya ibarat seperti sudah berjanji dengan janji yang sudah pasti ditepati mengikut logik akal manusia TETAPI harus diingat, ianya harus disertai dengan redha menyerahkan sepenuhnya kepada ketentuan Allah swt. dan menerima takdir Illahi tanpa perasaan keluh kesah serta pasrah terhadap kehendak Allah swt. bahawa hanya DIA yang mengatur segala urusan.

InsyaAllah diucapkan ketika kita berniat hendak melakukan sesuatu pekerjaan atau sesuatu perkara yang kita sendiri belum tentu akan masa keadaannya, baik sekarang mahupun yang akan datang. Pada kebiasaannya lafaz Insyaallah diucap apabila kita berbuat janji dengan orang lain ataupun di kala kita berjanji dengan diri kita sendiri.
Sebagai seorang Islam, kita amat digalakkan melafaz kalimah Insyaallah sebagai satu tanda dan peringatan bahawasanya segala urusan dan kuasa Allah swt. itu mengatasi segalanya kerana Allah swt. jualah yang Maha Mengetahui apa yang tidak kita ketahui.

Tidak seorang pun di antara kita yang mengetahui apa yang akan terjadi detik setelah ini. Oleh kerana itu, tidak akan pernah ada janji yang diikat 100% antara manusia, kecuali dengan menambahkan kalimah Insyaallah.

Berkenaan dengan lafaz Insyaallah, Allah swt. telah berfirman di dalam Surah Al-Kahfi ayat 23 dan 24

[23] Dan janganlah engkau berkata mengenai sesuatu (yang hendak dikerjakan): "Bahawa aku akan lakukan yang demikian itu, kemudian nanti"

[24] Melainkan (hendaklah disertakan dengan berkata): "Insya Allah". Dan ingatlah serta sebutlah akan Tuhanmu jika engkau lupa; dan katakanlah: "Mudah-mudahan Tuhanku memimpinku ke jalan petunjuk yang lebih dekat dan lebih terang dari ini"

Insyaallah bukanlah sebagai alasan untuk tidak menyempurnakan janji yang dibuat dengan berserah kepada kuasa Allah swt. semata-mata apabila kita berasa malas dan berputus asa dengan kegagalan menunaikan janji kita yang telah kita lafazkan tetapi BELUM diusahakan. Sebagai contoh:-

Razak :- "Zack, hg dah study ka?..mlm ni mdterm susah ni..".
zack :- "Emmm..blum lgik. X study apa2 pun lagik.Byk arr, susah lak tuh. Malaasss. Tawakal je la, insyaAllah bole kot".

Sebagai orang Islam, kita mestilah berusaha menyempurnakan tuntutan lafaz Insyaallah yang kita telah kita ucapkan. Kalau kita gagal sekali pun setelah berusaha sedaya upaya, ianya tidak jatuh sebagai dosa orang MUNAFIQ dan masih boleh dimaafkan kerana lafaz kalimah Insyaallah itu ibarat pendinding dan peringatan bahawa Kuasa Allah swt. Mengatasi Segalanya yang bererti juga segala urusan di muka bumi ditentukan oleh Allah swt.

Kemudiannya ada di antara kita mempergunakan kalimah ini secara keliru dan songsang sehingga anggapan telah dibuat bahawa kalimah Insyaallah ini diucapkan sebagai kelonggaran untuk TIDAK menepati janji dan TAKUT menerima amanah. Ideologi dan orientasi dangkal ini berkembang dan menjiwai sebahagian umat Islam sehingga adakalanya apabila kita sebut sahaja "INSYAALLAH" , orang yang mendengarnya terus sahaja memandang serong dan negatif kepada kita (antagonistic) . "Ini tak nak buat la ni", Pemalas la ni", "Woi, betul-betul la ni", ...., itulah antara respon n reaksi yang kita dengar sesudah kita melafaz InsyaAllah. Masyaallah!! Selain itu sebagai contoh:-

Situasi 1;

Dato K -"Ostad Putih, jemputlah datang ke rumah nanti pada **hb ***** 20**, ada kenduri kahwin. Dpt bini no-2.heheh.."
Ostad Putih - "Owh..yakah..syabas mare bete, insyaAllah ana pergi"(Menjawab smbil didlm hatinya mengatakan x nak pergi)

Situasi 2;
Kassim - "Abg Rasif, mlm sabtu ni jom g karok.."
Abg Rasif - "hahha...insyaAllah bole ja.."
Kassim - "issshhh..jgn insyaAllah2x..x nak pergi la tuh.."
Abg Rasif - "MasyaAllah...aku pergi laa"

Jadi sebagai hambaNYA, kita dipertanggungjawabk an untuk memperbetulkan apa yang silap. Jangan asyik mengikut telunjuk yang serong sahaja, khuatir nanti telunjuk menjolok mata! Mulai hari ini, perbetulkan maksud InsyaAllah. Jangan lagi dipergunakan kalimah tersebut dengan maksud dan niat yang tidak tepat.

Ingat! "INSYAALLAH" bukan bermaksud berniat untuk tidak menepati janji dan tidak menunaikan amanah tetapi lebih kepada satu bentuk MoU (Memorandum of Understanding) kita dengan sesama manusia secara langsung dan terhadap Allah swt. secara tidak langsung.

Sabda Rasullullah saw. sangat jelas, yang bermaksud:

"Tanda orang munafiq itu ada tiga walaupun ianya berpuasa dan solat serta mengaku dirinya Islam, iaitu jika berbicara dia berdusta, jika berjanji ia menyalahi dan jika diberi amanah (dipercayai) ia khianati"
[Hadis riwayat Imam Abul Husain Muslim bin al-Hajjaj bin Muslim bin Kausyaz al-Qusyairi an-Naisaburi atau lebih terkemuka dikenali sebagai Imam Muslim]

Jadinya marilah kita sama2 muhasabah diri dan membetulkan kembali pengunaan insyaAllah agar tidak lagi disalahguna dimasa akan2 datang agar tidak tergolong dalam orang2 yang munafiq.

Renung-renungkan dan selamat beramal.

Wallahu’alam…

p/s- nama2 di atas hanyalah rekaan semata2.tidak ada kaitan dengan manusia2 yg masih hidup dan yg telah meninggal dunia..hikhik...=P

2 bunyi meow:

fAizAL(^^,)izWaN said...

bro..
ni cam drpd ujang je!!!hehehe~

ZaCKuaL said...

a ah...ambik point2 dr ujang....:D..edisi ke bapa ntah..lupa lak..heheh..:D..